15 Disember 2020
IMAM MALIK VS IMAM SYAFI'IE
(Antara Syariat dan Hakikat )
"Guru Dan Murid Tertawa Kerana Beza Pendapat tentang REZEKI'
.
Imam Malik ( guru Imam Syafii ) dalam majlis menyampaikan:
"Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada ALLAH niscaya ALLAH akan memberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan ALLAH mengurus lainnya."
.
Sementara Imam Syafii sang murid berpendapat lain..
"Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki..!"
Guru dan murid bersikap kukuh pada pendapat masing2.
.
Selepas itu, semasa meninggalkan pondok, Imam Syafii melihat serombongan orang tengah memetik anggur. Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafii memperoleh upah beberapa ikat anggur sebagai balasan.
*Imam Syafii girang, bukan kerana mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tak membantu memetik, niscaya tidak akan mendapatkan anggur.
Bergegas dia berjumpa Imam Malik, sang guru. Sambil meletakkan seluruh anggur yang didapatinya, dia bercerita. Imam Syafii sedikit mengeraskan bahagian kalimat “seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memetik), tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”
.
Mendengar itu Imam Malik tersenyum, seraya mengambil anggur dan memakannya. Imam Malik berucap perlahan..
“Sehari ini aku memang tidak keluar pondok, hanya mengambil tugas sebagai guru dan sedikit berfikir. Alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku dapat menikmati anggur.......Tiba2 engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. Bukankah ini juga bahagian dari rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada ALLAH, niscaya ALLAH akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan ALLAH yang menguruskan lainnya.”
.
Guru dan murid itu kemudian tertawa. Dua Imam mazhab mengambil dua hukum yang berbeza dari hadis yang sama..
Begitulah cara Ulama bila melihat perbezaan, bukan dengan cara menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapatnya saja..
Sesungguhnya rezeki yang kamu miliki itu datangnya dari ALLAH..! ALLAH boleh bagi dengan ASBAB..! ALLAH juga boleh bagi tanpa ASBAB..! ALLAH juga boleh bagi berlawanan dengan ASBAB..! Kita berusaha untuk dapatkannya kerana usaha itu juga SUNNAHTULLAH..! Sikit atau banyak itu hak mutlak ALLAH..! Syukurlah apa yang kita ada..
Semoga dapat menjadi pelajaran buat kita semua..Aamiin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan