Pageviews

Jumaat, 18 Ogos 2017

SELAWAT LAH...

25 Dzulqaedah 1438H
18 Ogos 2017M

Salam Jumu'ah...



Hari ni,saya nak kongsi tentang dua perkataan yang selalu kita gunakan di dalam selawat.

1. Solla صَلَّى
2. Solli ِّصَل

Kedua dua perkataan ni membawa maksud yang sama iaitu 'selawat' atau 'doa'.
Tetapi,barisnya berbeza.

'Solla' bermaksud,Allah telah berselawat ke atas nabi.ia merupakan doa dari fe'el madhi.

Manakala,Solli pula bermaksud 'berselawatlah',ia merupakan permintaan dan harapan agar Allah melimpahi nabi Muhammad dengan rahmat dan kebaikan.ini menggunakan fe'el amar.

Pada dasarnya,fe'el amar merupakan kata suruh atau arahan.tetapi tidak sesuai untuk kita menyuruh Allah.maka lebih tepat kita katakan sebagai memohon dan meminta.

Baiklah,

Jika kita mulakan selawat dengan memilih perkataan 'Solla',maka perkataan hujungnya mestilah 'Sallam'.

Contoh :

صَلَّى الله على محمد،صَلَّى الله عليه و سَلَّمْ.

صَلَّى = سَلَّمَ

Tetapi,jika kita mulakan selawat dengan memilih perkataan 'Solli',maka gandingannya mestilah 'Sallim'.

Contoh :

اللهم صَلِّ على محمد،اللهم صَلِّ عليه و سَلِّمْ.

صَلِّ = سَلِّمْ

Perhatikan baris tu betul betul.
Kaedah nahu dan saraf ini adalah kaedah yang selari dengan Al Quran,bahkan ilmu ini juga diambil daripada Al Quran.

Sama sama belajar,sama sama kita amalkan.
Dah tau tu,kena la amal dan sampaikan pada orang lain..kaan?
Jom selawat banyak banyak :)

اللهم صَلِّ على محمد ،و على آله وصحبه و بارِكْ و سَلِّمْ

Ahad, 13 Ogos 2017

KISAH WALI ALLAH....

20 Dzulqaedah 1437H
13 Ogos 2017M

CABARAN YANG BERBEZA! HIDUP DI KOTA HIDUP DI DESA..! HIDUP DI DUNIA DAN HIDUP DI SYURGA..!


B I J I
M A T A N Y A
T E R B E L I A K

L I D A H N Y A
T E R K E L U  D A N
Z I K I R N Y A  T E R H E N T I

B e t i s n y a  g e b u  t a k  b e r b u l u


Seorang wali dari bandar dan seorang lagi wali dari kampung..! Kedua-duanya bersahabat baik..! Adapun wali kampung ini kewaliannya diberi Allah swt apabila dia dahaga air diambil kain serbannya dan diperah..!


P E R A H  S E R B A N  D A P A T
A I R  D A N  P E G A N G  G I G I
H I L A N G  L A P A R

Maka dengan izin Allah akan keluarlah air..! Begitu juga jika dia terasa lapar maka dia akan pegang gigi manisnya..!Maka dengan izin Allah hilanglah laparnya itu..!

Maka pada suatu hari terasa benar di hatinya untuk berjumpa sahabatnya di kota yang sudah lama tidak berjumpa..!

Maka berjalanlah dia beberapa hari untuk sampai ke kota. Apabila sampai, dicarilah sahabatnya wali kota yang bekerja sebagai penggilap kasut..!

Setelah berjumpa, maka berpelukanlah mereka melepaskan rindu dan berbual bercerita hal masing-masing yang sudah lama tidak berjumpa..!

Seketika wali kota mempunyai sedikit hal di rumah..! Maka dimintanya wali kampung ini menggantikan sekejap tempatnya sementara dia pulang ke rumah..!

Lalu diajarnya wali kampung akan cara-cara menggilap kasut..! Kemudian wali kota ini meninggalkan sahabatnya..!


C A B A R A N  A D A
D I  M A N A - M A N A

Datanglah seorang demi seorang pelanggannya dengan mengangkat kaki sambil menyinsing jubah menampakkan betis ke atas meja kecil untuk kasutnya digilap..!

Maka berlalulah beberapa orang pelanggan dan dia menggilap dengan baiknya..!

Tiba-tiba datang seorang pelanggan yang berlainan dari yang sebelumnya..! Si wali kampung terbeliak biji matanya dan terkelu lidahnya..! Zikirnya terhenti..!


M E N G G I L A P  K A S U T
D A N  M E N G G I L A P  M A T A

Apa tidaknya..! Sebelum ini betisnya berbulu..! Tetiba yang ini betisnya putih gebu tidak berbulu..!

Dipandangnya ke atas..! Seorang wanita muda yang cantik menghulurkan kaki untuk digilap kasutnya. Dia tersedar dan beristighfar pada Allah swt..!

Selepas siap kerjanya dia berfikir bagaimana sahabatnya wali kota boleh hidup berhadapan dengan suasana yang boleh meruntuhkan iman..!

Allahuakbar..! Baginya lebih baik tinggal di kampung saja..! Dapat memelihara imannya..!

Tak lama, datanglah sahabatnya wali kota dan dia menceritakan menggilap kasut wanita muda yang cantik tadi..!

Dia bertanya bagaimana sahabatnya wali kota boleh menghadapi situasi ini setiap hari apabila ada saja wanita yang datang mengangkat kain yang menampakkan aurat betis mereka..?


T H I S  I S  M Y  J O B

Jawab si wali kota dengan ringkas..! Ini adalah pekerjaan aku dan aku hanya melihat kasutnya saja..! Aku tidak memandang betisnya..! Dan lidahku sentiasa berzikir dan beristighfar kepada Allah swt..!

Aku tidak lalai dari mengingatiNya..!tetapi mengapa kamu memandang betis mereka..? Dan membuatkan kamu lupa pada Allah swt..?

Setelah itu mereka pun berpisah..! Wali kampung pun pulang ke kampungnya..! Di tengah jalan dia berasa haus dan lapar..!


K E W A L I A N
Y A N G  M E N G H I L A N G

Maka saperti biasa dia memerah serbannya untuk mendapatkan air dan memegang giginya untuk menghilangkan lapar..!

Akan tetapi semuanya sudah hilang keistimewaan yang diberi Allah swt..! Nafsunya melihat betis wanita tadi telah memadamkan kewaliannya..!

Maka barulah dia faham bahawa taraf kewalian sahabatnya di kota lebih tinggi daripadanya, walaupun dikelilingi perkara maksiat..! Dia masih dapat menjaga imannya..!

Dia saperti ikan di laut..! Walaupun seumur hidup tinggal di air masin tetapi rasa masin tidak masuk dalam dirinya..!


M E L I H A T
B E T I S  W A N I T A
T E R K E T A R  I M A N  D I  D A D A

::  ✋😃  Allah nampak yang kau buat

Sabtu, 12 Ogos 2017

HUKUM BERNIKAH DGN WANITA HAMIL....

Al-KAFILI AL-FATAWI

AL-KAFI #293 : HUKUM BERNIKAH DENGAN WANITA HAMIL AKIBAT ZINA
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 17 Jun 2016
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 293 (17 JUN 2016 M / 12 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Maaf ustaz, persoalan sah ke pernikahan di antara wanita yang mengandung iaitu anak zina dengan lelaki yg menghamilkan nya. Kerana saya dapati banyak dalam Facebook di post kan mengenai isu ini di antaranya nikah itu tidak sah untuk perempuan yang sedang hamil anak zina . sehingga lah anak itu di lahirkan.mohon pencerahan ustaz. memandangkan ada antara kenalan saya baru saja bernikah dalam mengandung anak zina dengan lelaki itu.di mana sahabat saya sedang mengandung 4 bulan semasa pernikahan itu.terima kasih ustaz.



JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Perkara ini khilaf dalam kalangan ulama. Dalam mazhab al-Syafie pernikahan itu sah:

“Jika seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang hamil daripada perbuatan zina sahlah nikahnya di sisi Abu Hanifah dan Muhammad (bin Hasan al-Syaibani), tetapi tidak dibenarkan dia menyetubuhi isterinya itu sehingga dia melahirkan anak, supaya dia tidak menjadikan airnya mengalir atas ladang orang lain (maksudnya ialah jimak) , berdasarkan sabda Rasulullah SAW tidak dihalalkan bagi seorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat untuk mengalirkan air atas ladang orang lain dan sabda Baginda SAW bahawa jangan disetubuhi orang hamil sehingga dia bersalin maka inilah dalil menunjukkan larangan menyetubuhi isteri itu sehingga dia bersalin. Berbeza dengan mazhab Syafie yang mengatakan bolehnya bernikah dan bersetubuh bagi perempuan yang hamil daripada zina menurut pendapat yang asah.”

Rujuk Kitab Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (29/338)

Dalil dalam mazhab al-Syafie ialah berdasarkan firman Allah SWT:

وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَاءَ ذَٰلِكُمْ

Maksudnya: Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu (yakni yang diharamkan dalam ayat sebelumnya).

Daripada Ibn Umar, sabda Rasulullah SAW:

لاَ يُحَرِّمُ الْحَرَامُ الْحَلاَلَ

Maksudnya: Perkara yang haram tidak mengharamkan perkara yang halal.

Riwayat Ibn Majah (2015)

Justeru, seperti mana halal menikahi seorang wanita sebelum dia berzina dan sebelum dia hamil maka tidaklah haram bernikah kerana nikah.

Terdapat riwayat bahawa seorang lelaki pernah memiliki anak lelaki. Dia berkahwin dengan seorang wanita yang memiliki seorang anak perempuan, lalu anak kepada lelaki dan anak kepada perempuan itu berzina. Maka Saidina Umar al-Khattab RA bertanya kepada mereka hal itu, lalu mereka mengakuinya dan Umar menyebat kedua-duanya. Umar bercadang untuk mengahwinkan mereka berdua tetapi tidak dipersetujui oleh anak lelaki tersebut, dan Umar tidak menganggap hal itu menyebabkan iddah. Perkara itu tidak diingkari oleh para sahabat, lalu perkara tersebut jadilah ijmak. Zina itu persetubuhan yang tidak melayakkan nasab keturunan, atau begitu juga hamil akibat zina, justeru ia tidak menghalang sahnya nikah pada waktu mengandung.

Rujuk Kitab al-Majmu Sharh al-Muhazzab (16/241-242

BAROKAH KUBUR ORG A'LIM

19 Dzulqaedah 1438H
12 Ogos 2017M

1. Para ulama ASWJ sering berdoa di kuburan orang-orang soleh untuk mendapat barokah dari kubur orang soleh tersebut. Dalam pada yang sama, kita wajib menjaga adab di kuburan, perbuatan yg tidak beradab di kuburan terutama kuburan orang soleh hanya akan mendatangkan fitnah dan kekacauan, Imam Nawawi sudah menggariskan adab ketika ziarah ke kuburan dan hadamilah adab-adab tersebut.

2. Al Imam Al Hafidz Adz Dzahabi, merupakan salah seorang dari ramainya ulama hadith besar ASWJ. Sebahagian ada menggelarkan beliau sebagai "Raja Ilmu Rijal". Wahhabi juga mengakui dan tidak membantah fakta betapa alimnya Imam Adz Dzahabi ini.

3. Al Imam Adz Dzahabi berpendapat bahawa doa itu mustajab  di makam para nabi dan waliyullah:

سير أعلام النبلاء – (ج 17 / ص 77(
قلت: والدعاء مستجاب عند قبور الانبياء والاولياء، وفي سائر البقاع، لكن سبب الاجابة حضور الداعي، وخشوعه وابتهاله، وبلا ريب في البقعة المباركة، وفي المسجد، وفي السحر، ونحو ذلك، يتحصل ذلك للداعي كثيرا، وكل مضطر فدعاؤه مجاب.

Doa itu MUSTAJAB (BILA DIBACA) DI SISI MAKAM PARA NABI DAN WALI, juga di beberapa tempat yang lain. Namun penyebab terkabulnya doa adalah hadhirnya hati orang yang berdoa, kekhusyukanya, dan TIDAK DIRAGUKAN LAGI DI TEMPAT-TEMPAT YANG DIBERKATI, di masjid, ketika sahur dan sebagainya dimana doa akan lebih banyak didapati oleh pelakunya. Dan setiap orang yang sangat memerlukan maka doanya akan diijabahi” (al-Hafidz adz-Dzahabi dalam Siyar A’lam an-Nubala’ 17/77)

4. Mengenai Makam Bakkar Bin Qutaibah, Imam AdzDzahabi menulis:

سير أعلام النبلاء – (ج 12 / ص 603(
قال ابن خلكان: وكان بكار تاليا للقرآن، بكاء صالحا دينا، وقبره مشهور قد عرف باستجابة الدعاء عنده

“Ibnu Khalkan berkata: Bakkar bin Qutaibah adalah pembaca al-Quran, sering menangis, shaleh dan agamawan. MAKAMNYA SUDAH MASYHUR. DAN DIKENAL DENGAN TERKABULNYA DOA DI DEKAT MAKAMNYA” (Siyar A’lam an-Nubala’ 12/603)

5. Mengenai Makam Ibnu Zairok Al Allamah, Syekh Hamdzan, Adz Dzahabi menulis :

سير أعلام النبلاء – (ج 18 / ص 433)
ابن زيرك * العلامة، شيخ همذان
سير أعلام النبلاء – (ج 18 / ص 434)
وقبره يزار، ويتبرك به

“Ibnu Zairak, orang yang sangat alim, Syaikh di Hamdzan. MAKAMNYA DIZIARAHI DAN DICARI BERKAHNYA” (Siyar A’lam an-Nubala’ 18/433-434)

6. Mengenai Makam Abu al-Faraj Abdul Wahid bin Muhammad Al-Hanbali, Adz Dzahabi berkomentar :

سير أعلام النبلاء – (ج 19 / ص 51)
أبو الفرج الحنبلي * الامام القدوة، شيخ الاسلام
سير أعلام النبلاء – (ج 19 / ص 53)
قلت: توفي في ذي الحجة سنة ست وثمانين وأربع مئة، ودفن بمقبرة باب الصغير، وقبره مشهور يزار، ويدعى عنده.

Aku berkata : Beliau meninggal pada tahun 486 H, dimakamkan di maqbaroh ‘Baabu Al Shoghir’. MAKAM BELIAU SANGAT MASYHUR DIZIARAHI DAN DIJADIKAN TEMPAT BERDOA DI DEKATNYA” (Siyar A’lam an-Nubala’ 19/51-53)

7. Mengenai Makam Ibnu La’al, Adz Dzahabi berpendapat :

العبر – (ج 1 / ص 175(
وابن لآل الإمام أبو بكر أحمد بن علي بن أحمد الهمذاني . قال شيرويه : كان ثقة أوحد زمانه مفتي همذان له مصنفات في علوم الحديث غير انه كان مشهورا بالفقه له كتاب ” السنن ” و ” معجم الصحابة ” . عاش تسعين سنة والدعاء عند قبره مستجاب

“Ibnu La’al, seorang imam. Abu Bakar Ahmad bin Ali bi Ahmad al-Hamdzani. Syairawaih berkata: Beliau Tsiqot (terpercaya), orang alim tunggal di masanya. Mufti Hamdzan, memiliki banyak karya di bidang hadis, juga masyhur dengan ilmu fikih. Mempunyai kitab As Sunan dan Mu’jamu Al Sahahbah. Hidup hingga berumur 90 tahun. BERDOA DI SISI KUBURNYA ADALAH MUSTAJAB” (al-Ibar /175)

8. Mengenai Makam Saleh al-Hamdani, Adz Dzahabi menulis :

تذكرة الحفاظ للذهبي – (ج 3 / ص 128)
صالح بن أحمد بن محمد بن أحمد بن صالح بن عبد الله بن قيس بن هذيل بن يزيد بن العباس بن الأحنف بن قيس الحافظ الكثير الصدق, المعمر أبو الفضل التميمي الهمذاني السمسار:
تذكرة الحفاظ للذهبي – (ج 3 / ص 128-129)
ذكره شيرويه في تاريخه فقال: كان ركنًا من أركان الحديث ثقة حافظًا ديِّنًا لا يخاف في الله لومة لائم، وله مصنفات غزيرة، توفي في شعبان سنة أربع وثمانين وثلاثمائة, والدعاء عند قبره مستجاب

Syairawaih menuturkan dalam Tarikhnya bahawa beliau termasuk ahli hadis, terpercaya, hafidz, dan agamis, tidak takut celaan orang yang mencela dalam agama Allah, mempunyai banyak karya penulisan. Beliau meninggal pada tahun 384 H. BERDOA DI KUBURNYA ADALAH MUSTAJAB” (Tadzkirah al-Huffadz 3/985)

9. Mengenai Makam Saleh bin Yunus, Adz Dzahabi menulis :

تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 21 / ص 192)
(صالح بن يونس) أبو شعيب الواسطي الزاهد.
تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 21 / ص 193)
كان من سادات الصوفية. ورد عنه أنه رأى الحق في النوم، وحج على قدميه سبعين حجة.) توفي سنة اثنتين وثمانين ومائتين بالرملة. كان يعرف بالمقنع، والدعاء عند قبره مستجاب

Beliau termasuk pemuka kaum shufi. Disebutkan dalam khabar bahawa beliau melihat kebenaran di dalam tidurnya. Berhajji dengan berjalan kaki sebanyak 70 kali. Meninggal pada tahun 282 di Ramlah. BERDOA DI DEKATNYA ADALAH MUSTAJAB” (Tarikh al-Islam 5/198)

10. Mengenai Makam Ahmad an-Nahawandi, Adz Dzahabi mengutip :

تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 27 / ص 133(
)أحمد بن محمد بن علي بن مزدئن أبو علي القومساني النهاوندي الزاهد. سكن أنبط، قرية(
تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 27 / ص 133)
قال شيرويه في الطبقاتك كان صدوقاً ثقة، شيخ الصوفية، ومقدمهم في الجبل، والمشار إليه، وكان له آيات وكرامات ظاهرة، وقبره بأنبط يزار ويقصد من البلدان.

Syairawaih berkata dalam ath-Thabaqat: Beliau sangat jujur dan terpercaya, gurunya kaum shufi. Ia memiliki tanda-tanda dan karamah yang nyata. MAKAMNYA DI ANBATH DIZIARAHI DAN DIKUNJUNGI DARI BERBAGAI NEGERI” (al-Hafidz adz-Dzahabi dalam Tarikh al-Islam 6/334)

11. Mengenai Makam al-Jashash, Adz Dzahabi menulis :

تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 28 / ص 446)
أبو محمد الهمداني الجصاص الزاهد
تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 28 / ص 448)
وقبرهُ يزار ويُعظم.

“MAKAM BELIAU DIZIARAHI DAN DIAGUNGKAN” (Tarikh al-Islam 7/10)

12. Mengenai makam Ja’far AL Abhary, Adz Dzahabi menulis :

تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 29 / ص 215)
(جعفر بن محمد بن الحسين)
أبو محمد الأبهري
تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 29 / ص 217(
توفي في شوال عن ثمان وسبعين سنة، وقبره يزار ويبجل غاية التبجيل

“Ja’far al-Abhari wafat pada usia 78 tahun. MAKAMNYA DIZIARAHI DAN DIAGUNGKAN” (Tarikh al-Islam 7/58)

13. Mengenai makam Ali bin Humaid, Adz Dzahabi menulis :

تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 30 / ص 330)
(علي بن حُميد بن علي بن محمد بن حُميد بن خالد.)
تاريخ الإسلام للإمام الذهبي – (ج 30 / ص 331)
وقبره يزار ويُتبرك به

Beliau Wafat pada 12 Jumada al-Ula. MAKAMNYA DIZIARAHI DAN DICARI BERKAHNYA” (Tarikh al-Islam 7/182)

14. Imam Ibnu Hibban menulis dalam kitab hadithnya:

وَقَبْرُهُ بِسَنَا بَاذْ خَارِجَ النَّوْقَانِ مَشْهُوْرٌ يُزَارُ بِجَنْبِ قَبْرِ الرَّشِيْدِ قَدْ زُرْتُهُ مِرَارًا كَثِيْرَةً وَمَا حَلَّتْ بِي شِدَّةٌ فِي وَقْتِ مَقَامِي بِطُوْسٍ فَزُرْتُ قَبْرَ عَلِّى بْنِ مُوْسَى الرِّضَا صَلَوَاتُ اللهِ عَلَى جَدِّهِ وَعَلَيْهِ وَدَعَوْتُ اللهَ إِزَالَتَهَا عَنِّى إِلاَّ اسْتُجِيْبَ لِي وَزَالَتْ عَنِّى تِلْكَ الشِّدَّةَ وَهَذَا شَئٌ جَرَّبْتُهُ مِرَارًا فَوَجَدْتُهُ كَذَلِكَ (ثقات ابن حبان – ج 8 / ص 457)

“Makam Ali bin Musa di Sanabadz di sebelah luar Nauqan sudah masyhur dan diziarahi, berada di samping makam ar-Rasyid. Saya sudah sering kali menziarahinya. Saya tidak mengalami kesulitan ketika saya berada di Thus kemudian saya berziarah ke makam Ali bin Musa Ar Ridho, semoga Salawat dari Allah dihaturkan kepada leluhurnya (Nabi Muhammad) dan kepadanya. Saya berdoa kepada Allah untuk menghilangkan kesulitan tersebut, kecuali dikabulkan untuk saya dan kesulitan itu pun lenyap dari saya. Ini saya alami berkali-kali, dan saya temukan seperti itu.” (ats-Tsiqat 8/457)

15. Imam Ibn Hajar juga menulis dalam kitabnya:

ودفن بكار بن قتيبة بطريق القرافة، والدعاء عند قبره مستجاب. (رفع الإصر عن قضاة مصر لابن حجر – ج 1 / ص 43 الطبقات السنية في تراجم الحنفية للتقي الغزي – (ج 1 / ص 195)

“Bakkar bin Qutaibah dimakamkan di jalan Qarafah. Berdoa didekatnya adalah mustajab. Ia meninggal pada 270 H, usianya hampir 90 tahun” (Raf’ al-Ishri ‘an Qudlat Mishr karya Ibnu Hajar 1/43 dan Thabaqat as-Saniyyah At Taqiy Al Ghaziy 1/195)

16. Ambillah faedah dari apa yang dipraktikkan oleh para alim ulama ASWJ sejak dahulu hingga kini, tidak perlu terpengaruh dengan ajaran-ajaran baru seperti wahhabi dan liberal yang sentiasa mahu memisahkan manusia dari sumber-sumber barokah. Dalam pada masa yg sama juga pelajarilah adab-adab di kuburan orang soleh agar tidak menimbulkan fitnah.


Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor

Jumaat, 11 Ogos 2017

ANTARA AMALAN-AMALAN SUNAT YG DIGALAKKAN...

18 Dzulqaedah 1438H
11 Ogos 2017H

◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.

- Boleh puasa pada Isnin & Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 21, 22 dan 23 April (Khamis, Jumaat & Sabtu).

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari pada bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri حفظه الله berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".

••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.

••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus حفظه الله).

◆ Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita di mana dengan 2 ni'mat itulah amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala di sisi Allah yang Maha Mulia.

BILA HATI SUDAH HITAM....

Antara tanda-tanda pada diri bila telah diselubungi penyakit hati...

1. Gelisah walaupun tiada masalah.

2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.

3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.

4. Tidak amanah dan mungkir janji.

5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.

6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.

7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.

8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.

10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.

11. Menyampaikan ilmu dengan riak.

12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.

13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.

14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.

15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang).

16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.

17. Solat yang tidak khusyuk.

18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.

19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.

20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.

21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.

22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.

23. Suka bergosip dan menabur fitnah.

24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.

26. Pendendam.

27. Penting diri dalam semua hal.

28. Berpura-pura dan suka membodek.

29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.

30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.

Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.

Khamis, 10 Ogos 2017

Bertambah ILMU...semakin TUNDUK...

JANGAN INGAT KITA ADA KELULUSAN TINGGI KITA DAH PANDAI.... Satu hari, seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya, "Kau pandai menulis dan membaca?" "Tidak. Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan. "Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup." Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan di bank?" "Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan." "Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti." Sampan terus bergerak. Tiba-tiba Langit jadi hitam pekat dan petir menyambung........Hujan pun turun dengan Lebatnya. Air masuk dengan banyaknya ke dalam sampan dan hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor, "Tuan, adakah tuan pandai berenang?" "Er, err... saya tidak tahu," jawab profesor panik. "Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!" Pengajaran : _Tuhan tidak mencipta manusia dengan kebodohan. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu . Jangan rasa diri kita hebat dan memandang rendah pada orang lain yang tidak setaraf dgn kita. Tuhan menciptakan setiap manusia dengan kebolehan masing- masing yang tersendiri..