Pageviews
Khamis, 31 Januari 2013
Golongan mana??
Label:
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Pesan ROH
PESANAN ROH PADA MANUSIA
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drpd Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah saw lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama. Moga ia menjadi panduan untuk kita agar senantiasa mengabdikan diri kita kepada Sang Pencipta.. Allahu....

Bicara Diri,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Pinggan Mahal - Pinggan Murah - Pinggan Pecah
KITA IBARAT PINGGAN
********************
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
************************
**Saya, anda dan kita semua pernah melakukan dosa. Jalan terbaik melepaskan belenggu dosa dari tekuk sendiri adalah dengan bertaubat. Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Pengampun.
(credit by - abg min)

Rabu, 30 Januari 2013
IBU vs ISTERI
Anda dan family.
1- Seorang anak lelaki hendaklah taat dan patuh kepada ibunya secara
total. Walau telah berkahwin, waima berbini 4 isteri besar ahli gusti,
anak lelaki tetap kena taat dan patuh pada IBUnya.
2- Seorang
isteri, kena taat dan patuh kepada suaminya, selagi tidak bercanggah
dengan syarak. Dia kena patuh dalam apa jua keadaan sekalipun, selagi
tidak bercanggah dengan syarak.
Syurga anak lelaki ada pada ibu, syurga isteri ada pada suami.
Kita semua amat maklum akan ketetapan yang telah Allah perintahkan
terhadap kita. Iaitu, anak mesti taat pada ibu, dan isteri mesti taat
pada suami.
Sketsa kehidupan..
1- Aiman, anak lelaki
mesti kena taat pada ibu ! Jangan lawan cakap ibu. Berdosa seorang anak
derhaka dan tak dengar kata ibu. Faham !?
Marah Puan Ain terhadap anak remajanya, Aiman kerana suka keluar rumah tak bagitau, selalu keluar petang balik malam...
2- "Ayang, kalau nak keluar pergi mana-mana, bagitau la kat abang. Okey ? " kata Shah kepada isterinya.
"Alah, dah abang takder kat rumah. Nak minta kat sapa lagi ? Bukannya jauh pun, Tesco depan tu aje pun. " balas Ain.
"Sms boleh kan ? Abang nak tahu, sebab kalau jadi apa-apa, abang tahu ayang ada kat mana.' tambah Shah.
"Abang ni, tolong la faham, Ain bukan pergi jauh pun, lagipun Ain bukan
budak-budak kecil lagi laa. Keluar kejap aje." Ain menambah.
*********************
Pesanan untuk anda, yang telah ada title ibu / isteri,
1- Jika kita mengharapkan agar suami memahami keadaan kita, memahami
perasaan kita, supaya jangan mengada-ngada minta itu ini, minta layan
itu ini.
Mengapa kita bertegas ke atas anak lelaki kita, supaya mematuhi kata-kata kita pula ?
Mengapa kita tak mahu mendengar alasan dia(anak lelaki), atau sekonyong-konyong beri dia apa yang kita mahu dari suami.
Adakah kita telah dewasa, kita mahu perasaan kita dituruti, manakala perasaan anak kita tak peduli ?
*Setiap ibu pasti sayang akan anak. Anak belum tentu akan sayang pada ibunya suatu hari nanti.
Pesanan untuk anda yg telah ada title suami / anak lelaki.
1- Antara ibu dan isterimu, utamakan ibumu terlebih dahulu. Ibu lebih
berhak terhadap anak lelakinya. Jaga perasaan ibu kita, kalau mereka
telah tua, kerana perasaan orang tua ni cepat sensitif.
Kita tak jaga perasaan isteri kita, ok lagi. Selamat lagi dari neraka. Kalau kita tak jaga perasaan ibu kita ?
*Pernah dengar kisah sahabat yg terseksa, kerana roh tak lepas nak
keluar, hanya kerana ibu dia tersinggung sebab menjamah makanan isteri
terlebih dahulu..
Biarlah isteri dok kata ANAK EMAK pun, dah
memang kita anak emak. Ingat, syurga kita ada pada ibu, dan
kita yg bertanggungjawab untuk bawa bersama-sama isteri kita terlepas
dari api neraka.
*Setiap suami pasti syg akan isteri, cuma banyak dengan sikit sahaja.
********************
Muhasabah semula, kadang-kadang kita ambil mudah benda yang berat.
Wallahualam.
(Credit by Guruh Petir.)
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Pesanan buat diri....
WASIAT AHLUL KHAIR
Para ahlil khair (ahli kebaikan) menulis 3 wasiat kepada ahlil khair yang lain :
1. Barang siapa yang beramal untuk akhiratnya, maka Allah akan mencukupkannya dalam urusan dunia.
2. Barang siapa yang memperbaiki batinnya, maka Allah akan memperbaiki zahirnya.
3. Barang siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan sesama manusia.
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Kisah dia - SHAS. Moga menjadi kisah buat kita....
RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
AL- FATIHAH BUAT ALMARHUMAH SITI HAJAR...adik junior Kolej Katrikulasi Melaka... Mahasisiwi UTEM.....Mujahidah Islam...Pejuang Agama Allah...
Catatan yang cukup menghibakan dan menginsafkan.....Moga dirimu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...
.......................... .......................... .......................... .......................... .......................... ..............................
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
__________________________ __________________________ __________________________ ___
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya
SITI HAJAR
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
AL- FATIHAH BUAT ALMARHUMAH SITI HAJAR...adik junior Kolej Katrikulasi Melaka... Mahasisiwi UTEM.....Mujahidah Islam...Pejuang Agama Allah...
Catatan yang cukup menghibakan dan menginsafkan.....Moga dirimu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...
..........................
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
__________________________

Ceritera
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Selasa, 29 Januari 2013
Ya Rasulallah
Berselawatlah. Senantiasa basahkan lidah, titipkan dihati dengan berselewat kepada Baginda SAW. Kita kurang mengamalkan sunnahnya, kita kurang mengimarahkan apa yg dibawa olehnya. Apa buktinya yang kita cinta, kasih kepadanya?? Moga kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak. Insyaallah.
Allahuma Solli 'ala Muhammad... Ya Rabbi Solli a'laihi Wasallim..
Reiki HARAM???
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Reiki Diiktiraf Di Malaysia
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 28 Januari 2013
Perginya 1 kehilangan yg besar - Tok Ayah Musa Ulama' Yg Tawadhuk
al-Fatihah buat beliau.. Moga di tempatkan bersama para solihin...
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Ahad, 20 Januari 2013
Sollu 'ala Khairil Anam....
Dalil2 Maulid Nabi SAW. berdasarkan kitab karya Ibnu Hajar al-Haitami
1. Abu Bakar As-Siddiq.
‘Telah berkata Saidina Abu Bakar As-Siddiq: Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan bacaan Maulid Nabi SAW, maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.” (sumber dari kitab anni'matul kubro 'alaa al-'aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)
2. 'Umar bin Khottob al-Furqon.
Telah berkata Saidina 'Umar: "Siapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi SAW, maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam." (sumber dari kitab anni'matul kubro 'alaa al-'aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)
3. Utsman bin 'Affan Dzun-Nuraini.
Telah berkata Utsman: "Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Nabi SAW, maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain" (sumber dari kitab anni'matul kubro 'alaa al-'aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)
4. 'Ali bin Abi Tholib Karomallahu wajhah.
Telah berkata ‘Ali: “Siapa yang membesarkan majlis maulid Nabi SAW dan kerananya diadakan majlis membaca maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”. (sumber dari kitab anni'matul kubro 'alaa al-'aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)
5. Syeikh Hasan al-Bashri.
Telah berkata Hasan Al-Bashri: “Aku suka seandainya aku mempunyai emas setinggi gunung Uhud, maka aku akan membelanjakannya untuk membaca maulid Nabi SAW (sumber dari kitab anni'matul kubro 'alaa al-'aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)
6. Syeikh Junaid al-Baghdady.
Telah berkata Junaid Al-Baghdadi: “Siapa yang menghadiri majlis maulid Nabi SAW dan membesarkan kedudukannya, maka sesungguhnya ia telah mencapai kekuatan iman”. (sumber dari kitab anni'matul kubro 'alaa al-'aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)
7. Syeikh Ma'ruf al-Karkhy.
Telah berkata Ma’ruf Al-Karkhi: “Siapa yang menyediakan makanan untuk majlis membaca maulid Nabi SAW, mengumpulkan saudaranya, menyalakan lampu, memakai pakaian yang baru, memasang bau yang wangi dan memakai wangi-wangian kerana membesarkan kelahiran Nabi SAW, niscaya Allah akan mengumpulkannya pada hari kiamat bersama kumpulan yang pertama di kalangan nabi-nabi dan dia berada di syurga yang teratas (Illiyyin)” (sumber dari kitab anni'matul kubro 'alaa al-'aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)
8. Imam Fakhruddin ar-Rozi.
Telah berkata seorang yang unggul pada zamannya, Imam Fakhruddin Al-Razi: “Tidaklah seseorang yang membaca maulid Nabi SAW ke atas garam atau gandum atau makanan yang lain, melainkan akan zahir keberkatan padanya dan setiap sesuatu yang sampai kepadanya (dimasuki) dari makanan tersebut, maka makanan tersebut akan bergoncang dan tidak akan tetap sehingga Allah mengampunkan orang yang memakannya”.
“Sekirannya dibacakan maulid Nabi SAW ke atas air maka orang yang meminum seteguk dari air tersebut akan masuk ke dalam hatinya seribu cahaya dan rahmat, akan keluar daripadanya seribu sifat dengki, penyakit dan tidak mati hati tersebut pada hari dimatikan hati-hati”.
“Siapa yang membaca maulid Nabi SAW pada suatu dirham yang ditempa dengan perak atau emas dan dicampurkan dirham tersebut dengan yang lainnya, maka akan jatuh ke atas dirham tersebut keberkatan, pemiliknya tidak akan fakir dan tidak akan kosong tangannya dengan keberkatan Nabi SAW.” (sumber dari kitab anni'matul kubro 'alaa al-'aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)
9. Imam as-Syafii RA.
Telah berkata Imam Asy-Syafi’i RA: “Siapa yang menghimpunkan saudaranya (sesama Islam) untuk mengadakan majlis maulid Nabi SAW, menyediakan makanan dan tempat serta melakukan kebaikan dan dia menjadi sebab dibaca maulid Nabi SAW itu maka dia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat bersama ahli siddiqin (orang-orang yang benar), syuhada’ dan solihin serta berada di dalam syurga-syurga Na’im.” (sumber dari kitab anni'matul kubro 'alaa al-'aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)
10. as-Sary as-Saqothy.
Telah berkata As-Sariyy As-Saqothi: “Siapa yang pergi ke suatu tempat yang dibacakan di dalamnya maulid Nabi SAW maka sesungguhnya ia telah pergi ke satu taman dari taman-taman syurga, kerana tidaklah ia menuju ke tempat-tempat tersebut melainkan lantaran kerana cintanya kepada Nabi SAW, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mecintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam syurga.” (sumber dari kitab anni'matul kubro 'alaa al-'aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii)
11. Syihabuddin Ahmad Ibnu Hajar al-Haitami.
“Siapa yang hendak membesarkan maulid Nabi SAW maka cukuplah disebutkan sekadar ini saja akan kelebihannya. Bagi siapa yang tidak ada di hatinya hasrat untuk membesarkan maulid Nabi SAW sekiranya dipenuhi dunia ini dengan pujian ke atasnya, tetap juga hatinya tidak akan tergerak untuk mencintai Nabi SAW. Semoga Allah menjadikan kami dan kalian di kalangan orang yang membesarkan dan memuliakannya
dan mengetahui kadar kedudukan Baginda SAW serta menjadi orang yang teristimewa di kalangan orang-orang yang teristimewa di dalam mencintai dan mengikutinya. Aamiin.

Wwahai Tuhan sekalian alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian hingga Hari Kemudian.” (sumber dari kitab anni'matul kubro 'alaa al-'aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii).
Label:
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Khamis, 17 Januari 2013
SYUKUR....
Alhamdulillah...masih lagi dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, kehidupan yang penuh warna-warni. Setelah 34 tahun, 11 bulan 4 hari, berlalunya 12757 hari, nikmat yang dikurniaNYA tidak mampu ku balas. Hanya cuba menjadikan diri sebagai mukmin yang bertaqwa, hamba yang senantiasa taat & patuh akan segala perintahNYA. Insyaallah.
Hadirnya memberi kebahagiaan. Hadirnya memberi ketenangan. Hadirnya menceriakan sepanjang perjalanan kehidupan. Manis baru, masih mentah dalam kehiduapan berumahtangga. Banyak yang perlu diperbetulkan, diperkemaskan, Hingga kini setelah 2 tahun, 10 bulan & 30 hari diri ini belum lagi menjadi suami & abi yang baik. Moga kasih & cinta yang terbina ini terus utuh hanya kerana Allah. Moga kita menjadi pasangan di syurga kelak. Selamat ulangtahun perkahwinan HIJRAH sayang. Sayang hingga ke syurga...
Ulangtahun berganda.. Terima kasih buat emak & abah yang telah mendidik agar menjadi insan yang beriman. Terima buat Master G sekeluarga diatas kehadiran dalam hidup ini. Moga diri terus HIJRAH menjadi lebih SUPERB!!! Terima kasih buat teman-teman seperjuangan sekalian. Doa dari kalian semua ku mohon... Syukran...
Label:
Bicara Diri
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Rabu, 16 Januari 2013
Maaf...
"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sikitlah orang yang akan memberi peringatan."
-Imam Hassan Al-Basri-
-Imam Hassan Al-Basri-
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Ya Badrotim
Kerana Rasulullah SAW kita dapat melihat akan keindahan alam ini. Selawat & salam ke atas Baginda Sallallahu 'alaihi Wassalam...
Selasa, 15 Januari 2013
LISTEN...LISTEN...LISTEN...
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
LISTEN...LISTEN...LISTEN...
Sesungguh Rasulullah itu KEKASIH ALLAH. Yang akan memberikan kita SYAFAATnya di akhirat kelak. Jadi kita sebagai hamba ALLAH.. Dengarlah... Dengarlah... Dengarlah...
Label:
Bicara Diri,
Tausiah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 14 Januari 2013
Allahumma Solli'ala Muhammad
Demi FITRAH....
Demi SUNNAH...
Demi AMANAH...
Fitrahnya itu inginkan kembali kepada kesucian. Hatinya masih terasa kosong jika tidak menemui apa yg ada pada FITRAHnya...
Dengan sunnahnya kita berpegang. Dengan sunnahnya kita mengamalnya. Dengan sunnahnya kita tidak meraguinya. Dengan SUNNAHnya kita tidak akan tersesat selama-lamanya.
Amanah ini wajib dipikul. Amanah ini perlu dijunjung. Amanah ini semestinya perlu dibawa bagi setiap jiwa yang mengaku akan keISLAMannya. AMANAH ini dari yg EMPUNYA AMANAH...
Label:
Bicara Diri,
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
HKR - Hijrah Kembara Rasul..
03 Rabiul Awal 1434..
Setelah 504,267 hari Rasulullah telah meninggalkan kita. Selawat & salam ke atas Rasul Junjungan yg Mulia (Sallallahu 'alaihi wassalam).. Kini bulan Rasul kembali lagi. Kisah di bulan Rabiul Awal. Banyak kisah yang boleh dinukilkan. Kisah kewafatan Rasulullah SAW pada awal Rabiul Awal. Kisah bermulanya penghijrahan Rasul di hujung 27 Safar. Kisah kelahiran Rasulullah pada 9 Rabiul Awal (yg mahsyurnya) tetapi kebanyakkannya pada 12 Rabiul Awal.
(credit dari Mir Hazil Azran)
Safar telah berlalu.. Kisah pengujung bulan Safar membawa kita ke tahun 1 Hijrah dulu - saat RASUL sedang di dalam KEMBARA baginda berada di gua... kali ini BUKAN saat TERIMA WAHYU.. kali ini ia XPDC HIJRAH!! penuh GETARAN.. penuh AURA!! penuh SUSPEN..
Tiada seorang yang mengetahui tempat persembunyian mereka dalam gua itu selain Abdullah b. Abu Bakr, dan kedua orang puteri Abu Bakr - Aisyah dan Asma, serta pembantu mereka 'Amir b. Fuhaira.
3 HARI MEREKA DI SITU... terpisah dengan DUNIA LUAR...
sedang, di luar Quraisy berusaha sungguh-sungguh MENJEJAK & MEMBURU. Berbagai strategi diatur.. GANJARAN dicanang untuk siapa yang berhasil.
QURAISY TERDESAK... mereka TERTEKAN..!!!
Betapa tidak, mereka melihat bahaya andai MUHAMMAD terlepas keluar. Islam akan BERKEMBANG! Muhammad akan BANGKIT.. ramai yang akan memberi SOKONGAN kepada rasul akhir itu. Apatah lagi penduduk YATHRIB!!
Selama berada dalam gua, Muhammad TIDAK HENTI menyebut nama Allah. Abu Bakr pula terus mengawal... DEBAR akan lokasi mereka dikesan.
TIBA-TIBA....
Ada sosok yang menghampiri PINTU GUA... Abu Bakr CEMAS... Dia menahan NAFASNYA.. tahan GERAKNYA.. dan hanya menyerahkan nasibnya kepada ALLAH. Di pintu GUA, salah seorangnya bersuara:
"Kenapa kau tidak menjenguk ke dalam gua?"
"Ada sarang labah-labah di tempat itu - sejak dulu sudah begitu, JUGA ada dua ekor merpati dara bersarang di lubang gua itu. MUSTAHIL ada ORANG masuk ke dalam GUA INI."
Muhammad TERUS berdoa - begitu juga Abu Bakr, dia merapatkan diri kepada Rasul, Muhammad berbisik di telinganya:
"Jangan bersedih hati. Tuhan bersama kita."
ALLAH BERSAMA MEREKA...
Allah bersama dalam KISAH HIJRAH ini!!
"Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya. " - surah Al Anfaal ayat 30.
3 HARI SUDAH BERLALU...
Keadaan kian TENANG... angin KECOH kehilangan RASUL kendur atas MAHU ALLAH. Miskipun begitu.. Quraisy masih berada di setiap CERUK - memburu RASUL!!
3 HARI SESUDAH BERSEMBUNYI DI GUA TSUR.. kini masanya untuk BERANGKAT..
XPDC KEMBARA HIJRAH ke MADINAH bakal diteruskan.. Persiapan disusun rapi. Transpotasi di urus.. bekalan dibawa.. DOA DI BACA!! Kembara NABI ke arah utara @ Madinah bermula...
29 SAFAR .. menjelang 1 RABIUL AWAL 1 HIJRAH, langkah HIJRAH diatur indah..
Hari ini.. saat RABIUL AWAL mengatur jejaknya pada ALAM.. sirah itu mahu digengam kembali buat bekal diri yang sering alpa.
SAFAR penutup kisahnya... RABIULAWAL MEMULAKAN CERITA!!
"KEMBARA HIJRAH RASUL" - September 622M kembara Rasul berlangsung selama 14HARI sebelum tiba ke KOTA MADINAH.
3 HARI PERTAMA - Baginda BERSEMBUNYI di Gua Thur.
Kekasih ALLAH menjalani KISAH PENUH CABARAN demi melaksanakan PERINTAH HIJRAH.
Kembara itu bermula JUMAAT. Setelah 3 MALAM di Gua Thur, pada ISNIN awal RABIUL AWAL tahun 1H itu
(TAQWIM@KALENDAR HIJRAH BERMULA SEMPENA PERISTIWA INI) baginda KELUAR dan meneruskan (memulakan perjalanan ke arah kota Madinah). ia bukan JALAN BIASA..
Arah pertama ialah ke arah selatan negeri Yaman, kemudian baru mengalih arah menuju persisiran pantai, hingga sampai ke jalan yang tidak pernah dilalui orang. Kemudian mengalih arah ke utara menghampiri pantai laut merah melalui jalan yang tidak diguna orang kecuali sekali sekala.
SAAT ITU... ADA PANGLIMA HEBAT SEDANG MEMBURU RASULULLAH.. Panglima yang CEKAP MENGENDALIKAN KUDA.. mampu meluncurkan PANAH sambil menunggang laju. Belai adalah SURAQAH bin MALIK.
Cerita Suraqah,
"Ketika ku sedang duduk di dalam satu majlis qabilahku, Banu Mudlij, tiba-tiba seorang lelaki telah datang ke majlis berkenaan. Beliau berdiri, sedang kami semua duduk, lalu berucap, “Wahai Suraqah, baru sebentar daku telah melihat lembaga hitam dipersisiran pantai, aku mendapati Muhammad dan sahabat-sahabatnya".
Kata Suraqah di dalam hatinya.. "Aku tahulah itu memang Muhammad"
namun, dia berkata kepada lelaki itu:
"Itu bukan Muhammad dan pengikut-pengikutnya, tapi yang kau lihat itu si Fulan dan si Fulan, mereka itu berjalan dalam pengawasan kami".
Helahnya mudah... biar yang lain tidak keluar memburu Rasul. Seluruh Mekah sedang kecoh sejak 3 hari lalu.. mencari MUHAMMAD & ABU BAKAR yang 'HILANG' dari rumah mereka. Semua orang percaya akan katanya.. lalu, ini membuka LALUAN untuknya menangkap Muhammad dan mendapatkan TAWARAN 100 EKOR UNTA!!
Suraqah duduk seketika dalam majlis itu, kemudian dia pulang ke rumah dan mengarahkan khadamnya menyiapkan kuda dan kelengkapan (senjata). Dia keluar dari belakang rumah, memacu DERAS ke arah yang disebut lelaki tadi. Pasti Muhammad masih di situ...
Dari jauh, dia pasti itu BURUANNYA... dia menambahkan pecutan KUASA KUDA mengejar buruannya itu. SAAT ITU, Abu Bakr yang sedari mula kembara hijrah itu lagaknya seorang PENGAWAL PERIBADI; sedar akan kehadiran ORANG BERKUDA yang mengejar mereka dari belng. Semakin lama SEMAKIN DEKAT.. CEMAS.. Abu Bakr mula cemas!
Dikhabarkan kepada Muhammad yang asyik mengaji di atas unta yang bergerak itu. PUN, MUHAMMAD TIDAK LANGSUNG MENOLEH.. Baginda terus KHUSYUK.
SURAQAH sudah kian dekat pada JARAK MEMANAH.. Abu Bakr bertambah cemas!! Dikhabarkan pada Muhammad yang langsung tidak menoleh ke belakang..
"Wahai Muhammad.. dia sudah dekat!! Panahnya boleh sampai kepada kita!!"
..........................
Muhammad menadah tangan berdoa:
"Ya Allah, selamatkan kami daripadanya dengan cara yang KAU mahu"
Muhammad terus mengaji al-Quran. Semakin khusyuk..
...........................
SURAQAH pasti, PANAHNYA akan mengena.. Dia semakin hampir... tiba-tiba...kaki depan kudanya terbenam ke dalam pasir.. Suraqah terjatuh!! itu REKOD PERTAMANYA JATUH KUDA!!! Seorang PAKAR yang hari itu JATUH dari KUDA!!
Suraqah pantas bangun semula, memacu semula KUDA HEBATnya itu.. kian menghampiri kembali sasarannya.. Muhammad. Panah diacu.. kali ini dia lebih hati-hati dan FOKUS.
Tatkala semakin dekat, kai kudanya TERBENAM lagi. Suraqah JATUH LAGI! PELIK!! Suraqah berasa amat PELIK!!! Pun, dia tetap DEGIL.. tiada apa yang boleh menghalang MAHUNYA itu. Bangun semula dari kegagalan.. terus memacu laju dengan lebih HATI-HATI & FOKUS..
Tapi dia jatuh lagi...JATUH KALI KE 3!!
Peliknya kini bertukar TAKUT!! Dia tahu itu "KUASA PERISAI" dari ALLAH kepada RasulNya. Itu PERISAI 'HALUS' yang melindungi Muhammad.. Ketakutan.. Suraqah menjerit memohon KEAMANAN..
Mendengar jeritan rayuan itu; Rasul berpaling menoleh:
"Siapa kamu?"
Dia perkenalkan dirinya, memohon keamanan Rasul..meminta SURAT JAMINAN dari rasul serta berjanji akan RAHSIAKAN koordinat Rasul kala itu dari Quraisy.
Rasul bersetuju.. Suraqah berlalu pergi.. Di tangannya ada surat janji.. Di dadanya ada 'pengalaman' peribadi.. menyaksikan sebuah kerasulan, Muhammad yang dilindungi.. Mengikut riwayat Abu Bakr yang berkata, "Kami keluar berhijrah dalam keadaan kaum kafirin mencari-cari kami, namun tak seseorang pun yang dapat memburu kami kecuali Suraqah bin Malik bin Ja’syam sahaja yang menunggang kudanya, ku menyeru kepada Rasulullah, yang ku mencurigai pemburuan itu kalau-kalau ianya sempat menangkap kami. Jawab Baginda dalam ayat yang bermaksud:
Jangan berduka sesungguhnya Allah bersama kita - Surah al-Taubah: 40
Suraqah pun berpatah balik, di Mekah dia memberitahu bahawa dia baru pulang dari arah sekian-sekian dan tiada jejaki Rasul di sana.
INI KISAH KEMBARA HIJRAH RASUL...
kerananya.. ISLAM berdiri GAH!!
(sekadar hiasan)

Bicara Guru
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Selasa, 8 Januari 2013
Tingkatan Tenaga SEXUAL..
Senaman Kesihatan Sexual Kung Fu
Seni senaman yang merangkumi 3 aspek utama kesihatan jiwa raga manusia yang terdiri dari :
Chi – Nafas
Jing – Tubuh
Shen – Minda
Ketiga-tiga aspek ini mempunyai senaman-senaman yang khas dan terbahagi pula kepada beberapa bahagian seperti :
1) Chi – Nafas
LATIHAN 1 – 1 : OLAH NAFAS (CHI) – PERNAFASAN ASAS
LATIHAN 1 -2 : OLAH NAFAS (CHI) – PERNAFASAN DIAFRAGMA
LATIHAN 2 : OLAH NAFAS (CHI) – PERNAFASAN ABDOMEN
LATIHAN 3 : OLAH NAFAS (CHI) – PERNAFASAN ABDOMEN + PERINEUM POWER
2) Jing – Tubuh
LATIHAN 1 – 1: THE LUNG SOUND
LATIHAN 1 – 2 : SENAMAN AWET MUDA (LUNG)
LATIHAN 2 – 1 : THE KIDNEY SOUND
LATIHAN 2 – 2 : SENAMAN AWET MUDA (KIDNEY)
LATIHAN 3 – 1 : THE LIVER SOUND
LATIHAN 3 – 2 : SENAMAN AWET MUDA (LIVER)
LATIHAN 4 – 1 : THE HEART SOUND
LATIHAN 4 – 2 : SENAMAN AWET MUDA (HEART)
LATIHAN 1 – 3.1 : SENAMAN BADUANJIN – 1st PIECE : PROPPING UP THE SKY
LATIHAN 1 – 3.2 : SENAMAN BADUANJIN – 2nd PIECE : DRAWING THE BOW
LATIHAN 2 – 3.1 : SENAMAN BADUANJIN – 3rd PIECE : REGULATE THE SPLEEN
LATIHAN 2 – 3.2 : SENAMAN BADUANJIN – 4th PIECE : REGULATE THE STOMACH
LATIHAN 3 – 3.1 : SENAMAN BADUANJIN – 5th PIECE : FIRE IN THE HEART
LATIHAN 3 – 3.2 : SENAMAN BADUANJIN – 6th PIECE : REINFORCE THE KIDNEY
LATIHAN 4 – 3.1 : SENAMAN BADUANJIN – 7th PIECE : FISTS & GLARE
LATIHAN 4 – 3.2 : SENAMAN BADUANJIN – 7th PIECE : CURE ALL ILLNESS
3) Shen – Minda
LATIHAN 1 : SITTING & STILLING THE MIND part 1
LATIHAN 2 : SITTING & STILLING THE MIND part 2
LATIHAN 3 : SMILING INTO THE EYES
LATIHAN 4 : WARMING THE STOVE
Setiap teknik senaman diatas mempunyai keistimewaannya yang tersediri. Senaman ‘bunyi’ juga merupakan keunikan yang lain dari yang lain yang mana hanya terdapat didalam Sexual Kung Fu (atau senaman Tao) sahaja.
Kini anda dapat mempelajari kesemua langkah diatas bersama kami di Seminar Kuasa Aura Sukses Mastery, pada 27 Jan 2013. Faedah yang akan anda perolehi dengan mengamalkan senaman ini bukan sahaja merangkumi daya kekuatan ketahan seksual semata-mata, malah ianya turut meliputi tahap kesihatan secara keseluruhan. SERTAI kami..
Label:
Event Terkini,
Info Kursus
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
INSAN SUPER...
25 Safar 1434.
(credit dari FB Master Mir Hazil)
Berbaki 5 hari lagi Rasulullah SAW akan wafat. Dan akan hadirnya, Rabiulawal - bulan RASULULLAH SAW.
Dipenghujung SAFAR 11H itu, RASUL UZUR!! Demam panasnya tinggi..., bejana berisi air dingin diletakkan disamping pembaringan baginda - mudahlah untuk Rasul, sekali-sekali mencelup membasahkan tangan lalu mengusap ke muka.
Begitu tingginya suhu panas demam baginda hingga saja ada tikanya baginda PENGSAN, tak sedarkan diri. Tatkala kembali tersedar, kekuatannya pulih seketika. Namun ia berulang lemah sesudahnya.
Begitulah KONDISI RASUL di hari-hari AKHIR bulan SAFAR 11H itu.
Fatimah, PUTERI tercinta sering di sisi ayahanda tercinta. Menahan sedih dan duka, melihat SAKIT ayahandanya itu. Fatimah mengeluh akan derita ayahnya itu:
"Alangkah beratnya penderitaan ayah!"
PUN, Rasul membalas:
"Tidak. Takkan ada lagi penderitaan ayahmu sesudah hari
ini,"
FATIMAH diam.. maksud bicara di faham - ayahnya bakal PERGI!
SAFAR 1423 tahun HIJRAH yang lalu... saat itu RASUL UZUR.. SAFAR itu menjadi SAKSI kisah DETIK AKHIR HAYAT baginda Rasul - PESURUH ALLAH yang AKHIR & PENUTUP - yang seluruh MUSLIM selawat dan SALAMkan setiap harinya.. yang setiap jiwa MUSLIM dambakan CINTA & IHSANnya.
SAFAR itu bulan AKHIR & PENUTUP.. dan saat itu, TINGGAL 2 HARI menjelang WAFAT!!
Ketika itu Rasuiullah terasa sakitnya KIAN KURANG, baginda bersabda yang bermaksud:
"Laknat Allah ke atas kaum Yahudi dan Nasrani kerana mereka menjadikan kubur-kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid"
Dalam riwayat yang lain:
"Allah mengutuk bangsa Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur-kubur nabi-nabi mereka masjid"
dan sabdanya:
"Jangan sekali-kali kamu menjadikan kubur ku sebagai berhala yang disembah"
selanjutnya, Baginda berkisah..
"Sesungguhnya SUDAH DEKAT pemergianku daripada kamu semua. Siapa di antara kamu yang telah ku rotan belakangnya? Nah ini belakang ku. Silalah dia membalasnya. Barang siapa yang pernah ku ambil HARTANYA, ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah dia takut kemarahan dariku kerana itu BUKAN AKHLAK-ku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai di kalangan kamu ialah orang yang mengambil HAKNYA daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu."
seorang sahabat menuntut HAKNYA demi mahu menjadi 'orang yang paling dikasihi'. Hak itu diserahkan..
MUHAMMAD mengulangi soalan itu lagi..
DIAM.. tiada yang bersuara.
Muhammad berkata;
"Kalau begitu, HALALKAN KEPADA AKU sehingga aku berjumpa dengan TUHANKU dalam keadaan hatiku TENANG, kerana dengan kamu halalkan kepadaku pun - aku rasa belum selamat."
itu KISAH INSAN SUPER.. baginda tontonkan untuk insan.. AJAR insan untuk mencari REDHA ALLAH..
hari ini.. kisah sejarah ini kian jauhhhh..... (fine)
Adakah kita kisah? Disaat diri ini terleka dengan keindahan & bermacam - macam pendustaan dunia. Dunia penuh dengan peperangan.. Tindas menindas antara agama. Islam dipijak, Islam dicemuh, ISLAM di cop sebagai TERRORIST!! Sedangkan ISLAM itu telah diangkat, dijulang oleh sosok tubuh yang bergelar KEKASIH ALLAH. Yang telah dilantik oleh Yang Maha Mencipta DUNIA ini. Dan INSAN ini akan memberikan syafaat kepada umat yang selalu berselawat kepadanya. Jadi, perbanyakkan selawat keatas Baginda Sallahu 'alaihi Wassalam.
Telah cukupkah kita berselawat ke atas Baginda SAW. Dia bukan calang-calang manusia.. Dia adalah KEKASIH ALLAH. Allah yang memilihnya untuk menyampaikan & menyebarkan agama ISLAM. Kini ISLAM telah berkembang keserata dunia. Keserata pelosok hingga ianyanya menjadi ketakutan pada Yahudi & Nasrani.
Lalu....
Islam itu didoktrinkan sebagai PENGGANAS. Siapa yang mengganas sekarang ini? Siapa yang membunuh umat2 ISLAM?
Dunia semakin uzur.. Dunia semain akhir zaman. Kiamat semakin hampir. Akhirat akan muncul kelak. Bersedialah umat ISLAM seluruh dunia..Bersiap siagalah dengan bekalan-bekalan yang akan kita bawa kelak bertemu denganNYA. Janji Allah itu BENAR, janji Allah itu PASTI!!
(terus muhasabah)

Isnin, 7 Januari 2013
Kisah Wanita...
24 Safar 1434.
Alkisah tentang wanita. Wanita itu cukup unik. Cukup istimewa. Allah berikan keistimewaan pada wanita yang tidak ada pada lelaki. Didiklah diri..didiklah hati agar sentiasa dekat dengan Allah. Bayangkanlah Allah sentiasa melihat kita, Dia sentiasa mengintai kita, Dia sentiasa menilai kita. Jaga auratmu, jaga setiap kejadianmu, jagalah segalanya, kelak dikau menjadi tetamu di syurga.
AURAT WANITA..
1. Bulu kening (Alis atas mata).
– Menurut Bukhari ra, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. – (Petikan dari Hadits Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
2. Kaki (tumit kaki).
– Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31).
Keterangan : Menampakkan kaki dan mengayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikat kakinya dengan loceng, sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah
3. Wangi-wangian.
– Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berkumpul itu. – (Petikan dari Hadits Riwayat Nasa’i, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
4. Dada.
– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian depan dada-dada mereka – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)
5. Gigi.
– Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mengikir (meratakan) gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadits Riwayat At-Thabrani). Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik kerana ianya merubah ciptaan Allah – (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)
6. Leher.
– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu - (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Membayangkan Anggota Tubuh.
– Asma binti Abu Bakar ra telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah SAW: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah datang haid tidak boleh baginya menampakkan anggota badan kecuali dua telapak tangan dan wajahnya sahaja" – (Petikan dari Hadits Riwayat Muslim dan Bukhari)
8. Berjabat Tangan.
– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal (bukan mahram) baginya – (Petikan dari Hadits Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
9. Pemandangan.
– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31).
Keterangan sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama saja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan kerana hukumnya haram – (Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)
10. Mulut (suara).
– Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu mendayu-dayu dalam berbicara sehingga orang yang mendengarkan ada perasaan serong, bernafsu dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)
11. Kemaluan.
– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31).
– Apabila seorang perempuan itu menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam mana-mana Syurga dari pintu-pintu yang dia kehendakinya – (Petikan dari Hadits Riwayat Riwayat Al Bazzar).
– Tiada seorang perempuan pun yang dibolehkan membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – (Petikan dari Hadits Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)
12. Pakaian.
– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata & yang mendedahkan auratnya, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – (Petikan dari Hadits Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasa’i dan Ibn Majah).
Keterangan : Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju berjilbab dan longgar, yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Dan karena itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59).
– Sesungguhnya sebagian ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keterangan : Wanita yang berpakaian nipis,jarang,ketat, sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya dan kain @ baju yang berbelah,terbuka pada bahagian-bahagian yang tertentu.
13. Rambut.
– "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya dari pandangan & dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – (Petikan dari Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).
Jadilah wanita yang menjaga auratnya ketika diluar rumah @ dimana-mana sahaja. Kerana wanita mudah masuk syurga tetapi majoritinya ke neraka. Jagalah dirimu agar tidak menjeremuskan dirimu ke kancah kebinasaan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Renunglah, muhasabahlah dirimu wahai wanita agar kelak dikau menjadi Muslimah yg menjaga agamamu..
Moga kita sentiasa istiqomah dengan setiap amalan yang kita pelajari. Agar rahmat Allah sentiasa bersama kita.
Label:
Bicara Diri,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)