19 Rabiul Awal 1435.
Dari Abi Mas'ud Al-Ansari ra katanya : telah datang seorang lelaki kepada Baginda SAW dan mengadu, "saya terlewat untuk melaksanakan tugas kerana sembahyang Subuh tadi lelaki yang memanjangkan (solat - dia menjadi imam)". Setelah itu Rasulullah SAW menyampaikan peringatan, (kata Abi Mas'ud) "saya tidak pernah melihat Baginda SAW marah dalam peringatan Baginda SAW melebihi marahnya Baginda SAW pada hari itu", Baginda SAW bersabda : "Wahai manusia! Sesunguuhnya dikalangan kamu adalah munaffirin - orang yang menyebabkan insan lain lari dari agama, sesiapa dikalangan kamu yang menjadi imam, maka hendaklah ia meringkaskan solat tersebut dengan menjaga segala rukun dan syaratnya, kerana dibelakang kamu ada orang tua, orang yang lemah dan orang yang mempunyai hajat (urusan)". (HR: Imam Bukhari & Muslim)
Hadith ini memberikan pengajaran kepada sesiapa yang menjadi imam dalam solat supaya dapat memahami akan segala sunnah dari Rasulullah SAW dalam beribadah. Maka kita seharusnya ringkaskan amalan tersebut kerana keupayaan orang dibelakang kita tidak sama dengan keupayaan kita. memimpin dengan tidak menjaga dan memberi hak kepada "rakyat yang dipimpin" adalah gambaran dari kejahilan seseorang, hatta dalam solat sekalipun.
Ketika mengamalkan tuntutan agama, dalam konteks hadith ini adalah solat secara berjemaah, imam ini terbahagi kepada 3 :-
1) Imam yang terlalu 'ekspres' dalam solat, sehingga makum tidak sempat melakukan amalan yang sunat. Imam seperti ini telah melakukan kesalahan dan dia berdosa kerana tidak menunaikan amanah 'imam' yang dibebankan kepadanya.
2) Imam yang terlalu 'panjang' bacaannya dan pergerakkannya dalam solat, dia menyangka bahawa itulah hakikat kusyuk. Inipun salah dan imam ini telah menzalimkan dirinya dan para makmum.
3) Imam yang mengikut sunnah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, yang meringkaskan solat dengan menjaga segala rukun dan sunat-sunat dalam solat. Kerana hak untuk mendapat pahala solat berjemaah itu dikongsi secara bersama oleh semua umat Nabi Muhammad SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan