Pageviews

Khamis, 3 September 2020

Cetusan TAHUN BARU 1442H... Mohon doa dari semua...

 15 MUHARAM 1442H
3 September 2020M

Assalammualaikum wbt...
Aduh... dh terlalu lama berhenti menulis & menge'post' / meng'share' apa pun dlm group ni.. InshaAllah tahun 1442H ni aka tahun baru HIJRAH ni, nk cuba istiqomah balik utk hidupkan blog ni..
Walopun bukan ada peminat @ 4lower pun.. Syok sendiri jer ni... utk ingatan pada diri yg sentiasa jahil ni.. Mg apa yg di post kan menjadi pedoman pd diri dlm perjalanan bertemu dgn NYA.. InsyaAllah..

Ni nk share kisah abah & anak gadisnya..


Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya.Anaknya buka pintu.Belum tidur.


Abah : " Buat apa je belum tidur lagi ?"


Anak : " Tengah ... ( sambil menunjukkan fonnya )


Abah mengangguk faham.Tengah berinternet.

Abah : " Abah nak cakap sikit boleh ?"


Anak tidak mengangguk,tidak menggeleng.Tadah telinga.


Abah : " Sekarang kamu umur 20 tahun,kan ?"


Anaknya mengangguk.


Abah : " Baiklah,dengar baik-baik ni.Abah bukan nak berleter.Cuma nak ajak kamu berfikir.Dalam sehari,ada 24 jam.Ini kira-kira umum abah.Tak exact pun.Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja.Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas.Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan.Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll,update dan melayan kawan-kawan.Tolak campur makan,tidur,letih semua,barulah sedar,kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskah al-Quran yang berada di atas almari.Nampak berhabuk sikit.Anaknya berkerut kening.


Abah : " Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya,kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok al-Quran?"


Anak : " Tapi, abah ... baca sekejap, mengantuk."


Abah : " Baiklah.Kurangkan lagi.Jadi sejam."


Anak : " Sejam ? Lamanya.Seraklah tekak nak baca sampai sejam."


Abah : " Baiklah.Setengah jam."


Anak : " 15 minit bolehlah."


Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.


Abah : " Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup,kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu,tolak solat 5 waktu,sangat-sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk al-Quran tu."


Anak : " Tak faham."


Abah : " Kerja cari rezeki,bergantung pada al-Quran.Belajar,perlu al-Quran.Jodoh,perlu pada al-Quran.Berjaya,perlu al-Quran.Akarnya pada al-Quran."


Anak  : " Hm ... "


Abah : " Rosak akarnya,jangan harap batang,dahan,ranting,daun dan buahnya akan baik.Misalnya,kamu minat soal jodoh sekarang.Andai kamu seorang yang cinta kepada al-Quran,insya Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta al-Quran.Yang baik-baik.Jika kamu jenis tak pentingkan al-Quran,kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu.Kata nak jodoh yang baik-baik.Orang baik,orang yang utamakan al-Quran."


Anak : " Adoilah."


Abah : " 15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat al-Quran.Setahun dapat 365 ayat.20 tahun lagi dapat ? Dah boleh jadi hafizah."


Anak : " Kenapa abah cakap ni semua ?"


Abah : " Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni.

Dulu abah jahil tak kejar al-Quran.Abah tak nak anak abah ikut jejak langkah yang sama."


Anak gadisnya sebak.Peluk abahnya.Minta maaf.Sungguhlah.Lelaki selain abah sendiri hanya mampu berkata-kata manis,berjanji setia.

Namun, abah berkata-kata untuk melihat anaknya di syurga.Insya Allah


Moga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan