Kelebihan Daging Kambing
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari
memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas
badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol
pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding
sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan ke...gemaran
Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh
kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai
kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat,
khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau
digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Daging kambing adalah daging yang paling baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik
untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan
daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak
yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan
daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka
yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika
dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium
yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih
rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid
amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu
Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali
daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan
yang tidak sihat.
Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan
sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu
mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan
karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen
dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam
badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan
kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan
untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol
yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan
kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh
mengakibatkan masalah jantung.
Sodium yang digunakan untuk
mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk
kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat
daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang
dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga
akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke
bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi
punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan
darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah
meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan
mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti
pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai
protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan
dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak
mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak
mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan
pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal
dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika
terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging
kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan
turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu
oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak
yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan
gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga
berdengung.
Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi
yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak
teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin
C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan
fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein
yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah
kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk
membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus
dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C
daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit
daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus
berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat
akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan
perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut dan
lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung
yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar
pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang
mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan
perasaan kecintaan (kasih sayang).
Mereka yang mengamalkan
pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah
merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing
sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan
getaran kecintaan.
-sumber Pondok Habib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan