Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.
Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.
Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.
"Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu.
"Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.
Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.
Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.
"Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak muda
itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?"
"Segar." sahut tamunya.
"Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi.
"Tidak," jawab si anak muda.
Pak Tua menepuk bahu anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.
"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.
"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.
Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."
Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.
Pageviews
Selasa, 30 Mac 2021
SEGENGGAM GARAM.....
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 29 Mac 2021
DAUNAN KeHIJAUan
15 SYA'BAN 1442H
29 Mac 2021M
Jadi antara adat ahli tarim ketika menjelang 14 sya'ban,
Mereka akan memakai baju yg berwarna HIJAU , ataupun apa apa sahaja pakaian mereka yg mempunyai warna hijau๐
Kerana
Ketika malam 15sya'ban..
ulama tarim mengatakan
๐Pada malam itu , akan kering dan gugurlah dedaun nama insan di langit yg akan meninggal dunia pada tahun itu๐
Jadi kita memakai pakaian hijau itu , tafaaul ,mudah mudahan Allah memanjang umur kita pada tahun itu
(seperti daun hijau yang segar) ..๐ฟ๐
Dan di petang asar pada hari itu
mereka akan membaca
๐ " ูุง ู
ُุฎْุถِّุฑ ُูุฑََْููุงุชِ ุงَّููุงุณ ุฎَุถِّุฑ ُูุฑََْููุงุชู َููุง ุฎَุงِِููู َูุง ุฑَุงุฒِِูู , ุงูููู
ุทِّْูู ุนُู
ْุฑِู ูุง ุฎุงููู ูุง ุฑุงุฒูู ุงูููู
ูุซِّุฑْ ู
َุง ู
َุนِู "๐
( 7x )
"Wahai yg menghijaukan dedaun manusia , hijaukanlah daunku ..
Wahai yg menciptakan ku
wahai yg maha memberi rezeki ...
Ya Allah panjangkanlah umurku ..
wahai yg yg menciptakan ku ..
wahai yg maha memberi rezeki ..
Ya Allah perbanyakkanlah orang² yg sentiasa bersamaku"
๐semoga Bermanfaat ๐
Jumaat, 26 Mac 2021
KEMANISAN IMAN....
12 SYA'BAN 1442H
26 Mac 2021M
ุนَْู ุฃََูุณِ ุจِْู ู
َุงٍِูู ุฑَุถَِู ุงَُّููู ุนَُْูู ุนَْู ุงَّููุจِِّู ุตََّูู ุงَُّููู ุนََِْููู َูุณََّูู
َ َูุงَู ุซََูุงุซٌ ู
َْู َُّูู ِِููู َูุฌَุฏَ ุญََูุงَูุฉَ ุงْูุฅِูู
َุงِู ุฃَْู ََُูููู ุงَُّููู َูุฑَุณُُُููู ุฃَุญَุจَّ ุฅَِِْููู ู
ِู
َّุง ุณَِูุงُูู
َุง َูุฃَْู ُูุญِุจَّ ุงْูู
َุฑْุกَ َูุง ُูุญِุจُُّู ุฅَِّูุง َِِّููู َูุฃَْู َْููุฑََู ุฃَْู َูุนُูุฏَ ِูู ุงُْْูููุฑِ َูู
َุง َْููุฑَُู ุฃَْู ُْููุฐََู ِูู ุงَّููุงุฑِ
Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka"(HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Tiga perkara jika dimiliki akan menjadikan seseorang mendapat kemanisan iman:
a. Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari segala-galanya di dunia.
b. Mencintai seseorang hanya kerana Allah.
c. Tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.
2. Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).
Allah berfirman:
ُููۡ ุฅِู ُููุชُู
ۡ ุชُุญِุจَُّูู ูฑََّููู َููฑุชَّุจِุนُِููู ُูุญุۡจِุจُููۡ
ُ ูฑَُّููู ََููุบِูุۡฑۡ َُููู
ۡ ุฐُُููุจَُูู
ۡۚ َููฑَُّููู ุบَُููุฑٞ ุฑَّุญِูู
ٞ ูฃูก
“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” [Ali ‘Imran: 31]
Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyatakan: “Ayat ini adalah pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mahu menempuh jalan yang dilalui Rasulullah SAW, maka orang itu dusta dalam pengakuannya sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama yang dibawa Rasulullah SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”
3. Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bidah yang menyesatkan.
4. Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah. Ibnul Qayyim berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.
Label:
Tausiah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Rabu, 24 Mac 2021
TINGKATKAN Imunisasi Dgn Sayuran
10 SYA'BAN 1442H
24 Mac 2021
Marilah kita sama2 meningkat imunisasi badan dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan nutrisi vitamin dan mineral untuk mengelakkan risiko terdedah kepada jangkitan kuman atau keradangan.
6 SAYURAN YANG BOLEH TINGKATKAN IMUNISASI BADAN
1. BAYAM
Amalkan makan sayur bayam ini kerana..
a) Kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin E, flavonoid dan carotenoid.
b) Mengandungi sumber zat besi yang tinggi.
c) Ia berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh badan, mencegah anemia, meningkatkan metabolisma, membantu fungsi otak agar berjalan normal dan meningkatkan sistem imun badan dalam melawan penyakit.
2. BROKOLI
Sayur brokoli mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan kita antaranya
a) Kaya dengan antioksidan seperti vitamin C, vitamin E, polifenol, karotenoid dan juga flavanoid.
b) Ia menyokong kesihatan sistem imun dalam badan dan membantu menurunkan berat badan.
c) Dapat mengurangi risiko beberapa jenis penyakit kanser iaitu kanser payudara, kanser usus dan kanser paru-paru.
3. BAWANG PUTIH
Khasiat bawang putih memang diketahui dan bagus untuk kesihatan manusia kerana
a) Kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin B6, thiamine, kalsium dan fosforus.
b) Mempunyai khasiat sebagai antibiotik semulajadi.
c) Membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.
4. HALIA
Halia ini bukan sahaja untuk membuang angin di dalam badan. Malah banyak khasiat dan manfaat lain iaitu..
a) Mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, fosforus dan kalsium.
b) Dapat merawat pelbagai penyakit seperti cirit-birit, sakit tekak, sakit kepala dan sistem pencernaan bermasalah.
c) Bersifat antibakteria dan sangat sesuai untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita.
5. UBI KELEDEK OREN
Ubi keledek oren banyak khasiat dan manfaat selain rasanya manis dan lembut. Antara khasiatnya adalah..
a) Mengandungi vitamin C, vitamin B6, magnesium dan anti-oksidan.
b) Dapat merawat pelbagai penyakit seperti selsema, virus influenza, sakit buah pinggang dan sakit jantung.
6. KUNYIT
Kunyit juga mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan kita..
a) Terdapat komposisi nutrien iaitu tenaga, protein, karbohidrat, dan serat.
b) Mengandungi vitamin A, vitamin D, vitamin C, anti-oksidan dan magnesium.
c) Berkesan untuk melawan keradangan, mengempiskan perut kembung dan menurunkan berat badan.
d) Dapat merawat selsema atau mengurangkan rasa muntah seperti mual dan loya.
Label:
Bio-Energi,
Kesihatan
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Selasa, 23 Mac 2021
DOA Maqbul...
9 SYA'BAN 1442H
23 Mac 2021
Hari ini saya membawakan kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan.
Seorang Syeikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah.
Oleh kerana pemuda itu seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah, doanya selalu dimakbulkan Allah Taala.
Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan pasti akan dimakbulkan oleh Allah.
Sampailah masa pemuda itu berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya.
Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.
Selepas itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda ke masjid, dia perasan seorang Syeikh tua di masjid sudah tidak kelihatan.
Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan Syeikh tua tersebut telah meninggal dunia.
Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, Syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, Ya Allah Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari Syeikh itu mendoakan untuk kamu."
Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa Syeikh tadi.
Kisah ini sangat terkesan pada setiap jiwa yang membacanya. Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas keikhlasan doa orang lain.
Anak-anak bahagia kerana doa ibu bapanya yang tidak pernah putus.
Suami dan isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang ikhlas.
Ibu bapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.
Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu.
Sahabat dan kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus.
Dan, kita semua selamat dari bencana mungkin masih ada lagi doa para ulama' dan para wali di dunia ini.
Siapalah kita untuk mendabik dada, lalu berkata akulah segalanya?
#renung2kan fikir2kan#
Label:
Ceritera
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Ahad, 21 Mac 2021
TIGA MUTIARA NASIHAT
7 SYA'BAN 1442H
21 Mac 2021M
Pada hari ini, simpanlah tiga nasihat ini di hati anda.
1. Nasihat pertama:
Orang yang beriman hanya akan berjaya, sekiranya rasa takut kepada Allah ๏ทป ada di hatinya untuk menjauhkannya dari kemaksiatan dan dosa.
Sekiranya seseorang mendakwa bahawa ada ketakutan yang besar terhadap Allah ๏ทป di dalam hatinya namun pada masa yang sama, dia masih tidak mentaati Allah ๏ทป, maka disahkan bahawa orang seperti itu adalah orang yang keliru.
Tanda takut kepada Allah ๏ทป adalah mudah, iaitu orang tersebut akan menghindari dosa dan taat kepada perintah Allah ๏ทป.
2. Nasihat kedua:
Sentiasa kekal bersangka baik dan penuh berharap kepada Allah ๏ทป.
Hilang harapan dengan Allah ๏ทป dianggap sama dengan hilangnya kepercayaan kepada Allah ๏ทป.
Tanda bersangka baik adalah bahawa orang tersebut akan melakukan rukun Islamnya dan solat hariannya, secara teratur dan bertanggungjawab.
Jika tidak, itu adalah kemaksiatan dan bertentangan dengan kehendak Allah ๏ทป.
Oleh itu, jika seseorang mendakwa bahawa seseorang itu sangat bersangka baik dengan Allah ๏ทป sambil mengabaikan solat wajib dan rukun Islam yang lain; maka orang itu mempunyai kesalahpahaman dan menaruh harapan yang salah kepada Allah ๏ทป.
3. Nasihat ketiga:
Sentiasa tetap tawajuh kepada Allah ๏ทป di dalam hati anda. Ini adalah tanda cinta.
Ingat, bahawa tawajuh ini dapat dicapai secara automatik ketika kita mempunyai cinta yang hakiki kepada Allah ๏ทป.
Sesiapa yang sedang jatuh cinta; akan terus memikirkan tentang cinta. Sesiapa yang jatuh cinta, akan selalu ditemui dalam keadaan ... memgelamun ... tertumpu pada kekasihnya.
Dan perkara yang sama berlaku apabila seseorang telah jatuh cinta kepada Allah ๏ทป. Mereka juga didapati memikirkan tentang kekasih mereka iaitu Allah ๏ทป dan menumpukan perhatian hanya kepada Allah ๏ทป.
Istilah Arab dan rohani untuk pemikiran cinta kepada Allah ini dikenali sebagai "Wuquf-e-Qalbi"; yang bermaksud "Fokus pada hati".
Masyaikh kita telah menasihatkan bahawa; untuk mencapai keadaan cinta ini, kita harus terus fokus kepada Allah ๏ทป sepanjang masa ... iaitu ketika berdiri, duduk atau berbaring untuk berehat.
Syeikh Hafiz Maulana Engr. Zulfiqar Ahmad Naqshbandi Mujaddidi Db
Khutbaat-e-Faqeer: v18, hal117
Label:
Bicara Guru,
Tausiah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sabtu, 20 Mac 2021
BERSANGKA BAIK LAH....
6 SYA'BAN 1442H
20 Mac 2021M
Ada satu perbuatan dosa yang menyebabkan 'terjangkit' pada dosa-dosa yang lain. Ia adalah bersangka buruk.
Allah swt ingatkan kita, apabila kita menyemat dalam diri sifat sangka buruk pada mukmin yang lain, maka akan hadir pula sifat 'tajassus'(mencari-cari kesalahan orang lain), hasilnya apabila kita menjumpai kesalahan orang lain maka akan hadir pula perbuatan 'ghibah' (mengumpat).
[Surah al-Hujurat: 12]
Inilah 3 rangkaian dosa yang membawa keburukan besar pada setiap mukmin. Usahalah hindari diri kita dari menyemat sifat sangka buruk pada orang lain kerana itulah permulaan pada rangkaian dosa yang seterusnya.
Orang yang sering bersangka buruk tanpa asas ini tidak puas sehingga dia akan mencari-cari aib orang lain. Apabila dah jumpa maka 'riang ria' lah dia mengumpat akan orang tersebut.
Ingatlah, dosa yang terkait dengan hak manusia hanya diampunkan Allah swt sekiranya orang yang kita sakitkan hati, fitnah, mengumpat itu yang memaafkan kita.
[HR. al-Bukhari: 2449]
Asalnya berburuk sangka tanpa sebab ini dilarang oleh Allah swt dan ia merupakan satu dosa.
[Surah al-Hujurat: 12]
Cuma, sekiranya sudah ada bukti-bukti jelas kesalahan seseorang itu atau sebab-sebab yang menguatkan sangkaan itu maka ia tidak termasuk dalam larangan ayat di atas.
[Tafsir al-Jalalain]
Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan sifat bersangka buruk pada orang lain, kita mungkin merasakan ianya biasa dan kecil, tetapi dalam tak sedar kita sedang menjemput perbuatan dosa-dosa lain yang menyebabkan kita akan 'muflis' di akhirat nanti.
Wallahua'lam.
Label:
Tausiah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)