21 Mac 2021M
Pada hari ini, simpanlah tiga nasihat ini di hati anda.
1. Nasihat pertama:
Orang yang beriman hanya akan berjaya, sekiranya rasa takut kepada Allah ﷻ ada di hatinya untuk menjauhkannya dari kemaksiatan dan dosa.
Sekiranya seseorang mendakwa bahawa ada ketakutan yang besar terhadap Allah ﷻ di dalam hatinya namun pada masa yang sama, dia masih tidak mentaati Allah ﷻ, maka disahkan bahawa orang seperti itu adalah orang yang keliru.
Tanda takut kepada Allah ﷻ adalah mudah, iaitu orang tersebut akan menghindari dosa dan taat kepada perintah Allah ﷻ.
2. Nasihat kedua:
Sentiasa kekal bersangka baik dan penuh berharap kepada Allah ﷻ.
Hilang harapan dengan Allah ﷻ dianggap sama dengan hilangnya kepercayaan kepada Allah ﷻ.
Tanda bersangka baik adalah bahawa orang tersebut akan melakukan rukun Islamnya dan solat hariannya, secara teratur dan bertanggungjawab.
Jika tidak, itu adalah kemaksiatan dan bertentangan dengan kehendak Allah ﷻ.
Oleh itu, jika seseorang mendakwa bahawa seseorang itu sangat bersangka baik dengan Allah ﷻ sambil mengabaikan solat wajib dan rukun Islam yang lain; maka orang itu mempunyai kesalahpahaman dan menaruh harapan yang salah kepada Allah ﷻ.
3. Nasihat ketiga:
Sentiasa tetap tawajuh kepada Allah ﷻ di dalam hati anda. Ini adalah tanda cinta.
Ingat, bahawa tawajuh ini dapat dicapai secara automatik ketika kita mempunyai cinta yang hakiki kepada Allah ﷻ.
Sesiapa yang sedang jatuh cinta; akan terus memikirkan tentang cinta. Sesiapa yang jatuh cinta, akan selalu ditemui dalam keadaan ... memgelamun ... tertumpu pada kekasihnya.
Dan perkara yang sama berlaku apabila seseorang telah jatuh cinta kepada Allah ﷻ. Mereka juga didapati memikirkan tentang kekasih mereka iaitu Allah ﷻ dan menumpukan perhatian hanya kepada Allah ﷻ.
Istilah Arab dan rohani untuk pemikiran cinta kepada Allah ini dikenali sebagai "Wuquf-e-Qalbi"; yang bermaksud "Fokus pada hati".
Masyaikh kita telah menasihatkan bahawa; untuk mencapai keadaan cinta ini, kita harus terus fokus kepada Allah ﷻ sepanjang masa ... iaitu ketika berdiri, duduk atau berbaring untuk berehat.
Syeikh Hafiz Maulana Engr. Zulfiqar Ahmad Naqshbandi Mujaddidi Db
Khutbaat-e-Faqeer: v18, hal117
Tiada ulasan:
Catat Ulasan