Pageviews

Rabu, 1 Julai 2015

Ulang siar... Agar diri sentiasa beringat..

Assalamualaikum…
HARI INI SABTU 13hb FEBUARI 2010. Hari ini HARI AKHIR ditahun 4706 bagi KALENDAR CINA. Tahun LEMBU akan beralih ke TAHUN HARIMAU pada LEWAT MALAM INI.
ESOK TAHUN BARU CINA..
Esok juga adalah HARI AKHIR bagi bulan SAFAR 1431. Bulan BARU kalendar HIJRAH pun bermula. RABIUL AWAL 1431 bakal memulakan kitaran harinya.
HARI INI 13hb FEBUARI 2010.. Hari ini hari ULANGTAHUN KELAHIRAN ke 32 Master ISMI. Doa saya semoga beliau semakin ‘hadir’ dan segala keindahan juga hadir mewarnai kehidupannya. Seminggu lagi, Master Ismi akan bernikah hatta zaman bujangnya akan berakhir. Saya doakan kebahagiaan dan kemakmuran untuk beliau dan isteri.
Bulan OGOS 2009, Master Ismi dan bakal isteri ada meminta pandangan dan pendapat saya untuk menetapkan TARIKH PERKAHWINAN beliau. Tentunya saya terima permohonan beliau sebagai sebuah amanah untuk mencari TARIKH yang TERBAIK untuk majlis istimewa bagi beliau dan bakal isteri. Makanya, tentulah juga saya perlu meneliti, mengkaji dan ikhtiarkan suatu cadangan tarikh yang secara falak dan hisabnya mampu membawa 1001 kebaikkan (insyaAllah) kepada mereka berdua.
Setelah bermunajat dan memohon pertunjuk Illahi, saya mendapat ‘ilham’ tarikh yang dirasakan sesuai. Lalu saya mula mengkaji dari beberapa aspek menurut logik, numerologi dan hukum alami. Saya kongsikan pandangan dan hasil kajian tersebut. Alhamdulillah, Master Ismi ‘suka’ dan panjangkan usul tersebut kepada kedua belah keluarganya. Kemudian, saya dimaklumkan bahawa usul tersebut diterima dengan hati terbuka.Walaupun saat ini majlis belum berlangsung, saya mendoakan, berharap dan bertawakkal agar segala yang dirancang berjalan lancar dan dirahmati Illahi.
Saya paparkan di sini beberapa sudut pandangan akan mengapa tarikh-tarikh tersebut dicadangkan dahulu. Tujuan saya paparkan adalah atas dasar:
  1. Berkongsi ilmu
  2. Memberi panduan dan contoh kepada yang mendalami ILMU NOMBOR bagaimana mahu aplikasikan ilmu ini untuk mencari tarikh yang baik untuk apa juga majlis yang mahu dibuat.
  3. Memberi IDEA bagaimana mahu memanfaatkan lagi ILMU NOMBOR dalam berbagai sudut aplikasi yang lain, selain mengkaji tarikh lahir.

KAJIAN NUMEROLOGY : TARIKH PERKAHWINAN Master ISMI & Hilda

TARIKH LAHIR MASIHI ISMI : 13 02 1978 Hari lahir : ISNIN (2)
13           02           19           78           =             31 @ 4
4              2              1              6
6              7
4
UMUR PADA 13/02/2010 = 32 @ 5
TARIKH LAHIR HIJRIAH ISMI: 05 R/AWAL (03) 1398
05           03           13           98           =             29 @ 11 @ 2
5              3              4              8
8              3
2
UMUR PADA 05/03/1431 = 33 @ 6
Tarikh lahir masihi Hilda : 03 03 1981 Hari lahir : SELASA (3)
03           03           19           81           =             25 @ 7
3              3              1              9
6              1
7
UMUR PADA 03/03/2009 = 28 @ 1
Tarikh lahir hijrah Hilda : 26 R/AKHIR (04) 1401
26           04           14           01           =             18 @ 9
8              4              5              1
3              6
9
UMUR PADA 26/04/1430 = 29 @ 11 @ 2

CADANGAN TARIKH :

MAJLIS AKAD NIKAH : 18-02-2010 (KHAMIS)

MAJLIS KENDURI KAHWIN (P): 20-02-2010 (SABTU)

MAJLIS KENDURI KAHWIN (L): 21-02-2010 (AHAD)

Analisis:
  • 18-02-2010 = 14 @ 5 (earth).  Elemen yang ISMI KAWAL.
  • 5 (earth) elemen yg KAWAL HILDA. Tarikh nikah dapat mengawal YING : TERBAIK!
  • 5 (earth) adalah elemen yang TIADA dalam NUMEROLOGY ISMI & HILDA. Maka, PERLU CARI no 5 (earth) untuk melengkapkan kehadiran semua elemen.
  • 5 adalah nilai akhir UMUR MASIHI ISMI pada 2010 iaitu 32 tahun (3+2=5)
  • NAMA ISMI memiliki nilai Gt  9+1+4+9 = 23 @ 5
  • 18hb Feb 2010 adalah 5 HARI SELEPAS HARI KELAHIRAN ISMI iaitu pada 13hb Feb 2010.
  • KHAMIS ADALAH HARI KE LIMA dalam seminggu.
  • 5 umpama RUKUN ISLAM! Rukun UTAMA & Mutlak. 5 juga JUMLAH SOLAT. 5 juga RUKUN UMRAH dan 5 juga rukun NIKAH.
  • 5 angka tengah antara 1 hingga 9. Ia SELAMAT, STABIL & SALAM.
  • Secara hisab (insyaAllah secara ruqyah juga), 18-02-2010 adalah bersamaan 05 R/AWAL 1431. MALAM KE 5 untuk bulan MULIA bulan RABIUL AWAL.
  • 05-03-1431 adalah HARI JADI HIJRIAH ISMI!
  • Pada malam tersebut, 05-03-1431 UMUR HIJRIAH ISMI adalah 33 tahun. 33 @ 6. Siangnya umur 32 @ 5 dan malamnya sudah beralih 33 @ 6. Nombor 5&6!! Juga jika dilihat umur masihi = 5 & umur hijrah = 6. Dan 6 umpama RUKUN IMAN & RUKUN HAJI.
  • 5 adalah NOMBOR MINDA SEPARA SEDAR ISMI bagi tarikh lahir Masihi. 6 adalah NOMBOR MINDA SEPARA SEDAR ISMI bagi tarikh lahir hijrah.
  • Jam 12malam 18-02-2010 tarikh beralih ke 19-02-2010 (jumaat). JUMAAT HARI KE 6. Jumlah rakaat solat hari jumaat adalah 15 (solat jumaat 2 rakaat). 1+5 = 6.
  • 19hb simbolik RAHSIA 19 – BASMALLAH & HUWA AWAL (1) & HUWA AKHIR (9). 19-02-2010 = 15 @ 6.
  • PADA 19hb Feb 2010 berlaku NOMBOR CERMIN bagi 2010 iaitu : 1 2 : 2 1 @ 3 : 3 (umur Ismi & tarikh lahir HILDA 3hb Mac)
  • Angka 6 (metal) = WANG & KELUARGA. 2 unsur yang UTAMA dalam PERKAHWINAN. Angka ini muncul sebagai NOMBOR DESTINASI (NOMBOR AKHIR) BILA TARIKH LAHIR ISMI & HILDA DIGABUNGKAN. MENARIKNYA NOMBOR AKHIR INI (6) muncul untuk gabungan TARIKH LAHIR HIJRIAH Ismi & Hilda.
  • Malah, TARIKH PERNIKAHAN 18-02-2010 @ 05-03-1431; kedua-duanya berakhir dengan ANGKA 6 sebagai NOMBOR DESTINASI (NOMBOR AKHIR).
  • 6 adalah NOMBOR MINDA SEPARA SEDAR GABUNGAN ISMI & HILDA bagi tarikh lahir MASIHI & HIJRAH. Rajah Pyramick GABUNGAN TARIKH ISMI & HILDA:
7              5              2              6
3              8
2
{nombor minda: 7+6+2 = 15 @ 6}
Tarikh hijrah:
4              7              9              9
2              9
2
{nombor minda: 4+9+2 = 15 @ 6}
  • NOMBOR ELEMEN 2 muncul bagi MASIHI & HIJRAH. Fakta 2 & 2 umpama TARIKH KENDURI 20hb 2.
  • 05 R/AWAL 1431 @ 05-03-1431 = 17 @ 8. Angka 17 adalah JUMLAH RAKAAT SOLAT. 8 ADALAH ANGKA LENGKAP (TIDAK PUTUS).
  • KHAMIS 18-02-2010 = 14 @ 5 bersamaan  05-03-1431 = 17 @ 8. MAKA, 5 + 8 = 13 @ 4 >>> ELEMEN ISMI. HARI PERNIKAHAN = ELEMEN ISMI.
  • SABTU 20-02-2010 = 7 bersamaan 06-03-1431 = 18 @ 9. MAKA 7 + 9 = 16 @ 7 >>> elemen HILDA. HARI KENDURI PERKAHWINAN (PERSANDINGAN) = ELEMEN HILDA.
  • SABTU HARI KE 7 dalam seminggu. SABTU 20-02-2010 juga nilai Gt-nya 7.  Nama HILDA memiliki nilai Gt : 8+9+3+4+1 = 25 @ 7. (Hari PERTUNANGAN yang lalu iaitu 15-08-2009 juga memiliki nilai Gt 7).
  • SABTU 06-03-1431, sebelah malamnya masuk hari ke 7 di bulan R/Awal.
  • 06-03-1431 = 18 @ 9. TARIKH KELAHIRAN HILDA dalam calendar HIJRAH adalah 26-04-1401 = 18 @ 9.
  • TAHUN 2010 untuk ISMI adalah TAHUN 9 (13-02-2010 = 9) begitu juga untuk HILDA (03-03-2010 = 9).
  • 06-03-1431 secara PETA PYRAMICK dilakar seperti berikut:
06           03           14           31
6              3              5              4
9              9
9
[KEHADIRAN ANGKA 9 : 9 : 9!! juga NOMBOR SAYAP KIRI & KANAN = 9 malah NOMBOR DESTINASI JUGA 9]
  • TARIKH LAHIR HIJRAH HILDA  :
26           04           14           01
8              4              5              1
3              6
9
[perhatikan ANGKA-ANGKA DALAM KOTAK 4 – 5 dan 3 – 6 MUNCUL SECARA TERBALIK DALAM KEDUDUKAN SEBARIS, PADA FAKTA  di atas iaitu 6 – 3 & 5 – 4]
  • AHAD hari PERTAMA dalam seminggu. AHAD 21-02-2010 = 8 bersamaan 07-03-1431 = 19 @ 1. Maka 8 + 1 = 9. HARI KENDURI MENYAMBUT (RUMAH ISMI) = 9 KEMBALI ELEMEN ISMI.  AHAD = 1 tarikh HIJRAH + MASIHI = 9. RAHSIA 19!!
  • 1 adalah NOMBOR MINDA SEPARA SEDAR HILDA bagi tarikh lahir masihi. 9 adalah NOMBOR MINDA SEPARA SEDAR HILDA bagi tarikh lahir hijrah.
  • Tarikh Pernikahan ISMI & HILDA secara HIJRAH adalah di antara TARIKH KELAHIRAN HIJRAH masing-masing. Maka, mudah nak ingat setiap tahun. Tarikh ini juga adalah 7 HARI SEBELUM MAULIDUL RASUL iaitu 12 R/awal setiap tahun Hijrah. Maka, setiap tahun, tarikh-tarikh penting ini bolehlah diraikan berturut-turut iaitu:
  1. Hari lahir Ismi & Hari Ulangtahun PERKAHWINAN =  05hb R/Awal
  2. Hari MAULIDUL RASUL  = 12hb R/Awal
  3. Hari lahir Hilda = 26hb R/Akhir
  4. MALAH, Tarikh Pernikahan ISMI & HILDA secara MASIHI adalah di antara TARIKH KELAHIRAN MASIHI masing-masing. SEKALI LAGI,  mudah nak ingat setiap tahun. Maka, setiap tahun, tarikh-tarikh penting ini bolehlah diraikan berturut-turut iaitu:
    1. Hari lahir Ismi = 13HB FEB
    2. HARI KEKASIH (hahaha!!!) = 14hb FEB
    3. Hari Ulangtahun PERKAHWINAN (nikah) = 18hb FEB
    4. Hari ulangtahun KENDURI PERSANDINGAN = 20hb FEB
    5. Hari kelahiran PN SUE (hahaha!!!) = 20hb FEB
    6. Hari lahir Hilda = 03hb MAC
Tarikh 18-02-2010
18           02           20           10
9              2              2              1
2              3
5
ANGKA 2 – 3 – 5, Rujukan dari Surah 23 AYAT 5 :
“dan orang yang memelihara kemaluannya” – Surah AL-MU’MINUN : 5
Allah berfirman dalam surah ini “Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan & perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang memelihara kemaluannya”. (ayat 1-5)
(surah ini adalah permulaan  JUZ 18, sama macam tarikh 18hb)
Tarikh Hijrah: 05 r/awal 1431
    05           03           14           31
    5              3              5              4
    8              9
    8
    Manakala ANGKA 8 -9 – 8, rujukan dari surah 89 ayat 8 :
    “yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain”
    SEKIAN. FAKTA- FAKTA UNTUK TARIKH PERNIKAHAN ISMI & HILDA. Ianya sekadar sebuah pandangan untuk dikongsikan atas dasar ILMU, bukan bertujuan untuk mendedahkan ‘HAL PERIBADI’ Master Ismi & Hilda. Walaupun hasil setiap konsultasi itu sebenarnya SULIT & RAHSIA, namun paparan ini mungkin JADI PANDUAN ATAU MANUAL berguna untuk mereka yang PANDAI DAN MAHU MENGHARGAI ILMU.
    Wallahualam….
    DOA BUAT MASTER ISMI & HILDA..
    amin…

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan