Pageviews

Jumaat, 30 April 2021

18 PUASA

18 RAMADHAN 1442H
30 April 2021M

▪️DUNIA SUDAH BERUBAH !! ▪️

1.  Dulu solat rapatkan saf
🔹Sekarang solat jarakkan saf
🔸(Agama sedang dipinda)😭

2.  Dulu kalau orang bersin diucapkan 
     Alhamdulillah, umur panjang. 
🔹Sekarang orang bersin....., dianggap sdg 
     sakit dan membawa malapetaka 
🔸(Dunia sedang tergoncang).😭

3.  Dulu bersatu kita teguh. 
🔹Sekarang bersatu kita runtuh. 
🔸(Dunia sudah lain)😭

4.  Dulu ketika ada tamu, gembira kerana 
     dianggap bawa berkat. 
🔹Sekarang ada tamu dianggap bawa penyakit. 
🔸(Dunia Sudah kepayahan)😭

5.  Dulu kalau bertemu bersalaman tangan. 🔹Sekarang bertemu angkat kaki (cepat pergi). 🔸(Dunia sedang sakit)😭

6.  Dulu minyak wangi  yg kita bawa di 
     handbag, 
🔹Sekarang hand sanitizer spray yang dibawa 🔸(Dunia sedang dilanda ketakutan)😭

7.  Dulu senyum yang diberikan, 
🔹Sekarang mask  yang diberikan.
🔸(Dunia dilanda kesukaran)😭

8.  Dulu kata "NEGATIF" tidak bagus, 
🔹Sekarang kata "POSITIF" tdk bagus.
🔸(Dunia sedang bergegar)😭

9.  Dulu pulang melawat orang tua 
     membawa kebahagiaan. 
🔹Sekarang melawat orang tua disangka 
     membawa penderitaan. 
🔸(Dunia Sudah Aneh)😭

10. Dulu cuci tangan ketika nak makan, 
🔹 Sekarang di mana-mana di suruh cuci 
      tangan tetapi tidak diberi makan..
🔸 (Dunia sudah terbalik)😭

Diri jaga Diri
Kita jaga Kita
Kiamat semakin hampir...
tanpa kita sedar...ataupun kita leka...
Ilmu Agama kian diangkat oleh Pencipta...
Dimasa Pandemik ini satu demi satu...hinggakan Ratusan Ulama telah pergi dijemput Ilahi... 
Tinggallah kita yg masih Alpa...😭😭😭

Khamis, 29 April 2021

17 PUASA - Nuzul Quran

17 RAMADHAN 1442H
29 April 2021M

Kuliah Subuh 25 April 2021
Surau Al Furqan P11, Putrajaya 
Utz Habib Bael bin Taher

Kelebihan Bulan Ramadhan 

Hadis Nabi SAW
Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadan dgn penuh keimanan, maka ia akan d ampunkan dosanya oleh Allah SWT.

Barang siapa yg melakukan qiam d bln Ramadan akan diampunkan dosa nya yg lalu dan dosanya yg akan dtg.

Apa maksud dosa yg akan dtg?
Maksudnya bila mana seseorg beribadah dlm bulan Ramadan, Allah akan mencabut kemanisan utk ia melakukan dosa dan mudah baginya utk mendpt kemanisan dlm mengerjakan ibadah

Pada bulan ini diajarkan kpd kita oleh para ulama ialah bulan kesabaran krn ia melatih diri kita sentiasa berada dlm keadaan sabar. Ia adalah pemberian yg besar oleh Allah SWT.

Nabi SAW ingin memberitahu kpd org beriman kpd Allah bahawa kehidupan org yg beriman sentiasa berada dlm keadaan bahaya : ada 2 perkara
Sungguh menakjubkan bahawa org beriman berada dlm keadaan baik.
Keadaan ini x akan d peroleh melainkan kpd org beriman. 
1, Kalau ia dikurniakan kesenangan kemewahan oleh Allah, ia bersyukur. Ini adalah perkara yg baik, 
2, bila ia diuji dgn kesukaran itu juga adalah baik.

Org yg mukmin ini keadaannya sentiasa baik. Ini hanya terjadi kpd org beriman yg percaya kpd Allah
Apa yg diatur oleh Allah, itu adalah yg terbaik, sama ada kita mengetahui kebaikannya atau x tahu kebaikannya
Allah mengatur dgn kebijaksanaan Allah, bukan dgn kebijaksanaan kita.
Org beriman mempunyai sikap yg mulia ini. Setiap ibadah memerlukan sikap kesyukuran dan kesabaran.

Fadhilat kesyukuran dan kesabaran 
Sifat ini mulia dan tinggi d sisi Allah. Dgn itu pemberian yg diberi oleh Allah, perkara ini mempunyai aspek mendidik.

Apakah logik solat melainkan hanya diketahui oleh Allah. Org yg bersolat lama kelamaan akan mengetahui kelebihan ibadah ini dan memberi kesan kpd hati. Bukankah mengingat Allah akan menyebabkan ia merasa tenang. Solat, ibadah puasa dan sbgnya ada tarbiah akan menjadikan kita seorg mukmin sejati.

Allah perintahkan agar kita sentiasa bersyukur kpd Allah SWT. Allah akan tambah nikmat kpd yg bersyukur.
Nikmat ini terbahagi kpd 2:

1, Nikmat Dalaman 
Drp hati yg merasa ketenangan dan kecintaan, kerinduan kpd Allah. Nikmat yg besar ini x diberi oleh Allah melainkan mempunyai 

2, Nikmat Luaran
Bukan org Islam dan org beriman juga mendptkan nikmat ini iaitu diberi 
kesihatan tubuh badan, mendapat makan dan minum serta kemewahan.

Allah mengambil berat kpd org yg beriman kerap dinyatakan dlm Quran ttg pemberian yg besar disebut Ya Aiyuhal lazi na aamanu...

Dlm hadis Nabi SAW
Aku telah mempersiapkan bagi org beriman di akhirat nanti, pemberian yg lebih besar dari pemberian yg x pernah dilihat dan didengar bagi org yg sentiasa bersyukur kpd Allah.

Nabi SAW bersabda
Sebaik2 kamu adalah yg paling baik akhlaknya. Yg dekat dan hampir dgn aku dan mempunyai timbangan yg paling berat adalah yg berakhlak mulia. Bukan yg paling banyak melakukan solat tetapi yg paling baik akhlaknya

Kita dpt belajar bila banyak beribadah ia memberi kesan dan membuatkan kita semakin bersyukur kpd Allah. Kita mampu menghargai apa yg d beri oleh Allah. Jadi segala pancaindera kita, hanya digunakan utk perkara yg diredhai oleh Allah SWT.

Org yg beribadah kemudian membuat perkara yg haram adalah org yg membawa pahala yg tinggi menggunung segala amalannya, tetapi x diterima. Habis pahalanya x d pandang oleh Allah
Ia memerlukan tarbiah mendidik diri kita utk d kurniakan sifat2 yg mulia

Nabi SAW beritahu sebaik2 amalan adalah bersolat pada awal waktu
Apabila kita mengagungkan Allah, kita akan berjumpa dan berckp dgn Allah, ia memerlukan persiapan zahir dan batin kpd Allah
Adakah ia bersolat d hadapan Allah tetapi masih memikirkan perkara yg haram dan x diredhai. Atau ia ada mempunyai perasaan sombong dan adakah ia mendpt pandang oleh Allah

Kalau kita solat, tapi x bertambah dekat dgn Allah sebaliknya  menjadikan kita semakin jauh dgn Allah. Kalau solat x menghalang kita drp melakukan perbuatan yg keji maka solat kita x dipandang oleh Allah

Kalau semakin ia solat ia menjadi bertambah baik.

Ibadah kita bertujuan utk mentarbiah kan diri kita dgn mengagungkan Allah,  mewujudkan sifat sabar dan rasa bersyukur m. Justeru Bulan Ramadan adalah bulan penuh barakah yg mampu utk kita lakukan menahan diri drp melakukan kemaksiatan spt x makan, x minum dan melakukan perbuatan mungkar. Kita mampu dan berusaha menjaga. Kita juga menyebut bulan mentarbiah krn sepanjang tahun kita melayan nafsu amarah makan dan minum.

Hakikat yg besar adalah menahan mata dari melihat benda2 yg diharamkan. Menahan lidah dari mengucapkan / berckp perkara yg sia2.

Hadis Nabi SAW
Brg siapa yg x meninggalkan perkataan yg kotor. Allah x berhajat dan memandang akan ibadah puasa mereka. Maka segala usaha kita drp menahan lapar dan dahaga dlm bulan Ramadhan x diterima  bila mana mata dan lidahnya x berpuasa yakni melihat dan berkata drp melakukan perkara yg haram

Hadis Nabi SAW;
Nabi SAW bertanya
Siapakah org yg kuat?
Sahabat menjawab 
Org yg soleh mampu bergusti
Kata Nabi SAW
Org yg kuat adalah org yg duji dgn kemarahan, ia mampu menahan kemarahannya. Dia x membalas kejahatan dibalas dgn kejahatan tetapi ia membalas kejahatan dgn kebaikan.

Ulasan
Justeru, kita hendaklah berusaha menjadi suami yg baik, isteri yg baik, serta sahabat yg baik

Org Islam itu adalah org yg selamat krn mereka banyak bersabar dan mampu mengawal lidahnya.

Bulan yg penuh dgn tarbiah, kita berusaha utk menahan diri drp melakukan maksiat dan perkara yg haram serta berusaha utk melakukan ketaatan.

Bulan Ramadhan menjadikan iman jita dicharge. Kita perlu tahu rahsia dan kelebihan berpuasa.

Imam Ali Zainal Abidin - keturunan Nabi SAW merupakan seorg yg warak dan sgt banyak amalannya
Sedekahnya x dilihat oleh manusia.
Lalu ada org mengupah seseorg utk
membuat Imam Ali marah, org itu nak lihat bagaimana org beriman itu dimalukan dikhalayak ramai,

Bila imam Ali keluar dari masjid.
Sipolan ini mengata Imam Ali. Saat dia dikutuk d hadapan org ramai. Dia diam shj, perkara pertama yg ia lakukan adalah:
1,  dia tersenyum
2,  dia berkata wahai sipolan, apa yg telah engkau beritahu aku ini aku ucapkan terima kasih krn telah memberitahu yg aku ini penuh dgn kekurangan.

Kemudian Imam Ali memberinya 200 dirham. Lalu org yg diupah itu menangis dan berkata aku menjadi saksi bahawa aku diupah utk menjatuhkan engkau.  Kalau aku mampu akan akan dibayar. Imam Ali memberi wang 200 sebagai hadiah walaupun ditolak oleh sipolan sbg balasan memberitahu akan kekurangannya.

Bagaimana sifat org soleh dan ahli ibadah ini? Mampukah kita saat kita d uji dgn kemarahan, diganggu dan dipukul oleh org lain.
 
Kesimpulan 

Kata ulama
Brg siapa yg nafsunya mengawal dirinya dan akalnya maka dia lebih teruk drp haiwan. Org yg beriman, penuh dgn akhlak yg mulia dan akalnya bercahaya.

Kita hendaklah mohon kpd Allah supaya solat, puasa serta ibadah  ringan / mudah bagi kita utk melakukan ketaatan kpd Allah SWT 
Kita juga hendaklah sentiasa bersyukur dpt mengikuti cara org soleh beribadah sepanjang bulan Ramadhan serta layak berada d syurga bersama2 dgn para nabi dan org2 soleh. Semoga Allah SWT memberkatinya. Aamiin...

17 PUASA

17 RAMADHAN 1442H
29 April 2021M

DEGIL2 RUMPUT SAMBAU PUN BANYAK MANFAATNYA TAU ...
free ja xpyah beli

Assalamualaikum sahabat syurga ...
Saya nak share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang pandang pokok ni sebelah mata sahaja sebab nak buat apa pokok ni? 

Lagi pun tumbuhan ni jika dibuang akan tumbuh lagi, dan tumbuh lagi, dan lagi ... Kan kan kan ?

Siapa pernah tengok pokok rumput ni ? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat2 semua selalu pijak. inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan tah apa lagi nama orang panggil ... 

Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj ... Pendek kata semua tempat dia tumbuh. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu  tumbuh balik.

Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT ciptakan untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebab itu kita meluat, rimas dan menyumpah betul tak ? 

Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pi cari benih dan tanam pulak ya hehe ... Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.

👉 AKAR direbus tiada sukatan, ikut selera masing2.
.
- Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.
.
- Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah ...
.
- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum ...
.
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah pasal hati, bagus untuk amal. Tapi bukan Penyakit Hati yg suka hantar saka santau kat orang tu ya. Yang tu mau bagi 3x2 atau parang terbang je. Baru dia ada akai ...
.
- Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dan berpeluh, sila amal dengan rela ... Insyaallah.

🥬🥬🥬🥬🥬
👉 DAUN ...

- Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin keracunan atau sebagainya.

 Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup la hehe ...

- Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la ...
.
👉 Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya ...

- Merawat sistem salurang kencing, menyah toksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda. 
.
- Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap2 masuk tandas, kejap2 rasa air kencing terkeluar. Boleh amal untuk melawaskan kencing, In sha Allah dengan izinnya akan mujarab.
.
- Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah2 ke, boleh cuba amalkannya In sha Allah ... 

- Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bila demam suhu badan akan tinggi kan ? Boleh amalkannya. Bukan panas baran yaaa ... Panas baran ni ubat dia pelempang hehe ...

- Bagi yang ada masaalah angin pasang, boleh amalkan 
air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang ? Bukan air pasang tau.
.
- Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila stnby dengan segelas air rebusan rumput sambau ya ... Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya ...
.
- Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan kedalam mulut. In sha Allah ...
.
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal. 

- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya.. In sha Allah dengan berkat amalan akan sembuh.
.
Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan. Manusia ni kalau liat agak susah nak berubat melainkan ... Haa hampa tambah la sendiri hai hai hai ...
.
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga ke anak cucu, Aminn. Wallahua'alam ...
.
#herba #rumputsambau 
#penawarherba
#kongsipetua✍️

Rabu, 28 April 2021

16 PUASA

16 RAMADHAN 1442H
28 April 2021M

Sejarah Pondok Di Kedah Yang Kini Sudah Mencapai Usia 214 Tahun

Oleh : Tengku Yusuff

Di Kedah, Islam menjadi agama rasmi dalam tahun 531 Hijrah bersamaan tahun 1136 Masihi setelah Syeikh Abdullah al-Qumairi mengajarkan dua kalimah syahadah kepada Raja Kedah, Phra Ong Maha Wangsa atau Maharaja Durbar dan menukarkan nama baginda menjadi Sultan Muzaffar Syah. Bermula dari saat itu, pendidikan Islam mula berkembang sehingga ke hari ini.

Pada tahun 1821, Negeri Kedah telah diserang oleh Siam dan mereka berjaya menjajah negeri ini sehingga tahun 1842. Apabila Kedah dibebaskan semula dari belenggu Siam, sebahagian dari wilayahnya telah dipecahkan untuk membentuk beberapa buah negeri kecil dan di antaranya ialah negeri Kubang Pasu.

Raja Siam menabalkan Tunku Anum menjadi Raja di Kubang Pasu sejak 1839 dan Tunku Anum berusaha memperolehi seorang mufti membantunya memerintah Kubang Pasu tersebut. Tunku Anum mendapati ada sebuah pusat pengajian agama secara pondok masih bernafas di sebuah kampung di Kubang Pasu iaitu di Kampung Malau dan meminta tuan gurunya yang bernama Tuan Guru Haji Wan Ishak bin Wan Muhammad Hashim bin Wan Abdul Baqi menjadi mufti Kubang Pasu Darul Qiam.

Setakat yang diketahui dengan pasti pondok atau pusat pengajian Tuan Guru Haji Wan Ishak di Kampung Malau ialah pusat pengajian Islam sistem pondok yang paling tua di negeri Kedah. Pondok itu dibukanya dalam tahun 1806 namun terpaksa dihentikan selepas 33 tahun berlangsung apabila beliau dilantik menjadi mufti di Kubang Pasu. Bagaimanapun, atas perbincangan beliau bersama Tunku Anum, mereka mengambil keputusan untuk membuka kembali pondok pengajian tetapi kali ini memilih ibu negeri Kubang Pasu iaitu Pulau Pisang sebagai lokasinya pada tahun 1845. Pondok di Pulau Pisang pernah menjadi sebuah pusat pengajian Islam yang terulung di negeri Kedah.

Sedikit sejarah mengenai Pondok Pulau Pisang, Jitra.

Tuan Guru Haji Wan Ishak bin Hashim (1771-1871) adalah merupakan anak murid kepada Syeikh Daud al-Fathani dan Syeikh Abdul Samad al-Falembani .

Sewaktu Tuan Guru Haji Ishak mengasaskan pondok di Pulau Pisang itu, boleh dianggap pengajian pondok tersebut satu satunya yang sangat terkenal dalam kerajaan Kedah. Walau bagaimanapun setelah Tuan Guru Haji Ishak meninggal dunia pada 1871, suasana pengajian di pondok itu dalam kelesuan. 

Pondok Pulau Pisang kembali memancarkan nur ilmu pengetahuan dan menjulang kecemerlangan kewibawaan setelah cucunya Tuan Guru Haji Muhammad Saleh pulang dari Mekah dan memimpin pondok tersebut pada tahun 1894.

Tuan Guru Muhammad Haji Saleh (1864-1944 ) merupakan cucu kepada Tuan Guru Haji Ishak dari susur galur ibunya Fatimah. Diriwayatkan bahawa Pondok Pulau Pisang dalam masa pimpinannya pernah mencapai 2,000 orang pelajar. Pada zaman itu, jumlah pelajar pondok yang capai ribuan orang di Semenanjung Melayu merupakan satu jumlah yang besar dan luar biasa serta tidak terjangkau oleh pengajian pondok lainnya kecuali pada zaman yang sama di Patani dan Jawa ada yang lebih ramai daripadanya.

Pondok Pulau Pisang telah melahirkan ramai ulama, cerdik pintar, cendekiawan, pemimpin dan lain-lain, bukan hanya di Malaysia saja, tetapi juga Indonesia, Patani, Myanmar, Kemboja, dan Brunei Darussalam. Antaranya ialah :

1. Tuan Guru Haji Muhammad Saleh - Cucu Tuan Guru Haji Ishaq
2. Tok Keramat Tuan Guru Haji Muhammad Noor bin Abu Bakar - Pondok Tasak, Langgar ( Pondok kedua tertua Kedah )
3. Tok Keramat Syeikh Musa - Anak Tuan Guru Haji Ishaq
4. Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution
5. Syeikh Ismail Bin Muhammad Saleh - Cicit Tuan Guru Haji Ishaq
6. Syeikh Ramli Bin Muhammad Saleh - Cicit Tuan Guru Haji Ishaq
7. Syeikh Qasim Bin Muhammad Saleh - Cicit Tuan Guru Haji Ishaq

Di antara pondok-pondok yang wujud dalam pertengahan abad ke 19 di Kedah ialah pondok-pondok yang didirikan oleh Tuan-tuan Guru seperti :-

1. Tuan Guru Haji Wan Ishak bin Haji Wan Hashim, Pulau Pisang
2. Tuan Guru Haji Muhammad Tamim, Anak Bukit
3.Tuan Guru Haji Muhammad Diah bin Muhammad, Tualang
4. Syeikh Abdul Rashid Pulau Bidan
5. Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Syeikh Abdul Kadir Kadi, Alor Star.

Dipercayai pondok yang ketiga didirikan di Kedah ialah Pondok Tasak yang dibangunkan oleh Tuan Guru Haji Mohammad Noor bin Haji Abu Bakar yang terletak di Langgar, Alor Setar dan seterusnya yang keempat ialah Pondok Surau Makam Langgar yang dianggarkan dibuka pada tahun 1850an oleh Tuan Guru Haji Ahmad Tua.

Dalam zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) didapati banyak lagi pondok-pondok yang dibuka oleh ulama-ulama di Kedah. Di antara guru-guru pondok yang terbesar dizaman itu ialah :-

1. Syeikh Muhammad Taib al-Mas'ud al-Banjari, Titi Gajah, Mufti Kedah 
2. Syeikh Jusoh Keramat, Gajah Putih, Jeneri
3. Tuan Guru Haji Saleh Penaga, Limbong Kapal, Alor Star
4. Syeikh Munah Wali Keramat, Padang Pusing, Pendang
5. Tuan Guru Haji Muhammad Aji, Pumpong Alor Star
6. Syeikh Wak Sa, Kota Kuala Muda
7. Tuan Guru Haji Muhammada Rejab, Kanchut, Alor Star
8. Tuan Guru Haji Muhammad Salleh bin Ishak, Kelonghoi, Kuala Kedah
9. Tuan Guru Haji Ahmad Tampong bin Haji Osman, Merbok
10. Syeikh Saleh, Pedu
11. Tuan Guru Haji Muhammad Alim, Sungai Nonang, Yan
12. Tuan Guru Haji Muhammad bin Umar, Tok Haji Muhammad Tua, Alor Star, Langgar
13. Tuan Guru Haji Shaari bin Haji Taha, Pondok Tasak, Langgar
14. Tuan Guru Haji Ismail bin Haji Mustaffa Cik Dol, Gajah Mati, Pendang
15. Tok Faqih, Sungai Limau
16. Tuan Guru Haji Ahmad Lalang bin Haji Ali, Yan
17. Tuan Guru Haji Saleh bin Abdul Samad, Pondok Tasak, Langgar
18. Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Pondok Tasak, Langgar

Sistem persekolahan pondok bukan sahaja menjadi pusat pengajian ilmu tetapi juga menjadi pusat kepada pelbagai aktiviti kehidupan orang-orang Melayu di Kedah. Pondok-pondok di Kedah menerima pelajar-pelajar bukan sahaja dari Kedah sendiri tetapi juga dari luar negeri iaitu dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Perlis, Melaka, Johor, Perlis, Pahang dan lain-lain tetapi juga dari luar negara seperti dari Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.

Mukim Langgar di Alor Setar yang menjadi pusat persawahan yang amat luas menjamin pertumbuhan sembilan buah persekolahan pondok di sekitarnya. Persekolahan pondok yang paling awal di Mukim Langgar ialah Pondok Tasak di bawah Tuan Guru Haji Muhammad Noor bin Abu Bakar (Tuan Mad Nor Keramat), dan disambung pula oleh Tuan Guru Haji Shaari bin Haji Taha. Keduanya ialah Pondok Tuan Guru Haji Ahmad Tua di Alor Setol dan disambung hayatnya oleh Tuan Guru Haji Nawawi bin Haji Saleh. Ketiganya ialah Pondok Tuan Guru Haji Abu di Alor Keladi.
Kemudian terdapat pula Pondok Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Yassin (Tok Janggut) di Langgar Satu, Pondok Tuan Guru Haji Husin bin Haji Saleh berhampirannya, Pondok Syeikh Abdullah Masri di Tanjung Inggeris dan Pondok Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Yusof (Haji Abdullah Kechik) berhampirannya, kemudian terdapat pula Pondok Tuan Guru Haji Dahlan di Jalan Makam dan Pondok Tuan Guru Haji Muhammad Marzuki bin Muhammad Amin di persimpangan Jalan Makam itu. Seperti biasa, setengah dari pondok-pondok ini menjadi tempat perlindungan orang tua-tua yang belajar di pondok-pondok ini sehingga mereka meninggal dunia di situ

Keadaan yang sama seperti di Langgar berlaku juga di Mukim Pendang, dua puluh batu dari Alor Star. Di sana terdapat sekurang-kurangnya 18 buah persekolahan pondok juga didirikan hampir sebelah menyebelah. Pondok Syeikh Munah di Padang Pusing, Pendang dikira paling awal yang kemudiannya diikuti pula oleh pondok-pondok lain yang dibukai oleh:

1. Tuan Guru Haji Muhammad di Padang Pusing, Pendang
2. Tuan Guru Haji Awang Chegar dan kemudian disambung oleh Tuan Guru Haji Ahmad Rubat, Kampung Chegar, Pendang
3. Tuan Guru Haji Ismail Che Dol, Gajah Mati, Pendang 
4. Tuan Guru Haji Ibrahim, Paya Sena
5. Tuan Guru Haji Muhammad Ariff bin Ishak, di Ayer Putih, Pendang
6. Syeikh Abdul Qadir, Guar Kepayang
6. Syeikh Wan Ibrahim al-Fathani ( Pak Chu Him Gajah Mati )
7. Tuan Guru Haji Husin, Seberang Pendang, Pendang
8. Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Haji Ibrahim, berhampiran Pekan Pendang
9. Tuan Guru Haji Hamid, Tobiar, Pendang 
10. Tuan Guru Haji Abu Bakar Penyarom, Tobiar, Pendang 
11. Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Tanah Merah, Pendang
12. Tuan Guru Haji Abdul Razak bin Haji Ibrahim, Paya Sena, Pendang
13. Tuan Guru Haji Zakaria, Kampung Rambai, Pendang 
14. Tuan Guru Haji Ahmad Kecik, Kampung Kepala Parit, Tokai, Pendang
15. Syeikh Hussin Masri, Kubur Panjang, Pendang
16. Tuan Guru Haji Wan Sulong bin Wan Dali, Pokok Asam, Pendang
17. Tuan Guru Haji Hussin, Seberang Pendang
18. Tuan Guru Haji Hussin Bin Yaakob, Paya Kencut
 
Pondok-pondok di Kedah paling banyak sekali didirikan ialah di zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Di antara yang wujud antara 1900 hingga 1935 ialah :

1. Tuan Hussien Kedah al-Banjari, Bohor 
2. Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Sidiq, Limbong Kapal
3. Syeikh Wan Idris bin Haji Wan Jamal ( Tok Syeikh Jarum ), Derga
4. Tuan Guru Haji Muhammad Ariff bin Haji Ishak, Sungai Nonang & Ayer Puteh
5. Tuan Guru Haji Husain bin Muhammad Hassan, Titi Besi
6. Tuan Guru Haji Yaakub bin Haji Ahmad, Pedu & Batu Menunggul, Pendang
7. Tuan Guru Haji Muhammad Lin, Yan
8. Syeikh Abdul Kadir, Guar Kepayang
9. Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah, Penyarom, Tobiar
10. Tuan Guru Haji Abdul Hamid, Tobiar
11. Tuan Guru Haji Yaakub bin Haji Abdul Rahman, Kemelong, Sik
12. Tuan Guru Haji Umar bin Muhammad Zain, Titi Gajah, Kota Star
13. Tuan Guru Haji Idris, Ayer Hitam, Jitra
14. Tuan Guru Haji Ibrahim, Paya Sena, Pendang
15. Tuan Guru Haji Ismail, Teluk Ara, Jitra
16. Tuan Guru Haji Muhammad Salleh bin Idris, Lubuk Kawah, Jitra
17. Tuan Guru Haji Muhammad Saman, Kubang Siam, Kota Star
18. Tuan Guru Haji Awang Chegar, Pendang
19. Tuan Guru Haji Ismail, Gunung Keriang, Kota Star
20. Tuan Guru Haji Saad, Kubang Bongor, Kota Star
21. Tuan Guru Haji Saleh Masri bin Haji Abdullah, Kuala Kedah
22. Tuan Guru Haji Ahmad Umar, Tanjung Musang, Langgar
23. Syeikh Abdullah Masri, Tanjung Inggeris, Langgar, Kedah
24. Tuan Guru Haji Yassin, Selarong Lalang, Alor Star
25. Tuan Guru Haji Yassin, Jabi, Kota Star
26. Tuan Guru Haji Yassin, Alor Ibus, Kota Star
27. Tuan Guru Haji Muhammad Saman Keramat Serban Hijau, Yan
29. Tuan Guru Haji Muhammad Arshad, Teluk Bagan, Alor Star
30. Tuan Guru Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Salam, Si Putih, Kubang Pasu
31. Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Tualang, Pendang
32. Tuan Guru Haji Ismail bin Che' Abu, Bujang, Merbuk, Kedah
33. Tuan Guru Haji Awang Hamzah, Kubang Siam, Kota Star
34. Tuan Guru Haji Harun bin Muhammad Zain, Alor Merah, Alor Star
35. Tuan Guru Haji Omar, Merbok
36. Tuan Guru Haji Yahya bin Haji Taha, Kupang, Baling
37. Tuan Guru Haji Wan Sulung bin Wan Chik, Jeniang
38. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Yassin ( Tok Janggut ), Langgar
39. Tuan Guru Haji Abu, Alor Keladi, Langgar
40. Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kubang Rotan, Kota Star
41. Tuan Guru Haji Awang, Sungai Limau, Yan
42. Tuan Guru Haji Muhammad bin Haji Awang, Padang Pusing, Pendang
43. Tuan Guru Haji Abdul Latif, Pulau Kerengga, Kota Star
44. Tuan Guru Haji Harun, Bukit Tinggi, Naga, Sungai Baru, Bukit Pinang
45. Tuan Guru Haji Ahmad, Paya Nedam, Sik
46. Tuan Guru Haji Muhammad Zain, Kubang Siam, Kota Star
47. Tuan Guru Haji Endut, Titi Besi, Kubang Pasu
48. Tuan Guru Dato' Haji Abdul Rahman bin Abdullah, Merbok
49. Tuan Guru Haji Abdul Ghani bin Haji Awang, Tandop, Alor Setar
50. Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Latif, Jitra
51. Tuan Guru Haji Ahmad, Kupang, Baling
52. Tuan Guru Haji Abdul Mutalib bin Abdul Rahman, Simpang Empat, Kota Star
53. Tuan Guru Haji Muhammad Nuh, Kulim
54. Tuan Guru Haji Hussain bin Haji Saleh, Langgar
55. Tuan Guru Haji Wan Abdul Samad bin Wan Nik, Pokok Sena
56. Syeikh Wan Ibrahim bin Wan Abdul Kadir ( Pak Chu Him), Gajah Mati, Pendang
57. Tuan Guru Haji Othman, Alor Gonchar, Gunung, Kota Star
58. Tuan Guru Haji Itam, Tanjung Bedil, Kota Star
59. Tuan Haji Abdullah bin Haji Awang, Chegar, Anak Bukit Kota Star
60. Tuan Guru Haji Hassan al-Fatani, Bukit Besar, Yan
61. Tuan Guru Haji Abdul Majid, Guar Cempedak
62. Tuan Guru Haji Hussain bin Che' Dol, Guar Cempedak
63. Tuan Guru Haji Hamzah, Mergong, Alor Star
64. Tuan Guru Haji Ismail bin Sulaiman, Merbok
65. Tuan Guru Haji Ahmad Kota bin Lebai Ibrahim, Kota Rentang, Bukit Pinang
66. Tuan Guru Haji Zawawi bin Abdul Rahman, Alor Ibus dan Yan
67. Syeikh Mahmud bin Abdullah, Bukit Besar, Yan
68. Tuan Guru Haji Kassim bin Haji Saleh, Pulau Pisang, Jitra
69. Tuan Guru Haji Othman Melaka, Sanglang, Kodiang, Kubang Pasu
70. Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Sungai Baru Ilir, Kota Star
71. Tuan Guru Haji Ahmad 'Sekor', Junjung, Kulim
72. Syeikh Idris bin Abdul Rahman al-Jarumi, Alor Mengkudu, Alor Star
73. Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin, Ayer Hitam, Jitra
74. Tuan Guru Haji Hamzah, Seberang Chegar, Anak Bukit
75. Tuan Guru Haji Ahmad Lala bin Abbas, Jeneri, Sik
76. Tuan Guru Haji Dahlan, Langgar
77. Tuan Guru Haji Muhammad Marzuki bin Muhammad Amin, Langgar
78. Tuan Guru Haji Ismail bin Ibrahim, Seberang Nyonya, Kuala Kedah
79. Tuan Guru Haji Umar bin Haji Saleh, Kubang Lembu Jitra
80. Tuan Guru Haji Rashidi, Kampung Gelugur, Baling
81. Tuan Guru Haji Wan Sulung bin Wan Dali, Pokok Asam, Pendang
82. Tuan Guru Haji Saleh Wara', Sik
83. Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Haji Ibrahim, Pendang
84. Tuan Guru Haji Hussein, Pendang
85. Tuan Guru Haji Muhammad Saad bin Awang, Merogoi, Bukit Payung, Pendang
86. Tuan Guru Haji Husin bin Haji Abdul Rahman, Telok Kechai, Kota Star
87. Tuan Guru Haji Musa bin Salleh, Pekan Sik

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Hamid, muncul beberapa pondok pengajian yang bertebaran di bumi Kedah umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Dizaman ini rakyat di Kedah amat cenderung ke arah pendidikan pondok bagi mendidik anak bangsa. Ianya masih wujud hingga kini namun dalam bilangan yang semakin sedikit dari hari ke hari. Diantara Tuan-tuan guru yang membuka pondok dizaman ini ialah : 

1. Tuan Guru Haji Yahya Junaid, Batu 16, Padang Lumat, Yan
2. Tuan Haji Omar Zuhdi bin Muhammad Saleh, Banggol Berangan, Parit Panjang, Baling
3. Tuan Guru Haji Othman bin Haji Yunus, Batu Sebelas, Bukit Besar, Yan
4. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Othman, Bukit Keplu, Kodiang, Kubang Pasu
5. Tuan Guru Haji Abdullah Abbas Nasution, Tanjung Pauh, Jitra
6. Tuan Lebai Isa, Keplu, Kodiang
7. Tuan Guru Haji Fauzi bin Haji Mustaffa, Yan
8. Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Haji Saleh, Jitra, Kubang Pasu.
9. Tuan Guru Haji Abdul Razak bin Haji Ibrahim, Pendang.
10. Tuan Guru Haji Abdullah Kechik bin Haji Muhamad Yusof, Langgar
11. Syeikh Tajuddin bin Haji Abdul Rahman al-Jarumi (Dato' Mursyid di Raja), Malele, Kubang Pasu
12. Tuan Guru Haji Abdullah bin Hassan, Kuala Janing, Padang Terap
13. Syeikh Daud, Malau, Kulim
14. Tuan Guru Haji Yahya, Kampung Teluk, Bukit Pinang, Kota Star
15. Tuan Guru Haji Ahmad Nahu, Jeneri, Sik
16. Tuan Guru Haji Muhammad Ali bin Haji Ismail, Kebun 500, Jabi, Kota Star
17. Tuan Guru Haji Ibrahim Senggora, Tok Keling, Kota Star
18. Tuan Guru Haji Wan Muhammad Saleh, Tong Pelu, Padang Terap dan Alor Changleh, Kubang Pasu.
19. Tuan Guru Haji Mustaffa, Tambak Bunga, Kota Star.
20. Tuan Guru Haji Husin bin Haji Abdul Rahman al-Jarumi, Selarung Lalang, Kota Star
21. Tuan Guru Haji Umar bin Haji Ahmad, Langgar
22. Tuan Guru Haji Senawi bin Muhammad Saleh, Alor Setol, Langgar
23. Tuan Guru Haji Abdullah bin Lebai Besar, Kupang
24. Tuan Guru Haji Bukhari bin Hassan, Bukit Besar, Yan dan Batu Menunggol, Pendang
24. Tuan Guru Haji Wa Man, Lepai, Kota Star.
25. Tuan Guru Haji Man, Pida Tiga, Tunjang, Kubang Pasu
26. Syeikh Husin Masri, Kubur Panjang
27. Tuan Guru Haji Awang, Ayer Hitam, Kubang Pasu
28. Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Awang Kechik, Permatang Jeram, Kubang Pasu
29. Tuan Guru Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Hamid, Sungai Jagung Dalam, Pendang
30. Tuan Guru Haji Shafie, Kampung Tebing, Jitra
31. Tuan Guru Haji Azizan bin Mustaffa, Kangkung, Kota Star
32. Tuan Guru Haji Ismail bin Haji Ahmad, Bukit Pinang, Kota Star
33. Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin Haji Yahaya, Kupang, Baling
34. Syeikh Mahmud Nasri Osmani, Kampung Lanai, Baling
35. Tuan Guru Haji Ahmad, Bukit Pinang, Kota Star
36. Tuan Guru Haji Salleh bin Haji Musa, Sik
37. Tuan Guru Haji Abdullah bin Lebai Samah, Bukit Lada, Kota Star
38. Tuan Guru Haji Abdul Wahab bin Hassan ( Awang Lanai ), Baling
39. Tuan Guru Haji Ahmad, Padang Nyior, Kuala Nerang
40. Tuan Guru Haji Abdul Wahab bin Saad, Tok Keling, Alor Setar

Di atara pondok-pondok di atas, ada yang masih bertahan menghadapi pelbagai rintangan dan kesukaran yang timbul mengikut arus pembangunan dan pemodenan. Persekolahan pondok ini terpaksa menandingi sekolah-sekolah agama yang didirikan oleh Kerajaan dengan sistem yang jauh progresif. Walaubagaimanapun di sebalik kesukaran tersebut, diharapkan agar sinar kegemilangan pendidikan pondok dapat kembali menyerlah dan menjadi benteng kepada situasi di akhir zaman ini.

Selasa, 27 April 2021

15 PUASA

15 RAMADHAN 1442H
27 April 2021M

Pengajaran! Bila kita difitnah....

Saya terbaca kisah seorang yang memfitnah.. Lalu dia menyesal dan bertemu dengan orang tersebut dan ingin memohon maaf..

Lalu orang itu berkata, "Dengan syarat..Nanti bila kamu datang ke pada ku ini bawalah penyapu bulu ayam. Dalam perjalanan kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis.."

Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu.. Tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf.

Lalu dia melakukannya.. Hingga sampai.. 
Dia berjumpa dengan orang tersebut..
"Wahai sahabat..Aku telah buat seperti yang engkau suruh..Hanya tinggal rotan saja..Bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke sini tadi..Apakah engkau telah memaafkan ku..?"

orang itu berkata.. "Nanti bila kamu balik..kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa pada ku esok.."

Orang itu bertambah pelik..
Tadi suruh buang, Ini suruh ambil kembali..
Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya..

Keesokan hari.. 
Dia berjumpa dengan sahabat itu..
"sahabat .. Aku hanya mampu kutip 2..3 helai saja daripada banyak yang aku buang..Semua telah di terbang angin entah ke mana....."

Lalu orang itu berkata..
"BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan pada ku..
orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah kemana..
Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya..ia tersebar... Terus tersebar..."

"Aku maafkan kamu..
Bertaubatlah..
Lakukanlah apa yang harus kamu lakukan...." 

Nah.. itulah dosa yang jaariah..
Dosa fitnah terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar.... 
Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa.."

Pada si pelaku... 
Usahalah..
Temui orang-orang yang kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah.... 
Berhati²lah....

Peringatan buat diriku jua......

Isnin, 26 April 2021

14 PUASA

14 RAMADHAN 1442H
26 April 2021M

1. Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia.

2. Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.

3. Sesiapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.

4. Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.

5. Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.

6. Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah swt akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.

7. Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.

8. Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.

9. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.

10. Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya.

Pertama doa mak ayah kita.

Kedua, doa isteri.

Ketiga, doa orang baik2 serta kawan2 kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.

11. Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah, itulah cinta yang sebenar.

12. Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.

13. Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.

14. Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.

15. Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.

16. Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.

17. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.

18. Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.

19. Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.

20. Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa2. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.

21. Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting bila Allah sayang.

Ahad, 25 April 2021

13 PUASA

13 RAMADHAN 1442H
25 April 2021M

Memasuki Syurga Menerusi Pintu Ibadat 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ كُلِّهَا قَالَ نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menginfaqkan dua jenis (berpasangan) dari hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai 'Abdullah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan). Maka barangsiapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barangsiapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barangsiapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barangsiapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah". Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radliallahu 'anhu bertanya: "Demi bapa dan ibuku, jika seseorang dipanggil diantara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?". Rasulullah menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka". (HR Bukhari No: 1764). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ramadan bulan infak. Orang yang menginfak dua jenis hartanya di jalan Allah, dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga.

2.  Amalan fardu seperti solat, puasa, zakat dan haji yang dilakukan  semasa di dunia, akan menyediakan  daripada ibadat tersebut, antara pintu-pintu ke syurga.

3.  Mereka yang ahli solat, ahli jihad, juga ahli sedekah, akan dipanggil menerusi pintu-pintu di syurga antaranya pintu solat, pintu jihad dan pintu sedekah untuk masuk ke syurga.

4.  Ahli puasa akan dipanggil dari pintu syurga yang bernama ar-Rayyan

5.  Orang yang melaksanakan semua ibadat,  semua pintu ibadat di syurga akan memanggil untuk masuk ke syurga melalui pintu  masing-masing.

Jom kita suburkan dan sempurnakan ibadat SOLAT, JIHAD, SEDEKAH dan PUASA. Semoga ia memantapkan keperibadian kita dan menjadi antara pintu-pintu Syurga buat kita.

Sabtu, 24 April 2021

12 PUASA

12 RAMADHAN 1442H
24 April 2021M

Jangan Menangguh Untuk Bersedekah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الصَّدَقَةِ أَعْظَمُ أَجْرًا قَالَ: أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيْحٌ شَحِيْحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلْ حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الْحُلُقُومَ قُلْتَ: لِفُلاَنٍ كَذَا وَلِفُلاَنٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلاَنِِ 

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata: "Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan bertanya; “Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?”. Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan ketika itu kamu berasa kedekut (kikir) dan  takut menjadi miskin dan berangan-angan untuk menjadi orang kaya. Oleh itu, janganlah kamu menunda-nunda untuk bersedekah sehingga ruh sampai di kerongkongmu, maka kamu baru berkata, "Ini untuk si fulan dan itu untuk si fulan, padahal harta itu sudah menjadi milik si fulan." (HR Bukhari no: 2748) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sedekah yang paling besar pahalanya ialah ketika kita sihat dan berasa sayang dengan harta tersebut malah kita bimbang harta akan berkurang apabila bersedekah dan kita pula berhasrat dengan mengumpul harta itu akan menjadi kaya.

2.  Bersedekah jangan ditunda kerana bimbang kematian menjemput kita

3.  Segera bersedekah, jangan tunggu nyawa sampai dihalkum. Bila kita mati, harta yang ditinggalkan akan menjadi harta waris untuk difaraidkan, bukan milik kita. Bila ia menjadi hak orang lain, ia tidak mendatangkan manfaat kepada si mati.

4.  Bagi yang ada lebihan harta, mari kita menyumbang kepada yang memerlukan antaranya kepada mereka yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.  

Jumaat, 23 April 2021

11 PUASA

11 RAMADHAN 1442H
23 April 2021M

Amalan dari Sheik Nuruddin Marbu Albanjari

Amalan ini disampaikan oleh 'Alim Murobbi Tuan Guru Syeikhuna Muhammad Nuruddin bin Marbu al-Banjari al-Makki Hafidzohullah;

1. Memelihara solat Fardhu 5 waktu secara berjemaah di masjid.

2. Mempelihara wudhuk seharian.

3. Membaca Sayyidul Istighfar,
اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت خلقتني وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

4. Doa al-Hafiz,
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

5. Setelah itu membaca doa ini,

يا أمان الخائفين آمنا مما نخاف
يا أمان الخائفين سلمنا مما نخاف
يا أمان الخائفين نجنا مما نخاف

Baca dan amalkan doa diatas setiap kali SELEPAS SOLAT SUBUH & MAGHRIB dengan penuh keyakinan serta tulus dan ikhlas memohon perlindungan dari Allah Taala. Mudah-mudahan diri kita sekeluarga mendapat perlindungan dari ancaman penyakit merbahaya terutamanya dari virus corona yang sedang menular ini. 

_~ Catatan ringkas oleh al-Faqir Iqmal Haqim bin Rosman / Madrasah Az-Zein Lissuluk Ilallah / 9 Mac 2020

Khamis, 22 April 2021

10 PUASA

10 RAMADHAN 1442H
22 April 2021M

AKIBAT MEMBACA ALQURAN TERUS MENERUS

Berkata Abdul Malik bin Umair:
 
"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua[ awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

"Manusia yang Paling Jernih Akalnya adalah para pembaca Al-Quran".

Berkata Al-imam Qurtubi :
"Barang siapa yang membaca Al-Quran,  maka Allah akan menjadikan Ingatannya Segar meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-Quran jangan pernah kau Tinggalkan, karena sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan diMudahkan Setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah :
 
"Bahwasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca Al-Quran,  maka oleh karena itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".

Berkata Abu Zanad :

"Di tengah malam,  aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca Al-Quran".

Berkata sebagian ahli tafsir :

"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Quran maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada Allah agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya". 

Bila anda Cinta pada Al-Quran maka sebarkanlah. Demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Al-Quran maka pahala akan mengalir pada anda.

JADIKAN ALQURAN TEMAN DI DUNIA DAN  PENOLONG DI AKHIRAT

Hidup mati dan dibangkitkan bersama Al Qur'an

Rabu, 21 April 2021

9 PUASA

9 RAMADHAN 1442H
21 April 2021M

SELAMAT BERPUASA..SEMOGA KITA DIPERTEMUKAN ALLAH DGN MLM LAILATULQADAR.

WAHAI SAHABATKU ❤️❤️❤️

TIGA AMAL YANG MENGUBAH TAKDIR

✅DOA
Rasulullah ’alaih wa sallam menjelaskan bahwa taqdir yang Allah ta’aala telah tentukan bisa berubah. Dan faktor yang dapat mengubah taqdir ialah doa seseorang.
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ
إِلَّا الدُّعَاءُ وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمْرِ إِلَّا الْبِرُّ (الترمذي)
Bersabda Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam: “Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah ta’aala selain do’a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik.”
 (HR Tirmidzi 2065)

Barangsiapa tidak berdo’a kepada Allah ta’aala, maka Allah ta’aala murka kepadaNya.”
(HR Ahmad 9342)

✅SEDEKAH 
Sangat banyak hadits atau keterangan tentang manfaat, hikmah, atau keutamaan sedekah. Selain manambah harta dan membuat harta jadi berkah, sedekah pun bisa mengubah takdir atau nasib

"Sesungguhnya sedekah itu dapat memadamkan kemarahan Allah dan menolak ketentuan yang buruk.” (HR. Tirmidzi).

“Bersegeralah bersedekah, karena bala tidak pernah mendahului sedekah.” (HR. Thabrani).

“Sesungguhnya sedekah dan silaturahim itu dapat menambah umur dan menolak ketentuan buruk yang tidak disukai dan ingin dijauhi.
” (HR. Abu Ya’la Alhambali).

✅AMAL KEBAIKAN 
Beramallah kamu sekalian, karena beramal (berbuat kebaikan/ibadah) akan mengubah sesuatu yang buruk yang telah ditentukan-Nya padamu" (HR. Bukhori dan Muslim).

“Tiada yang dapat menambah umur seseorang, selain (amal) kebaikan.
” (HR. Ahmad dan Thabrani)

Selasa, 20 April 2021

8 PUASA

8 RAMADHAN 1442H
20 April 2021M

HUSNUL KHATIMAH itu tidaklah semestinya dengan mati di dalam masjid atau di atas tikar sejadah atau mati dalam keadaan memegang mushaf.

Sedangkan sebaik-baik manusia, Rasulullah SAW sendiri wafat di tempat pembaringannya.

Sebaik-baik Sahabat yang merupakan teman rapat baginda SAW, Abu Bakr al-Siddiq juga meninggal di tempat tidurnya.

Khalid bin al-Walid pejuang yang telah menempuh 100 medan peperangan tanpa kalah dan digelar "Pedang Allah Yang Terhunus" juga meninggal di atas katilnya.

Namun...

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan bebas dari SYIRIK.

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan bebas dari NIFAQ.

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan bebas dari BIDAAH.

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan berada di atas landasan AL-QURAN dan AL-SUNNAH.

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan tidak menanggung bebanan KEZALIMAN terhadap saudara seagama dan sentiasa menunaikan HAK ALLAH dan HAMBA-NYA.

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan HATI YANG BERSIH dari dendam, sangka buruk dan dengki terhadap saudara seagama, hati yang disulami ketulusan NIAT dan diri yang dihiasi dengan keindahan AKHLAK.

Husnul Khatimah itu apabila kita mati dalam keadaan sentiasa memelihara SOLAT LIMA WAKTU secara berjemaah dan sentiasa menunaikan segala KEWAJIPAN yang telah diperintahkan Allah.

Semoga Allah mengurniakan kita kesudahan yang baik dalam setiap urusan dan memelihara kita dari ujian dunia serta azab akhirat.

-Nasihat emas Syeikh al-'Uthaymin

8 PUASA

8 RAMADHAN 1442H
20 April 2021M

Saat lahirnya INSAN MULIA.. Tarikhnya muncul di saat awal RAMADHAN.. Tahun ini istimewa.



Isnin, 19 April 2021

7 PUASA

7 RAMADHAN 1442H
19 April 2021M

Astaghfirullah al'azim...(Maksud Istighfar)
Astaghfirullah al-Azim, tenang jiwa aku mendengarnya...tetapi apakah kita tahu apa maksud disebalik Istighfar tersebut? Mari kita sama-sama menyelami maksud nya...

“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i)

“Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga aku beristighfar seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

"Meski dosa-dosamu sebanyak buih di lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bilangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur :

"Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih.
(Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi)

Terjemahan Istighfar :

“Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”

Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, bererti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita.

Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib.

Kerana itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar.

Kerana tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, bererti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahu a'lam..

Jumaat, 16 April 2021

4 PUASA

4 RAMADHAN 1442H
16 April 2021

Khutbah RASULULLAH saw ketika RAMADHAN datang..

Terdapat beberapa hadis berkaitan dengan pesan RASULULLAH saw di akhir bulan syaban untuk pesiapan diri menyambut bulan ramadhan :

Wahai Manusia…!

Sungguh bulan Allah ( RAMADHAN ) telah datang  kepada kamu sekalian dengan membawa keberkatan, rahmat dan ampunan. Bulan itu adalah bulan yang paling mulia di sisi Allah. Siang harinya adalah hari yang paling utama. Malamnya adalah malam yang paling utama. Minit dan jam demi jamnya adalah masa yang paling utama.

Pada bulan inilah  kamu  menjadi tamu Allah dan kamu dimuliakan olehNya.
Pada bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu menjadi ibadah, amal perbuatanmu  akan diterima dan doa-doamu dikabulkan. Bermohonlah kepada Allah Rabb-mu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah Taala membimbingmu dalam melakukan puasa ( shiyam ) dan membaca Kitab-Nya.
 
Celakalah orang yang tidak mendapatkan ampunan Allah di bulan yang agung ini. Dengan rasa lapar dan haus dalam ramadhan dimaksudkan agar engkau dapat membayangkan  kelaparan dan kehausan di hari kiamat kelak.
Bersedekahlah kepada kaum faqir dan miskin. Muliakanlah orangtuamu, sayangilah orang yang lebih muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan matamu dari pada melihat sesuatu yang tidak halal bagi kamu untuk memandangnya. Kasihilah anak yatim niscaya manusia akan mengasihi anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tanganmu untuk berdoa pada waktu – waktu shalat karena itu adalah saat – saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba Nya dengan penuh kasih sayang. 

DIA akan menjawab permintaan hamba-Nya di saat mereka berdoa kepada-Nya. 
DIA juga akan menyambut seruan ketika mereka memanggil-Nya dan DIA akan mengabulkan permintaan mereka di waktu mereka berdoa kepada-Nya.
 
Wahai Manusia..!
Sesungguhnya dirimu tergadai karena perbuatanmu, maka bebaskanlah dirimu itu dengan istighfaar. Punggung-punggungmu berat menanggung beban dosa-dosamu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu
 
Ketahuilah..! 
Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa DIA tidak akan menyiksa orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul Alamin.
 
Wahai Manusia..! 

Barangsiapa diantaramu memberi buka puasa kepada orang mukmin yang sedang berpuasa di bulan ini, maka disisi Allah, pemberian itu nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan orang tersebut akan diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu. Sahabat-sahabat bertanya : Ya Rasulullah….! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian “. Rasululullah s.a.w. meneruskan ucapannya : “ Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air “.

Wahai Manusia…! 

Siapa yang menghias dirinya dengan akhlak yang baik selama di bulan ini, maka ia akan berhasil melewati shirat ( jembatan ) pada hari kiamat kelak,  dimana kaki-kaki akan tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan tangan kanannya (maksudnya pegawai atau pembantunya ) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.
 
Barangsiapa menahan dirinya dari perbuatan dan ucapan yang buruk di bulan yang mulia ini, maka Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
 
Barangsiapa dapat menyambung tali   persaudaraan ( silaturrahim ) di bulan ini, maka Allah Taala akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya kelak.
 
Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
 
Barangsiapa melakukan solat fardhu baginya ganjaran pahala seperti melakukan tujuh puluh kali solat fardhu di bulan yang lain.
 
Barangsiapa memperbanyak bacaan selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan sedang menjadi ringan.
 
Barangsiapa membaca satu ayat Al Quran di bulan ini, maka ganjaran pahalanya sama dengan mengkhatam Al Quran pada bulan-bulan yang lain.
 
Wahai manusia..! Sesungguhnya pintu-pintu surga telah dibukakan bagimu , maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak  pernah menutupkannya kembali untukmu.

Pintu-pintu neraka telah tertutup ( selama ramadhan ini ) maka mohonlah kepada Rabb-mu untuk pintu tersebut tidak pernah dibukakan untukmu.
 
Syaitan2 terbelenggu di bulan ini, maka mintalah agar dia tidak dapat lagi menguasaimu.
 
Amirul mukminin Sayyidina Ali bin Abi Thalib karramallaaahu wajhhuu ( semoga dimuliakan Allah akan wajahnya ) telah berkata : “ Aku berdiri dan bertanya kepada Rasul : Ya RASULULLAH saw..! Amal apakah yang paling utama di bulan ini..? RASULULLAH saw menjawab : “  Wahai Abu Hasan ( panggilan untuk Sayyidina Ali ) ketahuilah bahwa amal yang paling utama adalah menjaga diri dari sesuatu yang diharamkan Allah “.
 
Walhamdulillaahi rabbil aalamin. " Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam".

Demikianlah khutbah  yang disampaikan RASULULLAH saw  di akhir bulan SYA'BAN kepada umatnya semoga kita dapat menghayati bulan ramadhan yang mulia, 

Marilah kita sambut bulan RAMADHAN dengan mengamalkan pesan-pesan yang disampaikan oleh Rasulullah kepada umatnya. 

Di awal malam bulan RAMADHAN, sebaik nampak anak bulan (hilal) RAMADHAN, RASULULLAH saw juga berdoa : " Allahumma ahillahu alaina bil amni wal imaan, wassalamati wal islaam, rabbi wa rabbuka " Ya Allah masukkanlah kami dalam bulan RAMADHAN ini dengan penuh iman dan keamanan dan dalam islam dan kesematanan ". Hadis riwayat Tirmidzi no. 3451/ Ahmad No.1397.

Marhaban Ya RAMADHAN...

Khamis, 15 April 2021

3 PUASA

3 RAMADHAN 1442H
15 April 2021M

Ketahuilah bahawa..syurga disediakan untuk mereka yang beriman dan melakukan amal yang soleh. 
 
 Melaksanakan ibadat peribadi setiap muslim sebagai bukti ketaatan dan keikhlasan seseorang kepada Allah..menghantar jenazah..memberi makan kepada orang miskin dan menjenguk orang sakit merupakan kewajipan setiap muslim kepada masyarakat..Ia adalah sebahagian daripada penunaian tanggungjawab terhadap hak orang lain apabila kita hidup bermasyarakat.

  Orang mukmin yang melaksanakan kewajipan ibadat individu seperti solat..puasa..zakat serta kewajipan untuk cakna kepada masyarakat seperti ziarah orang sakit..menolong orang susah..serta niat yg ikhlas akan mendapat balasan syurga. 

  Oleh itu..marilah kita menyantuni orang yang lemah seperti golongan fakir dan miskin..orang yang sakit juga anak² yatim.

  Hidupkan budaya menziarahi atau bertanya khabar kerabat..sahabat..teman..jiran..rakan kita yang kurang sihat.

Rabu, 14 April 2021

2 PUASA

2 RAMADHAN 1442H
14 April 2021M

Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar disebabkan niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.

Niat baik mendapat ganjaran yang baik.

Tersalah niat seperti berbuat amal tetapi untuk berbangga bangga dapat memusnahkan pahala amal tersebut.

Amal tetapi riak, takkabur dan ujub tidak akan diterima Allah.

Amalan ahli syurga...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَنْبِئْنِي بِعَمَلٍ إِنْ عَمِلْتُ بِهِ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ أَفْشِ السَّلَامَ وَأَطِبْ الْكَلَامَ وَصِلْ الْأَرْحَامَ وَقُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلْ الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya ia mendatangi Nabi SAW seraya berkata; Ya Rasulullah, ceritakanlah kepadaku tentang amalan yang jika aku kerjakan maka aku akan masuk syurga?" maka baginda bersabda: "Sebarkanlah salam, ucapkanlah perkataan yang baik, sambunglah hubungan silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat."
(Hadith Riwayat Ahmad)

Usah diperkecilkan amalan yang kelihatan kecil di pandangan manusia.

ربما تنام وعشرات الدعوات تُرفع لك ، من فقير أعنته أو جائع أطعمته ، أو حزين أسعدته أو مكروب نفست عنه ، فلا تستهن بفعل الخير. 
( ابن قيم الجوزية، مفتاح دار السعادة )

"Boleh jadi saat engkau tidur terlelap, pintu pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, atau dari orang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakannya, atau dari seorang yang kesusahan denganmu yang telah engkau lapangkan. Maka janganlah engkau sekali kali meremehkan sebuah kebaikan..." 
(Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, Miftah Dar As Sa’adah)

Amalan yang istiqamah lebih dikasihi walaupun sedikit...

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَحْتَجِرُ حَصِيرًا بِاللَّيْلِ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ وَيَبْسُطُهُ بِالنَّهَارِ فَيَجْلِسُ عَلَيْهِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَثُوبُونَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُصَلُّونَ بِصَلَاتِهِ حَتَّى كَثُرُوا فَأَقْبَلَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ خُذُوا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ

Dari Aisyah RA bahawa pada suatu malam Nabi SAW mengambil tikar yang diperbuat daripada pelepah dan daun tamar untuk dijadikan dinding tempat baginda bersolat di waktu malam dan di waktu siang baginda menghamparkan tikar daun tamar itu dan duduk di atasnya, orangpun datang berkumpul kepada Rasulullah lalu solat sepertinya sehingga ramai yang mengikutinya, Rasulullah datang dan menemui mereka lalu bersabda: "Wahai sekalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawasanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Laksanakanlah amalan soleh walau sekecil manapun ia kerana tiadalah kita tahu amalan soleh yang manakah akan melayakkan rahmat Allah dan seterusnya membawa kita ke syurga. 

Amalan yang dilihat hebat di mata manusia mungkin tidak bernilai di sisi Allah kerana sering digoda riya', manakala amalan kecil lebih mudah ikhlas kerana tiada diendah oleh manusia.

Kadang-kadang kerana mengelak daripada dosa kecil, kita terjebak pula dengan dosa besar. Dan kerana melakukan amalan sunat kita terlepas amalan wajib.

Oleh itu, berhati-hatilah.

Tiga amalan penerus pahala...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak solih yang mendoakannya."
(Hadith Riwayat Muslim)

Justeru, beramallah dengan hati yang ikhlas kerana mencari cinta dan keredhaan Allah...

Selasa, 13 April 2021

1 PUASA

1 RAMADHAN 1442H
13 April 2021M

RAMADHAN : PENCARI KEBAIKAN & PENCARI KEJAHATAN

Apabila masuk sahaja MALAM PERTAMA bulan Ramadãn, akan ada satu seruan:

يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ

“Wahai pencari kebaikan, marilah sekalian kamu kerjakan kebaikan pada masa yang berkat ini. Wahai pencari kejahatan, tinggalkan dari melakukan dalam bulan puasa yang berkat ini.”

Sunan Al-Tirmidzi -Lafaz ini milik beliau- (no. 682), Sunan Al-Nasa’i (no. 2107), Sunan Ibnu Majah (no. 1642), Musnad Imam Ahmad (18795), Mu’jam al-Kabir Al-Thabrani (no. 325), Sahih Ibnu Khuzaimah (no. 1883), Sahih Ibnu Hibban (no. 3435), Al-Mustadrak Al-Hakim (no. 1532), Abu Nu’aim (8/306) dalam Hilyah, Syu’ab al-Iman lil Baihaqi (3327), dari Saidina Abu Hurairah (57 H) رضي الله تعالى عنه . Hadis ini sahih.

Keterangan Hadis :

Dalam bulan puasa ada seruan yang tidak akan didengari oleh anak Adam, tetapi diberitahukan kepada mereka untuk menunjukkan Allah Ta’ala tidak mendiamkannya tetapi seruan itu tidak didengari. Dan Allah telah mewakilkan malaikatNya untuk menyeru tiap-tiap malam puasa dengan memanggil hambaNya untuk melakukan ketaatan dan menjauhi segala maksiat. Dan biarlah bersungguh-sungguh menjauhkannya lalu sertakan kerja kebajikan yang banyak.

Bilamana anak Adam sudah mengetahui akan seruan itu, maka janganlah tidak ingat seruannya dan jangan lalai dari mengingatinya, kerana bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala itu tidak lalai dan tidak akan lupa akan sesuatu apa pun. Maka barangsiapa buat lupa sedangkan dia ketahui, sudah tentu mustahiq (berhak) menerima balasan apa yang melanggari seruan tersebut.

(Bahrul Madzi, 5/7)

Marilah kita melakukan amal-amal kebaikan sebanyak-banyaknya di bulan ini dan bermunajat kepadaNya. Semoga Allah mengangkat wabak Covid-19 ini dengan segera dan mereka yang ditimpa ujian tersebut sembuh seperti sediakala. Amiin.

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

Isnin, 12 April 2021

MUNAJAT RAMADHAN

29 SYAABAN 1442H
12 April 2021M

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Aamiin3 ya rabbal'aalaminn..

Kredit: Noriza Awang Hamat 

RAMADHAN KAREEM

30 SYA'BAN 1442H
12 April 2021M

Allah SWT berfirman:

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْکُمُ الصِّيَا مُ کَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِکُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ 
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Al-Baqarah: 183). 

1.Ramadhan akan datang lagi dalam tempoh tidak sampai beberapa jam. Syukur kepada Allah SWT jika dipanjangkan umur untuk menjalani ibadat ini dan Allah telah makbulkan doanya, 
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان
 و بلغنا رمضان.
Marhaban Ya Ranadhan! Justeru sambutlah kedatangannya dengan wajah ceria dan istiqamah dengan akhlak yang mulia. 

2.Ramadhan adalah kurnia Allah yang banyak hikmahnya.Justeru setiap orang beriman hendaklah merasa gembira dan berwajah ceria menyambutnya. Allah berfirman,

ﻗُﻞْ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﻭَﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻪِ ﻓَﺒِﺬَﻟِﻚَ ﻓَﻠْﻴَﻔْﺮَﺣُﻮﺍْ ﻫُﻮَ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِّﻤَّﺎ ﻳَﺠْﻤَﻌُﻮﻥَ

“Katakanlah: ‘Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan” (Yunus : 58).

3.Cabaran pertama yang akan dihadapi oleh orang yang berpuasa adalah untuk mengawal emosinya ketika sedang lapar dahaga.Emosi marah cepat meletus jika tidak sabar. Allah suka orang yang dapat mengawal kemarahan dan suka memberi maaf. Ini merupakan contoh akhlak mulia. Firman Allah SWT, 

 وَالْكٰظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ 
عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ 

".. dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;"(Ali 'Imran :134). 

4.Orang berpuasa yang berakhlak mulia memiliki wajah yang sentiasa bersih dan ceria.Ini selaras dengan pesanan Nabi SAW, 
لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun juga walau engkau bertemu saudaramu dengan wajah berseri” (HR. Muslim). 

5.Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah.Di dalamnya ada rahmah dan orang yang berjaya menjalani ibadat berkaitan dengannya akan mendapat maghfirah"pengampunan" daripada Allah.Dengan jaminan itu, sewajarnya setiap mukmin akan gembira menyambut kedatangannya dengan ucapan "Marhaban Ya Ramadhan! ". 

RAMADHAN KAREEM

30 SYA'BAN 1442H
12 April 2021M

Ramadan Bulan Ibadah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:

1.  Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.

2.  Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa). 

3.  Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga.  Mereka yang terus melaksanakan pelbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan,  akan  disediakan  padanya dengan rahmah Allah syurga.

4.  Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan  untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.

5.  Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.

Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Ramadan yang dijangka akan bermula pada hari esok. Ahlan Ya Ramadan. Ramadan Kareem. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian..



Ahad, 11 April 2021

MENJELANG RAMADHAN....

28 SYA'BAN 1442H
11 April 2021

"Mazhab manakah yang mengharuskan imam membaca Al-Quran dengan melihat henfon dalam Solat Terawih?"

Soalan ini ditanya apabila saya menulis status  tempoh hari bahawa jika imam mahu membaca surah yang panjang maka dia boleh membaca Al-Quran dengan melihat henfon. Penjelasannya seperti berikut:

Ulama terdahulu pernah membincangkan isu membaca Al-Quran dengan melihat mushaf. Oleh itu, membaca Al-Quran dengan melihat henfon boleh diqiyaskan dengan isu yang sama. 

Ulama berbeza pandangan dalam isu membaca Al-Quran dengan melihat mushaf dan terbahagi kepada tiga pandangan seperti berikut:

1. Pandangan Pertama: Membaca Al-Quran dengan melihat mushaf akan membuatkan solatnya batal. Pandangan ini dipegang oleh ulama mazhab Hanafi.

2. Pendapat Kedua: Hukumnya adalah makruh jika melihat mushaf Al-Quran dalam solat fardhu, adapun melihatnya dalam solat sunat maka hukumnya adalah harus. Pandangan ini dipegang oleh ulama mazhab Maliki.

3. Pandangan Ketiga: Hukumnya adalah harus membaca Al-Quran dengan melihat mushaf dalam solat fardu atau sunat. Pandangan ini dipegang oleh ulama mazhab Syafie dan Hanbali. 

Di antara hujah pandangan ketiga ini adalah seperti berikut:

# Riwayat Saidatina Aisyah RA yang pernah berimamkan dengan hambanya, Zakwan yang membaca mushaf. Riwayat mengatakan ia berlaku semasa Ramadhan. 

عن عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها أنها كان يَؤُمُّهَا عَبْدُهَا ذَكْوَانُ مِنَ المُصْحَفِ.

"Daripada 'Aisyah, Ummul Mukminin bahawa dia diimamkan oleh hambanya, Zakwan dengan menggunakan mushaf".

Hadith ini diriwayat oleh Imam Bukhari secara mu'allaq dalam Sahih Bukhari, Imam Nawawi menilai sanadnya sebagai sahih, diriwatkan juga oleh Ibnu Abi Syaibah dan Imam Baihaqi.

# Imam Al-Zuhri pernah ditanya tentang orang  yang membaca mushaf semasa qiyam Ramadhan. Beliau menjawab, "Mereka yang terbaik daripada kalangan kami membaca Al-Quran dengan melihat mushaf ketika solat pada bulan Ramadhan".

# Imam Nawawi dalam kitab Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab menyebut bahawa tidak batal solat bagi orang yang melihat mushaf semasa solat. 
Beliau berkata seperti berikut:

لَوْ قَرَأَ الْقُرْآنَ مِنْ الْمُصْحَفِ لَمْ تَبْطُلْ صَلَاتُهُ سَوَاءٌ كَانَ يَحْفَظُهُ أَمْ لَا بَلْ يَجِبُ عَلَيْهِ ذَلِكَ إذَا لَمْ يَحْفَظْ الْفَاتِحَةَ كَمَا سَبَقَ ، وَلَوْ قَلَّبَ أَوْرَاقَهُ أَحْيَانًا فِي صَلَاتِهِ لَمْ تَبْطُلْ، 

"Jika dia membaca Al-Quran daripada mushaf, tidak batal solatnya, samada dia hafal atau tidak. Malah, wajib baginya melakukan itu sekiranya dia tidak menghafal Al-Fatihah. Jika kadang-kadang dia membelek helaian mushaf di dalam solatnya, tidak batal solat." 

وَلَوْ نَظَرَ فِي مَكْتُوبٍ غَيْرِ الْقُرْآنِ وَرَدَّدَ مَا فِيهِ فِي نَفْسِهِ لَمْ تَبْطُلْ صَلَاتُهُ وَإِنْ طَالَ ، لَكِنْ يُكْرَهُ ، نَصَّ عَلَيْهِ الشَّافِعِيُّ فِي الْإِمْلَاءِ وَأَطْبَقَ عَلَيْهِ الْأَصْحَابُ.

"Jika dia melihat selain daripada Al-Quran dan menyebut dalam dirinya, tidak batal solatnya, walaupun ia panjang, tetapi ia adalah makruh. Perkara itu dinaskan oleh Imam Syafie di dalam kitab Imla' dan dipersetujui oleh ulama mazhab Syafie."

وَهَذَا الَّذِي ذَكَرْنَاهُ مِنْ أَنَّ الْقِرَاءَةَ فِي الْمُصْحَفِ لَا تُبْطِلُ الصَّلَاةَ مَذْهَبُنَا وَمَذْهَبُ مَالِكٍ وَأَبِي يُوسُفَ وَمُحَمَّدٍ وَأَحْمَدَ، وَقَالَ أَبُو حَنِيفَةَ: تُبْطِلُ

"Dan inilah yang kami pernah sebut bahawa membaca daripada mushaf tidak membatalkan solat adalah pandangan mazhab kami (Syafie), mazhab Malik, Abu Yusuf, Muhammad dan Ahmad. Dan berkata Abu Hanifah: ia membatalkan."

# Khatib Al-Syirbini dalam kitab Mughni Al-Muhtaj Ila Ma'rifah Alfaz Al-Minhaj menyebut bahawa di antara sifat solat ialah wajib membaca Al-Fatihah samada secara hafalan, membaca mushaf dan sebagainya. Beliau berkata seperti berikut: 

(وَتَتَعَيَّنُ الْفَاتِحَةُ) أَيْ قِرَاءَتُهَا حِفْظًا، أَوْ نَظَرًا فِي مُصْحَفٍ أَوْ تَلْقِينًا أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ (فِي كُلِّ رَكْعَةٍ) فِي قِيَامِهَا أَوْ بَدَلِهِ لِلْمُنْفَرِدِ وَغَيْرِهِ سِرِّيَّةً كَانَتْ الصَّلَاةُ أَوْ جَهْرِيَّةً فَرْضًا أَوْ نَفْلًا،

"[Dan wajib membawa Al-Fatihah] iaitu membacanya secara hafalan, melihat kepada mushaf, talqin (orang lain sebut di luar solat dan dia mengulanginya) atau seumpamanya [pada setiap rakaat] semasa mendirikannya atau gantinya, bagi solat berseorangan dan selainnya, solat secara sirriyyah atau jahriyyah, solat fardu atau sunat".

Kesimpulannya, hukumnya adalah harus membaca Al-Quran dengan melihat henfon semasa Solat Terawih dengan diqiyaskan kepada hukum membaca Al-Quran dengan melihat mushaf. Ini adalah pandangan jumhur ulama yang terdiri daripada ulama mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki.

Wallahu A'lam.

Dr. Abdel Rahmanov 
15 April 2020

Ahad, 4 April 2021

MENJELANG RAMADHAN 1442H

21 SYA'BAN 1442H
4 April 2021M


MEMASANG NIAT-NIAT YANG BAIK UNTUK MASUK KEDALAM RAMADHAN 

Para ulama soleh telah mengajar kepada kita niat-niat yang dianjurkan untuk dibuat sebelum masuk kedalam bulan Ramadhan supaya lebih besar rahmat dan ganjaran pahala yang akan diperolehi. 

Niat adalah umpama pili air. Semakin besar dan semakin banyak niat yang dibuat maka semakin besar pili rahmat dan pertolongan itu dibuka untuk tercurah kepadanya.
 
Niat yang dimaksudkan disini adalah selain dari niat puasa pada malam hari kerana itu hukumnya wajib manakala yang sedang kita bincangkan ini niat-niat yang berbentuk azam.

Antara niat /azam yang dianjurkan ialah ;

Kami berniat sebagaimana niat Nabi Muhammad, salaf soleh dari ahlul bait dan seluruh sahabat Nabi Muhammad SAW..
 
Kami berniat melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya. Dengan cara yang diinginkan dan diredhai Allah subhanahu wa ta'ala...
 
Kami berniat untuk berusaha mengisi waktu dengan beribadah selama bulan Ramadhan dan menjaga diri dari perbuatan dosa dan kemaksiatan...
 
Kami berniat untuk membaca al-qur'an dan memperbanyak zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW...
 
Kami berniat untuk menjauhi perbuatan ghibah (mengumpat), namimah (adu domba), berdusta dan segala perbuatan yang menggugurkan pahala puasa...
 
Kami berniat untuk memperbanyak sedekah, menyantuni janda, orang faqir dan anak yatim...
 
Kami berniat untuk menjalankan adab dan akhlaq islam dan melaksanakan sholat lima waktu dengan berjama'ah di waktu-waktunya...
 
Kami berniat sebagaimana niat orang soleh di 10 malam pertama, kedua dan terakhir...
Juga sebagaimana niat mereka ketika malam Lailatul Qadar....
 
Niat-niat ini adalah terbaik untuk diniatkan untuk setiap hari dan malam pada bulan Ramadhan.

*Barang siapa yang memasang satu niat baik didalam dirinya maka Allah bukakan untuknya 70 pintu menuju kebaikan.

Oleh Al-Habib Abu Bakar al-Adni