Pageviews

Isnin, 20 Januari 2014

Inspirasi NABAWI - Al Qasd (Sederhana)

18 Rabiul Awal 1435.

Rasulullah SAW memberi inspirasi kepada ummatnya bahawa Islam hendaklah diamalkan secara sederhana. Sederhana hendaklah difahami dengan kefahaman yang jelas dan terang.

Rasulullah SAW memberi isyarat bahawa dengan amalan yang kita lakukan dengan 'syadid' yakni keras @ terlalu, akan menyebabkan diri akan merasa jemu dalam melakukan ibadah. Akhirnya hamba itu akan meninggalkan ibadah secara keseluruhan.

Dari Jabir b Adillah ra, ia berkata: Rasulullah SAW sedang berjalan dan mendapati ada seorang lelaki sedang bersembahayang di atas batu, lalu Baginda pergi ke satu sudut Makkah dan Baginda duduk agak lama di sana, setelah itu Baginda bergerak - dengan melalui jalan yang sama, Baginda dapati lelaki tersebut masih bersembahayang dalam keadaan yang sama, Baginda berdiri di situ lalu menggengam tangannya seraya bersabda: "Wahai manusia! hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan Al Qasd yaqni sederhana, Baginda menyebutnya 3x, sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamulah yang akan jemu. (HR: Ibnu Majah)

"sebaik-baik amalan disisi Allah adalah amalan yang berterusan meskipun sedikit". (HR: Imam Bukhari)

Imam Az-Zahabi memberi komentar "yg beramal dalam bentuk yang tasyaddud ini adalah sahabat yang kuat beriabadah, itupun apabila usianya telah lanjut, dengan nada yang kesal dia berkata, "alangkah baiknya aku terima ajaran Baginda SAW yang memberikan keringanan dalam beribadah".

Rasulullah SAW adalah guru yang mengajar kaedah beragama yang sebenar, supaya kita tidak terkeluar dari lingkaran manusia dan kemanusiaan. Baginda SAW melarang tabattul (tidak berkahwin), berpuasa sepanjang tahun, berqiamullail sepanjang malam kecuali 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, mengharamkan daging kepada diri sendiri dan banyak lagi larangan berlebihan dalam beribadah.

Jadi... ayuh muslimin muslimat semua.. Agar kita BERSEDERHANA dengan mengikut ajaran Nabawi tanpa pengurangan dan penambahan. Sesungguhnya agama itu disyariatkan dalam lingkungan kemampuan insan itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan