Pageviews

Selasa, 12 Januari 2021

Menjelang PKP 2.0

29 JAMADIL AWAL 1442H
12 Januari 2021M

TERAPI MINDA DARI NABI.

Nabi telah berpesan:

انْظُرُوا إِلَى مَنْ هو أَسفَل مِنْكُمْ وَلا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوقَكُم؛ فهُوَ أَجْدَرُ أَن لا تَزْدَرُوا نعمةَ اللَّه عَلَيْكُمْ

"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kalian. Dan janganlah kalian melihat kepada orang yang lebih tinggi dari kalian. Maka dengan cara itu akan membuatkan kalian tidak meremehkan nikmat Allah kepada kalian" - hr Bukhari & Muslim.

Keterangan:

• Nabi mengajar kita agar sentiasa bersyukur & optimis dalam menjalani kehidupan.

• Dalam menilai nasib, baginda mengajar kita agar selalu melihat golongan yang lebih berat teruji berbanding kita.

• Dengan cara tersebut, akan menyedarkan kita bahawa betapa banyaknya nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini.

• Ia juga akan memujuk hati kita agar sentiasa bersyukur dengan kehidupan sendiri.

• Jangan suka menghitung kesenangan terhadap golongan yang lebih bernasib baik dalam kehidupan dunia mereka berbanding kita

• Sikap suka membanding-bandingkan itu akan menerbitkan rasa tidak puas hati dengan takdir & sudah pasti akan menyukarkan kita beroleh ketenangan hidup.

Hadith-hadith motivasi seumpama ini sangat penting untuk diperingatkan, sewaktu kita masih lagi bergelut dengan penularan wabak yang memberi kesan kepada kelangsungan hidup kita semua. Apatah lagi buat mereka yang menjadi mangsa banjir sekarang.

Bersabar & bersyukur itu perlu sentiasa bergandingan. Terapi minda seperti hadith di atas adalah mustahak, untuk menguatkan keperibadian orang-orang beriman. Adapun pihak pemerintah, mereka perlu aplikasikan nas-nas berkaitan keadilan & empati terhadap rakyat bawahannya.

Moga bermanfaat bagi semua.

Selasa, 22 Disember 2020

Nilai SOLAT...

7 Jamadil Awal 1442H
22 Disember 2020

Barangsiapa membiasakan dirinya dalam melewatkan atau menangguhkan solat, maka dia akan tertangguh dalam semua urusan hidupnya sama ada perkahwinan, kerjaya, zuriat, kesihatan, kesempurnaan dan taufiq daripada Allah. 

Hasan al-Basri berkata: Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan kepada kamu? Sebagaimana nilai solat kamu begitulah nilai hidupmu. Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan dengan al-Falah (kejayaan)? Mana mungkin Allah memberikan kamu taufiq sedangkan kamu tidak menyahut panggilan-Nya. 

Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang mendirikan solat (berjemaah)tepat pada waktunya.

Isnin, 21 Disember 2020

Kibas tempat tidurmu....

6 Jamadil Awal 1442H
21 Disember 2020M

Kenapa Rasul SAW suruh kita kibas cadar sebelum tidur.... Ni hikmah dia😍
--------------"""------------- 

Mengibas debu dri tempat tidur

Informasi yang sangat berharga!

Hikmah di sebalik mengibas debu di cadar tilam sebelum tidur.

Mengapa kita harus mengibas cadar tilam kita?

Ini adalah apa yang kita akan ungkapkan dan di sinilah tantangan ilmiah dan kesimpulan oleh para ilmuwan Barat:

Ketika seseorang tidur beberapa sel-sel mati dan jatuh ke cadarnya. Setiap kali kita bangun ia akan akan tertinggal di belakanh dan terakumulasi. Sel-sel mati ini tidak terlihat oleh mata dan hampir tidak dapat dihancurkan.

Ketika jumlah sel-sel mati meningkat maka akan dengan mudah menembus kembali ke dalam tubuh, ini boleh menyebabkan penyakit serius.

Ilmu Barat cuba untuk menghancurkan sel menggunakan berbagai disinfektan seperti Dettol dan sejenisnya, tapi semua sia-sia. Sel-sel mati tidak pindah atau hilang.

Salah satu ilmuwan mengatakan, ia mencuba mengibas debu 3 kali seperti dalam Hadis dan tercengang  menemukan bahwa semua sel-sel mati hilang !!

 Nabi ﷺ bersabda: "Barangsiapa pergi ke tempat tidur, ia harus mengibas debu di cadar tidurnya tiga kali, kerana dia tidak tahu apa yang ditinggalkan"

Kebanyakan orang berfikir itu adalah cara menghilangkan serangga kecil tapi tidak tahu bahwa masalah ini jauh lebih besar dari itu.

Hal ini sangat menyedihkan bila menemukan bahwa kebanyakan dari kita mengabaikan ajaran Nabi ﷺ.


Ahad, 20 Disember 2020

Syurga Suami...?

5 JAMADIL AWAL 1442H
20 Disember 2020M

SYURGA ANAK, DIBAWAH TELAPAK KAKI IBUNYA, SYURGA IBU ITU PADA SUAMINYA..TETAPI,  SYURGA SUAMI ITU DIMANA LETAKNYA????

Persoalan ini muncul saat saya membawa emak berubat pada seorang ustaz di Taman Kosas, Ampang. Sambil berubat ustaz ini memberi tazkirah yg sangat2 memberkas di hati..tak sedar bergenang airmata saat mendengar tazkirahnya.

Bermula dari kasih Adam dan Hawa di Syurga, sehingga dicampak mereka ke dunia kerana hasutan iblis. Kemudian sampai pada bahagian suami isteri, kata ustaz...Syurga anak itu pada ibunya, Syurga ibu itu pada suaminya..lalu Syurga SUAMI itu dimana pula???

Saya menjawab: Pada ibu nya..

Ustaz : Ya benar, jika Ibu nya masih hidup. Jika Ibu nya sdudah meninggal dunia?

Saya hanya menggeleng kepala...

Ustaz menggeleng sambil tersenyum.

Ustaz : SYURGA SEORANG SUAMI ITU...PADA TANGGUNGJAWABNYA!!

Saya terkesima mendengar jawapan tersebut.

Ustaz menyambung: Suami itu syuganya pada Tanggungjawab yg ada dibahunya. Sediakan nafkah ZAHIR dan BATIN. Sediakan rumah walaupun hanya rumah sewa, sediakan pakaian walaupun yang murah2, sediakan makan utk anak isteri walau tak mewah. Asalkan sedia semua itu untuk ISTERI dan anak2. 

Jika Isteri yang menyediakan rumah, yg membayar hutang rumah, HARAM suami itu tinggal didalamnya. Jika ISTERI yang membayar bil eletrik rumah, Haram cahaya itu untuk suaminya..Jika ISTERI yang menanggung biayai  makan dan keperluan asas di rumah, haram suami itu memakannya....KECUALI, si isteri Redha dan berniat untuk membantu suaminya, membantu Syurganya itu. Andai dia tak redha, berdosa besar Sang Suami itu.

Kata ustaz lagi, di Makhamah Syariah bersusun kes penceraian yang kebanyakannya berpunca dari kurangnya tanggungjawab seorang suami. Semuanya isteri yang bayar, semuanya isteri yang uruskan...maka suami itu hilang kewibawaannya, tidak berperanan sebagai KETUA KELUARGA yg selayaknya.

Maka pada lelaki2 semua, sebelum memasang angan untuk menikah, ataupun kini sudah menikah, ingatlah Tanggungjawab yang bakal kalian pikul atas pundak kalian. Dan dengan tanggungjawab itu kalian akan diperhitung dan dipersoal didepan Allah kelak. Ada sesetengah lelaki yg sy pernah dengar & jumpa, yg mencari calon2 isteri dari wanita berpangkat besar, kerja dan gaji besar, atas alasan utk menumpang kemewahannya, atas alasan nak cari jalan pintas untuk hidup senang.....sedih dengar :

Buat wanita2, cari jodoh bukan pd harta seorang lelaki, tapi pada AGAMAnya & NILAI TANGGUNGJAWAB nya. Meski tak mewah, dia akan tetap berusaha memberikan semua tanggungjawabnya pdmu, dia berusaha mencukupkan semua keperluan keluarganya dengan tulang 4 kerat dan tenaganya. Itulah suami & lelaki terbaik sebagai sandaran untuk Syurgamu

Sabtu, 19 Disember 2020

Daun Kesum - Antara kelebihannya


4 Jamadil Awal 1442H
19 Disember 2020M

Antara ciptaan Allah di muka bumi ini. Sejenis ulam-ulaman yang selalu kita campurkan sekali dalam masakan2 yang tertentu. Selalunya dalam kuah laksa lah..

Daun kesum yang berlebihan boleh dituai dan dijemur dan digunakan dalam masakan atau dibuat minuman herba. Kesum adalah herba yang banyak khasiat dan vitamin.

Antara kebaikan daun kesum ini termasuklah :
1. Menguatkan daya penglihatan.

2. Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman.

3. Mengharumkan tubuh.

4. Air rebusannya juga boleh diminum untuk merawat masalah keputihan.

5. Baik untuk wanita lepas bersalin.

6. Menghilangkan panau – Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

7.Mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda – Makan pucuk daun kesum sebagai ulam setiap kali makan nasi.

8. Mengharumkan tubuh.

9. Bagi wanita lepas bersalin – anda bolehlah cuba merebus daun ini dan minum air rebusannya ketika suam.

10. Tonik hati, buah pinggang dan darah.

11. Mengeluarkan angin dari perut dan usus.

12. Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar,

13. Membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, sebagai vitamin serta merangsang haid.

14. Ubat Gout / radang sendu.

15. Merawat radang sendi.

16. Melegakan batu karang.

17. Masalah kelemumur – Jus yang dihasilkan melalui perahan daunnya pula dikatakan boleh merawat masalah kelemumur & dapat menghitamkan rambut.

19. Ubat kudis.

Kalau kesum katakan kesum,
Kesum tidak menjadi kantan;
Kalau senyum teruslah senyum,
Senyum tuan peneman kesepian.

Setiap yang Allah jadikan itu ada kebaikan & keistimewaannya tersendiri. Tidaklah Allah menjadi sesuatu itu hanya sia2.

Jumaat, 18 Disember 2020

Selawat AlFATIH

3 JAMADIL AWAL 1442H
18 Disember 2020M

Antara Keistimewaan Selawat Fatih.

Selawat fatih mempunyai berjuta2 rahsia yang tidak mampu untuk akal kita menjangkaunya. Cukuplah ini sebagai besarnya fadhilah dari Allah Ta’ala buat para hambaNya.

Rahsia Selawat Fatih ini baru hanya setitis air yang disebutkan, adapun yang seluas samudera masih menjadi rahsia dan milik Allah SWT.


Justeru itu, marilah kita istiqamahkan pembacaan Selawat Fatih ini agar mendapat keberuntungan buat di dunia dan terutamanya di akhirat kelak. InshaAllah.

Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan & fadhilatnya yang tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulama terdahulu di antaranya;

Berkata sebahagian ulama Maghribi, 

1. Sekali berselawat dengan Selawat Fatih menyamai 10,000 atau 600,000 yang lain.

2. Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.

3. Dibaca 21 kali setiap hari, diluaskan rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.

4. Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih selama 40 hari berturut, dosanya akan diampuni Allah.

5. Sesiapa mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat.

6. Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang mustahil oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari.

7. Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasilnya ditunaikan segala keinginannya dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.

8. Sesiapa membacanya 1,000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. 

9.  Syeikh Ahmad At-Tijani ra. berkata: ”Keistimewaan Selawat Fatih sangat sulit diterima oleh akal, karena ia merupakan rahsia Allah SWT yang tersembunyi. Seandainya ada 100000 bangsa yang setiap bangsa itu terdiri dari 100000 kaum, dan setiap kaum terdiri dari 100000 orang, dan setiap orang diberi umur panjang oleh Allah SWT sampai 100000 tahun, dan setiap orang berselawat kepada Rasulullah saw setiap hari 100000x, semua pahala itu belum dapat menandingi pahala membaca Selawat Fatih. 


Keutamaan Selawat Fatih disebutkan dalam Nadzam al-Yaqutah al-Faridah:

وفضل فريدة على كل صيغة
                    كفضل سُرى القطا على دب نَملة

Keutamaan Selawat Fatih yang terkenal dengan sebutan al-Yaqutah al-Faridah atas redaksi selawat lainnya seperti lebih hebatnya burung Qatha berjalan di waktu malam dibandingkan dengan rayapan semut.

فما صيغة من الصلاة على النبي
                          تقاربـها في وصلة ومثوبـة

Antar bentuk selawat kepada Rasulullah saw yang membandinginya untuk seseorang dapat sampai kepada Allah dan mendapat pahala.

فما حد فضلها ولا قيس في الـحجا
                    اذ الفضل من ورا العقول السليمة

Keutamaannya tidak bisa dibatasi dan tidak dapat dicapai oleh akal kerana keutamaan yang Allah berikan tidak dapat difikirkan akal cerdas manusia.

وكم صيغ لـها تفوق خرائدا
                      وان شئتها فسل حُـماة الطريقة

Selawat Fatih memiliki banyak bentuk redaksi yang lebih mahal dari mutiara berharga. Jika engkau menginginkannya, maka bertanyalah kepada pelindung thariqah.

بها انطوت الفلا بأسرع لَمحـة
                       بِها تسبق العرجاء كل صحيحة

Keutamaannya dapat melipat tempat yang luas dengan sekejap mata. Dengan membaca Selawat Fatih orang yang pincang dapat mendahului berlarinya orang yang sehat.

وكم من غنيمة تحاز بذكرها
                    ولا سـيما في الليل بعـد عتيمة

Banyak keberuntungan yang dapat diraih dengan membaca Selawat aFatih. Terutama apabila dibaca pada malam hari selepas solat Isya'.

فتعـدل منها مرة خَمسمائة
                       نَهارية منها لضعف الْمـثوبـة

Keutamaan satu kali membacanya di waktu malam seperti 500 kali membacanya di waktu siang lantaran pahala menjadi berlipat ganda.

وكم من قصور في جـوار مُحمد
                    وحور حسان والْجـواري وغلمة

Banyaknya istana dan berdampingan dengan Nabi Muhammad serta para bidadari yang cantik dan pelayan-pelayan dari wanita dan lelaki.

وكم حجج وعمـرة مع غـزوة
                     وكم من مئين من الـوف عديدة

Mendapat pahala haji, umrah dan berperang ratusan dan puluhan kali.

واربعمائة سنـــون تكفــر
                        بِمائة مــــرة بليلة جُمعة

Seandainya seseorang melakukan dosa sebanyak 400 tahun, maka dosa itu akan diampuni oleh Allah dengan sebab membaca Selawat Fatih sebanyak 100 kali pada malam Jumaat.

لَها من مــراتب ثَمان فبعضها
                       سليل سـعيد باح مـنها بنقطة

Keutamaannya memiliki 8 martabat sebahagiannya telah diungkap oleh putra said yang bernama Syaikh Umar Ibn Said al-Futiy dengan satu titik.

ومنها بـكل مرة سـتمائة
                      من الف صلاة الملأك الانس جِنة

Diantaranya: membaca Selawat Fatih satu kali sama dengan 600 kali dari ribuan selawat para malaikat, manusia dan jin.

من اول خلقهم الى وقت ذكرها
                          باذن تِجانـي ولـو بوسيطة

Dari awal mereka diciptakan sampai waktu Selawat Fatih diucapkan. Dengan adanya izin dari Sayid Ahmad al-Tijaniy sekalipun dengan perantara.

وكم من تضائف لأولى وثانية
                          وثالثة وهـكذا لــلأخيرة

Banyak gandaan pahala dalam membaca Selawat Fatih yang pertama, kedua sampai seterusnya.

ومنها ضعاف ذكر كل العوالِم
                        بسـتة الآف وغفـران زلـة

Pahala yang berlipat sebanding dengan zikir yang dilakukan oleh makhluk di alam ini dengan 6000 kali dan mendapat ampunan dari segala dosa.

فلا تتركن شـاذة من ذنـوبنا
                        ولا فاذة منها لعظم الْمــزية

Oleh sebab itu janganlah engkau tinggalkan, lantaran membacanya menghilangkan dosa-dosa kita dan mendapat keutamaan tersendiri dari yang lainnya.

وموت على الاسلام افضل نعمة
                         اذا دُمْتَ منها مــرة للمَنِية

Wafat dalam agama islam yang merupakan nikmat tertinggi, apabila engkau melazimi Selawat Fatih setiap hari satu kali sampai kematian menjemputmu

ولا بد من اذن صحيح من احمدا
                        ولـو بوسـائط لنيل الفضيلة

Syaratnya adalah mendapat izin dari sayid Ahmad al-Tijaniy sekalipun melalui perantara agar mendapat keutamaannya.

مع الاعتقاد انها في صحيفة
                   من النور انزلت بأقـــلام قدرة

Disertai keyakinan bahwa Selawat Fatih itu datang berupa lembaran dari cahaya yang turun dengan kalamullah

وعد الرماح عشرةً من شروطها
                  وقال بكتمها ســوى عن خُويصة

Pengarang kitab Rimah Hizb al-Rahim menyebutkan 10 persyaratan. Beliau mengatakan 10 syarat tersebut tidak diketahui kecuali oleh orang-orang khusus.

واما ثوابـها العميم فحـاصل
                      لسـائر خلق الله دون شـريطة

Pahalanya meratai bagi seluruh ciptaan Allah tanpa 10 syarat.

وعن سيدي البكري من عنه انزلت
                       فـداء من الْجـحيم منها بِمَرة

Diriwayatkan dari Sayid al-Bakriy bahawa Selawat Fatih diturunkan sebagai tebusan dari neraka jahim sekalipun dibaca sekali.

فـوالله ما رأيت ذكـرا مقاربا
                       لـها بعد رُتبة الاسامي العظيمة

Demi Allah, aku tidak pernah melihat satu zikir yang mendekatkan diri kepada Allah yang memiliki tingkatan yang agung seperti Selawat Fatih.

فلا تفتـرن عنها فتندم في غـدٍ
                       نـدامة كُسْعِي وصاحـب بَتة

Janganlah engkau melalaikannya sehingga menyesal dikemudian hari seperti penyesalan seorang yang bernama kusaiy dan seperti orang yang menetapkan keputusannya (al-farazdaq).

فعَض عليها بالنـواجـذ سرمدا
                     فتسموا على اقـطاب كل وسيلة

Peganglah sekuat-kuatnya dengan gigi gerahammu selamanya, maka engkau akan mendapat darjat menjadi Aqthab dengan segala wasilah.

فـلا تعدلـن عنها الى اي صيغة
                    اذا كنت يا أخي من اصحاب نُهية

Janganlah engkau pindah kepada bentuk selawat lainnya, apabila engkau termasuk orang yang cerdas.

حوت سر كل صيغة في العوالـم
                      وزادت بأسـرار وأشيا عـزيزة

Di dalam Selawat Fatih telah mencakup setiap bentuk shalawat yang ada di alam. Dan lebih unggul dengan banyak rahsia serta banyak sesuatu sangat mahal nilainya.

ورَبـى بـها عُبيدة بن محـمد
                       وابـدى عجيبة بميـزاب رحمة

Keutamaan Selawat Fatih juga dijelaskan oleh syaikh Ubaidah Ibn Muhammad, beliau memunculkan hal-hal ajaib dalam kitabnya yang bernama Mizab al-Rahmah.

فيا رب جـازه وكل مؤلِــف
                        بخير واحســان عن الاحمدية

Ya Allah, balaslah beliau dengan kebaikan-kebaikan dan berikanlah balasan yang baik kepada setiap pengarang Sayidi Ahmad al-Tijani.

Selasa, 15 Disember 2020

Berbeza Pendapat

29 Rabiul Akhir 1442H
15 Disember 2020

IMAM MALIK VS IMAM SYAFI'IE
(Antara Syariat dan Hakikat )

"Guru Dan Murid Tertawa Kerana Beza Pendapat tentang REZEKI'
.
Imam Malik ( guru Imam Syafii ) dalam majlis menyampaikan:

"Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada ALLAH niscaya ALLAH akan memberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan ALLAH mengurus lainnya."
.
Sementara Imam Syafii  sang murid berpendapat lain..

"Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki..!"

Guru dan murid bersikap kukuh pada pendapat masing2.
.
Selepas itu,  semasa meninggalkan pondok, Imam Syafii melihat serombongan orang tengah memetik anggur. Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafii memperoleh upah beberapa ikat anggur sebagai balasan.

*Imam Syafii girang, bukan kerana mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tak membantu memetik,  niscaya tidak akan mendapatkan anggur.

Bergegas dia berjumpa Imam Malik, sang guru. Sambil meletakkan seluruh anggur yang didapatinya, dia bercerita. Imam Syafii sedikit mengeraskan bahagian kalimat  “seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memetik), tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”
.
Mendengar itu Imam Malik tersenyum, seraya mengambil anggur dan memakannya. Imam Malik berucap perlahan..

“Sehari ini aku memang tidak keluar pondok, hanya mengambil tugas sebagai guru dan sedikit berfikir. Alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku dapat menikmati anggur.......Tiba2 engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. Bukankah ini juga bahagian dari rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada ALLAH, niscaya ALLAH akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan ALLAH yang menguruskan lainnya.”
.
Guru dan murid itu kemudian tertawa. Dua Imam mazhab mengambil dua hukum yang berbeza dari hadis yang sama..

Begitulah cara Ulama bila melihat perbezaan, bukan dengan cara menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapatnya saja..

Sesungguhnya rezeki yang kamu miliki itu datangnya dari ALLAH..!  ALLAH boleh bagi dengan ASBAB..! ALLAH juga boleh bagi tanpa ASBAB..!  ALLAH juga boleh bagi berlawanan dengan ASBAB..!  Kita berusaha untuk dapatkannya kerana usaha itu juga   SUNNAHTULLAH..! Sikit atau banyak itu hak mutlak ALLAH..! Syukurlah apa yang kita ada..

Semoga dapat menjadi pelajaran buat kita semua..Aamiin..