Pageviews

Jumaat, 18 Ogos 2017

SELAWAT LAH...

25 Dzulqaedah 1438H
18 Ogos 2017M

Salam Jumu'ah...



Hari ni,saya nak kongsi tentang dua perkataan yang selalu kita gunakan di dalam selawat.

1. Solla صَلَّى
2. Solli ِّصَل

Kedua dua perkataan ni membawa maksud yang sama iaitu 'selawat' atau 'doa'.
Tetapi,barisnya berbeza.

'Solla' bermaksud,Allah telah berselawat ke atas nabi.ia merupakan doa dari fe'el madhi.

Manakala,Solli pula bermaksud 'berselawatlah',ia merupakan permintaan dan harapan agar Allah melimpahi nabi Muhammad dengan rahmat dan kebaikan.ini menggunakan fe'el amar.

Pada dasarnya,fe'el amar merupakan kata suruh atau arahan.tetapi tidak sesuai untuk kita menyuruh Allah.maka lebih tepat kita katakan sebagai memohon dan meminta.

Baiklah,

Jika kita mulakan selawat dengan memilih perkataan 'Solla',maka perkataan hujungnya mestilah 'Sallam'.

Contoh :

صَلَّى الله على محمد،صَلَّى الله عليه و سَلَّمْ.

صَلَّى = سَلَّمَ

Tetapi,jika kita mulakan selawat dengan memilih perkataan 'Solli',maka gandingannya mestilah 'Sallim'.

Contoh :

اللهم صَلِّ على محمد،اللهم صَلِّ عليه و سَلِّمْ.

صَلِّ = سَلِّمْ

Perhatikan baris tu betul betul.
Kaedah nahu dan saraf ini adalah kaedah yang selari dengan Al Quran,bahkan ilmu ini juga diambil daripada Al Quran.

Sama sama belajar,sama sama kita amalkan.
Dah tau tu,kena la amal dan sampaikan pada orang lain..kaan?
Jom selawat banyak banyak :)

اللهم صَلِّ على محمد ،و على آله وصحبه و بارِكْ و سَلِّمْ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan