Pageviews

Rabu, 3 April 2013

Terapi Istimewa bulan Maulidur Rasul

Sempena bulan Maulidur Rasul, menjelangnya Nisfu Sya'ban 1434. Dr.Hazil dan Master Ismi akan melakukan 'Terapi Jarak Jauh Istimewa'.

TERBUKA UNTUK SESIAPA yang mempunyai HAJAT BESAR untuk DIRI SENDIRI atau AHLI KELUARGA!! 

(Untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun 2013 ini - ikhtiar untuk mereka - sangat dialu-alukan!!)

Sekitar 90 hari menuju NISFU SYAABAN - hari istimewa di bulan istimewa (bulan syaaban bulan kecintaan baginda Rasulullah s.a.w.) - kita bakal menempuh beberapa ACARA ISTIMEWA yang menyimpan banyak RAHSIA BESAR dan ENERGI ISTIMEWA.

Lalu, untuk mereka yang memerlukan sentuhan TERAPI JARAK JAUH bagi apa juga isu penyembuhan diri atau keluarga, ia adalah tempoh terbaik untuk menjanakan energi penyembuhan dan SUKSES. 

Antaranya IKHTIAR PENYEMBUHAN untuk isu kesihatan terutamanya:

1. yang berkaitan dengan 'gangguan' atau 'lintasan' atau 'sihir' termasuk isu-isu gangguan emosi.

2. Ia juga sesuai untuk keharmonian umum sebagai usaha untuk mendapatkan ENERGI PENYEMBUHAN (SYIFA) serta 'RUQYAH' secara jarak jauh.

3. amat membantu buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar bagi tahun 2013.

4. untuk jana momentum energi AURA SUKSES 2013. Selain usaha dalam belbagai cara - terapi bio-energi ini, insyaAllah bakal memberi impak tambahan untuk aura anda.



Buat yang berhajat, TERAPI 'JJ ISTIMEWA' ini akan dilakukan pada 7 TARIKH-TARIKH ISTIMEWA. Lalu, setiap permohonan yang diterima adalah untuk 7 PUSINGAN TERAPI JARAK JAUH yang akan dititipkan untuk yang memohon pada tarikh-tarikh tersebut.

Nilai FIDYAH - RM222 

[1 FIDYAH untuk 7xTERAPI]



Sila tinggalkan sms segera ke 017-300 2349 untuk tempahan. Tarikh tutup permohonan adalah Khamis - 11 APRIL 2013.

TERHAD!!

Selasa, 2 April 2013

Kambing - Makanan sunnah

Kelebihan Daging Kambing 


Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan ke...gemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.


-sumber Pondok Habib

Isnin, 1 April 2013

Ada BERANI???

Alkisah jangan takut…

Di satu tanah lapang tiada manusia, seekor anak kerbau Limba berjumpa dengan ayahnya dan bertanya apakah yang perlu dia berhati-hati di dunia ini.

“Hanya singa anakku,” jawab ayahnya.

“Oh. Anakanda pernah dengar mengenai singa. Jika terserempak satu, anakanda akan berpaling dan lari secepat mungkin,” kata Limba.

Ayahnya tersenyum.

“Itu silap besar kebanyakan kerbau muda,” jawab ayahnya.

“Mengapa? Singa sangat menakutkan, dan mereka akan bunuh anakanda,” tanya Limba.

“Wahai anakku. Jika Limba lari, singa akan mengejar Limba dan akhirnya dapat menangkap Limba. Dan pada masa itu, mereka akan lombat di belakang Limba dan menjatuhkan Limba dan gigit di bahagian belakang leher,” jawab ayahnya.

“Apa yang anakanda boleh lakukan?” tanya Limba kembali yang kini ketakutan.

“Jika terserempak seekor singa, berdiri teguh dan pandang ke arahnya dan tunjukkan bahawa Limba tidak takut. Jika singa tidak beredar, tunjukkan tanduk tajam dan menghentak kakimu ke tanah dengan kuat. Jika itu masih tidak menjadi, bergerak ke arahnya perlahan-lahan. Jika masih tidak menjadinya, pecut ke arahnya dan pukulnya dengan segala kuasa yang ada pada Limba!” kata ayahnya.

“Itu bukanke membunuh diri. Anakanda rasanya tak berani buat begini. Jika dia serang kembali, mati anakanda!” jawab Limba.

“Lihat kelilingmu wahai anakku. Apa yang Limba lihat?” kata ayahnya.

Limba melihat keliling ke arah kumpulan kerbau di sekitarnya – ada sekitar 100 ekor kerbau dengan tanduk tajam dan bahu besar.

“Jika Limba takut, ingat kami berada di sini. Jika Limba panik dan melarikan diri dari ketakutanmu, kami tidak akan dapat menyelamatkan Limba. Jika Limba pecut ke arahnya, kami akan di belakang Limba,” kata ayahnya.

Limba mengambil nafas panjang. “Terima kasih ayah. Anakanda dah faham.”

Kita semua mempunyai ‘singa’ di dalam dunia kita.

Ada benda yang ditakuti kita di dalam kehidupan kita yang menyebabkan kita nak lari daripadanya. Apabila kita lari daripadanya, benda yang menakutkan kita akan mengejar kita dan akhirnya mengambil alih kehidupan kita. Pemikiran kita didominasi oleh ketakutan tersebut sehingga segala tindakan kita menjadi pengecut dan terlalu berhati-hati – akibatnya kita tidak dapat mencapai potensi diri yang sebenar.

Contohnya: “Saya paling takut matematik. Saya paling takut mata pelajaran Bahasa. Saya takut tukar kerajaan. Saya takut akan huru-hara bila tewas. Saya takut tak cukup duit. Saya bimbang saya tiada masa.”

Manusia takut pada benda yang tidak diketahui dan juga takut pada pelbagai jenis mainan minda. Jangan takut. Bagitahu benda yang menakutkan kita itu kita tidak takut.

Tunjukkan kehebatan kita. Tunjukkan semangat dan keberanian, dengan itu, orang-orang di tepi kita akan menyokong kita.

Apa lagi yang anda takutkan selain Allah dan perintahnya?

Senyum.
Sumber - TG DTITM

Selasa, 26 Mac 2013

Disaat Purnama 14 Jamadil Awal 1434


PURNAMA JAMIDIL AWWAL

DIA yang tak ‘bernama’…

Sesuatu yang ketara dewasa ini adalah ‘budaya menghukum’. Ramai di kalangan kita yang terlalu cepat membataskan dirinya dari sesuatu istilah yang dianggap canggung atau tidak lazim. Apatah lagi jika ianya tidak berada di dalam istilah domain yang sama dengan agama kita. Akibat kebatasan untuk memahami, ada yang terlalu cepat ‘mengkafirkan’ orang lain semata-mata kelainan bahasanya. Ada juga yang tidak mengkafirkan orang lain, tetapi mengkafirkan bahasa lain. Sikap ini merugikan. Hanya kerana sikap memagari diri untuk menerima dan cuba memahami, diburukkan lagi dengan sikap berprasangka, maka dengan sendirinya hikmah kebenaran yang Dia tebarkan di mana-mana dalam berbagai rupa dan bahasa itu SULIT kita fahami.

Tidakkah kita cuba merenung maksud Firman Allah tentang beragamnya bahasa & warna kulit (aura?) seperti yang terkalam di dalam surah Ar-Rum ayat 22 yang bermaksud:

“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, dan perbedaan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang mengetahui.” Q.S. 30 : 22.

Istilah ‘Allah’ sudah ada sejak sebelum Al-Qur’an turun. Sebelum Rasulullah menerima wahyunya yang pertama, bangsa Arab sudah menggunakan kata- kata ‘demi Allah’ jika mengucapkan sumpah. Pun begitu bangsa Arab juga menyebut nama-nama lain tatkala bersumpah seperti ‘demi Lata’ atau ‘demi Uzza’, dan sebagainya.Tidak dapat dipastikan secara jelas sejak bila istilah ‘Allah’ pertama kali dikenal manusia? Yang pasti tentulah DIA Yang Maha Pencipta telah memperkenalkan diriNya sebagai ‘Allah’ kepada Nabi-Nabi & Rasol terdahulu.

Kita sedia maklum terdapat 4 kitab suci Allah yang diturunkan kepada umat manusia. Bermula dari Kitab Taurat yang diturunkan dalam bahasa Ibrani kepada Nabi Musa a.s. yang berbangsa Bani Israil seterusnya Kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s., Kitab Injil kepada Nabi Isa a.s. hinggalah Al-Quran buat Nabi Muhammad SAW. Kesemuanya turun dan disampaikan dengan bahasa penerimanya.

Maka, tatkala seseorang dari ugama yang lain menyebut ‘Eloh’ atau ‘Eloheim’ atau Alah; adakah mereka merujuk kepada tuhan yang lain?? Atau tatkala ada yang menyebut ‘Yehova’ atau ‘Yahwe’ yang mirip sekali ertinya pada ‘Ya Huwa’; apakah ini merujuk kepada DIA yang lain?? Mungkinkah juga mereka maksudkan tuhan yang satu iaitu tuhan yang sama iaitu Allah. Justeru itu, tidak wajarlah kita andainya terlalu terburu-buru mengkafirkan bahasa atau istilah.

[Samalah halnya tatkala ada antara kita yang sebut tenaga sebagai KUDRAT, CHI, QI, PRANA, NUR dan sebagainya. Adakah apa yang dirujuk itu tenaga yang lain ATAU PERKARA yang sama??]

Haruslah dihalusi maksud bualbicara saya ini. Tidak sesekali maksudnya meletakkan SEMUA TUHAN adalah sama. Sebaliknya, saya menekankan peranan memahami bahasa SEBELUM menghukum. Janganlah terlalu alergi dengan bahasa bangsa atau ugama lain. Kita harus berhati-hati sekali untuk ‘mengkafirkan’ istilah. Takut-takut kalau tersalah ‘label’, maka ertinya kita telah ‘mengkafirkan’ sebuah hikmah atau sebuah tanda dari-Nya. Maka kitalah yang akan semakin jauh dari kebenaran atau dari pertunjuk-pertunjukNya. Jika sesuatu itu sia-sia, dah tentu DIA ‘hilang’kan dari peta dunia. Bukankah Allah pasti menyebarkan jejakNya di mana-mana, sepanjang zaman? Dan jangan berfikir bahwa Allah hanya pernah dan hanya ‘muncul’ di agama kita saja. Ini bererti kita, sebagai makhluk memandai-mandai dan berani mahu menempatkan Allah hanya dalam Islam. Atau hanya dalam sebuah konsep pemahaman di dalam kepala kita. lalu menghadkan ia dalam paradigma yang ‘hanya mahu kita lihat’.

Allah adalah Tuhan. La Ilaha Ilallah. Dia berada di luar himpunan apapun. Dia adalah TUHAN SEKELIAN ALAM. Dia bukan makhluk lalu Dia bukan hasil ciptaan. DIA ADALAH PENCIPTA. Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan. Dia tidak beragama, dan tidak memeluk agama apapun. Karena itu, JANGANLAH kita berfikir, baik secara sedar mahupun tidak, bahawa Allah ‘beragama Islam’.

Bukankah DIA turunkan dan ciptakan agama sebagai jalan untuk memahamiNya, memahami kehidupan, dan memahami diri ini sebagai suatu wadah ciptaanNya yang hebat. Segala sesuatu Dia ciptakan (mulakan) dan Dia sempurnakan (akhiri). Maka Allah adalah sumber (asal) dan akhir segalanya. Dialah ‘Al-Awwal’ dan ‘Al-Akhir’.

[Kata HUWA AWAL & AKHIR umpama 'alpha omega' (bahasa Yunani kuno) yang juga bererti 'Yang Awal dan Yang Akhir'. Alpha @ Alif adalah huruf awal dalam abjad yunani dan arab, simbol ‘awal’; sedangkan Omega adalah huruf terakhir dalam abjad yunani iaitu simbol ‘akhir’. ]

Allah, adalah sebuah zat yang tertinggi. Tak terbandingkan, tak terukur, tak terperi. Allah perkenalkan diriNya melalui asma-asma (nama-nama)-Nya untuk dipelajari, difahami & dihayati bagi MENGENALNYA. Namun, hakikatnya DIA ADALAH ZAT ITU dan Dia tidak terikat pun pada kata ‘nama’ yang dinamakanNya. Kecillah pemikiran kita jika hanya mengikatNya pada nama ‘Allah’ semata sedangkan Dia sesungguhnya tak bernama. Tidak ada apapun yang boleh ‘menguncikan’ atau menghadkan Dia, termasuklah sebuah nama.

Tapi mengapa pula ada asma-asma-Nya?? Nama siapakah itu?? 99 nama yang tersusun di dalam Al-Quran yang dikenali sebagai ‘asma’ul husna’ itu diperkenalkan untuk apa tujuannya?

Tidakkah kita ‘merenung’ dan berfikir?? Jika Dia Yang Tertinggi jelas tak mungkin terliputi oleh apapun, termasuk sebuah nama, maka asma-asma-Nya itu ADALAH SEBUAH MISAL yang Dia pinjamkan untuk makhluknya yang ada AKAL iaitu manusia agar memahami sifat zat-Nya. Dia, Zat yang Maha Agung dengan sifat KASIH SAYANGNYA bersedia ‘menurunkan darjatNya’ bagi memperkenalkan diriNya dengan menggunakan nama-nama sifat manusia!!. Dia bukan HANYA MENGGUNAKAN BAHASA yang bisa tertafsir oleh manusia MALAH menggunakan kembali contoh-contoh SIFAT MANUSIA untuk manusia bisa MAMPU memahami Zat-Nya itu. Begitulah hebatnya Dia memperlihatkan RAHMATNYA untuk kita.

Ambil sahaja contoh, Ar-Rahmaan (Maha Pengasih) atau Ar-Rahiim(Maha Penyayang). Kita bisa memahami makna dua kata ini, kerana nama sifat-sifat ini (pengasih dan penyayang) adalah nama sifat yang juga ada pada manusia. Namun, kata sifat yang menjadi kata NAMA ini tentulah menggambarkan YANG EMPUNYA kepada sifat tersebut, lalu secara automatik menimbulkan pemahaman YANG LEBIH dari sekadar sifat yang ada pada manusia. Makna MAHA yang memberi maksud besar dan mulia kepada setiap sifat itu menjadikan Dia yang tak bernama mampu difahami zat-zatnya.

Pun begitu, adakah mampu tercapai dek akal pemahaman manusia untuk mentafsirkan ‘ketinggian’ makna sesebuah asma yang dipinjam dari sifat manusia sendiri? Contohnya asma Ar-Rahmaan (Maha Pengasih), adalah ‘hanya’ bahasa manusia yang menggambarkan sifat kasih yang ada pada manusia. Sedangkan sifat kasih manusia amat-amat jauh rendah darjatnya jika mahu diperbandingkan dengan KASIH DIA YANG MAHA PENGASIH. Malah, jika manusia kata atau terfikir untuk memisalkan kasihNya itu adalah jumlah ‘kasih’ seluruh manusia dari Nabi Adam hinggalah ke akhir Zaman; misalnya itu tetap tak menepati apa yang dikatakan KASIH Dia Yang maha Pengasih. Malah, mungkin tak terkapai dek fikiran akal manusia untuk memisalkannya.

Maka, bolehlah dikatakan , semua sifat-sifat di dalam asma-asmaNya itu, amat-amat JAUH nilai maknanya untuk manusia tafsirkan NILAI DARJAT atau MARTABATnya. Jauh dari KEASLIANNYA yang sebenar. Ia melebihi apa yang mampu tergambar oleh sepotong kata dalam bahasa manusia. Demikianlah Dia Zat Yang Maha Agung mahu mendidik manusia dengan memberikan PERTUNJUKNYA dari kalangan sesuatu (contohnya bahasa atau sifat) yang mampu manusia fahami. Allah telah berkenan ‘merendahkan diriNya’ ke dalam nama sifat-sifat manusia, yang jauh, jauh lebih rendah dari kedudukan-Nya yang asli. Ia bersedia dipanggil dan dikenal dengan bahasa kita. Ini sebuah bukti kasih sayangNya yang amat sangat untuk makhlukNya.

[Lihatlah kita hari ini.. agaknya ada tak antara RAJA atau DATO MENTERI kita yang mahu atau perkenan untuk menurunkan darjatnya untuk berbicara dengan rakyat biasa dalam bahasa biasa?. Apa mampu SANG RAJA atau PAK MENTERI ini berbicara 'aku - kamu' dan berblog tanpa protokol seperti kita?? Hem.. fikirkan... ]

‘Dia’ yang asli, sesungguhnya tidak bernama (tak mampu disaluti oleh apa-apa nama). ‘Dia’ adalah SEGALANYA.. ‘Dia’ adalah DIA (Ya Huwa)!!.

saya yang fakir ... mir hazil



PS: Saya pernah terbaca artikel tentang perkataan firman dan sabda yang kita gunakan dalam berbahasa. Kata Firman kita gunakan untuk merujuk kepada KATA-KATA ALLAH, dan kata Sabda pula merujuk kepada KATA-KATA RASUL.

TAHU TAK KITA BAHAWA KATA FIRMAN & SABDA bukan perkataan Arab. Perkataan firman dalam Bahasa Melayu adalah pinjaman daripada bahasa Parsi yang masuk ke dalam Bahasa Melayu dengan kedatangan pengaruh Syiah ke rantau ini. Perkataan sabda pula adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Sansekerta (Sanskrit) yang masuk ke dalam Bahasa Melayu sewaktu orang Melayu memeluk agama Hindu dahulu.


(bicara guruku)

Ahad, 3 Mac 2013

Pesanan buat diri...


9 Prinsip Wali Songo dalam menyebarkan dakwah ISLAM.

1) KALIMASADA SENJATANE.

Syahadah berasaskan makrifat menjadi inti pegangan membuahkan kekuatan iman, Islam dan ihsan. Ertinya selalu mendakwahkan Iman, Islam dan Ihsan. Mengajak umat kembali kepada Allah dan setia kepada RasuluLlah SAW.

2) BECIK KETITIK, OLO KETORO.

Yang benar pastikan menang, yang salah pastikan kalah. Dakwah Wali Songo adalah dakwah kebenaran dengan cara damai dan hikmah dan Allah pasti akan menolongnya.

3) SUGIH TANPA BANDO.

Kaya tanpa harta. Menyakini bahawa kejayaan usaha dakwah bukan bergantung kepada harta benda tetapi bergantung kepada Allah.

4) NGLURUG TANPA BALA.

Menyerbu tanpa tentera. Ertinya jangan terhijab dan terpesona dengan jumlah kita, kerana kemenangan berasal daripada pertolongan Allah bukan kerana banyaknya pengikut. Kemuliaan hanya dalam iman, taqwa, akhlak dan pengamalan Islam secara keseluruhan.

5) MENANG TANPA NGASORAKE.

Menang tanpa keangkuhan. Ertinya berdakwah harus dengan cinta, damai dan lemah lembut, membina hubungan persaudaraan yang penuh kasih sayang, merendah hati, menghormati perbezaan dan menjauhi mengkritik.

6) MULYA TANPA PUNGGAWA.

Mulia tanpa pangkat atau kedudukan. Kemuliaan hanya disisi Allah bukan disisi manusia. Pengikut yang ramai serta pengaruh yang luas bukan menjadi ukuran.

7) MLETIK TANPA SUTANG, MABUR TANPA LAR.

Melompat tanpa kaki, terbang tanpa sayap. Ertinya niat untuk berdakwah ke seluruh penjuru alam adalah berkat pertolongan Allah dan bukannya sebab-sebab yang lain. Bergerak keserata alam untuk berdakwah kepada umat.

8) MENANG TANPO TANDING.

Menang tanpa bertempur. Menguasai secara evolusi bukan konfrontasi, menggunakan cara damai & mengelakkan kekerasan.

9) DIGDOYO TANPO AJI.

Ditikam tidak lut. Kebal dengan caci maki atau fitnah dalam menyebarkan ISLAM.

Selasa, 19 Februari 2013

ISTERI MITHALI...

RENUNGAN TERBAIK UNTUK KAUM WANITA BERGELAR ISTERI

Mengapa REDHA suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri:

1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya sehingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.

3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anak kamu dan dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anak kamu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri hati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian. padahal boleh sahaja disaat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapi sendiri.

5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa lisannya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri ...

Semoga bermanfaat : sumber - www.halimislam.com

Ahad, 3 Februari 2013

Akhlak...

22 Rabiul Awal 1434.
 
Islam itu adalah agama yang syumul. Semua perkara mengenai apajua isu telah diterangkan dan diceritakan didalam al-Quran & hadis. Dari sekecil-kecil perkara, hingga sebesar2 topik termaktub didalamnya.

Untuk memperkembangkan Islam itu ada perbagai cara, tapi yang paling utama & yang nampak pada pandangan mata kasar adalah AKHLAK. Kerana dengan akhlaklah yang akan menggambarkan diri seseorang mukmin itu serta betapa sempurnanya Islam itu.

Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Tidak lah aku (Nabi SAW) diutus melainkan (antaranya) untuk menyempurnakan akhlak yang baik" (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad (2/381), Al-Bukhari dalam Al-Tarikh Al-Kabir (7/188)
 
Kita sebagai umat Rasulullah SAW sepatutnya & sewajibnya membina akhlak yang lebih baik dari yang sebelumnya. Belajar untuk memperbaharui akhlak diri. Tidak hipokrit pada diri kerana kita lebih kenal siapa kita & yang lebih penting, Allah lebih kenal & mengetahui siapa kita yang sebenarnya.

Dari An-Nawwas bin Samaan r.a dari Nabi SAW, Baginda bersabda maksudnya: “Kebaikan adalah akhlak yang baik sedangkan dosa adalah apa yang terlintas di jiwamu tetapi kamu benci atau takut diketahui oleh orang lain”.
(Hadits Riwayat Imam Muslim ; hadis no. 2553, Imam Ahmad ; 4/182, At-Turmuzi ; hadis no. 2389, Ad-Darimi ; 2/322, Imam Bukhari dalam kitabnya “Al-Adab Al-Mufrad” ; hal. 295, 302 . Hadis ini ditashhih oleh Ibnu Hibban; Sahih Ibn Hibban, hal. 397.)

Cukup jelas akan hadis diatas kerana dengan kebaikan yang kita lakukan akan mendidik serta akan terdidik jiwa kita untuk membina akhlak yang baik pada diri. Ajaran Islam melalui al-Quran dan as-sunnah banyak menjelaskan tentang kedudukan akhlak.

Pupuklah diri, bentuklah jiwa. Sentiasalah ingat disaat kita hendak melakukan kemungkaran @ maksiat yang Allah sentiasa memerhatikan setiap gerak geri kita, Bayangkanlah bahawa kita sentiasa diapit oleh dua 'bodyguard' (malaikat Raqib & A'tid) yang tidak pernah meninggalkan kita kemana jua kita pergi. 
 
Jadikanlah Rasulullah SAW itu sebagai mentor @ idola kita. Tak dapat banyak pun, cukuplah sedikit dari akhlaknya yang kita dapat amalkan. Firman Allah SWT maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswah hasanah (suri tauladan yang baik) bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”  (Surah Al-Ahzab ayat 21)

Nabi SAW menjanjikan bahawa akhlak yang baik akan menjadi berat timbangan amalnya di akhirat kelak, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya (kelak diakhirat) dari pada akhlak yang mulia.”
 
Imam Ghazali ra mengatakan dalam karangannya yang bermaksud: "Akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam didalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa perlu pemikiran & penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik & terpuji menurut syara' & akal maka perbuatan itu dinamakan sebagai akhlak yang mulia. Sebaliknya jika terkeluar dari seseorang itu perbuatan yang buruk, maka ia dinamakan sebagai akhlak yang buruk.
 
Muhasabahlah diri. Moga kita sentiasa menjaga akhlak kita. Sentiasa menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Allahumma Solli 'ala Muhammad Ya Rabbi Solli 'alaihi Wasallim....