Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Kekasihku telah memberi 3 pesanan kepadaku, aku sesekali tidak akan tinggalkannya sehingga aku mati yakni : Berpuasa 3 hari dalam setiap bulan, sembahyang Dhuha dan tidur setelah menunaikan solat Witir. (HR: Imam Bukhari & Muslim)
Pageviews
Rabu, 22 Januari 2014
Inspirasi NABAWI - Pesan KEKASIH...
20 Rabiul Awal 1435.
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Selasa, 21 Januari 2014
INSPIRASI NABAWI - Munaffirin
19 Rabiul Awal 1435.
Dari Abi Mas'ud Al-Ansari ra katanya : telah datang seorang lelaki kepada Baginda SAW dan mengadu, "saya terlewat untuk melaksanakan tugas kerana sembahyang Subuh tadi lelaki yang memanjangkan (solat - dia menjadi imam)". Setelah itu Rasulullah SAW menyampaikan peringatan, (kata Abi Mas'ud) "saya tidak pernah melihat Baginda SAW marah dalam peringatan Baginda SAW melebihi marahnya Baginda SAW pada hari itu", Baginda SAW bersabda : "Wahai manusia! Sesunguuhnya dikalangan kamu adalah munaffirin - orang yang menyebabkan insan lain lari dari agama, sesiapa dikalangan kamu yang menjadi imam, maka hendaklah ia meringkaskan solat tersebut dengan menjaga segala rukun dan syaratnya, kerana dibelakang kamu ada orang tua, orang yang lemah dan orang yang mempunyai hajat (urusan)". (HR: Imam Bukhari & Muslim)
Hadith ini memberikan pengajaran kepada sesiapa yang menjadi imam dalam solat supaya dapat memahami akan segala sunnah dari Rasulullah SAW dalam beribadah. Maka kita seharusnya ringkaskan amalan tersebut kerana keupayaan orang dibelakang kita tidak sama dengan keupayaan kita. memimpin dengan tidak menjaga dan memberi hak kepada "rakyat yang dipimpin" adalah gambaran dari kejahilan seseorang, hatta dalam solat sekalipun.
Ketika mengamalkan tuntutan agama, dalam konteks hadith ini adalah solat secara berjemaah, imam ini terbahagi kepada 3 :-
1) Imam yang terlalu 'ekspres' dalam solat, sehingga makum tidak sempat melakukan amalan yang sunat. Imam seperti ini telah melakukan kesalahan dan dia berdosa kerana tidak menunaikan amanah 'imam' yang dibebankan kepadanya.
2) Imam yang terlalu 'panjang' bacaannya dan pergerakkannya dalam solat, dia menyangka bahawa itulah hakikat kusyuk. Inipun salah dan imam ini telah menzalimkan dirinya dan para makmum.
3) Imam yang mengikut sunnah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, yang meringkaskan solat dengan menjaga segala rukun dan sunat-sunat dalam solat. Kerana hak untuk mendapat pahala solat berjemaah itu dikongsi secara bersama oleh semua umat Nabi Muhammad SAW.
Label:
Bicara Diri,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 20 Januari 2014
Melayu... ISLAM kah??
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Inspirasi NABAWI - Al Qasd (Sederhana)
18 Rabiul Awal 1435.
Rasulullah SAW memberi inspirasi kepada ummatnya bahawa Islam hendaklah diamalkan secara sederhana. Sederhana hendaklah difahami dengan kefahaman yang jelas dan terang.
Rasulullah SAW memberi isyarat bahawa dengan amalan yang kita lakukan dengan 'syadid' yakni keras @ terlalu, akan menyebabkan diri akan merasa jemu dalam melakukan ibadah. Akhirnya hamba itu akan meninggalkan ibadah secara keseluruhan.
Dari Jabir b Adillah ra, ia berkata: Rasulullah SAW sedang berjalan dan mendapati ada seorang lelaki sedang bersembahayang di atas batu, lalu Baginda pergi ke satu sudut Makkah dan Baginda duduk agak lama di sana, setelah itu Baginda bergerak - dengan melalui jalan yang sama, Baginda dapati lelaki tersebut masih bersembahayang dalam keadaan yang sama, Baginda berdiri di situ lalu menggengam tangannya seraya bersabda: "Wahai manusia! hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan Al Qasd yaqni sederhana, Baginda menyebutnya 3x, sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamulah yang akan jemu. (HR: Ibnu Majah)
"sebaik-baik amalan disisi Allah adalah amalan yang berterusan meskipun sedikit". (HR: Imam Bukhari)
Imam Az-Zahabi memberi komentar "yg beramal dalam bentuk yang tasyaddud ini adalah sahabat yang kuat beriabadah, itupun apabila usianya telah lanjut, dengan nada yang kesal dia berkata, "alangkah baiknya aku terima ajaran Baginda SAW yang memberikan keringanan dalam beribadah".
Rasulullah SAW adalah guru yang mengajar kaedah beragama yang sebenar, supaya kita tidak terkeluar dari lingkaran manusia dan kemanusiaan. Baginda SAW melarang tabattul (tidak berkahwin), berpuasa sepanjang tahun, berqiamullail sepanjang malam kecuali 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, mengharamkan daging kepada diri sendiri dan banyak lagi larangan berlebihan dalam beribadah.
Jadi... ayuh muslimin muslimat semua.. Agar kita BERSEDERHANA dengan mengikut ajaran Nabawi tanpa pengurangan dan penambahan. Sesungguhnya agama itu disyariatkan dalam lingkungan kemampuan insan itu sendiri.
Label:
Bicara Diri,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sabtu, 18 Januari 2014
FAITH....
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Khamis, 16 Januari 2014
Inspirasi NABAWI - Tafakurlah.
Dari Ibnu Abbas ra, dari Nabi SAW, Baginda bersabda :
"Fikirlah tentang apa yang diciptakan oleh Allah, janganlah berfikir tentang pencipta".
Fikirlah tentang apa yang telah dijadikan oleh Allah pada cakerawala ini. Apa yang boleh digapai oleh pancaindera manusia yang 5. Seperti matahari dengan jadual terbit & tenggelamnya. Perkembangan bulan dari awal bulan hingga purnama kemudian penyusutannya. Muka bumi dengan gunung ganang serta isi perutnya. Sungai dan laut dengan segala makhluk dan rahsianya.
Semua ini tidak akan bergerak melainkan dengan kehendak dan kuasa Allah. Kerana itulah Allah memberikan galakan kepada umat manusia untuk berfikir dan bertafakur akan segala nikmat anugerahNYA. FirmanNYA : "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (2:190-191)
Berkata Imam al-Ghazali : "Banyaknya galakan di dalam Al-Quran supaya memerhatikan dan mengambil pengajaran, melihat dan berfikir kerana berfikir itu adalah kunci kepada pencerahan, pembuka kepada penilaian, rangkaian yang menghubungkan ilmu, tapak pengumpulan pengetahuan dan kefahaman. Kebanyakan manusia mengetahui kelebihan berfikir akan tetapi mereka buta tentang hakikat dan hasilnya." (Kitab Ihya' Ulumuddin 4/423)
Dengan melihat kehebatan dan keajaiban segala penciptaan Allah pada muka bumi ini, segala isi langit dan bumi, seluruh cakerawala, akan segera menimbulkan rasa kagum akan kehebatan Allah lantas menumbuhkan rasa iman dan ketaqwaan yang kuat kepada Allah. Seorang mukmin yang baik tidak hanya menjadikan alam ini hanya peluang untuk menumpang hidup, tetapi ia bertafakur dalam mencari hikmah untuk menambahkan rasa keimanan yang utuh dan hebat.
Bertafakurlah, sesungguhnya medan untuk bertafakur ini begitu luas. Carilah hikmah yang terdapat di dalam alam ini, agar ianya dapat menambahkan kualiti iman dan taqwa kita semua.
Label:
Bicara Diri,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 13 Januari 2014
Murabbi...
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Selawatlah ke atas Baginda SAW
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Jumaat, 10 Januari 2014
Duniaku DAKWAHku...
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Khamis, 9 Januari 2014
TAWADDU'
Al-Hafiz Ibnu al-Jauzi dalam Manaqib Ashabul Hadis mengatakan :
"Sebaik-baiknya bagi penuntut ilmu supaya benar-benar tawadhu' dan merendahkan diri kepada orang
'alim.
Kata beliau : Antara sifat tawadhu' ialah mencium tangan mereka.
Sufyan bin 'Uyainah dan Fudhail bin 'Iyadh salah seorang daripada
mereka mencium tangan Husain bin Ali al-Ju'fi dan seorang lagi mencium
kakinya [berkenaan mencium kaki ini ada hadithnya].
Demikian disebut
dalam Syarah Manzumatul Adab karangan as-Safarini, jilid 1, hlm 287.
Dalam Syarah al-Hidayah, Abu al-Ma'ali berkata :
"Mencium tangan 'alim ulama dan orang yang mulia kerana kemuliaannya
adalah harus, sementara mencium tangan orang kaya kerana kekayaannya akan hilang 2/3 dari agamanya, sebagaimana diriwayatkan : "Siapa yang merendahkan diri kepada
orang kaya kerana kekayaannya sesungguhnya telah hilang dua pertiga
daripada agamanya."
Sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa para sahabat mencium tangan
Saidina al-Musthafa shallallahu 'alaihi wa sallam sebagaimana terdapat
dalam hadis Ibnu Umar radhiyalLahu 'anhuma sekembali mereka daripada
peperangan Mu'tah." - Lihat Haqaiq 'an at-Tasawwuf, Sheikh Abdul Qader
Isa al-Halabi rahimahullah.
Alangkah indahnya kata-kata ini :
Ciumlah tangan ahli taqwa
Jangan takut celaan musuh
Haruman Tuhan ialah 'abidnya. Ciumlah tangannya untuk mendapatkannya.
Nota :
Beginilah sifat para ulama yang tawaduk dan beradab. Mereka tidak pernah
merasa puas dengan ilmu yang dimiliki dan tidak pula merasa segan dan
malu untuk berada dalam majlis ulama lain bersama para murid sekali pun
kedudukan mereka mungkin sahaja tinggi pada sisi ulama; malah dalam hati
mereka tidak terselit sifat berbangga diri dan enggan menjadi murid
bagi ulama lain. Inilah teladan bagi para murid dan mubtadi’; sifat
mulia seumpama ini wajar diteladani dan dijadikan pegangan. Meski pun
berada pada kedudukannya yang tersendiri.
Sheikh Wan ‘Izzuddin bin
Sheikh Wan Ibrahim al-Fathani al-Qadahi hafizahullah pun turut bersifat
mulia seperti ini; beliau tidak pernah merasa puas dengan ilmu yang
dimiliki malah, akan turut berusaha berada dalam majlis-majlis ulama
lain. Sheikh Wan ‘izzuddin hafizahullah pernah berada dalam majlis ilmu
oleh Sheikh 'Abd al-Hadi Kharsa hafizahullah; seorang ulama hebat dan
sufi dari Syiria,
~ Hafiz Fandani/998-1404.
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Khamis, 2 Januari 2014
MERDEKA di bumi MUNGKAR (2)
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
MERDEKA di bumi MUNGKAR (1)
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)