Pageviews

Khamis, 19 September 2013

REIKI?? haram ke???

Kenali TENAGA mu


Assalamualaikum

Salam Aura Kedamaian..

Tiga aspek insan:

1. Fizikal @ Jasmaniah @ Body

2. Minda @ akaliah @ Mind

3. Roh/Jiwa @ Rohaniah @ Soul

{pendapat ini mengatakan bahawa zona roh/jiwa juga meliputi emosi. Ada pandangan lain yang mengatakan insan terbahagi kepada 4 aspek iaitu: Fizikal, Minda, Emosi & Spiritual}

Setiap aspek memerlukan ‘VITAMIN’ atau set cara penjanaan energi yang berbeza-beza. Keperluan kepada set penjanaan ini dilihat sebagai KEPERLUAN PENTING dalam memastikan keharmonian operasi setiap satunya itu. 

Penjanaan energi meliputi beberapa aspek iaitu SENAMAN, MAKANAN (DIET), CARA@GAYA HIDUP (BIO RITMA) & PERSEKIRAN. 

Contohnya, ‘MAKANAN’ @ ‘VITAMIN’ untuk:

1. Fizikal – sumber makanan & minuman (air) dari alam haiwan & tumbuhan. 

Contohnya: bijirin, beras, tepung, daging, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, jus buahan, air semulajadi (air kosong) dan sebagainya. Ada yang perlu dimasak (diproses) dan ada yang diambil secara semulajadi sifatnya. Fizikal juga memerlukan oksigen dan cahaya untuk hidup.

2. Minda – selain oksigen & zat makanan yang membantu pertumbuhan, penjanaan & aktiviti otak (sebagai organ fizikal), makanan minda terdiri dari ILMU yang menjanakan ‘aktiviti berfikir’. Ada ilmu yang bersifat langsung (pembacaan dari sumber kalam/penulisan) & ada ilmu yang bersifat tidak langsung (pemerhatian, pendengaran, dari deria bau, rasa dan sebagainya).

3. Roh/Jiwa – Oleh kerana jiwa bersifat ‘ghaib’ (metafizik) dan sukar dikaitkan dengan mana-mana organ tubuh (jika minda kita sering kaitkan dengan otak), maka makanan & vitaminnya juga bersifat ghaib (metafizik). Ramai berpendapat; ‘RASA’ adalah sifat fitrahnya (contohnya emosi sering dikaitkan dengan ‘perasaan’). Maka, makanan & vitaminnya adalah ‘RASA YANG HARMONI’. Minda banyak memainkan peranan untuk membantu pembentukan jiwa yang harmoni. Contohnya; melalui ‘aktiviti berfikir’ dari sumber ilmu – sebuah pemahaman akan terbentuk. Ini lalu membina ‘rasa’ untuk emosi yang seterusnya akan mencetuskan keharmoniannya.

Oleh kerana semua aspek ini berada di dalam satu tubuh, maka ia amat berhubung-kait. Jika tubuh rosak (sakit @ tidak harmoni) maka minda & jiwa tidak harmoni. Begitu juga sebaliknya. Malah, kebanyakan pakar kini mendapati bahawa banyak isu saikologi (minda & emosi/jiwa)-lah yang mengakibatkan isu keuzuran fizikal.

Oleh kerana ini berhubungkait – penjanaannya juga berkaitan. Jika sumber makanan baik, bersih & halal > ia menjanakan tubuh yang sihat, lalu menjanakan minda yang sihat seterusnya jiwa yang sihat. Begitu juga sebaliknya. Jika makanan jiwa tidak sihat (rasa yang negatif @ emosi yang negatif dll), ia menjanakan minda yang negatif lalu menghasilkan tindakan fizikal yang negatif.

Pada setiap tahap ini (fizikal, minda & roh/jiwa) HADIR ‘TENAGA HIDUP’ yang dikenali sebagai ENERGI. 

Ia juga dikenali sebagai ‘CHI’ oleh masyarakat Cina, ‘PRANA’ oleh masyarakat India, ‘KUDRAT’ oleh Melayu dan berbagai nama lain dalam kontek bahasa dan budaya lain. Banyak kajian tentang ‘TENAGA HIDUP’ ini telah dilakukan sejak ribuan tahun dahulu, hingga kini hanya sebahagiannya sahaja mampu difahami oleh ilmuan moden.

JENIS-JENIS ENERGI (KI)

Jika dikaji dari sudut KAREKTOR atau JENIS energi, ada beberapa jenis atau karektor tenaga yang dibahaskan oleh ilmuan energi ‘CHI’ @ KI klasik di negara Jepun iaitu:

Kekki – ‘Ki Of the blood’
Shioke – ‘Ki of the salt’
Mizuke – ‘Ki of the water’
Kuki – ‘ Ki of the gases’
Denki – Ki of the thunder’
Jiki – ‘Ki of the magnetic power/gathering force’
Reiki – ‘Ki of the soul force’

Aturan kedudukan jenis energi ini, pada pandangan mereka adalah ‘TINGKATAN-TINGKATAN’ energi. Pada kedudukan no 1 tenaganya kasar (berat) dan berkait rapat dengan kondisi fizikal. Bentuk atau karektor energi ini semakin menghalus pada tingkatan yang seterusnya (no 2, 3 hingga 7). Namun, kekuatan energi semakin meningkat dari satu tingkatan ke satu tingkatan, di mana semakin halus (ringan) energi itu; dayanya semakin besar.

Jenis-jenis energi ini pula dikendalikan oleh SISTEM ORGAN BIO-ENERGI yang berbeza-beza dan adalah tidak lengkap pemahaman tentang jenis energi ini tanpa memahami juga SISTEM ORGAN nya. Antara yang umum dibicarakan perihal sistem organ bio-energi adalah CHAKRA, NADIS (MERIDIAN), KUNDALINI & AURA.
KAEDAH MENJANA ENERGI ‘BODY, MIND & SOUL’ melalui LATIHAN BIO-ENERGI

Secara ringkas, set penjanaan energi memerlukan 2 peringkat, iaitu:

1. PEMBERSIHAN – ‘CLEANSING’

2. PEMURNIAN (PENJERNIHAN) – ‘CHARGING’

Seperti yang telah saya tulis di dalam buku AURA PENYEMBUHAN REIKI, jika melewati dan memahami konsep pembelajaran ilmu tenaga di Jepun, terdapat beberapa kategori dalam membicarakan jenis atau teknik tenaga yang dilatih ataupun dilentur bagi dikuasai oleh pengamalnya. 

Secara umum ada tiga jenis pelatihan yang mengaplikasikan konsep tenaga yang sama tetapi melalui cara yang berbeza iaitu:

1. Kategori Taijutsu: 
pelatihan pengaliran tenaga pada tubuh fizikal. Ia menitikberatkan pelatihan otot-otot badan secara agresif sehingga membentuk kekuatan luar biasa. Ia juga menitikberatkan ketahanan stamina tubuh. Pengamalnya akan memiliki ketangkasan dan kekuatan fizikal. Mempunyai kemampuan untuk ber-tarung pada jangka masa yang lama dengan kekuatan tubuh badan dan staminanya. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah seni silat.

2. Kategori Ninjutsu: 
merupakan seni pelatihan tenaga yang menitikberatkan kekuatan ‘tenaga dalam’ (tumpuan MINDA) Ia melalui proses pelatihan pernafasan yang mantap dan disiplin meditasi yang tinggi. Hasilnya, pengamal Ninjutsu dapat memiliki kehebatan kuasa dalaman yang hebat. Tenaga yang terkumpul ini kelak akan dikeluarkan dari tubuh melalui jurus-jurus khas yang dikenali sebagai ‘rasengan’ atau pusaran tenaga dengan menggunakan tangan ataupun kaki. Ia umpama arus elektrik yang kuat dan menundukkan musuh. Namun begitu, kelemahannya adalah ia tidak mampu dialirkan lama dan berterusan. Ini kerana ia memerlukan sejumlah tenaga stamina yang besar bagi setiap kali penghasilannya. Penggunaan yang berterusan menyebabkan pengamalnya keletihan dan kehabisan stamina. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah Seni Ilmu Batin Tenaga Dalam.

3. Kategori Shinjutsu: 
seni penguasaan tenaga ini biasanya diamalkan oleh para tabib ataupun ilmuwan yang memiliki kerohanian yang tinggi. Ia umpama seni penyembuhan alam yang bersifat ketuhanan. Ia lebih bersifat universal. Ia memerlukan ilmu yang bertahap-tahap, latihan kejiwaan yang tinggi menuju penyucian diri dan jiwa daripada sifat yang merosakkan dan membinasakan. Seumpama pelatihan untuk menjadi sami dalam agama Buddha. Bezanya, pengamal Shinjutsu tidak melakukan ritual agama tetapi menahan nafsu dan dirinya secara fitrah, sufi, zen ataupun tao. Contoh terdekat dalam budaya Melayu adalah ilmu laduni, ilmu makrifat ataupun seumpamanya.

{Ilmu Reiki tidak berada di mana-mana kategori di atas kerana ia adalah ilmu rawatan dan bukannya ilmu penguasaan tenaga semata-mata. Namun ia boleh dikatakan hampir kepada ilmu Shinjutsu. Terdapat sedikit elemen Ninjutsu dari sudut kemahiran tenaga minda yang dilatih bagi mengaktifkan pusaran tenaga semasa melakukan rawatan. Bagi memahami konsep ini, penjelasan semasa kuliah Reiki akan lebih mudah anda fahami.}

Dalam aktiviti seharian kita, ada aktiviti yang kita lakukan yang mampu menjanakan energi-energi ini. Malah ada yang menjanakan ketiga-tiganya secara serentak. Saya sering berikan contoh aktiviti SOLAT dalam menerangkan SET PENJANAAN 3 dalam 1 untuk ketiga kategori di atas. Iaitu:

1. PERGERAKAN DALAM SOLAT = Taijutsu

2. BACAAN DALAM SOLAT = Ninjutsu

3. PENGHAYATAN DALAM SOLAT = Shinjutsu

Semoga ada kebaikan.

TENAGA boleh berubah bentuk..

KENALI TENAGAMU..
Bongkar POTENSIMU...!!!

(Kredit - DMHAR)

Penerangan Ilmu REIKI

Jumaat, 6 September 2013

Bagi yang tak tahu...- Para Sang Suami

CARA MENGURUS URI ANAK

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

JOM SHARE UTK MENYEDARKAN ORG RAMAI
DI TAJA OLEH DIARY IBU MENGANDUNG & SI COMEL

*********************************************
JOM DAPATKAN TIP2 MENGANDUNG & BERSALIN, PETUA2 RUMAH TANGGA, TIP2 KEAGAMAAN SERTA PERKONGSIAN PENGETAHUAN BERSAMA MUMMY. SEMOGA MENDAPAT SEDIKIT KEBERKATAN.

JOM LIKE Diary Ibu Mengandung & Si Comel

Amalan orang dolu-dolu

[Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata] In shaa Allah.


Jika kita perasan, orang-orang tua dulu jika dengar azan jer, ada sesuatu yang dibuat olehnya. Amalan ini telah jarang-jarang sangat kita temui.

Di sini saya ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mengurangkan rabun mata. Semua orang boleh mengamalkannya terutama bagi yang rabun, saya tengok kawan-kawan saya ramai jugak yang rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. Jadi, tiba-tiba saya teringat ilmu yg ustaz saya  ajar ni..

Jadi kawan-kawan, masa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

Kemudian hembus dekat belakang ibu jari, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)

In shaa Allah, amalkan selalu (istiqomah), anda akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah.

In shaa Allah, ini adalah salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.


Selamat beramal.

(Kredit: Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (Original)'s photo.)

Isnin, 2 September 2013

ISLAM akan berSINAR

Nasib Baik? @ Nasib Malang?


Alkisah kehilangan kad kredit

Farid yang baru bekerja kehilangan kad kredit yang baru dipohonnya…

Rakan-rakan sekerja simpati pada nasib malangnya.

Farid hanya mampu tersenyum, “Nasib buruk? Nasib baik? Wallahua’lam!”

Seminggu selepas itu, ada pihak menelefon berkata kad kredit Farid telah digunakan di satu stesen minyak dan kad kredit itu telah dicabut untuk memenangi hadiah bernilai RM2,000.

Semua rakan sekerja Farid berkata dia amat bernasib baik, kad kredit yang hilang pun dapat hadiah.

“Nasib baik? Nasib buruk? Wallahua’lam!” jawab Farid sambil tersenyum.

Setelah menerima wang RM2,000 tersebut, Farid telah membeli sebuah motor. Tidak lama kemudian, Farid terjatuh motor dan tercedera parah.

Rakan sekerja Farid berasa dia amat bernasib malang kerana motor yang baru rosak bertambah dia terpaksa dirawat di hospital kerana kakinya patah.

“Nasib buruk? Nasib baik? Wallahua’lam!” jawab Farid sambil tersenyum.

Di sana, Farid berkenal dengan seorang jururawat yang jelita yang sering merawatnya. Akhirnya, jodoh Farid tiba dan sejurus keluar hospital, Farid mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin…

Wahai anakku,
Janganlah kamu suka mendahului Allah dengan melabel sesuatu situasi dengan perkataan nasib baik atau pun sebaliknya. Terimalah dengan hati terbuka apa yang berlaku, kerana ia berlaku dengan keizinan Allah.

Yang menyedapkan hati, kamu jangan lupa bersyukur, yang kurang menyedapkan hati, pohonlah kemaafan dari Allah.

Ingatlah anak kesayanganku, sesungguhnya Allah tidak menguji seseorang di luar batas kemampuannnya. Kamu mungkin tidak memahami potensi sebenar kamu, tapi Allah tahu.

Senyum
(Kredit: FB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)