30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM.
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
Pageviews
Sabtu, 28 September 2013
Jumaat, 27 September 2013
ZAKAT dulu & ZAKAT sekarang
Suatu malam, Khalifah Umar Abdul Aziz berjalan seorang diri
di Madinah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya. Dengan izin Allah,
beliau terjumpa sebuah rumah yang masih terang.
Kelihatan di dalamnya terdapat seorang ibu sedang merebus sesuatu. Manakala ada diantara anak-anaknya sedang menunggu makanan dimasak dan ada diantaranya yang sudah tertidur. Rupanya sang ibu sedang merebus batu untuk mengaburi anak-anaknya yang sedang lapar supaya tertidur kerana mereka telah habis bekalan makanan.
Khalifah Umar bertanya: "Kenapa Ibu tak berjumpa dengan Khalifah Umar akan & memberitahu akan hal ini? Khalifah Umar tidak mengetahui akan keadaan ini. "Sang Ibu menjawab, tanpa mengetahui bahawa pemuda tersebut adalah Khalifah Umar: "Ia sepatutnya tugas Khalifah Umar sebagai khalifah yang dilantik oleh rakyat untuk mencari orang miskin & yang tidak berdaya, bukan kami yang sepatutnya pergi mencari dia. Kamu lebih layak menjadi khalifah memandangkan kamu lebih mengambil berat permasalahan kami."
Khalifah Umar kembali semula ke rumah dan memikul sendiri gandum ke rumah sang ibu itu. Dan memasaknya dengan dapur kayu sehingga terbakar janggutnya. Selepas itu Khalifah Umar meminta sang ibu datang mencari Khalifah Umar esok pagi di masjid. Esoknya, betapa terkejutnya sang ibu apabila berjumpa dengan Khalifah Umar. Rupanya beliau adalah pemuda yang datang ke rumahnya malam tadi melalui pengecaman janggut Umar yang terbakar sedikit.
Tetapi akhirnya, bukanlah si ibu yang meminta maaf kepada Khalifah Umar kerana memakinya. Tetapi Khalifah Umar yang dengan bersungguh-sungguh, meminta maaf dari si ibu tersebut agar tidak membawa kes itu ke muka pengadilan Allah di akhirat kelak.
Begitulah hebatnya jiwa pemimpin yang bertaqwa. TETAPI hari ini, di negara kita yang kaya dengan nikmat Allah berikan, orang miskin diherdik kerana malas berusaha, dalam masa yang sama, bantuan sepatutnya diberi, dipayahkan urusannya dan pemimpin lahap makan duit rakyat tanpa rasa bersalah.
Inilah akibat dari perbuatan kita sendiri yang mengangkat orang yang zalim sebagai pemimpin.
-konan-
(kredit kpd yg sudi berkongsi)

Label:
Bicara Diri,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Bagi bakal ibu & ayah...
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas
lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air.
Apabila memandikan bayi, jangan terus
masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan
belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya
apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan
kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Khamis, 19 September 2013
REIKI?? haram ke???
Label:
Bicara Guru,
Bio-Energi,
Reiki
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Kenali TENAGA mu
Assalamualaikum
Salam Aura Kedamaian..
Tiga aspek insan:
1. Fizikal @ Jasmaniah @ Body
2. Minda @ akaliah @ Mind
3. Roh/Jiwa @ Rohaniah @ Soul
{pendapat ini mengatakan bahawa zona roh/jiwa juga meliputi emosi. Ada
pandangan lain yang mengatakan insan terbahagi kepada 4 aspek iaitu:
Fizikal, Minda, Emosi & Spiritual}
Setiap aspek memerlukan
‘VITAMIN’ atau set cara penjanaan energi yang berbeza-beza. Keperluan
kepada set penjanaan ini dilihat sebagai KEPERLUAN PENTING dalam
memastikan keharmonian operasi setiap satunya itu.
Penjanaan energi meliputi beberapa aspek iaitu SENAMAN, MAKANAN (DIET), CARA@GAYA HIDUP (BIO RITMA) & PERSEKIRAN.
Contohnya, ‘MAKANAN’ @ ‘VITAMIN’ untuk:
1. Fizikal – sumber makanan & minuman (air) dari alam haiwan & tumbuhan.
Contohnya: bijirin, beras, tepung, daging, ikan, sayur-sayuran,
buah-buahan, jus buahan, air semulajadi (air kosong) dan sebagainya. Ada
yang perlu dimasak (diproses) dan ada yang diambil secara semulajadi
sifatnya. Fizikal juga memerlukan oksigen dan cahaya untuk hidup.
2. Minda – selain oksigen & zat makanan yang membantu pertumbuhan,
penjanaan & aktiviti otak (sebagai organ fizikal), makanan minda
terdiri dari ILMU yang menjanakan ‘aktiviti berfikir’. Ada ilmu yang
bersifat langsung (pembacaan dari sumber kalam/penulisan) & ada ilmu
yang bersifat tidak langsung (pemerhatian, pendengaran, dari deria bau,
rasa dan sebagainya).
3. Roh/Jiwa – Oleh kerana jiwa
bersifat ‘ghaib’ (metafizik) dan sukar dikaitkan dengan mana-mana organ
tubuh (jika minda kita sering kaitkan dengan otak), maka makanan &
vitaminnya juga bersifat ghaib (metafizik). Ramai berpendapat; ‘RASA’
adalah sifat fitrahnya (contohnya emosi sering dikaitkan dengan
‘perasaan’). Maka, makanan & vitaminnya adalah ‘RASA YANG HARMONI’.
Minda banyak memainkan peranan untuk membantu pembentukan jiwa yang
harmoni. Contohnya; melalui ‘aktiviti berfikir’ dari sumber ilmu –
sebuah pemahaman akan terbentuk. Ini lalu membina ‘rasa’ untuk emosi
yang seterusnya akan mencetuskan keharmoniannya.
Oleh
kerana semua aspek ini berada di dalam satu tubuh, maka ia amat
berhubung-kait. Jika tubuh rosak (sakit @ tidak harmoni) maka minda
& jiwa tidak harmoni. Begitu juga sebaliknya. Malah, kebanyakan
pakar kini mendapati bahawa banyak isu saikologi (minda &
emosi/jiwa)-lah yang mengakibatkan isu keuzuran fizikal.
Oleh
kerana ini berhubungkait – penjanaannya juga berkaitan. Jika sumber
makanan baik, bersih & halal > ia menjanakan tubuh yang sihat,
lalu menjanakan minda yang sihat seterusnya jiwa yang sihat. Begitu juga
sebaliknya. Jika makanan jiwa tidak sihat (rasa yang negatif @ emosi
yang negatif dll), ia menjanakan minda yang negatif lalu menghasilkan
tindakan fizikal yang negatif.
Pada setiap tahap ini (fizikal, minda & roh/jiwa) HADIR ‘TENAGA HIDUP’ yang dikenali sebagai ENERGI.
Ia juga dikenali sebagai ‘CHI’ oleh masyarakat Cina, ‘PRANA’ oleh
masyarakat India, ‘KUDRAT’ oleh Melayu dan berbagai nama lain dalam
kontek bahasa dan budaya lain. Banyak kajian tentang ‘TENAGA HIDUP’ ini
telah dilakukan sejak ribuan tahun dahulu, hingga kini hanya
sebahagiannya sahaja mampu difahami oleh ilmuan moden.
JENIS-JENIS ENERGI (KI)
Jika dikaji dari sudut KAREKTOR atau JENIS energi, ada beberapa jenis
atau karektor tenaga yang dibahaskan oleh ilmuan energi ‘CHI’ @ KI
klasik di negara Jepun iaitu:
Kekki – ‘Ki Of the blood’
Shioke – ‘Ki of the salt’
Mizuke – ‘Ki of the water’
Kuki – ‘ Ki of the gases’
Denki – Ki of the thunder’
Jiki – ‘Ki of the magnetic power/gathering force’
Reiki – ‘Ki of the soul force’
Aturan kedudukan jenis energi ini, pada pandangan mereka adalah
‘TINGKATAN-TINGKATAN’ energi. Pada kedudukan no 1 tenaganya kasar
(berat) dan berkait rapat dengan kondisi fizikal. Bentuk atau karektor
energi ini semakin menghalus pada tingkatan yang seterusnya (no 2, 3
hingga 7). Namun, kekuatan energi semakin meningkat dari satu tingkatan
ke satu tingkatan, di mana semakin halus (ringan) energi itu; dayanya
semakin besar.
Jenis-jenis energi ini pula dikendalikan oleh
SISTEM ORGAN BIO-ENERGI yang berbeza-beza dan adalah tidak lengkap
pemahaman tentang jenis energi ini tanpa memahami juga SISTEM ORGAN nya.
Antara yang umum dibicarakan perihal sistem organ bio-energi adalah
CHAKRA, NADIS (MERIDIAN), KUNDALINI & AURA.
KAEDAH MENJANA ENERGI ‘BODY, MIND & SOUL’ melalui LATIHAN BIO-ENERGI
Secara ringkas, set penjanaan energi memerlukan 2 peringkat, iaitu:
1. PEMBERSIHAN – ‘CLEANSING’
2. PEMURNIAN (PENJERNIHAN) – ‘CHARGING’
Seperti yang telah saya tulis di dalam buku AURA PENYEMBUHAN REIKI,
jika melewati dan memahami konsep pembelajaran ilmu tenaga di Jepun,
terdapat beberapa kategori dalam membicarakan jenis atau teknik tenaga
yang dilatih ataupun dilentur bagi dikuasai oleh pengamalnya.
Secara umum ada tiga jenis pelatihan yang mengaplikasikan konsep tenaga yang sama tetapi melalui cara yang berbeza iaitu:
1. Kategori Taijutsu:
pelatihan pengaliran tenaga pada tubuh fizikal. Ia menitikberatkan
pelatihan otot-otot badan secara agresif sehingga membentuk kekuatan
luar biasa. Ia juga menitikberatkan ketahanan stamina tubuh. Pengamalnya
akan memiliki ketangkasan dan kekuatan fizikal. Mempunyai kemampuan
untuk ber-tarung pada jangka masa yang lama dengan kekuatan tubuh badan
dan staminanya. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah seni silat.
2. Kategori Ninjutsu:
merupakan seni pelatihan tenaga yang menitikberatkan kekuatan ‘tenaga
dalam’ (tumpuan MINDA) Ia melalui proses pelatihan pernafasan yang
mantap dan disiplin meditasi yang tinggi. Hasilnya, pengamal Ninjutsu
dapat memiliki kehebatan kuasa dalaman yang hebat. Tenaga yang terkumpul
ini kelak akan dikeluarkan dari tubuh melalui jurus-jurus khas yang
dikenali sebagai ‘rasengan’ atau pusaran tenaga dengan menggunakan
tangan ataupun kaki. Ia umpama arus elektrik yang kuat dan menundukkan
musuh. Namun begitu, kelemahannya adalah ia tidak mampu dialirkan lama
dan berterusan. Ini kerana ia memerlukan sejumlah tenaga stamina yang
besar bagi setiap kali penghasilannya. Penggunaan yang berterusan
menyebabkan pengamalnya keletihan dan kehabisan stamina. Contoh terdekat
dalam budaya Melayu adalah Seni Ilmu Batin Tenaga Dalam.
3. Kategori Shinjutsu:
seni penguasaan tenaga ini biasanya diamalkan oleh para tabib ataupun
ilmuwan yang memiliki kerohanian yang tinggi. Ia umpama seni penyembuhan
alam yang bersifat ketuhanan. Ia lebih bersifat universal. Ia
memerlukan ilmu yang bertahap-tahap, latihan kejiwaan yang tinggi menuju
penyucian diri dan jiwa daripada sifat yang merosakkan dan
membinasakan. Seumpama pelatihan untuk menjadi sami dalam agama Buddha.
Bezanya, pengamal Shinjutsu tidak melakukan ritual agama tetapi menahan
nafsu dan dirinya secara fitrah, sufi, zen ataupun tao. Contoh terdekat
dalam budaya Melayu adalah ilmu laduni, ilmu makrifat ataupun
seumpamanya.
{Ilmu Reiki tidak berada di mana-mana
kategori di atas kerana ia adalah ilmu rawatan dan bukannya ilmu
penguasaan tenaga semata-mata. Namun ia boleh dikatakan hampir kepada
ilmu Shinjutsu. Terdapat sedikit elemen Ninjutsu dari sudut kemahiran
tenaga minda yang dilatih bagi mengaktifkan pusaran tenaga semasa
melakukan rawatan. Bagi memahami konsep ini, penjelasan semasa kuliah
Reiki akan lebih mudah anda fahami.}
Dalam aktiviti
seharian kita, ada aktiviti yang kita lakukan yang mampu menjanakan
energi-energi ini. Malah ada yang menjanakan ketiga-tiganya secara
serentak. Saya sering berikan contoh aktiviti SOLAT dalam menerangkan
SET PENJANAAN 3 dalam 1 untuk ketiga kategori di atas. Iaitu:
1. PERGERAKAN DALAM SOLAT = Taijutsu
2. BACAAN DALAM SOLAT = Ninjutsu
3. PENGHAYATAN DALAM SOLAT = Shinjutsu
Semoga ada kebaikan.
TENAGA boleh berubah bentuk..
KENALI TENAGAMU..
Bongkar POTENSIMU...!!!
(Kredit - DMHAR)
Label:
Bicara Guru,
Bio-Energi
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Penerangan Ilmu REIKI
Label:
Bio-Energi,
Reiki
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Jumaat, 6 September 2013
Bagi yang tak tahu...- Para Sang Suami
CARA MENGURUS URI ANAK
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.
Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
JOM SHARE UTK MENYEDARKAN ORG RAMAI
DI TAJA OLEH DIARY IBU MENGANDUNG & SI COMEL
****************************** ***************
JOM DAPATKAN TIP2 MENGANDUNG & BERSALIN, PETUA2 RUMAH TANGGA, TIP2 KEAGAMAAN SERTA PERKONGSIAN PENGETAHUAN BERSAMA MUMMY. SEMOGA MENDAPAT SEDIKIT KEBERKATAN.
JOM LIKE Diary Ibu Mengandung & Si Comel

******************************
JOM DAPATKAN TIP2 MENGANDUNG & BERSALIN, PETUA2 RUMAH TANGGA, TIP2 KEAGAMAAN SERTA PERKONGSIAN PENGETAHUAN BERSAMA MUMMY. SEMOGA MENDAPAT SEDIKIT KEBERKATAN.
JOM LIKE Diary Ibu Mengandung & Si Comel
Label:
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Amalan orang dolu-dolu
[Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata] In shaa Allah.
Jika kita perasan, orang-orang tua dulu jika dengar azan jer, ada sesuatu yang dibuat olehnya. Amalan ini telah jarang-jarang sangat kita temui.
Di sini saya ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata
dan mengurangkan rabun mata. Semua orang boleh mengamalkannya terutama bagi
yang rabun, saya tengok kawan-kawan saya ramai jugak yang rabun dan tepaksa
menambah power 'spec mata'.. Jadi, tiba-tiba saya teringat ilmu yg ustaz saya ajar ni..
Jadi kawan-kawan, masa anda semua menjawab azan, apabila
terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan
kemudiannya membaca ayat ini:
فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)
Kemudian hembus dekat belakang ibu jari, lepas tu,
gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan,
jari kiri=mata kiri)
In shaa Allah, amalkan selalu (istiqomah), anda akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah.
In shaa Allah, ini adalah salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.
Selamat beramal.
Label:
Bicara Guru,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 2 September 2013
ISLAM akan berSINAR
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nasib Baik? @ Nasib Malang?
Alkisah kehilangan kad kredit
Farid yang baru bekerja kehilangan kad kredit yang baru dipohonnya…
Rakan-rakan sekerja simpati pada nasib malangnya.
Farid hanya mampu tersenyum, “Nasib buruk? Nasib baik? Wallahua’lam!”
Seminggu selepas itu, ada pihak menelefon berkata kad kredit Farid
telah digunakan di satu stesen minyak dan kad kredit itu telah dicabut
untuk memenangi hadiah bernilai RM2,000.
Semua rakan sekerja Farid berkata dia amat bernasib baik, kad kredit yang hilang pun dapat hadiah.
“Nasib baik? Nasib buruk? Wallahua’lam!” jawab Farid sambil tersenyum.
Setelah menerima wang RM2,000 tersebut, Farid telah membeli sebuah
motor. Tidak lama kemudian, Farid terjatuh motor dan tercedera parah.
Rakan sekerja Farid berasa dia amat bernasib malang kerana motor yang
baru rosak bertambah dia terpaksa dirawat di hospital kerana kakinya
patah.
“Nasib buruk? Nasib baik? Wallahua’lam!” jawab Farid sambil tersenyum.
Di sana, Farid berkenal dengan seorang jururawat yang jelita yang
sering merawatnya. Akhirnya, jodoh Farid tiba dan sejurus keluar
hospital, Farid mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin…
Wahai anakku,
Janganlah kamu suka mendahului Allah dengan melabel sesuatu situasi
dengan perkataan nasib baik atau pun sebaliknya. Terimalah dengan hati
terbuka apa yang berlaku, kerana ia berlaku dengan keizinan Allah.
Yang menyedapkan hati, kamu jangan lupa bersyukur, yang kurang menyedapkan hati, pohonlah kemaafan dari Allah.
Ingatlah anak kesayanganku, sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang
di luar batas kemampuannnya. Kamu mungkin tidak memahami potensi sebenar
kamu, tapi Allah tahu.
Senyum
(Kredit: FB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Label:
Bicara Guru,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)