20 Dzulqaedah 1437H
13 Ogos 2017M
CABARAN YANG BERBEZA! HIDUP DI KOTA HIDUP DI DESA..! HIDUP DI DUNIA DAN HIDUP DI SYURGA..!
B I J I
M A T A N Y A
T E R B E L I A K
L I D A H N Y A
T E R K E L U D A N
Z I K I R N Y A T E R H E N T I
B e t i s n y a g e b u t a k b e r b u l u
Seorang wali dari bandar dan seorang lagi wali dari kampung..! Kedua-duanya bersahabat baik..! Adapun wali kampung ini kewaliannya diberi Allah swt apabila dia dahaga air diambil kain serbannya dan diperah..!
P E R A H S E R B A N D A P A T
A I R D A N P E G A N G G I G I
H I L A N G L A P A R
Maka dengan izin Allah akan keluarlah air..! Begitu juga jika dia terasa lapar maka dia akan pegang gigi manisnya..!Maka dengan izin Allah hilanglah laparnya itu..!
Maka pada suatu hari terasa benar di hatinya untuk berjumpa sahabatnya di kota yang sudah lama tidak berjumpa..!
Maka berjalanlah dia beberapa hari untuk sampai ke kota. Apabila sampai, dicarilah sahabatnya wali kota yang bekerja sebagai penggilap kasut..!
Setelah berjumpa, maka berpelukanlah mereka melepaskan rindu dan berbual bercerita hal masing-masing yang sudah lama tidak berjumpa..!
Seketika wali kota mempunyai sedikit hal di rumah..! Maka dimintanya wali kampung ini menggantikan sekejap tempatnya sementara dia pulang ke rumah..!
Lalu diajarnya wali kampung akan cara-cara menggilap kasut..! Kemudian wali kota ini meninggalkan sahabatnya..!
C A B A R A N A D A
D I M A N A - M A N A
Datanglah seorang demi seorang pelanggannya dengan mengangkat kaki sambil menyinsing jubah menampakkan betis ke atas meja kecil untuk kasutnya digilap..!
Maka berlalulah beberapa orang pelanggan dan dia menggilap dengan baiknya..!
Tiba-tiba datang seorang pelanggan yang berlainan dari yang sebelumnya..! Si wali kampung terbeliak biji matanya dan terkelu lidahnya..! Zikirnya terhenti..!
M E N G G I L A P K A S U T
D A N M E N G G I L A P M A T A
Apa tidaknya..! Sebelum ini betisnya berbulu..! Tetiba yang ini betisnya putih gebu tidak berbulu..!
Dipandangnya ke atas..! Seorang wanita muda yang cantik menghulurkan kaki untuk digilap kasutnya. Dia tersedar dan beristighfar pada Allah swt..!
Selepas siap kerjanya dia berfikir bagaimana sahabatnya wali kota boleh hidup berhadapan dengan suasana yang boleh meruntuhkan iman..!
Allahuakbar..! Baginya lebih baik tinggal di kampung saja..! Dapat memelihara imannya..!
Tak lama, datanglah sahabatnya wali kota dan dia menceritakan menggilap kasut wanita muda yang cantik tadi..!
Dia bertanya bagaimana sahabatnya wali kota boleh menghadapi situasi ini setiap hari apabila ada saja wanita yang datang mengangkat kain yang menampakkan aurat betis mereka..?
T H I S I S M Y J O B
Jawab si wali kota dengan ringkas..! Ini adalah pekerjaan aku dan aku hanya melihat kasutnya saja..! Aku tidak memandang betisnya..! Dan lidahku sentiasa berzikir dan beristighfar kepada Allah swt..!
Aku tidak lalai dari mengingatiNya..!tetapi mengapa kamu memandang betis mereka..? Dan membuatkan kamu lupa pada Allah swt..?
Setelah itu mereka pun berpisah..! Wali kampung pun pulang ke kampungnya..! Di tengah jalan dia berasa haus dan lapar..!
K E W A L I A N
Y A N G M E N G H I L A N G
Maka saperti biasa dia memerah serbannya untuk mendapatkan air dan memegang giginya untuk menghilangkan lapar..!
Akan tetapi semuanya sudah hilang keistimewaan yang diberi Allah swt..! Nafsunya melihat betis wanita tadi telah memadamkan kewaliannya..!
Maka barulah dia faham bahawa taraf kewalian sahabatnya di kota lebih tinggi daripadanya, walaupun dikelilingi perkara maksiat..! Dia masih dapat menjaga imannya..!
Dia saperti ikan di laut..! Walaupun seumur hidup tinggal di air masin tetapi rasa masin tidak masuk dalam dirinya..!
M E L I H A T
B E T I S W A N I T A
T E R K E T A R I M A N D I D A D A
:: ✋😃 Allah nampak yang kau buat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan