Pageviews

Rabu, 24 Oktober 2018

🧥AURAT TERPELIHARA

15 SAFAR 1440H
24 Oktober 2018M

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
ٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Da'i Hilman&Ustaz Firdaus Subhi)

••••••••••••••••••••••••••••••••

📌Allah suruh kita memelihara maruah diri iaitu dgn menutup aurat.

📌Yg tertutup itu bertujuan utk pelihara kehidupan mereka dan dapat menjaga gangguan daripada manusia.

ISLAM MEWAJIBKAN TUTUP AURAT UTK MENJAGA KESELAMATAN.

🧥APA BATAS AURAT SESAMA JANTINA DAN BERLAINAN JANTINA?

Aurat lelaki dgn lelaki antara pusat hingga lutut.

Aurat wanita seluruh jasadnya melainkan muka dgn pergelangan tangan.

Aurat adik lelaki dgn kakak atau adik perempuan tidak benarkan melihat bahagian dada hingga kemaluan.

Boleh lihat rambut,leher bagi adik beradik lelaki dan perempuan.

🧥APA ITU AURAT MUHALAZAH DAN MUHAFAFAH(terbuka aurat ketika solat)?

Waallahualam.
Aurat tetap wajib ditutup.

Jika terbuka aurat ketika solat akan tetap membatalkan solat tersebut.

Aurat wajib dijaga diluar solat dan ketika solat.

ORG PEREMPUAN YG PAKAI PAKAIAN YG KETAT KETIKA BERJALAN DIHADAPAN ORG,INI GAMBARAN PENGHUNI NERAKA.

Jika memakai pakaian yg ketat ketika solat dan tertutup keseluruhan auratnya,solatnya dianggap sah.

🧥BOLEH USTAZ TERANGKAN AURAT DALAM KEADAAN DARURAT?

Islam membenarkan memelihara nyawa lebih penting dari memelihara aurat.

Dibenarkan buka aurat ketika doktor sedang merawat pesakit.

Mesti mengikut kadar yg dibolehkan.

Andai sakit perut,hanya dibenarkan buka bahagian perut sahaja.

🧥APAKAH BOLEH WANITA MUSLIM PAKAI T SHIRT DAN PAKAI INNER DI LENGAN YG KETAT?

Pakaian mesti tebal dan tidak boleh menampakkan bentuk.
Pakaian mesti labuh.

TAK BOLEH PAKAI PAKAIAN YG MENAMPAKKAN BENTUK.

🧥BOLEHKAH DOKTOR LELAKI SAMBUT BAYI DAN PERKERJAAN PRAMUGARI YG TAK MENUTUP AURAT,APA HUKUMNYA?

Jika suami ada pilihan,suami wajib meletakkan isteri yg nak bersalin disambut oleh doktor perempuan yg muslim,itu lebih afdal.

Jika hospital itu memang tak ada pilihan,ketika itu dibenarkan disambut oleh doktor lelaki.
Ini dikira darurat.

Mana² pekerja muslimah yg berkerja bermakna dia sudah berada diluar rumah,syaitan sedang menanti~nanti meletakkan utk digoda oleh mana² lelaki.

Elaklah bekerja seumpama ini kerana menjaga hak Allah lebih utama.

Jika dia menjaga hak Allah,Allah akan beri rezeki yg tak disangka~sangka dan Allah akan peliharanya.

🧥APAKAH BATAS WANITA ISLAM DGN WANITA BUKAN ISLAM?

Aurat lelaki muslim dgn bukan muslim adalah sama.

Ulamak membincangkan boleh nampakkan leher rambut dan kaki.

Ada juga pendapat ulamak mengatakan batasan wanita muslim dan wanita bukan muslim antara pusat dgn lutut.

Lebih baik kita ikut batas aurat antara wanita muslim dgn wanita bukan muslim adalah boleh lihat leher dan kaki.

🧥ADA ORG KATA "AKU TAK MENUTUP AURAT TAPI HATI AKU BAIK",BOLEHKAH BERKATA BEGITU?

Memang ada org kata walaupun saya tak tutup aurat tapi saya dekat dgn Allah.

ISLAM BUKAN HANYA KATA².
IMAN ITU ADALAH SESUATU YG TETAP PADA HATI KITA.

KITA YAKIN ALLAH DIHATI KITA.
IMAN PERLU DIBUKTIKAN DGN AMAL.

Barangsiapa yg beriman hendaklah dia berkata yg baik atau lebih baik diam.

Jika dia berkata yg buruk bermakna imannya belum lagi sempurna.

Apa lagi jika dia tak tutup aurat bermakna imannya tak sempurna.
Jika sayang Allah ikutlah Nabi.

🧥BAGAIMANA AURAT BAGI OKU YG LUMPUH?

Allah tidak membebankan setiap dari umatnya melainkan yg telah ditetapkan.

Dia boleh menutup aurat sekadar termampu.

Auratnya perlu dijaga oleh org yg menjaganya.

SETIAP DARI KAMU ADALAH PEMIMPIN DAN BERTANGGUNGJAWAB DGN APA YG DIPIMPINNYA.

🧥BENARKAH SUARA PEREMPUAN ITU AURAT?

Suara bukan aurat.
Jika suara itu aurat,mesti muslimah tidak dibenarkan berurusan jual beli.

SUARA WANITA ITU ADALAH FITNAH.

JANGAN BERSUARA DGN LEMAH LEMBUT HINGGA BOLEH MENAIKAN SYAHWAT PADA LELAKI LAIN.

Makruh seorang wanita menyertai pertandingan bacaan Al~Quran.

🧥RAMAI WANITA MASIH TAK TAHU KAKI ITU ADALAH AURAT,BAGAIMANA USTAZ?

Memang wanita kena peka.
Memakai stoking itu wajib.

INI ADALAH A

RAHAN DARIPADA ALLAH.

Jika kita mahukan keberkatan kita perlu jaga penampilan kita dihadapan Allah.

Ini berlaku kerana mereka jarang nak menuntut ilmu.

Menuntut ilmu itu adalah wajib.

WANITA WAJIB MENUNTUT ILMU KERANA MENUNTUT ILMU AKAN MENJADIKAN KITA TAKUT PADA ALLAH MELEBIHI DARI YG LAIN.

🧥BOLEHKAH WANITA YG DAH PUTIH RAMBUT(Beruban) DAN TAK ADA SYAHWAT TAK PAKAI TUDUNG?

Boleh tak tutup aurat didalam rumah bagi wanita yg tak bersyahwat lagi jika bersama lelaki.

Menjadi wajib menutup aurat jika bersama dgn lelaki fasik.

SEKIRANYA KELUAR RUMAH WAJIB TUTUP AURAT.

Jika tak tutup aurat akan menjadi fitnah.

🧥APA HUKUM PAKAI ANTING² DILUAR TUDUNG?

Telinga itu adalah aurat.
Tidak dibenarkan.

🧥PERAWAT² ISLAM URUT TAK PAKAI SARUNG TANGAN DAN URUT JUGA WANITA,BAGAIMANA USTAZ?

Jika ini darurat disebabkan penyakit ia dibenarkan dalam islam.

Mesti mengikut kadar yg ditentukan.

🧥BAGAIMANA BATAS AURAT MUALAF DGN KELUARGANYA?

Sebagai mualaf auratnya sama sahaja dgn adik beradik.

🧥BOLEHKAH LELAKI PAKAI KAIN BATIK?

Jika ini adat,tak jadi kesalahan.
Ini adalah kerana tradisi biasa.

Yg tak boleh ialah memakai kain batik dgn tujuan memyerupai kaum wanita.

🧥BOLEHKAH MENANTU LELAKI DAN ANAK LELAKI TUKAR PAMPERS IBU YG STROKE?

Boleh lakukan.
Anak lelaki boleh mandikan ibu.

🧥APAKAH HUKUM BERSALAMAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DGN BERLAPIK PAKAI TUDUNG?

Hukum bersalam dalam mazhab As~Syafie adalah haram.

NABI TAK BERSALAMAN DGN WANITA.

Mencucuk jarum dikepala itu lebih baik daripada menyentuh wanita yg tak halal baginya.

Memang ada dari kalangan sahabat yg bersalaman.

Lebih baik kita tak bersalaman kerana Nabi tak bersalaman.

Bersalaman dgn berlapik,diharuskan.

🧥BOLEHKAH PAKAI TURBAN?

Aurat wanita yg boleh dilihat ialah muka dan tapak tangan.

TAK BOLEH PAKAI TURBAN.

🧥ADAKAH GERAK GERI(berjalan lengang lenggok)ITU JUGA AURAT BAGI WANITA?

Gerak geri itu adalah FITNAH.

SYARAT PAKAIAN WANITA ADALAH YG TAK KETAT.

MANUSIA DIPENUHI NAFSU SYAHWAT.

WANITA YG BERPAKAIAN KETAT,TUKARLAH PAKAIAN TERSEBUT.

ROGOL DAN ZINA BERPUNCA DARI PAKAIAN YG KETAT.

🧥ADAKAH WANGIAN ITU AURAT BAGI WANITA?

Wangian adalah sunnah Nabi.
Wanita yg memakai wangian yg kuat hingga dapat dihidu oleh lelaki,ini adalah haram.

Jika wangiannya ringan,ini diharuskan.

TAK BOLEH BERHIAS,MAKE UP BERLEBIHAN HINGGA LELAKI BERMINAT.

BIARLAH BERHIAS DGN WAJAH YG ASLI YG DIBERI OLEH TUHAN.

JAGALAH AURAT KERANA AURAT WAJIB DIJAGA.

SIAPA YG MENJAGA AURAT,ALLAH AKAN PELIHARANYA.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan