Pageviews

Rabu, 1 Julai 2015

Dia datang lagi....

14 Ramadhan 1436.
01 Julai 2015.

Assalammualaikum wbt & selamat sejahtera.

Setahun sudah berlalu. Pelbagai duka, suka, gembira silih berganti. Setiap perjalanan itu sudah tentu semua dalam peraturan-NYA. Kita sebagai hamba @ pelakon, hanya melakonkan watak kita dengan berbagai rupa. Terpulang kepada kita watak mana yang kita nak ikut.


Saat ini Ramadhan telah masuk ke Fasa yang ke-2. Telah masuk juga disaat pertengahan bulan Ramadhan. Disaat setiap muslim telah  mula mengambil kisah akan taqwim hijrah walaupun sebelum ini jarang-jarang sangat kita mengikut akan bulan hijrah ini.

Sekadar perkongsian dari FB Dr Mir Hazil Azran Ramli. Moga kita semua mendapat sedikit ilmu untuk bekalan kita bawa ke akhirat.


nisfu itu SEPARUH atau SETENGAH..

hari ini NISFU!
hari ini SEPARUH!
hari ini SETENGAH...!
~titik~
SEPARUH BULAN (half-month)
SEPARUH BULAN atau SETENGAH BULAN (month) itu bukan BULAN SEPARUH atau BULAN SETENGAH (moon).
SEPARUH BULAN (half-month) adalah TITIK TENGAH@SEPARUH perjalanan hari-hari dalam sebulan (29 atau 30hari) perjalanannya. Lalu, ia TITIK TENGAH yang berlaku pada setiap 14hb atau 15hb.
SEPARUH BULAN (half-month) bakal melihatkan wajah BULAN PENUH (fullmoon). RUPA BULAN (moon) adalah BULAT PENUH! Kita namakannya sebagai PURNAMA PENUH!!
Waktu PURNAMA PENUH berlaku - ia TENGAH BULAN.
BULAN (moon) PENUH = TENGAH BULAN (month)!!
keliru?!
ulang baca semula!
BULAN PENUH maknanya TENGAH BULAN >> pun begitu ia BUKAN "TENGAH BULAN" untuk POKET kita kerana KITA SESAT dan SALAH KIBLAT.
KIBLAT POKET kita ikut KALENDAR MATAHARI @ MASIHI (solar). Sepanjang masa, 'WAJAH MATAHARI' kekal BULAT. Tiada SEPARUH-SEPARUH sentiasa PENUH. Tetapi yang PELIK & AJAIBNYA - POKET kita akan MULA KOSONG bila masuk TENGAH BULAN (month) kalendar MATAHARI.
BULAN (moon) PENUH di TENGAH BULAN (month) HIJRAH (KALENDAR ISLAM) adalah MASA ENERGI ALAM SEDANG PENUH. Dalilnya, SANG BULAN (moon) MEMANTUL PENUH CAHAYA MATAHARI KE BUMI. Sinarnya PENUH lalu kualitinya PENUH.
Isi ketam penuh, udang besar-besar, bunga kembang penuh, buah lebih manis, tumbuhan lebih subur dan sebagainya.
lalu... ia MASA UNTUK "REZEKI" PENUH!
TAPI
KITA DIAJAR UNTUK IKUT PETA MASIHI..
dan kita di'tune'kan untuk :
TENGAH BULAN (month) MASIHI = POKET KERING!!
erm..
JAUH KITA SESAT!
--------
BULAN (moon) PENUH iatu SEPARUH BULAN (month) - SANG PURNAMA BERCAHAYA PENUH! Namun, WAJAH YANG KITA LIHAT ini masih SEPARUH!
dalilnya - Dari BUMI ini, KITA TAK PERNAH NAMPAK rupa atau wajah BULAN (moon) di BAHAGIAN BELAKANGNYA! Yang kita lihat selama ini - adalah RUPA / WAJAH yang SAMA yang sentiasa "MENGHALAKAN" WAJAH yang sama itu ke arah BUMI / KITA.
Lalu, miskipun RUPA BULAN PENUH di saat SEPARUH BULAN (month) - kita MASIH BARU LIHAT SEPARUH!
SEPARUH + SEPARUH = barulah PENUH!
tak gitu..?!
BULAN nampak SEPARUH
Bulan SEPARUH itu bulan nampak SETENGAH.
Bulan SETENGAH (halfmoon) tak sama dengan "TENGAH BULAN"! (half month)
BULAN jadi SEPARUH / SETENGAH bila sang bulan ini sedang dalam FASA NAIK atau sedang dalam FASA TURUN. Tepatnya ia adalah TITIK SUKU AWAL (1/4) semasa PERJALANAN AWAL HARI dalam BULAN (month) itu menuju 7hb atau 8hb. Manakala TITIK SUKU AKHIR pula adalah semasa PERJALANAN AKHIR HARI dalam BULAN (month) itu menuju TITIK 3/4 iaitu hari ke 21hb atau 22hb.
BULAN SEPARUH - adalah DALIL ALAM bagi menunjukkan PERJALANAN HARI-HARI dalam sebulan. Ia dicatat dalam KALENDAR LUNAR (moon). Agama ISLAM melalui KALENDAR HIJRAH mengikut sistem peredaran BULAN (moon) ini. Dan ALLAH memilih KALENDAR ini sebagai KALENDAR-NYA.
DALIL:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah DUA BELAS bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya EMPAT BULAN YANG DIHORMATI. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
(At-Taubah 9:36)
4 BULAN HARAAM @ YANG DIHORMATI pada ayat ini merujuki BULAN MUHARRAM, REJAB dan 2 BULAN HAJI. Lalu tentu sahaja KALENDAR yang dirujuki ALLAH ini adalah KALENDAR HIJRAH.
SEPARUH BULAN..
Wajah RAMBULAN menjadi SEPARA @ SEPARUH @ SETENGAH.
2 KALI SEPARUH - suku pertama & suku akhir
SEPARUH + SEPARUH = PENUH!
BULAN juga NISFU, apatah lagi NAFSU!
..................
KINI kita menjelang DETIK ISTIMEWA!
Kini, ia DETIK NISFU SANNAH!!
NISFU SANNAH??!!
NISFU = SETENGAH / SEPARUH
SANNAH = TAHUN
Ia detik SEPARUH TAHUN!
Bukan di kalendar 1436... tetapi di kalendar 2015M
Lalu, ini detik penting!!
DETIK MENJELANG HARI KE 182 iaitu HARI KE SEPARUH UNTUK SETAHUN KALENDAR MASIHI.
Minggu ini adalah minggu ke 27 iaitu sudah SEPARUH dari jumlah 52 minggu dalam setahun berlalu.
Lebih ISTIMEWA.. saat ini PURNAMA BULAN RAMADHAN.
PURNAMA menandakan kita tiba detik SEPARUH @ NISFU @ SEPARUH BULAN. Dan ianya bulan RAMADHAN!
SEPARUH TAHUN di SEPARUH BULAN..
ia istimewa!
RAMADHAN 1436 @ 2015 ada kelebihannya..
ESOK, 01 Julai 2015 hari ke 182... ANGKA 183 akan menyusul.
Pada Al Baqarah ayat 183 ~ Allah menyebut KEFARDHUAN IBADAH BERPUASA!
Pada Al Baqarah ayat 185 ~ Allah menyebut nama RAMADHAN!
apakah 2015 ini kebetulan? Hari ke 183 & 185 nya adalah RAMADHAN??!
pasti ada HIKMAHNYA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan