3 JAMADIL AWAL 1442H
18 Disember 2020M
Antara Keistimewaan Selawat Fatih.
Selawat fatih mempunyai berjuta2 rahsia yang tidak mampu untuk akal kita menjangkaunya. Cukuplah ini sebagai besarnya fadhilah dari Allah Ta’ala buat para hambaNya.
Rahsia Selawat Fatih ini baru hanya setitis air yang disebutkan, adapun yang seluas samudera masih menjadi rahsia dan milik Allah SWT.
Justeru itu, marilah kita istiqamahkan pembacaan Selawat Fatih ini agar mendapat keberuntungan buat di dunia dan terutamanya di akhirat kelak. InshaAllah.
Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan & fadhilatnya yang tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulama terdahulu di antaranya;
Berkata sebahagian ulama Maghribi,
1. Sekali berselawat dengan Selawat Fatih menyamai 10,000 atau 600,000 yang lain.
2. Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
3. Dibaca 21 kali setiap hari, diluaskan rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.
4. Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih selama 40 hari berturut, dosanya akan diampuni Allah.
5. Sesiapa mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat.
6. Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang mustahil oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari.
7. Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasilnya ditunaikan segala keinginannya dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.
8. Sesiapa membacanya 1,000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
9. Syeikh Ahmad At-Tijani ra. berkata: ”Keistimewaan Selawat Fatih sangat sulit diterima oleh akal, karena ia merupakan rahsia Allah SWT yang tersembunyi. Seandainya ada 100000 bangsa yang setiap bangsa itu terdiri dari 100000 kaum, dan setiap kaum terdiri dari 100000 orang, dan setiap orang diberi umur panjang oleh Allah SWT sampai 100000 tahun, dan setiap orang berselawat kepada Rasulullah saw setiap hari 100000x, semua pahala itu belum dapat menandingi pahala membaca Selawat Fatih.
Keutamaan Selawat Fatih disebutkan dalam Nadzam al-Yaqutah al-Faridah:
وفضل فريدة على كل صيغة
كفضل سُرى القطا على دب نَملة
Keutamaan Selawat Fatih yang terkenal dengan sebutan al-Yaqutah al-Faridah atas redaksi selawat lainnya seperti lebih hebatnya burung Qatha berjalan di waktu malam dibandingkan dengan rayapan semut.
فما صيغة من الصلاة على النبي
تقاربـها في وصلة ومثوبـة
Antar bentuk selawat kepada Rasulullah saw yang membandinginya untuk seseorang dapat sampai kepada Allah dan mendapat pahala.
فما حد فضلها ولا قيس في الـحجا
اذ الفضل من ورا العقول السليمة
Keutamaannya tidak bisa dibatasi dan tidak dapat dicapai oleh akal kerana keutamaan yang Allah berikan tidak dapat difikirkan akal cerdas manusia.
وكم صيغ لـها تفوق خرائدا
وان شئتها فسل حُـماة الطريقة
Selawat Fatih memiliki banyak bentuk redaksi yang lebih mahal dari mutiara berharga. Jika engkau menginginkannya, maka bertanyalah kepada pelindung thariqah.
بها انطوت الفلا بأسرع لَمحـة
بِها تسبق العرجاء كل صحيحة
Keutamaannya dapat melipat tempat yang luas dengan sekejap mata. Dengan membaca Selawat Fatih orang yang pincang dapat mendahului berlarinya orang yang sehat.
وكم من غنيمة تحاز بذكرها
ولا سـيما في الليل بعـد عتيمة
Banyak keberuntungan yang dapat diraih dengan membaca Selawat aFatih. Terutama apabila dibaca pada malam hari selepas solat Isya'.
فتعـدل منها مرة خَمسمائة
نَهارية منها لضعف الْمـثوبـة
Keutamaan satu kali membacanya di waktu malam seperti 500 kali membacanya di waktu siang lantaran pahala menjadi berlipat ganda.
وكم من قصور في جـوار مُحمد
وحور حسان والْجـواري وغلمة
Banyaknya istana dan berdampingan dengan Nabi Muhammad serta para bidadari yang cantik dan pelayan-pelayan dari wanita dan lelaki.
وكم حجج وعمـرة مع غـزوة
وكم من مئين من الـوف عديدة
Mendapat pahala haji, umrah dan berperang ratusan dan puluhan kali.
واربعمائة سنـــون تكفــر
بِمائة مــــرة بليلة جُمعة
Seandainya seseorang melakukan dosa sebanyak 400 tahun, maka dosa itu akan diampuni oleh Allah dengan sebab membaca Selawat Fatih sebanyak 100 kali pada malam Jumaat.
لَها من مــراتب ثَمان فبعضها
سليل سـعيد باح مـنها بنقطة
Keutamaannya memiliki 8 martabat sebahagiannya telah diungkap oleh putra said yang bernama Syaikh Umar Ibn Said al-Futiy dengan satu titik.
ومنها بـكل مرة سـتمائة
من الف صلاة الملأك الانس جِنة
Diantaranya: membaca Selawat Fatih satu kali sama dengan 600 kali dari ribuan selawat para malaikat, manusia dan jin.
من اول خلقهم الى وقت ذكرها
باذن تِجانـي ولـو بوسيطة
Dari awal mereka diciptakan sampai waktu Selawat Fatih diucapkan. Dengan adanya izin dari Sayid Ahmad al-Tijaniy sekalipun dengan perantara.
وكم من تضائف لأولى وثانية
وثالثة وهـكذا لــلأخيرة
Banyak gandaan pahala dalam membaca Selawat Fatih yang pertama, kedua sampai seterusnya.
ومنها ضعاف ذكر كل العوالِم
بسـتة الآف وغفـران زلـة
Pahala yang berlipat sebanding dengan zikir yang dilakukan oleh makhluk di alam ini dengan 6000 kali dan mendapat ampunan dari segala dosa.
فلا تتركن شـاذة من ذنـوبنا
ولا فاذة منها لعظم الْمــزية
Oleh sebab itu janganlah engkau tinggalkan, lantaran membacanya menghilangkan dosa-dosa kita dan mendapat keutamaan tersendiri dari yang lainnya.
وموت على الاسلام افضل نعمة
اذا دُمْتَ منها مــرة للمَنِية
Wafat dalam agama islam yang merupakan nikmat tertinggi, apabila engkau melazimi Selawat Fatih setiap hari satu kali sampai kematian menjemputmu
ولا بد من اذن صحيح من احمدا
ولـو بوسـائط لنيل الفضيلة
Syaratnya adalah mendapat izin dari sayid Ahmad al-Tijaniy sekalipun melalui perantara agar mendapat keutamaannya.
مع الاعتقاد انها في صحيفة
من النور انزلت بأقـــلام قدرة
Disertai keyakinan bahwa Selawat Fatih itu datang berupa lembaran dari cahaya yang turun dengan kalamullah
وعد الرماح عشرةً من شروطها
وقال بكتمها ســوى عن خُويصة
Pengarang kitab Rimah Hizb al-Rahim menyebutkan 10 persyaratan. Beliau mengatakan 10 syarat tersebut tidak diketahui kecuali oleh orang-orang khusus.
واما ثوابـها العميم فحـاصل
لسـائر خلق الله دون شـريطة
Pahalanya meratai bagi seluruh ciptaan Allah tanpa 10 syarat.
وعن سيدي البكري من عنه انزلت
فـداء من الْجـحيم منها بِمَرة
Diriwayatkan dari Sayid al-Bakriy bahawa Selawat Fatih diturunkan sebagai tebusan dari neraka jahim sekalipun dibaca sekali.
فـوالله ما رأيت ذكـرا مقاربا
لـها بعد رُتبة الاسامي العظيمة
Demi Allah, aku tidak pernah melihat satu zikir yang mendekatkan diri kepada Allah yang memiliki tingkatan yang agung seperti Selawat Fatih.
فلا تفتـرن عنها فتندم في غـدٍ
نـدامة كُسْعِي وصاحـب بَتة
Janganlah engkau melalaikannya sehingga menyesal dikemudian hari seperti penyesalan seorang yang bernama kusaiy dan seperti orang yang menetapkan keputusannya (al-farazdaq).
فعَض عليها بالنـواجـذ سرمدا
فتسموا على اقـطاب كل وسيلة
Peganglah sekuat-kuatnya dengan gigi gerahammu selamanya, maka engkau akan mendapat darjat menjadi Aqthab dengan segala wasilah.
فـلا تعدلـن عنها الى اي صيغة
اذا كنت يا أخي من اصحاب نُهية
Janganlah engkau pindah kepada bentuk selawat lainnya, apabila engkau termasuk orang yang cerdas.
حوت سر كل صيغة في العوالـم
وزادت بأسـرار وأشيا عـزيزة
Di dalam Selawat Fatih telah mencakup setiap bentuk shalawat yang ada di alam. Dan lebih unggul dengan banyak rahsia serta banyak sesuatu sangat mahal nilainya.
ورَبـى بـها عُبيدة بن محـمد
وابـدى عجيبة بميـزاب رحمة
Keutamaan Selawat Fatih juga dijelaskan oleh syaikh Ubaidah Ibn Muhammad, beliau memunculkan hal-hal ajaib dalam kitabnya yang bernama Mizab al-Rahmah.
فيا رب جـازه وكل مؤلِــف
بخير واحســان عن الاحمدية
Ya Allah, balaslah beliau dengan kebaikan-kebaikan dan berikanlah balasan yang baik kepada setiap pengarang Sayidi Ahmad al-Tijani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan