Pageviews

Selasa, 22 September 2020

INFINITI

 4 SAFAR 1442H
22 Sept 2020M

• FINITE Vs. INFINITE •

Rahsia Yang Mutlak dan Yang Terhad....
Luaskan rezekimu, 
Dengan menyedari bahawa dirimu adalah bahagian dari Allah yang Maha Kaya.
Kau tidak harus kaya, tidak pula mesti kaya, dan tidak perlu mahu kaya. Kerana aslinya dirimu memang sudah kaya.

Tinggal kau kenali dan SEDARI hubunganmu dengan Allah Yang Maha Kaya.
Jika di level rohanimu sudah kaya, perlahan-lahan status kekayaan itu akan turun dan keluar ke alam fizikalmu.
Buang status miskin dari rohani mu, kerana itu bukan dirimu, itu hanya anggapanmu tentang dirimu, seperti seorang raja yang menganggap dirinya sebagai pengemis hanya kerana dia menyamar jadi pengemis.

Dirimu adalah bahagian dari Dia.....
Jika dia Maha Wujud dan Meliputi Segalanya, maka dirimu juga tanpa kecuali adalah berada dalam liputan wujudNya. Dengan itu kau bahagian dari Dia.

Mustahil dirimu lain dari Dia, kerana jika engkau lain, maka telah ada dua wujud. Ini sangat bertentangan prinsip keEsaanNya. Wajib hanya ada satu wujud, iaitu wujud Dia. Dengan itu, engkau adalah bahagian kecil dari diriNya.

Air laut yang setitis sama masinnya dengan air selautan yang luas. Bezanya hanya pada kadar wujud.
Seperti dirimu, apa yang ada pada Dia harus ada juga pada dirimu. Bezanya hanya pada kadar wujud. Dia wujud mutlak, menyelimuti dirimu yang wujud terhad.
Maka, jika Allah Maha Kaya, dirimu yang bahagian kecil dari Dia adalah wajib kaya.
Kau hanya lupa, ketika dirimu tersarung di jasad tanah ini.
Aktifkan frekuensi kekayaan semulajadi pada dirimu dengan selalu zikir.........

Ya Allah Ya Ghaniyyu.......
Ya Allah Ya Ghaniyyu.......
Ya Allah Ya Ghaniyyu.......
Ya Allah Ya Ghaniyyu.......
Ya Allah Ya Ghaniyyu.......
Ya Allah Ya Ghaniyyu.......

Sehari, seminggu, sebulan, setahun...... Sabar dan istiqamah, waktunya pasti tiba.
Sabar itu pengakhirannya pasti indah.
Silakan share. Its free.
 
Salam cinta dari dasar hati.
... Love no Limit ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan