Pageviews

Ahad, 10 September 2017

SAYANG hingga SYURGA...

18 DZULHIJJAH 1438H
10 September 2017M
BARAKAH ANAK SULUNG PEREMPUAN. "Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah سبحانه وتعالى Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Diberkati oleh Allah سبحانه وتعالى yang anak pertamanya, anak sulungnya itu ialah perempuan." Dapat Doa Khusus dari Rasulullah ‎ﷺ. Kerana itu Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم, kalau mereka sudah kahwin, mereka memohon kepada Allah سبحانه وتعالى, "Ya Allah, berikanlah anak aku yang pertama perempuan." Kenapa Para Salafus Solehin doa macam itu? Kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah ‎ﷺ. Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah سبحانه وتعالى nak memuliakan apa yang mereka hina. Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir sahaja anak lelaki, Allah سبحانه وتعالى berfirman kepadanya, "Keluarlah dan mudah-mudahan kamu tolong ayahmu." Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah سبحانه وتعالى berfirman kepadanya, "Keluarlah dan Aku yang menolong ayahmu." اللهم صل على سيدنا محمد. Inilah barakah anak sulung perempuan." [Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Salim Al-Jahaf حفظه الله تعالى] Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya' instagram | telegram : @kalam_ulama

Ya Allah...Jadikanlah anakku anak yang solehah. Berikanlah dia bahagia dunia & akhirat. Selamat ulangtahun yang ke-8 sayangku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan