29 Dzulqaedah 1438H
22 Ogos 2017M
Seorang lelaki diminta mengecat sebuah perahu, ia pun mengecat perahu tersebut.
Sewaktu mengecat, dia menemui sebuah lubang kecil di lambung perahu, dan menampalnya diam diam. Selesai mengecat, ia terima upahnya dan pergi.
Tak lama berselang, pemilik perahu menemui lagi lelaki tersebut dan memberinya cek yang nilainya sungguh tidak diduga.
Si tukang cat terkejut dan berkata, "Anda sudah membayar upah saya, Tuan".
"Tapi ini bukan upah untuk mengecat. Ini kerana anda sudah menampal satu lubang di lambung perahuku".
"Ah, itu kan cuma hal kecil. Anda tidak perlu memberi saya wang sebanyak ini untuk pekerjaan sekecil itu".
"Mungkin anda tidak mengerti. Saat saya minta anda mengecat kapal itu, saya lupa memberi tahu tentang lubang tersebut. Ketika cat perahu sudah kering, anak-anak saya terus pergi memancing dengan menaiki perahu itu.
Mereka tidak tahu tentang lubang itu, sementara saya tidak berada di rumah sewaktu mereka pergi.
Ketika saya pulang dan menyedari mereka telah membawa perahu itu pergi, saya jadi sangat khuatir kerana saya tahu kalau perahu itu bocor.
"Alangkah leganya saya ketika melihat mereka semua pulang dengan selamat" Lalu saya mendapati bahawa Anda telah menampal lambung kapal yang bocor itu.
"Anda telah menyelamatkan anak-anak saya"
Yang sudah anda lakukan bukan hal kecil, kerana itu telah menyelamatkan nyawa orang lain. Sesungguhnya wang tidak bernilai untuk membayar kebaikanmu itu.
PENGAJARAN KISAH INI…
"Teruslah menolong, meringankan beban orang lain dan perbaikilah setiap "lubang" yang anda temui. Anda tidak akan pernah tahu bila bantuan anda bermanfaat".
Kerana sesungguhnya kita tidak akan pernah tau bila PERBUATAN BAIK kita berbuah, tapi PASTI AKAN BERBUAH.
"Saat kita berusaha menciptakan hal yang bermanfaat bagi orang lain, kita tentu saja menerangi jalan kita sendiri."
Jadilah penerang bagi orang lain. Kalau manusia di dunia saja boleh melihat perbuatan baik, apalagi Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan