23 Syawal 1438H
17 Julai 2017M
Kuliah Subuh : Ustaz Azzahari Murad
BismillahirRahmannirRahim
--> Bab : Adab-adab makan
Adab sebelum makan :
- Basuh dua tangan sebelum makan.
- Meletakan makanan atas safrah / lapik dan diletakkan atas bumi (mkn kat bawah), ia lebih mendekati perbuatan Nabi SAW. Nabi SAW bersabda : 'Sesungguhnya aku adalah hamba, dan aku makan dgn cara seorang hamba mkn.
- Angkat / dirikan kaki (lutut) kanan dan duduk atas kaki kiri.
- Niat makan utk bg kekuatan utk beribadah pd Allah
Antara tanda sahihnya niat itu adalah, dia makan xsampai kenyang.
Hadis : 'Tidak memenuhkan oleh anak adam sesuatu bekas yg paling buruk melainkan perut. Cukuplah bg anak adam beberapa suapan yg boleh membetulkan tulang belakang. Kalau terpaksa makan, 1/3 utk makanan, 1/3 utk minuman, 1/3 utk bernafas'.
- Tidak menyentuh makanan melainkan ketika lapar.
- Berhenti makan sebelum kenyang.
Siapa yg berbuat begitu, maka dia tidak akan berhajat kpd doktor, InshaAllah.
Antara sahihnya niat makan tadi
- Dia redha dgn rezeki yg ada, walaupun lauk simple, dan tidak menghina makanan. Tidak menghina makanan.
- Makan berjemaah. Ajak anak2 yatim mkn sekali (kalau ada kenduri)
Adab waktu makan :
- Baca bismillah sebelum mkn.
Xperlu kita memanjangkan doa mkn. Yg terbaik baca bismillah shj, itu petunjuk yg terbaik.
- Puji Allah bila selesai makan. Paling kurang mengucapkan Alhamdulillah .
- Makan dan minum dgn tangan kanan
Dlm satu majlis makan, ada seorang budak nak ambik makanan dgn tangan kiri, Nabi SAW tangkap tangan budak itu. Begitu juga dgn sorang arab badwi yg nak ambik makanan dgn tangan kiri. Nabi SAW pesan suruh baca Bismillah dan ambik dgn tangan kanan.
- Kecilkan suapan.
- Kunyah perlahan-lahan, sekurang-kurangnya 40x kunyahan.
- Jgn ambik suapan yg seterusnya sehingga habis suapan dlm mulut.
- Ambil makanan yg dekat dhulu. Melainkan jika tiada hidangan lain atau terlalu banyak.
- Jgn mencela makanan.
- Makan dgn 3 jari - melihat pada kesesuaian makanan.
- Jika ada makanan yg jatuh, ambil & bersihkan dan makan.
- Jgn ditiup makanan atau minuman yg panas yg bersup, kerana boleh memudaratkan kesihatan.
- Jika makan kurma / tamar, jgn campur biji dgn buah. Asingkan.
- Makan dulu baru minum. Elakkan makan & minum berselang seli. Utk menjaga kesihatan.
- Ambil bekas minuman dgn tangan kanan, tgk dulu dlm air (pastikan tiada bendasing)
- Minum air perlahan-lahan, sedut sikit-sikit, jangan terus telan.
- Jgn minum sambil berdiri.
- Minum 3 kali (utk 1 cawan), bukan habis sekaligus. Tidak bernafas dlm bekas.
Adab selepas makan :
- Menahan diri sebelum kenyang. Berhenti sebelum kenyang.
- Menjilat sisa makanan yang terlekat pada jari.
- Menggunakan jari utk menyapu bekas makanan.
- Memuji Allah - sekurang-kurangnya mengucapkan Alhamdulillah.
- Membasuh tangan selepas makan.
Adab makan berjemaah :
- Makan berjemaah, jgn dimulakan dengan makan melainkan dimulakan oleh yg senior / tua dulu. Atau org yg berkepentingan / berpengaruh - seperti Tok Guru, Ustaz, Org yang dihormati.
- Bersembang perkara yg baik-baik ketika makan. Jgn mendiamkan diri sahaja.
- Mengutamakan kawan kita. Kalau ada lauk sikit, bahagi sama rata atau berikan kpd kawan terlebih dulu.
- Tidak menyempitkan kawasan kawan.
- Tolong sendukkan untuk kawan.
- Jgn perhatikan kawan ketika makan, ianya membuatkan kawan tidak selesa.
- Jgn buat benda yg menjijikkan ketika makan - buang hingus, kahak atau yg kotor.
- Jgn menundukkan kepala sampai mcm nak masuk dlm talam / bekas makan.
- Jika ada sesuatu dlm makanan contohnya batu, tulang, palingkan wajah dari kawan dan keluarkan ianya dari mulut.
- Jgn meluahkan semula makanan kedlm talam / bekas makanan.
Wallahu a'lam... Moga ianya memberikan kita semua manfaat dalam menjaga adab ketika makan & minum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan