22 Rabiul Awal 1434.
Islam itu adalah agama yang syumul. Semua perkara mengenai apajua isu telah diterangkan dan diceritakan didalam al-Quran & hadis. Dari sekecil-kecil perkara, hingga sebesar2 topik termaktub didalamnya.
Untuk memperkembangkan Islam itu ada perbagai cara, tapi yang paling utama & yang nampak pada pandangan mata kasar adalah AKHLAK. Kerana dengan akhlaklah yang akan menggambarkan diri seseorang mukmin itu serta betapa sempurnanya Islam itu.
Sebagaimana
sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Tidak lah aku (Nabi SAW) diutus
melainkan (antaranya) untuk menyempurnakan akhlak yang baik" (Hadis
Sahih Riwayat Imam Ahmad (2/381), Al-Bukhari dalam Al-Tarikh Al-Kabir
(7/188)
Kita sebagai umat Rasulullah SAW sepatutnya & sewajibnya membina akhlak yang lebih baik dari yang sebelumnya. Belajar untuk memperbaharui akhlak diri. Tidak hipokrit pada diri kerana kita lebih kenal siapa kita & yang lebih penting, Allah lebih kenal & mengetahui siapa kita yang sebenarnya.
Dari
An-Nawwas bin Samaan r.a dari Nabi SAW, Baginda bersabda maksudnya:
“Kebaikan adalah akhlak yang baik sedangkan dosa adalah apa yang
terlintas di jiwamu tetapi kamu benci atau takut diketahui oleh orang
lain”.
(Hadits
Riwayat Imam Muslim ; hadis no. 2553, Imam Ahmad ; 4/182, At-Turmuzi ;
hadis no. 2389, Ad-Darimi ; 2/322, Imam Bukhari dalam kitabnya “Al-Adab
Al-Mufrad” ; hal. 295, 302 . Hadis ini ditashhih oleh Ibnu Hibban; Sahih
Ibn Hibban, hal. 397.)
Cukup jelas akan hadis diatas kerana dengan kebaikan yang kita lakukan akan mendidik serta akan terdidik jiwa kita untuk membina akhlak yang baik pada diri. Ajaran
Islam melalui al-Quran dan as-sunnah banyak menjelaskan tentang
kedudukan akhlak.
Pupuklah diri, bentuklah jiwa. Sentiasalah ingat disaat kita hendak melakukan kemungkaran @ maksiat yang Allah sentiasa memerhatikan setiap gerak geri kita, Bayangkanlah bahawa kita sentiasa diapit oleh dua 'bodyguard' (malaikat Raqib & A'tid) yang tidak pernah meninggalkan kita kemana jua kita pergi.
Jadikanlah Rasulullah SAW itu sebagai mentor @ idola kita. Tak dapat banyak pun, cukuplah sedikit dari akhlaknya yang kita dapat amalkan. Firman
Allah SWT maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah
itu uswah hasanah (suri tauladan yang baik) bagimu (iaitu) bagi orang
yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia
banyak menyebut Allah.” (Surah Al-Ahzab ayat 21)
Nabi
SAW menjanjikan bahawa akhlak yang baik akan menjadi berat timbangan
amalnya di akhirat kelak, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada
sesuatu yang lebih berat timbangannya (kelak diakhirat) dari pada akhlak
yang mulia.”
Imam Ghazali ra mengatakan dalam karangannya yang bermaksud: "Akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam didalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa perlu pemikiran & penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik & terpuji menurut syara' & akal maka perbuatan itu dinamakan sebagai akhlak yang mulia. Sebaliknya jika terkeluar dari seseorang itu perbuatan yang buruk, maka ia dinamakan sebagai akhlak yang buruk.
Muhasabahlah diri. Moga kita sentiasa menjaga akhlak kita. Sentiasa menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Allahumma Solli 'ala Muhammad Ya Rabbi Solli 'alaihi Wasallim....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan