Pageviews

Selasa, 29 Oktober 2013

Semakin hampir..

Saatnya makin hampir.. Sedar atau tidak kita sendiri tidak merasai akan kehadirannya..
Hadirnya tidak digembar-gemburkan seperti SALE dihujung tahun.. Hadirnya tidak di iklankan secara besar-besaran seperti YES di hujung tahun..

Sedangkan kini kita sudah hampir ke penghujung tahun HIJRAH.. Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut 1435H dan akan meninggalkan 1434H.. Kita masih lagi dilamun mimpi-mimpi indah.. Kita masih lagi dihanyutkan dengan dunia yang penuh dengan fitnah.. Kita masih lagi ditipu dan ditipu oleh budaya barat yang pasti akan menyesatkan kita..

Selagi kita tidak berubah.. Selagi kita tidak sedar.. selagi itulah kita, umat ISLAM akan ketinggalan kebelakang.. Kita telah melupakan taqwim kita sendiri.. Kita sendiri mengagungkan kalendar MASIHI yang dipropagandakan oleh barat berathun-tahun lamanya.. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri menggunakan taqwim HIJRAH.. Dalam perjalanan hijrah Baginda SAW ada kisahnya.. Setiap bulan HIJRAH ada peristiwanya.. Kita sentiasa lupa.. dan terus LUPA..

Kita sering menyambut akan kelahiran Baginda SAW pada setiap tahun tanggal 12 Rabiul Awal.. Sedangkan kita sendiri tidak tahu akan tarikh kelahiran HIJRAH kita.. Mengapa kita tidak sambut ulangtahun kelahiran Baginda SAW pada 20 April?? Sedangkan kita mengingati & menyambut ulangtahun kelahiran kita pada tanggal MASIHI...

Ayuhlah.. UBAH lah.. Tukarkan software mu kepada jalan, taqwim yang tepat.. Baru diri kita di atas landasan yang betul.. Kita berpegang dengan Al-Quran & Al-Hadis.. Dalam Al-Quran sendiri menyebut akan bulan-bulan HIJRAH.. Tidak pula menceritakan akan bulan-bulan MASIHI..

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 36-37 :
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit & bumi, di antaranya empat bulan yang haram ( Muharam, Rejab, Dzulkaedah & Dzulhijjah). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam empat bulan itu dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
Sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran, disesatkan oleh orang-orang yang kafir dengan mengundur-undurkan itu, mereka menghalalkan pada suatu tahun dan mengharamnya pada tahun yang lain, agar mereka dapat menyesuaikan dengan bilangan yang Allah haramkannya maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah (Syaitan) menjadikan mereka memandang baik akan perbuatan buruk mereka, dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir".

Berubahlah.. HIJRAH lah diri kepada baik kepada lebih baik.. Tukarkanlah mindset kita semua.. Kembalilah kita kepada taqwim HIJRAH sebagai kompas perjalanan kita.. AYUH!!!



Ahad, 6 Oktober 2013

Teknik untuk anak-anak

Artikel untuk parent and parent to be..

Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2
thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih
anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih
efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah
penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas
hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,
ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada
dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia,
dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu
je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila
kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.
memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis
ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan
semuanya dalam otak kiri....kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1
tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die
orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah
merapu takpa.....kita pun bukan tak biasa merapu....

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and
suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak
boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak
jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai
Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna
perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong
senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2
ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.


(Kredit: FB Kaklong Mie)

Sabtu, 28 September 2013

Yang Pertama dari YANG PERTAMA

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM.

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Jumaat, 27 September 2013

ZAKAT dulu & ZAKAT sekarang

Suatu malam, Khalifah Umar Abdul Aziz berjalan seorang diri di Madinah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya. Dengan izin Allah, beliau terjumpa sebuah rumah yang masih terang. 

Kelihatan di dalamnya terdapat seorang ibu sedang merebus sesuatu. Manakala ada diantara anak-anaknya sedang menunggu makanan dimasak dan ada diantaranya yang sudah tertidur. Rupanya sang ibu sedang merebus batu untuk mengaburi anak-anaknya yang sedang lapar supaya tertidur kerana mereka telah habis bekalan makanan.


Khalifah Umar bertanya: "Kenapa Ibu tak berjumpa dengan Khalifah Umar akan & memberitahu akan hal ini? Khalifah Umar tidak mengetahui akan keadaan ini. "Sang Ibu menjawab, tanpa mengetahui bahawa pemuda tersebut adalah Khalifah Umar: "Ia sepatutnya tugas Khalifah Umar sebagai khalifah yang dilantik oleh rakyat untuk mencari orang miskin & yang tidak berdaya, bukan kami yang sepatutnya pergi mencari dia. Kamu lebih layak menjadi khalifah memandangkan kamu lebih mengambil berat permasalahan kami."


Khalifah Umar kembali semula ke rumah dan memikul sendiri gandum ke rumah sang ibu itu. Dan memasaknya dengan dapur kayu sehingga terbakar janggutnya. Selepas itu Khalifah Umar meminta sang ibu datang mencari Khalifah Umar esok pagi di masjid. Esoknya, betapa terkejutnya sang ibu apabila berjumpa dengan Khalifah Umar. Rupanya beliau adalah pemuda yang datang ke rumahnya malam tadi melalui pengecaman janggut Umar yang terbakar sedikit.

Tetapi akhirnya, bukanlah si ibu yang meminta maaf kepada Khalifah Umar kerana memakinya. Tetapi Khalifah Umar yang dengan bersungguh-sungguh, meminta maaf dari si ibu tersebut agar tidak membawa kes itu ke muka pengadilan Allah di akhirat kelak.

Begitulah hebatnya jiwa pemimpin yang bertaqwa. TETAPI hari ini, di negara kita yang kaya dengan nikmat Allah berikan, orang miskin diherdik kerana malas berusaha, dalam masa yang sama, bantuan sepatutnya diberi, dipayahkan urusannya dan pemimpin lahap makan duit rakyat tanpa rasa bersalah.
Inilah akibat dari perbuatan kita sendiri yang mengangkat orang yang zalim sebagai pemimpin.

-konan-
(kredit kpd yg sudi berkongsi)

Bagi bakal ibu & ayah...

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

 ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.


1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.