Pageviews

Khamis, 21 September 2017

MUSLIM YNG SUPERB!!!

30 Dzulhijjah 1438H
21 September 2017M


Bila sakit

Ikhtiar Pertama
Solat sunat 2 rakaat dan memohon kesihatan kepada Allah.
Kalau belum sembuh....

Ikhtiar kedua
Baca Al-Fatihah / Surah2 lain, tiupkan pada air minum dengan amalan tambahan :

- Jika badan panas, maka perbanyakkan membaca Selawat ( kerana Selawat sebagai penyejuk )

- Jika badan sejuk, maka banyakkan baca Ayat Kursi.

- Jika sakit yang nampak, maka bacakan Surah Al-Fatihah sambil mengusap-usap dibahagian yang sakit.

- Jika sakit yang tak nampak, maka banyakkan bacaan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas ( Sebagai penolak sihir )
Inilah Ruqyah untuk diri sendiri.
Tapi kalau belum sihat juga, lakukan ikhtiar ketiga.

Ikhtiar ketiga
Bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan penyembuh sakit.
Kalau tidak sembuh juga....

Ikhtiar ke-empat
Memperbanyak Istighfar untuk bertaubat. Sebab Nabi SAW beritahu, bahawa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa-dosa.
Kalau belum sembuh juga...

Ikhtiar ke-lima
Minum Madu dan Habbatussauda.
Kalau belum sembuh lagi..

Ikhtiar ke-enam
Mengambil makanan herbal seperti bawang putih, buah tin, zaitun.
Jika belum sembuh...

Ikhtiar ke-tujuh
Pergi ke Doktor yang Soleh.

Insyaa Allah akan diberi kesembuhan dari Allah..
Percayalah....penyakit yang datang itu sebagai penghapus dosa dan meninggikan darjat disisi Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan