Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana.
Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia. Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.
Dia kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.
"Cuba, minum ini dan katakan bagaimana rasanya...", ujar Pak Tua itu.
"Masin sampai pahit, pahit sekali," jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.
Kemudian, dia mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.
Pak Tua itu menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.
"Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah". Sebaik anak muda
itu selesai meneguk air, Pak Tua berkata: "Bagaimana rasanya?"
"Segar." sahut tamunya.
"Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?", tanya Pak Tua lagi.
"Tidak," jawab si anak muda.
Pak Tua menepuk bahu anak itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga itu.
"Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.
"Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya," katanya.
Pak Tua itu terus memberikan nasihat dengan berkata: "Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan."
Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan 'segenggam garam' untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.
Pageviews
Selasa, 30 Mac 2021
SEGENGGAM GARAM.....
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 29 Mac 2021
DAUNAN KeHIJAUan
15 SYA'BAN 1442H
29 Mac 2021M
Jadi antara adat ahli tarim ketika menjelang 14 sya'ban,
Mereka akan memakai baju yg berwarna HIJAU , ataupun apa apa sahaja pakaian mereka yg mempunyai warna hijau๐
Kerana
Ketika malam 15sya'ban..
ulama tarim mengatakan
๐Pada malam itu , akan kering dan gugurlah dedaun nama insan di langit yg akan meninggal dunia pada tahun itu๐
Jadi kita memakai pakaian hijau itu , tafaaul ,mudah mudahan Allah memanjang umur kita pada tahun itu
(seperti daun hijau yang segar) ..๐ฟ๐
Dan di petang asar pada hari itu
mereka akan membaca
๐ " ูุง ู
ُุฎْุถِّุฑ ُูุฑََْููุงุชِ ุงَّููุงุณ ุฎَุถِّุฑ ُูุฑََْููุงุชู َููุง ุฎَุงِِููู َูุง ุฑَุงุฒِِูู , ุงูููู
ุทِّْูู ุนُู
ْุฑِู ูุง ุฎุงููู ูุง ุฑุงุฒูู ุงูููู
ูุซِّุฑْ ู
َุง ู
َุนِู "๐
( 7x )
"Wahai yg menghijaukan dedaun manusia , hijaukanlah daunku ..
Wahai yg menciptakan ku
wahai yg maha memberi rezeki ...
Ya Allah panjangkanlah umurku ..
wahai yg yg menciptakan ku ..
wahai yg maha memberi rezeki ..
Ya Allah perbanyakkanlah orang² yg sentiasa bersamaku"
๐semoga Bermanfaat ๐
Jumaat, 26 Mac 2021
KEMANISAN IMAN....
12 SYA'BAN 1442H
26 Mac 2021M
ุนَْู ุฃََูุณِ ุจِْู ู
َุงٍِูู ุฑَุถَِู ุงَُّููู ุนَُْูู ุนَْู ุงَّููุจِِّู ุตََّูู ุงَُّููู ุนََِْููู َูุณََّูู
َ َูุงَู ุซََูุงุซٌ ู
َْู َُّูู ِِููู َูุฌَุฏَ ุญََูุงَูุฉَ ุงْูุฅِูู
َุงِู ุฃَْู ََُูููู ุงَُّููู َูุฑَุณُُُููู ุฃَุญَุจَّ ุฅَِِْููู ู
ِู
َّุง ุณَِูุงُูู
َุง َูุฃَْู ُูุญِุจَّ ุงْูู
َุฑْุกَ َูุง ُูุญِุจُُّู ุฅَِّูุง َِِّููู َูุฃَْู َْููุฑََู ุฃَْู َูุนُูุฏَ ِูู ุงُْْูููุฑِ َูู
َุง َْููุฑَُู ุฃَْู ُْููุฐََู ِูู ุงَّููุงุฑِ
Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka"(HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Tiga perkara jika dimiliki akan menjadikan seseorang mendapat kemanisan iman:
a. Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari segala-galanya di dunia.
b. Mencintai seseorang hanya kerana Allah.
c. Tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.
2. Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).
Allah berfirman:
ُููۡ ุฅِู ُููุชُู
ۡ ุชُุญِุจَُّูู ูฑََّููู َููฑุชَّุจِุนُِููู ُูุญุۡจِุจُููۡ
ُ ูฑَُّููู ََููุบِูุۡฑۡ َُููู
ۡ ุฐُُููุจَُูู
ۡۚ َููฑَُّููู ุบَُููุฑٞ ุฑَّุญِูู
ٞ ูฃูก
“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” [Ali ‘Imran: 31]
Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyatakan: “Ayat ini adalah pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mahu menempuh jalan yang dilalui Rasulullah SAW, maka orang itu dusta dalam pengakuannya sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama yang dibawa Rasulullah SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”
3. Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bidah yang menyesatkan.
4. Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah. Ibnul Qayyim berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.
Label:
Tausiah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Rabu, 24 Mac 2021
TINGKATKAN Imunisasi Dgn Sayuran
10 SYA'BAN 1442H
24 Mac 2021
Marilah kita sama2 meningkat imunisasi badan dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan nutrisi vitamin dan mineral untuk mengelakkan risiko terdedah kepada jangkitan kuman atau keradangan.
6 SAYURAN YANG BOLEH TINGKATKAN IMUNISASI BADAN
1. BAYAM
Amalkan makan sayur bayam ini kerana..
a) Kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin E, flavonoid dan carotenoid.
b) Mengandungi sumber zat besi yang tinggi.
c) Ia berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh badan, mencegah anemia, meningkatkan metabolisma, membantu fungsi otak agar berjalan normal dan meningkatkan sistem imun badan dalam melawan penyakit.
2. BROKOLI
Sayur brokoli mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan kita antaranya
a) Kaya dengan antioksidan seperti vitamin C, vitamin E, polifenol, karotenoid dan juga flavanoid.
b) Ia menyokong kesihatan sistem imun dalam badan dan membantu menurunkan berat badan.
c) Dapat mengurangi risiko beberapa jenis penyakit kanser iaitu kanser payudara, kanser usus dan kanser paru-paru.
3. BAWANG PUTIH
Khasiat bawang putih memang diketahui dan bagus untuk kesihatan manusia kerana
a) Kaya dengan nutrien seperti vitamin C, vitamin B6, thiamine, kalsium dan fosforus.
b) Mempunyai khasiat sebagai antibiotik semulajadi.
c) Membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.
4. HALIA
Halia ini bukan sahaja untuk membuang angin di dalam badan. Malah banyak khasiat dan manfaat lain iaitu..
a) Mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, fosforus dan kalsium.
b) Dapat merawat pelbagai penyakit seperti cirit-birit, sakit tekak, sakit kepala dan sistem pencernaan bermasalah.
c) Bersifat antibakteria dan sangat sesuai untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita.
5. UBI KELEDEK OREN
Ubi keledek oren banyak khasiat dan manfaat selain rasanya manis dan lembut. Antara khasiatnya adalah..
a) Mengandungi vitamin C, vitamin B6, magnesium dan anti-oksidan.
b) Dapat merawat pelbagai penyakit seperti selsema, virus influenza, sakit buah pinggang dan sakit jantung.
6. KUNYIT
Kunyit juga mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan kita..
a) Terdapat komposisi nutrien iaitu tenaga, protein, karbohidrat, dan serat.
b) Mengandungi vitamin A, vitamin D, vitamin C, anti-oksidan dan magnesium.
c) Berkesan untuk melawan keradangan, mengempiskan perut kembung dan menurunkan berat badan.
d) Dapat merawat selsema atau mengurangkan rasa muntah seperti mual dan loya.
Label:
Bio-Energi,
Kesihatan
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Selasa, 23 Mac 2021
DOA Maqbul...
9 SYA'BAN 1442H
23 Mac 2021
Hari ini saya membawakan kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan.
Seorang Syeikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah.
Oleh kerana pemuda itu seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah, doanya selalu dimakbulkan Allah Taala.
Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan pasti akan dimakbulkan oleh Allah.
Sampailah masa pemuda itu berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya.
Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala.
Selepas itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda ke masjid, dia perasan seorang Syeikh tua di masjid sudah tidak kelihatan.
Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan Syeikh tua tersebut telah meninggal dunia.
Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, Syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, Ya Allah Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari Syeikh itu mendoakan untuk kamu."
Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa Syeikh tadi.
Kisah ini sangat terkesan pada setiap jiwa yang membacanya. Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas keikhlasan doa orang lain.
Anak-anak bahagia kerana doa ibu bapanya yang tidak pernah putus.
Suami dan isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang ikhlas.
Ibu bapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.
Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu.
Sahabat dan kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus.
Dan, kita semua selamat dari bencana mungkin masih ada lagi doa para ulama' dan para wali di dunia ini.
Siapalah kita untuk mendabik dada, lalu berkata akulah segalanya?
#renung2kan fikir2kan#
Label:
Ceritera
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Ahad, 21 Mac 2021
TIGA MUTIARA NASIHAT
7 SYA'BAN 1442H
21 Mac 2021M
Pada hari ini, simpanlah tiga nasihat ini di hati anda.
1. Nasihat pertama:
Orang yang beriman hanya akan berjaya, sekiranya rasa takut kepada Allah ๏ทป ada di hatinya untuk menjauhkannya dari kemaksiatan dan dosa.
Sekiranya seseorang mendakwa bahawa ada ketakutan yang besar terhadap Allah ๏ทป di dalam hatinya namun pada masa yang sama, dia masih tidak mentaati Allah ๏ทป, maka disahkan bahawa orang seperti itu adalah orang yang keliru.
Tanda takut kepada Allah ๏ทป adalah mudah, iaitu orang tersebut akan menghindari dosa dan taat kepada perintah Allah ๏ทป.
2. Nasihat kedua:
Sentiasa kekal bersangka baik dan penuh berharap kepada Allah ๏ทป.
Hilang harapan dengan Allah ๏ทป dianggap sama dengan hilangnya kepercayaan kepada Allah ๏ทป.
Tanda bersangka baik adalah bahawa orang tersebut akan melakukan rukun Islamnya dan solat hariannya, secara teratur dan bertanggungjawab.
Jika tidak, itu adalah kemaksiatan dan bertentangan dengan kehendak Allah ๏ทป.
Oleh itu, jika seseorang mendakwa bahawa seseorang itu sangat bersangka baik dengan Allah ๏ทป sambil mengabaikan solat wajib dan rukun Islam yang lain; maka orang itu mempunyai kesalahpahaman dan menaruh harapan yang salah kepada Allah ๏ทป.
3. Nasihat ketiga:
Sentiasa tetap tawajuh kepada Allah ๏ทป di dalam hati anda. Ini adalah tanda cinta.
Ingat, bahawa tawajuh ini dapat dicapai secara automatik ketika kita mempunyai cinta yang hakiki kepada Allah ๏ทป.
Sesiapa yang sedang jatuh cinta; akan terus memikirkan tentang cinta. Sesiapa yang jatuh cinta, akan selalu ditemui dalam keadaan ... memgelamun ... tertumpu pada kekasihnya.
Dan perkara yang sama berlaku apabila seseorang telah jatuh cinta kepada Allah ๏ทป. Mereka juga didapati memikirkan tentang kekasih mereka iaitu Allah ๏ทป dan menumpukan perhatian hanya kepada Allah ๏ทป.
Istilah Arab dan rohani untuk pemikiran cinta kepada Allah ini dikenali sebagai "Wuquf-e-Qalbi"; yang bermaksud "Fokus pada hati".
Masyaikh kita telah menasihatkan bahawa; untuk mencapai keadaan cinta ini, kita harus terus fokus kepada Allah ๏ทป sepanjang masa ... iaitu ketika berdiri, duduk atau berbaring untuk berehat.
Syeikh Hafiz Maulana Engr. Zulfiqar Ahmad Naqshbandi Mujaddidi Db
Khutbaat-e-Faqeer: v18, hal117
Label:
Bicara Guru,
Tausiah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sabtu, 20 Mac 2021
BERSANGKA BAIK LAH....
6 SYA'BAN 1442H
20 Mac 2021M
Ada satu perbuatan dosa yang menyebabkan 'terjangkit' pada dosa-dosa yang lain. Ia adalah bersangka buruk.
Allah swt ingatkan kita, apabila kita menyemat dalam diri sifat sangka buruk pada mukmin yang lain, maka akan hadir pula sifat 'tajassus'(mencari-cari kesalahan orang lain), hasilnya apabila kita menjumpai kesalahan orang lain maka akan hadir pula perbuatan 'ghibah' (mengumpat).
[Surah al-Hujurat: 12]
Inilah 3 rangkaian dosa yang membawa keburukan besar pada setiap mukmin. Usahalah hindari diri kita dari menyemat sifat sangka buruk pada orang lain kerana itulah permulaan pada rangkaian dosa yang seterusnya.
Orang yang sering bersangka buruk tanpa asas ini tidak puas sehingga dia akan mencari-cari aib orang lain. Apabila dah jumpa maka 'riang ria' lah dia mengumpat akan orang tersebut.
Ingatlah, dosa yang terkait dengan hak manusia hanya diampunkan Allah swt sekiranya orang yang kita sakitkan hati, fitnah, mengumpat itu yang memaafkan kita.
[HR. al-Bukhari: 2449]
Asalnya berburuk sangka tanpa sebab ini dilarang oleh Allah swt dan ia merupakan satu dosa.
[Surah al-Hujurat: 12]
Cuma, sekiranya sudah ada bukti-bukti jelas kesalahan seseorang itu atau sebab-sebab yang menguatkan sangkaan itu maka ia tidak termasuk dalam larangan ayat di atas.
[Tafsir al-Jalalain]
Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan sifat bersangka buruk pada orang lain, kita mungkin merasakan ianya biasa dan kecil, tetapi dalam tak sedar kita sedang menjemput perbuatan dosa-dosa lain yang menyebabkan kita akan 'muflis' di akhirat nanti.
Wallahua'lam.
Label:
Tausiah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Jumaat, 19 Mac 2021
JANGAN MENGHUKUM....
5 SYA'BAN 1442H
19 Mac 2021M
Teringat saya pada satu kisah.
Pada suatu malam, rumah seorang lelaki kaya dimasuki perompak. Banyak hartanya yang hilang dan ahli keluarganya dicederakan, namun masih selamat.
Keesokan hari, seorang 'ustaz' datang menziarahinya. "Mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa kamu. Orang berharta sering lalai dengan hartanya, tidak membayar zakat, tidak mahu bersedekah, tidak memandang mereka yang fakir, kedekut dan asyik mengejar kekayaan. Tuhan mahu membersihkan harta-harta kamu. Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."
Orang kaya yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak henti beristghfar sesungguh hati.
Apa yang si 'ustaz' tidak tahu ialah si kaya itu seorang yang dermawan, cuma dia tidak menghebahkannya. Dia membantu dan membangunkan sebuah perkampungan yang para penduduknya lebih dhaif dan susah. Dia juga membinakan masjid untuk mereka. Banyak lagi kebaikan dan ibadah lain yang dilakukan oleh si kaya tanpa memberitahu sesiapa mengenai aktivitinya itu termasuk kepada pembantu dan rakan-rakannya.
Si kaya hanya memberitahu beberapa aktiviti kebajikan dan sedekah yang dilakukannya kepada penduduk kampungnya sendiri. Penduduk kampungnya pula tidak sedhaif penduduk kampung yang dibantunya. Masjid di kampungnya besar dan dibangunkan atas derma ramai orang kaya di kampungnya juga. Ya, dia menderma sedikit sahaja. Itu pun kerana mahu menjaga hubungan baik dengan penduduk kampungnya.
Selesai men-tazkirah-kan si kaya, si 'ustaz' pulang ke rumah dengan perasaan 'tenang' kerana sudah menjalankan 'tanggungjawabnya untuk berdakwah' dan 'menyampaikan'.
Beberapa hari selepas itu, perompak yang merompak rumah si kaya berjaya ditangkap. Semua harta yang dirompak berjaya ditemui semula dan dikembalikan kepada si kaya. Ahli keluarganya juga sudah semakin sihat.
Si kaya meraikan kesyukurannya dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan menjemput semua penduduk kampung. Dia juga mengadakan jamuan di perkampungan yang dibantunya.
"Syukurlah kamu sudah insaf," kata si 'ustaz' kepada si kaya.
"Terima kasih, ustaz, kerana mengingatkan aku," kata si kaya sambil tersenyum.
"Tak apa. Sudah menjadi tugas aku untuk 'berdakwah'," jawab si 'ustaz'.
Malam itu, rumah si 'ustaz' terbakar ketika mereka sekeluarga sedang tidur. Rumahnya habis hangus menjadi abu. Dia tinggal sehelai sepinggang dan seorang diri. Semua ahli keluarganya meninggal dunia.
Si 'ustaz' merintih. "Ya Tuhan, aku tahu ini ujian-Mu terhadap aku. Aku mahu redha, namun ujian ini terlalu berat untukku. Mengapa aku yang Kau pilih untuk menerima ujian ini?"
Tidak lama kemudian, si kaya menziarahi si alim.
"Aku tahu kau sedang bersedih dan aku tidak akan menambahkan kesedihanmu," kata si kaya. "Aku hanya mahu menyampaikan berita gembira kepadamu."
"Bagaimana pula kau boleh menyampaikan berita gembira ketika aku sedang bersedih?" kata si 'ustaz', jengkel.
"Aku akan membinakan rumah baru untukmu. Buat sementara waktu ini, kau tinggal sahaja di salah satu rumah sewa aku secara percuma sehingga rumah barumu siap. Aku juga sudah mengarahkan pembantuku untuk membawamu menyelesaikan banyak urusan terutama berkaitan dokumen yang sudah hangus. Dia juga akan membawamu membeli semua barang keperluanmu termasuk pakaianmu. Semua belanja itu dan perbelanjaanmu yang lain, akan aku tanggung," kata si kaya.
Si 'ustaz' terkejut dan terus memeluk si kaya. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih dan terharu.
Pada masa yang sama, seorang 'alim' yang lain datang menziarahinya. Si kaya pun meminta diri dan meninggalkan mereka berdua.
Selepas bersalaman dan menyampaikan takziah, si 'alim' berkata, "Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."
Si 'ustaz' yang sedang kesedihan tersentak dan tersentap. Serta merta dia menoleh ke arah si kaya yang sedang berjalan pulang ke rumahnya. Dia teringat semula soalan yang ditanyanya kepada si kaya itu tempoh hari.
Si 'ustaz' menangis keinsafan apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya kepada si kaya. Dalam keterlanjuran itu pun, Allah masih memelihara aibnya dengan mengilhamkan si kaya membantunya, tanpa si 'ustaz' perlu meminta-minta.
"Ya Allah, aku mohon ampun... Ketika aku sangka yang aku sedang berdakwah, rupa-rupanya aku sedang mengadili dan 'menghukum'nya. Ketika dakwahku seharusnya membawa berita gembira kepadanya yang sedang bersedih, ternyata aku hanya menambahkan kesedihannya. Aku sudah faham sekarang. Ampunkanlah aku. Jika ini adalah balasan-Mu terhadap keterlanjuranku, aku redha. Semoga Engkau mengizinkan aku kembali bertemu keluargaku di syurga."
Kawan-kawan.
Kesempitan, kesulitan, musibah, ujian atau apa sahaja kesusahan yang kita lihat sedang dilalui oleh seseorang itu, boleh jadi ujian ataupun balasan Tuhan kepadanya.
Boleh jadi itu ujian yang Allah beri kepadanya bagi menguatkan lagi iman dan pergantungannya kepada Allah.
Boleh jadi juga itu balasan yang Allah berikan kepadanya atas banyak kelalaian dan kesilapan dia kepada Allah.
Tidak perlu kita mengingatkannya yang itu adalah balasan Tuhan atas dosa-dosanya. Tidak perlu juga kita mengingatkannya tentang dosa-dosanya. Tuhan sendiri yang akan 'memberikan' ingatan itu kepadanya. Setiap hati manusia yang beriman pasti akan terdetik sendiri, selagi hatinya masih bersyahadah walaupun secebis.
Sebaliknya, kita pujuk dan senangkan hati mereka dengan mengingatkan mereka tentang kasih sayang Tuhan, yang Tuhan itu Maha Pengampun dan sentiasa akan 'mengejutkan' hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya melalui apa juga cara.
Ingatkan dia yang Tuhan sentiasa akan melepaskan hamba-hamba-Nya daripada apa saja kesulitan selagi kita kembali bergantung kepada-Nya, malah dikeluarkan kita daripada kesusahan melalui jalan yang tidak kita sangka, jika kita bertakwa.
Kita ini sama sahaja dengan mereka. Tidak ada beza langsung.
Lalu, siapa kita mahu menjatuhkan hukum dengan mengatakan 'itu balasan untuk kamu', sedangkan kita sendiri pun punya ujian sendiri yang kita juga tidak tahu apakah itu benar-benar ujian atau balasan Tuhan atas dosa-dosa kita?
Sama ada ujian ataupun balasan, semua itu adalah tanda kasih Allah kepada kita kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Menyintai.
Allah Maha Belas terhadap setiap makhluk-Nya walaupun dalam keadaan si makhluk yang kerap melupakan-Nya. Allah juga Maha Menghukum jika hamba-hamba-Nya masih berdegil dan tetap lalai serta berterusan melanggar setiap larangan-Nya supaya kita kembali mengingatinya.
Jika mahu mengingatkan juga, kita usaha pilih dan guna perkataan dan ayat-ayat yang lebih lembut dan tidak menghukum-hukum. Kita sendiri tidak suka diadili dan dihukum-hukum hanya berdasarkan apa yang orang nampak sedangkan banyak yang mereka tidak tahu tentang kita.
Tegur menegur. Ingat mengingati. Bukan mengadili dan bukan menghukum.
Hanya Allah yang memberi hidayah. Kita menyampaikan sahaja.
'Dakwah' itu ada pada akhlak dan kata-kata kita. Bukan pada hukuman dan amaran yang kita berikan kepada mereka.
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 15 Mac 2021
RUMUSAN KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN (Yang Perlu Diketahui Awam)
1 SYAABAN 1442H
15 MAC 2021M
1. Ada beberapa hadis yang sahih berkaitan bulan Sya’ban, seperti: Nabi SAW banyak berpuasa pada bulan Sya’ban (al-Bukhariy & Muslim), kelebihan berpuasa secara umum pada bulan Sya’ban kerana amalan diangkat pada bulan tersebut (riwayat Ahmad & al-Nasaiy) dan some hukum-hakam puasa sunat pada bulan Sya’ban.
2. Ada juga hadis berkaitan kelebihan bulan Sya’ban dan Nisfu Sya’ban yang dinilai palsu serta tiada asalnya oleh para ulama hadis, seperti hadis: “Sya’ban bulanku” dan hadis Allah mengutuskan malam Nisfu Sya’ban kepada Jibril AS.
3. Hadis kelebihan berpuasa khusus sempena Nisfu Sya’ban juga tiada yang sahih. Manakala jika sekadar berpuasa sunat biasa atau puasa hari-hari putih (13, 14, 15) maka ia digalakkan.
4. Hadis solat khas Nisfu Sya’ban (100 rakaat-setiap rakaat dibacakan 10x surah al-Ikhlas) dinilai palsu oleh ramai ilmuwan hadis, antaranya: Ibn al-Jawziy, al-Dzahabiy, al-‘Iraqiy, Ibn Hajar al-Haytamiy, al-Syawkaniy, dan lain-lain.
Al-Tartusyiy menyebut solat ini diwujudkan pada kurun ke-5h oleh seorang lelaki dari Nablus, Palestin.
Tiada dari kalangan imam 4 mazhab fiqh utama dunia yang menggalakkan solat khas ini, baik Abu Hanifah, Malik, al-Syafi'iy, Ahmad, mahupun ulama-ulama hadis agung lain.
5. Tiada dalil sahih akan kelebihan malam Nisfu Sya’ban baik dari hadis Nabi SAW, mahupun athar para sahabat RA. Hadis dha’if yang diriwayatkan oleh Ibn Majah mengenai Allah mengampunkan dosa hambanya pada malam Nisfu Sya’ban pula tidak menunjukkan sebarang kelebihan khusus malam tersebut, kerana dalam Sahihayn, setiap malam Allah mengampunkan mereka yang memohon keampunan-Nya serta memakbulkan doa yang meminta pada satu pertiga akhir malam, tidak khusus pada malam Nisfu Sya’ban.
6. Sebahagian ahli Syam dari kalangan Tabi’in seperti Khalid bin Ma’dan dan lain-lain dilihat sebagai yang terawal memuliai malam Nisfu Sya’ban ini dengan menambah kesungguhan dalam beribadah padanya.
Ibn Rajab mengatakan ia berdasarkan athar Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut yang sampai kepada mereka (terdapat satu athar dari Nabi Dawud AS namun sanadnya penuh dengan perawi yang tidak dikenali!)??
Namun imam ahli Syam al-Awza’iy mengingkari perbuatan berhimpun di masjid demi meraikan malam tersebut.
Manakala ramai dari kalangan ulama Hijaz yang sezaman dengan ulama-ulama Syam di atas seperti ‘Ata’ bin Abi Rabah, Ibn Abi Mulaykah dan beberapa ashab Malik di Madinah lebih bertegas dengan menegah dari mengistimewakan ibadah pada malam tersebut walau secara bersendirian di rumah.
7. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabi SAW, para sahabat baginda RA & mereka yang mengikuti petunjuk mereka...Wallahu ta'ala a'lam...
Kredit Oleh: Ustaz Dr Kamilin Jamilin - Seni Hadith
Pensyarah USIM
Ahli JK Fatwa Wilayah persekutuan
Label:
Bicara Guru,
Tausiah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Selasa, 9 Mac 2021
SENDIRI???....
25 REJAB 1442H
9 Mac 2021M
Syurga lelaki
pada perempuan iaitu IBU
Syurga perempuan
pada lelaki iaitu suami.
Sehebat-hebat suami
kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat ibu
kena patuh pada suami.
Masa hidup
anak perlukan doa ibu bapa.
Masa mati
ibu bapa perlukan doa anak.
Di dunia
nasab itu pada lelaki.
Di akhirat
nasab itu pada perempuan.
Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumikan jenazahnya.
Setinggi-tinggi ilmu
yang manusia ada.
Dia tetap perlu belajar
daripada seorang guru.
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara.
Pasti yang dirindu adalah keluarga.
Walau sekaya mana pun seorang manusia.
Dia tetap perlu untuk berurusan dengan orang lain...
Seorang General Manager tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa general worker.
Seorang raja tidak berkuasa
tanpa ada rakyat jelata.
Inilah manusia... Lemah.
Walau sehebat mana pun kita di dunia.
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang "Hamba".
Lalu kenapa mahu rasakan
kita adalah yang terbaik dan terhebat???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.
Ingatlah wahai diri ku
dan yang sedang membaca.
Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat... sombong dan merasa dia lebih baik.
Label:
Bicara Diri,
Layankanjer
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 8 Mac 2021
Memori itu INDAH...
24 REJAB 1442H
8 Mac 2021M
Di klinik saya ni, ada sepasang warga emas, umur lebih kurang 70 tahun. Mereka datang setiap bulan untuk ambil bekalan ubat mereka. Dua-dua ada kencing manis dan darah tinggi.
Si isteri tu kecil sahaja orangnya, kurus, tapi kalau bercakap, suaranya kuat macam halilintar. Kecoh bukan main. Kalau jumpa saya, dia menceceh tak henti-henti. Ada saja dia nak cakapkan.
Si suami pula pendiam. Kalau dalam bilik konsultasi dia jarang bercakap. Dia akan berdiri sahaja di samping isterinya. Senyum bila isterinya melawak, mengiyakan bila isterinya bercerita.
Bila sudah agak lama isterinya berborak kosong, nanti si suami akan sentuh bahu isterinya dan mengajaknya pulang dengan berkata begini dengan nada bergurau "OK nanti bulan depan sambung borak lagi."
Si isteri selalunya balas begini "Tolong suruh dia ni makan ubat, doktor. Pemalas makan ubat dia ni. Kalau tak piat telinga, mesti dia tak makan. Dah tua bangka pun kena paksa makan ubat, macam budak kecil."
"OK OK OK, saya janji saya makan!" ujar si suami.
Terhibur tengok gelagat mereka berdua. Masih mesra bergurau walaupun dah berpuluh tahun berumahtangga. Cara mereka bergurau tu seolah-olah macam baru semalam mereka jatuh cinta.
Kalau mereka datang klinik, saya mesti jadi gembira. Tak pernah terlepas daripada datang ambil ubat. Bacaan tekanan darah dan paras gula mereka pun se tiada terkawal. Bagus betul.
Satu hari tu, si suami datang. Dia masuk dalam bilik konsultasi seorang diri. Saya jengah keluar, tak nampak isterinya. Jadi, saya tanyalah dia adakah dia datang seorang. Saya tanya mana isterinya.
Terkebil-kebil dia lihat saya. Saya nampak halkum dia bergerak, dia telan air liur. Hati saya terus jadi tak sedap. Tersekat-sekat tuturnta bila dia beritahu saya bahawa isteri dia dah tiada.
Bilik konsultasi terasa sangat sunyi. Rasa amat janggal. Biasanya hingar hingar, suara si isteri. Biasanya ceria dengan celoteh isterinya. Hari ini semua itu tiada. Hati saya jadi sebak.
Kalau saya pun terkesan, saya tak dapat bayangkan betapa kosongnya jiwa si suami yang menanggung pilu bila insan yang mewarnai hidupnya selama puluhan tahun, tiba-tiba telah tiada bersamanya.
Pasti sukar.
"Ubat saya dah habis. Saya dah janji dengan dia..." kata-katanya tersekat kereta menahan sedu, bila sudah henti sedan, dia sambung "Saya dah janji akan makan ubat."
Saya seka air mata.
Saya tak kata apa-apa. Tak tahu nak cakap apa. Kelu lidah. Teragak-agak nak respon bagaimana. Risau tersalah cakap. Lama juga kami berdua duduk diam membisu begitu.
"Saya yang susah makan ubat, saya yang selalu culas, tapi dia yang pergi dulu" ujarnya tiba-tiba.
Saya dapat rasakan kesedihannya itu, sebelum sempat saya balas apa-apa untuk me tenteramkannya, dia bangun dari kerusi dan terus menuju ke pintu.
"Saya minta diri dulu, doktor." katanya sambil mengesat air mata dengan hujung lengan baju kemejanya.
Lelaki tu beri salam, dan keluar dari bilik konsultasi. Itulah kali terakhir dia datang ke klinik saya. Itu dah dua bulan lalu. Apa khabarnya dia sekarang? Kenapa dah tak datang ambil ubat?
Saya doakan yang baik-baik sahaja buatnya.
Semua pasangan akan hadapi saat ini nanti, termasuk saya. Adakah saya mampu hadapinya? Entahlah. Kalian bagaimana? Dah sedia? Dah manfaatkan masa yang masih ada?
Pada yang masih ada pasangan tu, jangan pernah culas menyintai pasangan kalian setiap hari. Tak usah bila dah tiada peluang meluahkan kasih dan sayang, baru hendak merindui.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Cakar Ayam Seorang Doktor
Label:
Ceritera
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)