Pageviews

Khamis, 9 Mac 2017

SIFAT 20....

10 Jamadil Akhir 1438H
09 Mac 2017
WUJUD ALLAH wajib ada Wujud kita harus sahaja Wujud ALLAH dapat dirasa Namun ia tak dapat diduga. Ada ALLAH, tiada mula Sejak azali, Dia SEDIA Ada kita diciptakanNya Dari tiada kepada ada. Ada ALLAH, KEKAL sentiasa Tiada yang mengubahNya Ada kita binasa akhirnya Datang dariNya, pulang kepadaNya. Ada ALLAH, TIADA SERUPA Tak berbentuk dan berupa Tak bertempat di mana jua Tidak takluk pada masa. Ada ALLAH, SENDIRI sahaja Tak berhajat pada apa jua Cukuplah Dia dengan DiriNya Bahkan kita yang perlu padaNya. Ada ALLAH, ESA sahaja Tidak berbilang apa pun jua Tidak bersusun dari apa-apa Anak tiada bapa pun tiada. Ada ALLAH, PEMILIK KUASA Kita hanya dikuasa jua Kuasa ALLAH tiada terkira Kuasa kita terbatas jua. Ada ALLAH, KEHENDAK MILIKNya Kehendak kita kehendakNya jua Tiada yang dapat mengatasiNya Pasrahlah kita kepadaNya. Ada ALLAH, ILMU Kita jahil tak tahu apa-apa Dialah yang Maha Bijaksana Semua takdirNya elok belaka. Ada ALLAH, HAYAT MilikNya Tidak mati mahupun binasa Dialah yang kekal jua Lemahlah kita tiada berdaya. Ada ALLAH, DENGAR MilikNya Tiada apa yang sunyi dariNya Tiap kata didengarNya jua Maka berwaspadalah kita. Ada ALLAH, LIHAT MilikNya Tiada dapat selindung dariNya Zahir batin dilihatNya jua Baik buruk pasti dihitungNya. Ada ALLAH, KATA MilikNya Kita makhluk kelulah jua Tiada kata seindah KataNya Al-Quran itu pengzahirannya. Kita hamba lemahlah jua Tiada berdaya, tiada berupaya KepadaNya berpasrahlah kita Baru kita hidup bahagia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan