9 Safar 1440H
18 Oktober 2018M
KESALAHAN SUAMI DI DOAKAN BUKAN DI CERITAKAN
Isteri yang bangun tengah malam minta ampun pada ALLAH bagi pihak suami, kerana dia tahu suami dia buat jahat, dia tahu suami dia malas solat, dia tahu suami dia buat dosa. Maka di hari kematian dia, ALLAH muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya.
Jadi para isteri, kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan. Bukan diceritakan. Bukan diaibkan. Lagi teruk apabila menghina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami, dia sebab isteri itu di terima ke Syurga, atau dihumban dalam Neraka!
Dari Abdullah bin Abbas r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: "Maukah ku beritahukan kepada kalian tentang istri-istri kalian yang termasuk penghuni Syurga? yaitu perempuan yang mencintai suaminya, mempunyai banyak anak, dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Jika ia menyakiti atau disakiti, ia segera mendatangi suaminya dan memegang tangannya, lalu berkata: Demi ALLAH, aku tidak akan tidur sebelum engkau ridha kepadaku." (HR Al-Nasa'i)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan