Pageviews

Sabtu, 12 Ogos 2017

BAROKAH KUBUR ORG A'LIM

19 Dzulqaedah 1438H
12 Ogos 2017M

1. Para ulama ASWJ sering berdoa di kuburan orang-orang soleh untuk mendapat barokah dari kubur orang soleh tersebut. Dalam pada yang sama, kita wajib menjaga adab di kuburan, perbuatan yg tidak beradab di kuburan terutama kuburan orang soleh hanya akan mendatangkan fitnah dan kekacauan, Imam Nawawi sudah menggariskan adab ketika ziarah ke kuburan dan hadamilah adab-adab tersebut.

2. Al Imam Al Hafidz Adz Dzahabi, merupakan salah seorang dari ramainya ulama hadith besar ASWJ. Sebahagian ada menggelarkan beliau sebagai "Raja Ilmu Rijal". Wahhabi juga mengakui dan tidak membantah fakta betapa alimnya Imam Adz Dzahabi ini.

3. Al Imam Adz Dzahabi berpendapat bahawa doa itu mustajab  di makam para nabi dan waliyullah:

سير أعلام النبلاء – (ج 17 / ص 77(
قلت: والدعاء مستجاب عند قبور الانبياء والاولياء، وفي سائر البقاع، لكن سبب الاجابة حضور الداعي، وخشوعه وابتهاله، وبلا ريب في البقعة المباركة، وفي المسجد، وفي السحر، ونحو ذلك، يتحصل ذلك للداعي كثيرا، وكل مضطر فدعاؤه مجاب.

Doa itu MUSTAJAB (BILA DIBACA) DI SISI MAKAM PARA NABI DAN WALI, juga di beberapa tempat yang lain. Namun penyebab terkabulnya doa adalah hadhirnya hati orang yang berdoa, kekhusyukanya, dan TIDAK DIRAGUKAN LAGI DI TEMPAT-TEMPAT YANG DIBERKATI, di masjid, ketika sahur dan sebagainya dimana doa akan lebih banyak didapati oleh pelakunya. Dan setiap orang yang sangat memerlukan maka doanya akan diijabahi” (al-Hafidz adz-Dzahabi dalam Siyar A’lam an-Nubala’ 17/77)

4. Mengenai Makam Bakkar Bin Qutaibah, Imam AdzDzahabi menulis:

سير أعلام النبلاء – (ج 12 / ص 603(
قال ابن خلكان: وكان بكار تاليا للقرآن، بكاء صالحا دينا، وقبره مشهور قد عرف باستجابة الدعاء عنده

“Ibnu Khalkan berkata: Bakkar bin Qutaibah adalah pembaca al-Quran, sering menangis, shaleh dan agamawan. MAKAMNYA SUDAH MASYHUR. DAN DIKENAL DENGAN TERKABULNYA DOA DI DEKAT MAKAMNYA” (Siyar A’lam an-Nubala’ 12/603)

5. Mengenai Makam Ibnu Zairok Al Allamah, Syekh Hamdzan, Adz Dzahabi menulis :

سير أعلام النبلاء – (ج 18 / ص 433)
ابن زيرك * العلامة، شيخ همذان
سير أعلام النبلاء – (ج 18 / ص 434)
وقبره يزار، ويتبرك به

“Ibnu Zairak, orang yang sangat alim, Syaikh di Hamdzan. MAKAMNYA DIZIARAHI DAN DICARI BERKAHNYA” (Siyar A’lam an-Nubala’ 18/433-434)

6. Mengenai Makam Abu al-Faraj Abdul Wahid bin Muhammad Al-Hanbali, Adz Dzahabi berkomentar :

سير أعلام النبلاء – (ج 19 / ص 51)
أبو الفرج الحنبلي * الامام القدوة، شيخ الاسلام
سير أعلام النبلاء – (ج 19 / ص 53)
قلت: توفي في ذي الحجة سنة ست وثمانين وأربع مئة، ودفن بمقبرة باب الصغير، وقبره مشهور يزار، ويدعى عنده.

Aku berkata : Beliau meninggal pada tahun 486 H, dimakamkan di maqbaroh ‘Baabu Al Shoghir’. MAKAM BELIAU SANGAT MASYHUR DIZIARAHI DAN DIJADIKAN TEMPAT BERDOA DI DEKATNYA” (Siyar A’lam an-Nubala’ 19/51-53)

7. Mengenai Makam Ibnu La’al, Adz Dzahabi berpendapat :

العبر – (ج 1 / ص 175(
وابن لآل الإمام أبو بكر أحمد بن علي بن أحمد الهمذاني . قال شيرويه : كان ثقة أوحد زمانه مفتي همذان له مصنفات في علوم الحديث غير انه كان مشهورا بالفقه له كتاب ” السنن ” و ” معجم الصحابة ” . عاش تسعين سنة والدعاء عند قبره مستجاب

“Ibnu La’al, seorang imam. Abu Bakar Ahmad bin Ali bi Ahmad al-Hamdzani. Syairawaih berkata: Beliau Tsiqot (terpercaya), orang alim tunggal di masanya. Mufti Hamdzan, memiliki banyak karya di bidang hadis, juga masyhur dengan ilmu fikih. Mempunyai kitab As Sunan dan Mu’jamu Al Sahahbah. Hidup hingga berumur 90 tahun. BERDOA DI SISI KUBURNYA ADALAH MUSTAJAB” (al-Ibar /175)

8. Mengenai Makam Saleh al-Hamdani, Adz Dzahabi menulis :

تذكرة الحفاظ للذهبي – (ج 3 / ص 128)
صالح بن أحمد بن محمد بن أحمد بن صالح بن عبد الله بن قيس بن هذيل بن يزيد بن العباس بن الأحنف بن قيس الحافظ الكثير الصدق, المعمر أبو الفضل التميمي الهمذاني السمسار:
تذكرة الحفاظ للذهبي – (ج 3 / ص 128-129)
ذكره شيرويه في تاريخه فقال: كان ركنًا من أركان الحديث ثقة حافظًا ديِّنًا لا يخاف في الله لومة لائم، وله مصنفات غزيرة، توفي في شعبان سنة أربع وثمانين وثلاثمائة, والدعاء عند قبره مستجاب

Syairawaih menuturkan dalam Tarikhnya bahawa beliau termasuk ahli hadis, terpercaya, hafidz, dan agamis, tidak takut celaan orang yang mencela dalam agama Allah, mempunyai banyak karya penulisan. Beliau meninggal pada tahun 384 H. BERDOA DI KUBURNYA ADALAH MUSTAJAB” (Tadzkirah al-Huffadz 3/985)

9. Mengenai Makam Saleh bin Yunus, Adz Dzahabi menulis :

تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 21 / ص 192)
(صالح بن يونس) أبو شعيب الواسطي الزاهد.
تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 21 / ص 193)
كان من سادات الصوفية. ورد عنه أنه رأى الحق في النوم، وحج على قدميه سبعين حجة.) توفي سنة اثنتين وثمانين ومائتين بالرملة. كان يعرف بالمقنع، والدعاء عند قبره مستجاب

Beliau termasuk pemuka kaum shufi. Disebutkan dalam khabar bahawa beliau melihat kebenaran di dalam tidurnya. Berhajji dengan berjalan kaki sebanyak 70 kali. Meninggal pada tahun 282 di Ramlah. BERDOA DI DEKATNYA ADALAH MUSTAJAB” (Tarikh al-Islam 5/198)

10. Mengenai Makam Ahmad an-Nahawandi, Adz Dzahabi mengutip :

تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 27 / ص 133(
)أحمد بن محمد بن علي بن مزدئن أبو علي القومساني النهاوندي الزاهد. سكن أنبط، قرية(
تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 27 / ص 133)
قال شيرويه في الطبقاتك كان صدوقاً ثقة، شيخ الصوفية، ومقدمهم في الجبل، والمشار إليه، وكان له آيات وكرامات ظاهرة، وقبره بأنبط يزار ويقصد من البلدان.

Syairawaih berkata dalam ath-Thabaqat: Beliau sangat jujur dan terpercaya, gurunya kaum shufi. Ia memiliki tanda-tanda dan karamah yang nyata. MAKAMNYA DI ANBATH DIZIARAHI DAN DIKUNJUNGI DARI BERBAGAI NEGERI” (al-Hafidz adz-Dzahabi dalam Tarikh al-Islam 6/334)

11. Mengenai Makam al-Jashash, Adz Dzahabi menulis :

تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 28 / ص 446)
أبو محمد الهمداني الجصاص الزاهد
تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 28 / ص 448)
وقبرهُ يزار ويُعظم.

“MAKAM BELIAU DIZIARAHI DAN DIAGUNGKAN” (Tarikh al-Islam 7/10)

12. Mengenai makam Ja’far AL Abhary, Adz Dzahabi menulis :

تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 29 / ص 215)
(جعفر بن محمد بن الحسين)
أبو محمد الأبهري
تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 29 / ص 217(
توفي في شوال عن ثمان وسبعين سنة، وقبره يزار ويبجل غاية التبجيل

“Ja’far al-Abhari wafat pada usia 78 tahun. MAKAMNYA DIZIARAHI DAN DIAGUNGKAN” (Tarikh al-Islam 7/58)

13. Mengenai makam Ali bin Humaid, Adz Dzahabi menulis :

تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 30 / ص 330)
(علي بن حُميد بن علي بن محمد بن حُميد بن خالد.)
تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 30 / ص 331)
وقبره يزار ويُتبرك به

Beliau Wafat pada 12 Jumada al-Ula. MAKAMNYA DIZIARAHI DAN DICARI BERKAHNYA” (Tarikh al-Islam 7/182)

14. Imam Ibnu Hibban menulis dalam kitab hadithnya:

وَقَبْرُهُ بِسَنَا بَاذْ خَارِجَ النَّوْقَانِ مَشْهُوْرٌ يُزَارُ بِجَنْبِ قَبْرِ الرَّشِيْدِ قَدْ زُرْتُهُ مِرَارًا كَثِيْرَةً وَمَا حَلَّتْ بِي شِدَّةٌ فِي وَقْتِ مَقَامِي بِطُوْسٍ فَزُرْتُ قَبْرَ عَلِّى بْنِ مُوْسَى الرِّضَا صَلَوَاتُ اللهِ عَلَى جَدِّهِ وَعَلَيْهِ وَدَعَوْتُ اللهَ إِزَالَتَهَا عَنِّى إِلاَّ اسْتُجِيْبَ لِي وَزَالَتْ عَنِّى تِلْكَ الشِّدَّةَ وَهَذَا شَئٌ جَرَّبْتُهُ مِرَارًا فَوَجَدْتُهُ كَذَلِكَ (ثقات ابن حبان – ج 8 / ص 457)

“Makam Ali bin Musa di Sanabadz di sebelah luar Nauqan sudah masyhur dan diziarahi, berada di samping makam ar-Rasyid. Saya sudah sering kali menziarahinya. Saya tidak mengalami kesulitan ketika saya berada di Thus kemudian saya berziarah ke makam Ali bin Musa Ar Ridho, semoga Salawat dari Allah dihaturkan kepada leluhurnya (Nabi Muhammad) dan kepadanya. Saya berdoa kepada Allah untuk menghilangkan kesulitan tersebut, kecuali dikabulkan untuk saya dan kesulitan itu pun lenyap dari saya. Ini saya alami berkali-kali, dan saya temukan seperti itu.” (ats-Tsiqat 8/457)

15. Imam Ibn Hajar juga menulis dalam kitabnya:

ودفن بكار بن قتيبة بطريق القرافة، والدعاء عند قبره مستجاب. (رفع الإصر عن قضاة مصر لابن حجر – ج 1 / ص 43 الطبقات السنية في تراجم الحنفية للتقي الغزي – (ج 1 / ص 195)

“Bakkar bin Qutaibah dimakamkan di jalan Qarafah. Berdoa didekatnya adalah mustajab. Ia meninggal pada 270 H, usianya hampir 90 tahun” (Raf’ al-Ishri ‘an Qudlat Mishr karya Ibnu Hajar 1/43 dan Thabaqat as-Saniyyah At Taqiy Al Ghaziy 1/195)

16. Ambillah faedah dari apa yang dipraktikkan oleh para alim ulama ASWJ sejak dahulu hingga kini, tidak perlu terpengaruh dengan ajaran-ajaran baru seperti wahhabi dan liberal yang sentiasa mahu memisahkan manusia dari sumber-sumber barokah. Dalam pada masa yg sama juga pelajarilah adab-adab di kuburan orang soleh agar tidak menimbulkan fitnah.


Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan