Alkisah bersama atuk…
Seorang budak kecil telah pergi berjumpa dengan atuknya dan memberitahu:
“Atuk. Him akan menjadi seorang yang berjaya apabila dewasa nanti. Boleh atuk bagi tips bagaimana nak ke sana?”
Atuk Nik Aziz memegang tangan cucunya Ibrahim tanpa berkata apa-apa dan
membawanya menaiki motor untuk membeli 2 pohon pokok kecil.
Sebaliknya di rumah, atuk mengarahkan cucunya untuk menanamkan satu
pokok di dalam pasu dan membawanya ke dalam rumah dan satu pokok di
kebun belakang rumah.
“Him jaga pokok dalam pasu ini baik-baik.
Siram tiap-tiap hari dan baja tiap-tiap minggu. Yang pokok di luar,
siram air sekali sekala dah cukup,” pesan atuk.
Setelah seminggu, atuk Nik Aziz bertanya kepada cucunya:
“Him, rasa pokok mana yang akan lebih berjaya pertumbuhannya di masa depan?” tanya atuk.
Ibrahim berfikir sejenak sebelum menjawab: “Pokok dalam rumah atuk.
Sebab Him jaga dengan baik. Ia dilindungi dan selamat. Yang luar itu tak
ada orang jaga.”
Atuk Nik Aziz cuma bersenyum.
Kemudian untuk beberapa tahun, Ibrahim kembali ke kampung menjenguk atuknya.
“Atuk, Him nak keluar negara belajar. Atuk sehingga sekarang tak pernah
jawab soalan Him bagaimana Him boleh jadi seorang yang berjaya,” tanya
cucu.
Atuk Nik Aziz membawa cucunya untuk melihat pokok di
dalam rumah dan pokok yang ditanam di belakang kebun ketikanya masih
kecil.
“Masih ingat dua pokok ini? Siapa lebih besar?” tanya atuk.
“Yang di luar. Tapi ini tak masuk akal, kerana di luar cabaran lebih
mencabar untuk pokok berbanding yang di dalam,” kata cucunya.
“Ya, risiko menghadapi ujian yang direka Allah di dunia ini adalah
berbaloi. Akar pokok di luar mempunyai kebebasan untuk mencari air
sehingga ke teras bumi manakala daun boleh tumbuh mencapai langit. Him,
kena ingat teori ini dalam segala apa yang Him lakukan. Jika Him memilih
jalan tanpa risiko dan cabaran, Him tidak akan tumbuh seperti pokok
dalam pasu.
Jika Him berani menghadapi cabaran dengan hati
tenang dan yakin bahawa Allah bersama Him, Him akan membesar seperti
pokok di luar. Usah takut pada cabaran, Allah membuatnya untuk memberi
pemahaman dan untuk manusia mencapai potensi yang tidak diketahui
mereka,” terang atuk.
Ibrahim mendengar dengan khusyuk dan mengetahui bahawa apa yang diterangkan atuknya adalah benar.
Wahai anakku,
Janganlah engkau selalu memilih jalan tanpa perlu sebarang perjuangan
dan kesusahan, kerana kamu tidak akan dapat mencapai potensi kamu
sebenar dan berjaya dalam apa yang kita lakukan.
Renungkan
kembali hidupmu, wahai anakku. Apakah bukan kamu memohon kekuatan
daripada Allah tatkala kamu menghadapi kesulitan? Dan akhirnya kamu
berjaya melalui kesulitan kerana Allah memberikan kekuatan kepada kamu.
Apakah bukan kamu memohon kesabaran daripada Tuhanmu tatkala kamu
menghadapi gelora emosi amarah kamu? Dan akhirnya kamu berjaya mengawal
amarah kamu dengan kesabaran yang dikurniakan Allah padamu.
Wahai anakku,
Aku bimbang kamu terjatuh dan ditipu dunia luar. Tapi aku tidak boleh
membiarkan kamu menjadi pokok di dalam pasu di bawah pelindungan aku
senantiasa. Maka aku terpaksa mengeras diri melihatmu jatuh dan sesekali
ditipu dunia luar walaupun ia amat menyakitkan hatiku dan bondamu,
kerana aku tahu menjadi pokok di luar taman adalah yang terbaik padamu.
Jadi, apakah kamu? Pokok di luar atau pokok di dalam pasu?
Senyum.
Sumber: FB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)


!["JENAZAH DISHOLAWATI 70 RIBU MALAIKAT"
Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.
Pada suatu pagi Rasulullah SAW bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasanya.
Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihampiri oleh Malaikat Jibril.
Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril : "Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?"
"Ya Rasulullah, Matahari ini nampak redup karena terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya." jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : "Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?"
"Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat." jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : "Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?"
Kemudian Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan shalawat kepada salah satu umatmu."
"Siapakah dia, wahai Jibril?" tanya Rasulullah SAW.
"Dialah Muawiyah...!!!" jawab Malaikat Jibril.
Rasulullah SAW bertanya lagi : "Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang sangat luar biasa ini?"
Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas."
Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : "Dari itulah Allah SWT mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut."
SubhanAllah..
Walhamdulillah..
Wala ilaha illallah..
Wallahu akbar.
Rasulullah SAW bersabda : ''Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur'an dalam semalam?" Mereka menjawab, "Bagaimana mungkin kami bisa membaca sepertigai Al-Qur'an?" Lalu Nabi SAW bersabda, "Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur'an.'' (H.R. Muslim no. 1922)
Sahabat Mutiara Air Mata Muslimah
Tolong SHARE catatan ini agar bisa bermanfaat untuk saudara kita lainnya.
Bismillah.... GABUNG YUK di FP @[413467275392334:274:Buah Hatiku] ada banyak kata HIKMAH, RENUNGAN dan MOTIVASI](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/s403x403/968860_10151635952054355_512407750_n.jpg)

