09 Jamadil Akhir 1438H
08 Mac 2017
Tazkirah untuk pencari ilmu.
العالم يعرف الجاهل، لأنه قد كان جاهلا، والجاهل لا يعرف العالم، لأنه لم يكن عالما
“Orang alim dapat mengenali orang jahil kerana dia dulunya juga jahil. Sedangkan orang jahil tidak mengetahui orang alim karena dia belum pernah jadi orang alim”.
(Al Faqih Wal Mutafaqqih)
Allah SWT berfirman:
يُؤْتِى الْحِكْمَةَ مَنْ يَّشَآءُ ۚ وَمَنْ يُّؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ اُوْتِيَ خَيْرًا كَثِيْرًا ؕ وَمَا يَذَّكَّرُ اِلَّاۤ اُولُوا الْاَلْبَابِ
"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya."
(Al-Baqarah: 269)
Imam yang telah sangat masyhur di tengah kita, Imam Asy Shafie rahimahullah berkata, “Tidak ada setelah berbagai hal yang wajib yang lebih utama dari menuntut ilmu.”
Seorang yang baru belajar sering diuji dengan kesombongan dan keangkuhan dengan ilmunya...
Semakin mendalam dan meluas ilmunya, dengan keikhlasan di hatinya. Tawaduk akan mula bersulam dalam dirinya...
Kemuncaknya, ia akan merasai betapa kerdil dan lemahnya dirinya di sisi Rabbul Jalil...
من كلام إمامنا العظيم الشافعي رحمه الله تعالى :
"وإذا ما أزددت علما --- زادني علما بجهلي"
( ديوان الإمام الشافعي )
Kata-kata Imam Syafie rahimahullahu ta'ala:
"Semakin aku bertambah ilmu, semakin aku tahu akan kebodohanku"
Maka seharusnya kita lebih semangat lagi untuk belajar Islam. Dan belajar itu tidak pandang usia. Samada tua atau pun muda sama-sama punya kewajiban untuk belajar.
Oleh kerana itu, tuntutlah ilmu dan jadilah insan yang berilmu...
Imam Asy Shafie rahimahullah berkata,
مَنْ لَا يُحِبُّ الْعِلْمَ لَا خَيْرَ فِيهِ
“Siapa yang tidak mencintai ilmu (agama), tidak ada kebaikan untuknya.”
Daripada Sa'ad bin Abu Waqqas RA, Sabda Nabi SAW:
"Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak"
(Hadith Riwayat Al-Hakim)
Justeru, banyak-banyakkanlah belajar ilmu, janganlah berhenti belajar ilmu. Baru kita tahu yang kita banyak tak tahu...
Ya Allah, berkatilah umur kami dalam ilmu, amal dan dakwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan