Pageviews

Rabu, 14 April 2021

2 PUASA

2 RAMADHAN 1442H
14 April 2021M

Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar disebabkan niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.

Niat baik mendapat ganjaran yang baik.

Tersalah niat seperti berbuat amal tetapi untuk berbangga bangga dapat memusnahkan pahala amal tersebut.

Amal tetapi riak, takkabur dan ujub tidak akan diterima Allah.

Amalan ahli syurga...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَنْبِئْنِي بِعَمَلٍ إِنْ عَمِلْتُ بِهِ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَالَ أَفْشِ السَّلَامَ وَأَطِبْ الْكَلَامَ وَصِلْ الْأَرْحَامَ وَقُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلْ الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya ia mendatangi Nabi SAW seraya berkata; Ya Rasulullah, ceritakanlah kepadaku tentang amalan yang jika aku kerjakan maka aku akan masuk syurga?" maka baginda bersabda: "Sebarkanlah salam, ucapkanlah perkataan yang baik, sambunglah hubungan silaturahim dan solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat."
(Hadith Riwayat Ahmad)

Usah diperkecilkan amalan yang kelihatan kecil di pandangan manusia.

ربما تنام وعشرات الدعوات تُرفع لك ، من فقير أعنته أو جائع أطعمته ، أو حزين أسعدته أو مكروب نفست عنه ، فلا تستهن بفعل الخير. 
( ابن قيم الجوزية، مفتاح دار السعادة )

"Boleh jadi saat engkau tidur terlelap, pintu pintu langit sedang diketuk oleh puluhan doa kebaikan untukmu, dari seorang fakir yang telah engkau tolong, atau dari orang kelaparan yang telah engkau beri makan, atau dari seorang yang sedih yang telah engkau bahagiakannya, atau dari seorang yang kesusahan denganmu yang telah engkau lapangkan. Maka janganlah engkau sekali kali meremehkan sebuah kebaikan..." 
(Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, Miftah Dar As Sa’adah)

Amalan yang istiqamah lebih dikasihi walaupun sedikit...

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَحْتَجِرُ حَصِيرًا بِاللَّيْلِ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ وَيَبْسُطُهُ بِالنَّهَارِ فَيَجْلِسُ عَلَيْهِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَثُوبُونَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُصَلُّونَ بِصَلَاتِهِ حَتَّى كَثُرُوا فَأَقْبَلَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ خُذُوا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ

Dari Aisyah RA bahawa pada suatu malam Nabi SAW mengambil tikar yang diperbuat daripada pelepah dan daun tamar untuk dijadikan dinding tempat baginda bersolat di waktu malam dan di waktu siang baginda menghamparkan tikar daun tamar itu dan duduk di atasnya, orangpun datang berkumpul kepada Rasulullah lalu solat sepertinya sehingga ramai yang mengikutinya, Rasulullah datang dan menemui mereka lalu bersabda: "Wahai sekalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawasanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Laksanakanlah amalan soleh walau sekecil manapun ia kerana tiadalah kita tahu amalan soleh yang manakah akan melayakkan rahmat Allah dan seterusnya membawa kita ke syurga. 

Amalan yang dilihat hebat di mata manusia mungkin tidak bernilai di sisi Allah kerana sering digoda riya', manakala amalan kecil lebih mudah ikhlas kerana tiada diendah oleh manusia.

Kadang-kadang kerana mengelak daripada dosa kecil, kita terjebak pula dengan dosa besar. Dan kerana melakukan amalan sunat kita terlepas amalan wajib.

Oleh itu, berhati-hatilah.

Tiga amalan penerus pahala...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak solih yang mendoakannya."
(Hadith Riwayat Muslim)

Justeru, beramallah dengan hati yang ikhlas kerana mencari cinta dan keredhaan Allah...

Selasa, 13 April 2021

1 PUASA

1 RAMADHAN 1442H
13 April 2021M

RAMADHAN : PENCARI KEBAIKAN & PENCARI KEJAHATAN

Apabila masuk sahaja MALAM PERTAMA bulan Ramadãn, akan ada satu seruan:

يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ

“Wahai pencari kebaikan, marilah sekalian kamu kerjakan kebaikan pada masa yang berkat ini. Wahai pencari kejahatan, tinggalkan dari melakukan dalam bulan puasa yang berkat ini.”

Sunan Al-Tirmidzi -Lafaz ini milik beliau- (no. 682), Sunan Al-Nasa’i (no. 2107), Sunan Ibnu Majah (no. 1642), Musnad Imam Ahmad (18795), Mu’jam al-Kabir Al-Thabrani (no. 325), Sahih Ibnu Khuzaimah (no. 1883), Sahih Ibnu Hibban (no. 3435), Al-Mustadrak Al-Hakim (no. 1532), Abu Nu’aim (8/306) dalam Hilyah, Syu’ab al-Iman lil Baihaqi (3327), dari Saidina Abu Hurairah (57 H) رضي الله تعالى عنه . Hadis ini sahih.

Keterangan Hadis :

Dalam bulan puasa ada seruan yang tidak akan didengari oleh anak Adam, tetapi diberitahukan kepada mereka untuk menunjukkan Allah Ta’ala tidak mendiamkannya tetapi seruan itu tidak didengari. Dan Allah telah mewakilkan malaikatNya untuk menyeru tiap-tiap malam puasa dengan memanggil hambaNya untuk melakukan ketaatan dan menjauhi segala maksiat. Dan biarlah bersungguh-sungguh menjauhkannya lalu sertakan kerja kebajikan yang banyak.

Bilamana anak Adam sudah mengetahui akan seruan itu, maka janganlah tidak ingat seruannya dan jangan lalai dari mengingatinya, kerana bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala itu tidak lalai dan tidak akan lupa akan sesuatu apa pun. Maka barangsiapa buat lupa sedangkan dia ketahui, sudah tentu mustahiq (berhak) menerima balasan apa yang melanggari seruan tersebut.

(Bahrul Madzi, 5/7)

Marilah kita melakukan amal-amal kebaikan sebanyak-banyaknya di bulan ini dan bermunajat kepadaNya. Semoga Allah mengangkat wabak Covid-19 ini dengan segera dan mereka yang ditimpa ujian tersebut sembuh seperti sediakala. Amiin.

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

Isnin, 12 April 2021

MUNAJAT RAMADHAN

29 SYAABAN 1442H
12 April 2021M

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Aamiin3 ya rabbal'aalaminn..

Kredit: Noriza Awang Hamat 

RAMADHAN KAREEM

30 SYA'BAN 1442H
12 April 2021M

Allah SWT berfirman:

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْکُمُ الصِّيَا مُ کَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِکُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ 
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(Al-Baqarah: 183). 

1.Ramadhan akan datang lagi dalam tempoh tidak sampai beberapa jam. Syukur kepada Allah SWT jika dipanjangkan umur untuk menjalani ibadat ini dan Allah telah makbulkan doanya, 
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان
 و بلغنا رمضان.
Marhaban Ya Ranadhan! Justeru sambutlah kedatangannya dengan wajah ceria dan istiqamah dengan akhlak yang mulia. 

2.Ramadhan adalah kurnia Allah yang banyak hikmahnya.Justeru setiap orang beriman hendaklah merasa gembira dan berwajah ceria menyambutnya. Allah berfirman,

ﻗُﻞْ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﻭَﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻪِ ﻓَﺒِﺬَﻟِﻚَ ﻓَﻠْﻴَﻔْﺮَﺣُﻮﺍْ ﻫُﻮَ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِّﻤَّﺎ ﻳَﺠْﻤَﻌُﻮﻥَ

“Katakanlah: ‘Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan” (Yunus : 58).

3.Cabaran pertama yang akan dihadapi oleh orang yang berpuasa adalah untuk mengawal emosinya ketika sedang lapar dahaga.Emosi marah cepat meletus jika tidak sabar. Allah suka orang yang dapat mengawal kemarahan dan suka memberi maaf. Ini merupakan contoh akhlak mulia. Firman Allah SWT, 

 وَالْكٰظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ 
عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ 

".. dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;"(Ali 'Imran :134). 

4.Orang berpuasa yang berakhlak mulia memiliki wajah yang sentiasa bersih dan ceria.Ini selaras dengan pesanan Nabi SAW, 
لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun juga walau engkau bertemu saudaramu dengan wajah berseri” (HR. Muslim). 

5.Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah.Di dalamnya ada rahmah dan orang yang berjaya menjalani ibadat berkaitan dengannya akan mendapat maghfirah"pengampunan" daripada Allah.Dengan jaminan itu, sewajarnya setiap mukmin akan gembira menyambut kedatangannya dengan ucapan "Marhaban Ya Ramadhan! ". 

RAMADHAN KAREEM

30 SYA'BAN 1442H
12 April 2021M

Ramadan Bulan Ibadah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bila bulan Ramadan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu." (HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Apabila Ramadan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan Ibadah:

1.  Ramadan adalah bulan yang diwajibkan keatas umat Islam berpuasa.

2.  Ramadan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir, doa). 

3.  Ramadan adalah bulan ibadah dimana dibuka pintu-pintu syurga.  Mereka yang terus melaksanakan pelbagai perbuatan yang mengandungi ibadah atau kebaikan,  akan  disediakan  padanya dengan rahmah Allah syurga.

4.  Pintu neraka ditutup di bulan Ramadan. Ertinya, dengan kehadiran bulan Ramadan, kita dianjurkan  untuk memperbanyak amal kebaikan maka dengan sendirinya perbuatan yang tidak baik (maksiat) dihindarkan. Dengan demikian, maka tidak ada lagi kesempatan untuk bermaksiat, dengan itu tertutuplah pintu-pintu neraka.

5.  Bulan Ramadan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakkannya untuk mengganggu.

Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Ramadan yang dijangka akan bermula pada hari esok. Ahlan Ya Ramadan. Ramadan Kareem. Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian..



Ahad, 11 April 2021

MENJELANG RAMADHAN....

28 SYA'BAN 1442H
11 April 2021

"Mazhab manakah yang mengharuskan imam membaca Al-Quran dengan melihat henfon dalam Solat Terawih?"

Soalan ini ditanya apabila saya menulis status  tempoh hari bahawa jika imam mahu membaca surah yang panjang maka dia boleh membaca Al-Quran dengan melihat henfon. Penjelasannya seperti berikut:

Ulama terdahulu pernah membincangkan isu membaca Al-Quran dengan melihat mushaf. Oleh itu, membaca Al-Quran dengan melihat henfon boleh diqiyaskan dengan isu yang sama. 

Ulama berbeza pandangan dalam isu membaca Al-Quran dengan melihat mushaf dan terbahagi kepada tiga pandangan seperti berikut:

1. Pandangan Pertama: Membaca Al-Quran dengan melihat mushaf akan membuatkan solatnya batal. Pandangan ini dipegang oleh ulama mazhab Hanafi.

2. Pendapat Kedua: Hukumnya adalah makruh jika melihat mushaf Al-Quran dalam solat fardhu, adapun melihatnya dalam solat sunat maka hukumnya adalah harus. Pandangan ini dipegang oleh ulama mazhab Maliki.

3. Pandangan Ketiga: Hukumnya adalah harus membaca Al-Quran dengan melihat mushaf dalam solat fardu atau sunat. Pandangan ini dipegang oleh ulama mazhab Syafie dan Hanbali. 

Di antara hujah pandangan ketiga ini adalah seperti berikut:

# Riwayat Saidatina Aisyah RA yang pernah berimamkan dengan hambanya, Zakwan yang membaca mushaf. Riwayat mengatakan ia berlaku semasa Ramadhan. 

عن عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها أنها كان يَؤُمُّهَا عَبْدُهَا ذَكْوَانُ مِنَ المُصْحَفِ.

"Daripada 'Aisyah, Ummul Mukminin bahawa dia diimamkan oleh hambanya, Zakwan dengan menggunakan mushaf".

Hadith ini diriwayat oleh Imam Bukhari secara mu'allaq dalam Sahih Bukhari, Imam Nawawi menilai sanadnya sebagai sahih, diriwatkan juga oleh Ibnu Abi Syaibah dan Imam Baihaqi.

# Imam Al-Zuhri pernah ditanya tentang orang  yang membaca mushaf semasa qiyam Ramadhan. Beliau menjawab, "Mereka yang terbaik daripada kalangan kami membaca Al-Quran dengan melihat mushaf ketika solat pada bulan Ramadhan".

# Imam Nawawi dalam kitab Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab menyebut bahawa tidak batal solat bagi orang yang melihat mushaf semasa solat. 
Beliau berkata seperti berikut:

لَوْ قَرَأَ الْقُرْآنَ مِنْ الْمُصْحَفِ لَمْ تَبْطُلْ صَلَاتُهُ سَوَاءٌ كَانَ يَحْفَظُهُ أَمْ لَا بَلْ يَجِبُ عَلَيْهِ ذَلِكَ إذَا لَمْ يَحْفَظْ الْفَاتِحَةَ كَمَا سَبَقَ ، وَلَوْ قَلَّبَ أَوْرَاقَهُ أَحْيَانًا فِي صَلَاتِهِ لَمْ تَبْطُلْ، 

"Jika dia membaca Al-Quran daripada mushaf, tidak batal solatnya, samada dia hafal atau tidak. Malah, wajib baginya melakukan itu sekiranya dia tidak menghafal Al-Fatihah. Jika kadang-kadang dia membelek helaian mushaf di dalam solatnya, tidak batal solat." 

وَلَوْ نَظَرَ فِي مَكْتُوبٍ غَيْرِ الْقُرْآنِ وَرَدَّدَ مَا فِيهِ فِي نَفْسِهِ لَمْ تَبْطُلْ صَلَاتُهُ وَإِنْ طَالَ ، لَكِنْ يُكْرَهُ ، نَصَّ عَلَيْهِ الشَّافِعِيُّ فِي الْإِمْلَاءِ وَأَطْبَقَ عَلَيْهِ الْأَصْحَابُ.

"Jika dia melihat selain daripada Al-Quran dan menyebut dalam dirinya, tidak batal solatnya, walaupun ia panjang, tetapi ia adalah makruh. Perkara itu dinaskan oleh Imam Syafie di dalam kitab Imla' dan dipersetujui oleh ulama mazhab Syafie."

وَهَذَا الَّذِي ذَكَرْنَاهُ مِنْ أَنَّ الْقِرَاءَةَ فِي الْمُصْحَفِ لَا تُبْطِلُ الصَّلَاةَ مَذْهَبُنَا وَمَذْهَبُ مَالِكٍ وَأَبِي يُوسُفَ وَمُحَمَّدٍ وَأَحْمَدَ، وَقَالَ أَبُو حَنِيفَةَ: تُبْطِلُ

"Dan inilah yang kami pernah sebut bahawa membaca daripada mushaf tidak membatalkan solat adalah pandangan mazhab kami (Syafie), mazhab Malik, Abu Yusuf, Muhammad dan Ahmad. Dan berkata Abu Hanifah: ia membatalkan."

# Khatib Al-Syirbini dalam kitab Mughni Al-Muhtaj Ila Ma'rifah Alfaz Al-Minhaj menyebut bahawa di antara sifat solat ialah wajib membaca Al-Fatihah samada secara hafalan, membaca mushaf dan sebagainya. Beliau berkata seperti berikut: 

(وَتَتَعَيَّنُ الْفَاتِحَةُ) أَيْ قِرَاءَتُهَا حِفْظًا، أَوْ نَظَرًا فِي مُصْحَفٍ أَوْ تَلْقِينًا أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ (فِي كُلِّ رَكْعَةٍ) فِي قِيَامِهَا أَوْ بَدَلِهِ لِلْمُنْفَرِدِ وَغَيْرِهِ سِرِّيَّةً كَانَتْ الصَّلَاةُ أَوْ جَهْرِيَّةً فَرْضًا أَوْ نَفْلًا،

"[Dan wajib membawa Al-Fatihah] iaitu membacanya secara hafalan, melihat kepada mushaf, talqin (orang lain sebut di luar solat dan dia mengulanginya) atau seumpamanya [pada setiap rakaat] semasa mendirikannya atau gantinya, bagi solat berseorangan dan selainnya, solat secara sirriyyah atau jahriyyah, solat fardu atau sunat".

Kesimpulannya, hukumnya adalah harus membaca Al-Quran dengan melihat henfon semasa Solat Terawih dengan diqiyaskan kepada hukum membaca Al-Quran dengan melihat mushaf. Ini adalah pandangan jumhur ulama yang terdiri daripada ulama mazhab Syafie, Hanbali dan Maliki.

Wallahu A'lam.

Dr. Abdel Rahmanov 
15 April 2020

Ahad, 4 April 2021

MENJELANG RAMADHAN 1442H

21 SYA'BAN 1442H
4 April 2021M


MEMASANG NIAT-NIAT YANG BAIK UNTUK MASUK KEDALAM RAMADHAN 

Para ulama soleh telah mengajar kepada kita niat-niat yang dianjurkan untuk dibuat sebelum masuk kedalam bulan Ramadhan supaya lebih besar rahmat dan ganjaran pahala yang akan diperolehi. 

Niat adalah umpama pili air. Semakin besar dan semakin banyak niat yang dibuat maka semakin besar pili rahmat dan pertolongan itu dibuka untuk tercurah kepadanya.
 
Niat yang dimaksudkan disini adalah selain dari niat puasa pada malam hari kerana itu hukumnya wajib manakala yang sedang kita bincangkan ini niat-niat yang berbentuk azam.

Antara niat /azam yang dianjurkan ialah ;

Kami berniat sebagaimana niat Nabi Muhammad, salaf soleh dari ahlul bait dan seluruh sahabat Nabi Muhammad SAW..
 
Kami berniat melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya. Dengan cara yang diinginkan dan diredhai Allah subhanahu wa ta'ala...
 
Kami berniat untuk berusaha mengisi waktu dengan beribadah selama bulan Ramadhan dan menjaga diri dari perbuatan dosa dan kemaksiatan...
 
Kami berniat untuk membaca al-qur'an dan memperbanyak zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW...
 
Kami berniat untuk menjauhi perbuatan ghibah (mengumpat), namimah (adu domba), berdusta dan segala perbuatan yang menggugurkan pahala puasa...
 
Kami berniat untuk memperbanyak sedekah, menyantuni janda, orang faqir dan anak yatim...
 
Kami berniat untuk menjalankan adab dan akhlaq islam dan melaksanakan sholat lima waktu dengan berjama'ah di waktu-waktunya...
 
Kami berniat sebagaimana niat orang soleh di 10 malam pertama, kedua dan terakhir...
Juga sebagaimana niat mereka ketika malam Lailatul Qadar....
 
Niat-niat ini adalah terbaik untuk diniatkan untuk setiap hari dan malam pada bulan Ramadhan.

*Barang siapa yang memasang satu niat baik didalam dirinya maka Allah bukakan untuknya 70 pintu menuju kebaikan.

Oleh Al-Habib Abu Bakar al-Adni