Pageviews
Rabu, 21 Mei 2014
Penyejuk Mata...
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 19 Mei 2014
Zaujah SOLEHAH...
BEBERAPA PEDOMAN BUAT ISTERI SOLEHAH
Perkahwinan itu adalah satu perkongsian, segala yang haram antara lelaki dan wanita menjadi halal dengannya. Antaranya adalah
persetubuhan yang menjadi salah satu penzahiran kemuncak rasa kasih
sayang dan rindu suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya.
Kerana itu dalam bahasa inggeris, kerjabuat itu dipanggil 'make love'.
Suami yang beriman sentiasa memikirkan beban tanggungjawab dalam
memikul amanah kepimpinan hidup keluarganya. 9 bahagian waktu
digembeling dengan akal buat menyediakan ilmu, mencari nafkah,
keselamatan, perlindungan dan pelbagai tanggungjawab terhadap keluarga.
Hanya 1 bahagian sahaja berbaki untuk melayani nafsunya, terutama
apabila sudah lanjut usianya.
Kemuncak rasa kasih dan rindu
seorang suami yang menyebabkan ia ingin bersama dengan isteri tercinta
itu boleh datang 'tidak semena-mena'. Suami beriman tidak akan melampias
nafsunya kepada wanita lain atau secara mungkar. Sesungguhnya keinginan
itu adalah satu bentuk penghargaan dan merupakan 'hadiah besar' yang
didambakan oleh para isteri juga. Oleh itu, amatlah tidak wajar ia
dibiarkan membazir begitu sahaja.. Isteri yang menolak ajakan suami
adalah munafik, menipu diri sendiri sebenarnya. Munafik itu adalah bahan
bakar, atau kerak api neraka.
Kerana itu, isteri harus sensitif
dengan keinginan suami itu dan sentiasa mempersiapkan diri untuk
‘memikat’ selera sang suami biar apapun rupa dan usianya. Gunakanlah
anugerah 1 akal pada wanita untuk mengatur 9 nafsu yang ada padanya bagi
memikat dan sentiasa menyediakan diri untuk suaminya.
Usaha itu
akan menampakkan keredhaan isteri terhadap suami dan tanda keinginannya
untuk bersama suaminya. Senyuman redha dari wajah isteri adalah
keindahan yang sebenarnya. Keredhaan itu juga yang akan membuatkan wajah
isteri jadi indah berseri dan ceria menawan, biarpun usia sudah tua,
biarpun tubuh sudah kerepot dan banyak spare tyre. Itulah sebahagian
dari rahsia ciri isteri solehah, perhiasan terindah bagi seorang suami
dari awal perkahwinan membawa ke jannah.
Ramai artis dan ratu
cantik yang ayu jelita bercerai tidak berapa ketika selepas bernikah.
Padahal umur masih muda dan wajah masih bergetah. Buruknya wajah mereka
ialah kerana tidak mendapat redha suami, apabila sentiasa dalam keadaan
marah berkerut dan memberontak. Ini kerana tiada manusia yang kelihatan
cantik dan indah ketika 'marah'.
***
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
“Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat
utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah
kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung
kelak. (Hadis Riwayat Ahmad).
"Wanita itu dinikahi karena empat
perkara yaitu karena hartanya, karena keturunannya, karena
kecantikannya, dan karena agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang
punya agama, engkau akan beruntung." (HR. Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim
no. 1466)
"Janganlah kalian menikahi wanita karena
kecantikannya, boleh jadi kecantikannya itu merusak mereka. Janganlah
menikahi mereka karena harta-harta mereka, boleh jadi harta-harta mereka
itu membuat mereka sesat. Akan tetapi nikahilah mereka berdasarkan
agamanya. Seorang budak wanita berkulit hitam yang telinganya sobek
tetapi memiliki agama adalah lebih utama." (HR. Muslim)
“Tiada
faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin selepas bertaqwa kepada
Allah SWT selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia
mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya.
Sekiranya suami bersumpah (berazam), ia memenuhi sumpah suaminya itu.
Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya
dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara
berjimat cermat membelanjakannya. (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya
membalas pandang (kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan
kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka
jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” ( Hadis riwayat
Maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)
”Hak suami terhadap
isterinya adalah isteri tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun
semasa berada di atas punggung unta, tidak berpuasa walaupun sehari
kecuali dengan izinnya, kecuali puasa wajib. Jika dia tetap berbuat
demikian, dia berdosa dan tidak diterima puasanya. Dia tidak boleh
memberi, maka pahalanya terhadap suaminya dan dosanya untuk dirinya
sendiri. Dia tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin
suaminya. Jika dia berbuat demikian, maka Allah akan melaknatnya dan
para malaikat memarahinya sehingga ia kembali dan bertaubat, sekalipun
suaminya itu adalah orang yang alim.” - (Hadis riwayat Abu Daud
Ath-Thayalisi daripada Abdullah Umar)
Sabda baginda lagi,
"seseorang perempuan tidak menunaikan hak Allah SWT sehingga ia telah
menunaikan semua hak suaminya. Jikalau dikehendaki oleh suaminya
sekalipun di atas timbunan duri tidak mencegahkan dirinya.”
"Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kalian yang
menjadi penghuni surga iaitu isteri yang penuh kasih sayang, banyak
anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia
mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya
berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau redha." - (HR. An-Nasai
dalam Isyratun Nisa no. 257. Silsilah Al-Ahadits Ash Shahihah,
Asy-Syaikh Al Albani rahimahullah, no. 287)
"Lihatlah di mana
keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, karena SUAMIMU ADALAH
SURGA DAN NERAKAMU." - (HR. Ahmad 4/341 dan selainnya, lihat
Ash-Shahihah no. 2612)
"… Dan aku melihat NERAKA maka tidak
pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat
kebanyakan penduduknya adalah kaum WANITA. Mereka kufur (durhaka)
terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikan suaminya.
Kalaulah engkau berbuat baik kepada mereka selama waktu yang panjang,
kemudian dia melihat sesuatu kekurangan pada dirimu, niscaya dia akan
berkata: ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu." -
(HR. Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)
>>> SODAQO RASULULLAH S.A.W.<<<
Syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suami, syurga anak pula di
bawah tapak kaki ibunya. Tapak kaki itu merujuk kepada 'langkah' suami
dan ibu yang beriman. Langkah itu yang perlu diikuti untuk menggiring
isteri dan anak ke syurga. Biar apapun alasannya HARAM seorang isteri
berkata 'AH' dan bermasam muka dengan suaminya. Demikian juga seorang
anak terhadap ibubapanya.
(Kredit by Warga Prihatin)
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
IZIN kan Sayang...
RAHMAT DARI AMALAN MEMINTA IZIN
Islam menyarankan budaya syuro dalam cara hidup umatnya. Ada satu surah khusus dinukilkan sebagai ketatapan manual kehidupan berkaitan
syuro. Islam juga menetapkan adab terhadap pemimpin dan ketua (murobbi,
ulil amri) umatnya. Salah satu dari disiplin itu ialah berkaitan izin.
Jika kita perhati betul betul antara punca kecelaruan dalam masyarakat
kita hari ini ialah kerana tiada keberkesanan dalam amalan syuro. Ia
telah berganti debat yang penuh dengan ketegangan. Dari peringkat
parlimen, pejabat, sampailah ke peringkat parti dan NGO, mesyuarat
sering menjadi sangat bercelaru. Nasib tidak baik malah dilihat macam
pasar dan gelanggang tinju jadinya.
Islam melarang kita bercakap
meninggi suara lebih dari ketua dan tanpa terlebih dahulu meninta izin
semasa syuro. Apa yang berlaku dalam mesyuarat kita hari ini adalah
sebaliknya, ramai yang suka meninggi suara lebih dari pengerusi dan
sembrono bercakap tanpa meminta izin dari pengerusi. Adab dalam majlis
sudah lama hilang. Padahal manual hidup selaku orang Islam ada di
tangan dan kita mengaku beriman dengannya. Pengerusi maupun Yang
dipertua Dewan Rakyat sekalipun sering pening kepala dan situasi selalu
sahaja jadi kelamkabut.
Dalam keluarga moden sekarang ini, anak
boleh sahaja keluar masuk rumah, lalu lalang depan ibu bapa tanpa tunduk
hormat maupun sepatah izin dan salam, apatah lagi jika dalam keadaan
krisis. Tanpa sedar, sebenarnya tabiat ini dipelajari dari sikap dan
tabiat isteri/ibu yang juga keluar masuk bilik tanpa izin suami.
AMALAN IZIN MERAPATKAN PERHUBUNGAN, KASIH SAYANG & SALING MENGHORMATI
Suka kami kongsikan tips mudah yang sangat murni jika kita boleh
laksanakan dalam organisasi dan keluarga kita dengan istiqomah. Semua
Warga Prihatin, dari sekecil-kecil anak, ibu-ibu dan bapa-bapa tidak
akan sekali-kali tinggalkan syuro, atau bercakap sesuka hati tanpa
terlebih dahulu mendapat izin dari pengerusi atau muhadhir majlis.
Anak-anak diajar agar sentiasa meminta izin dari abang atau kakak yang
lebih besar, atau penjaga mereka di mana sahaja mereka berada dan dalam
keadaan apa sekalipun. Jika perginya meminta izin, kembalinya pula harus
memberi salam. Amalan ini turut dikemaskan dengan adab melintasi orang
tua dan bersalaman.
Para isteri juga diminta mengamalkan konsep
izin ini untuk mengeratkan kasih sayang. Isteri yang menghormati suami
tidak akan sekali-kali meninggalkan perbicaraan, atau meninggalkan suami
di kamar tidur tanpa terlebih dahulu meminta izin. Ini diamalkan dengan
istiqomah, biarpun sekadar untuk ke dapur atau keluar menjemur kain,
apatah lagi untuk keluar rumah, jemput anak sekolah, ke kedai atau
sebagainya. Dalam izin diselitkan pula pelbagai doa, seruan dan
pesan-pesan.
Amalan menghormati murobbi dan pemimpin seperti ini
adalah cara hidup Islam yang sangat halus dan murni. Jika kita berjaya
menjadikan ia satu budaya dalam keluarga dan masyarakat, nescaya
hubungan sesama kita akan menjadi semakin erat dan berkasih sayang. Rasa
hormat terhadap pemimpin, ketua keluarga atau ketua organisasi kita
akan bertambah. Ahli keluarga dan organisasi pula akan merasa lebih
terpelihara dan dikasihi.
Ada banyak firman dan hadis yang berkaitan. Kami sertakan 2 firman berikut sekadar gambaran sahaja.
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada
bersama-samanya dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka
tidak meninggalkannya sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya
orang-orang yang meminta izin kepadamu mereka itulah orang-orang yang
beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin
kepadamu karena sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu
kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. -
QS:24/62.
Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur balig, maka
hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka
meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. - QS:24/59
“Hai orang-orang
beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis",
maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan
apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah
akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan.”- QS:58/11
***
Amalan mudah ini
adalah salah satu dari hidayah yang harus kita istiqomahkan untuk
mengecapi nikmatnya. Lama-kelamaan ia jadi cara hidup yang apabila tidak
dilakukan, kita akan rasa janggal dan marah.
Inilah falsafah di
sebalik ulangan FATIHAH yang kita baca 17 kali sehari. Itulah hidayah
yang kita pohon dari Allah untuk menambahkan nikmat kehidupan kita
apabila diistiqomahkan. IHDINA AS-SIROOT ALMUSTAQIIM. SIROOT ALLAZINA
AN’AMTA ALAIHIM.. GHOIRIL MAGHDHUBIALAIHIM (Hidayahkan kami
jalan/carahidup yang harus diistiqomahkan, Jalan orang yang telah Dikau
beri nikmat atas mereka. Bukan jalan orang yang dimurkai.)
Cuba
bayangkan anda suami isteri sedang berbual di bilik tidur. Kemudian
isteri minta izin keluar untuk ke dapur, tambah lagi dengan habit
bersalaman, menggenggam erat tangan suami sebelum pergi.
Mahu
indah lagi, isteri cium pula tangan suami dan kucup pipi. Kalau cumbu
mulut, jauh lebih indah lagi. Ini boleh dimeriahkan lagi dengan pelukan
erat dan suami pula macam berat-berat nak lepaskan tangan atau dakapan
isteri yang mahu ke dapur… sempat pula pesan kopi panas dan biskut.. dan
begitulah seterusnya… nikmat dan indah bukan?
Bila nanti ada
sedikit krisis kecil yang biasanya boleh disembunyikan, lalu amalan
mudah itu tidak berjalan, anda sudah tahu masing masing ada masalah,
lalu masing-masing boleh cepat-cepat cari penyelesaiannya. Jika ini
tidak di amalkan, kita sering tidak perasan, atau sering dengan sengaja
menyembunyikan masalah. Tiba-tiba saja ia sudah jadi peperangan bahkan
sampai ke peringkat MAHKAMAH SYARIAH.
Tidakkah itu langkah ke neraka namanya?
Selamat beramal.
(Kredit Kudap hujung minggu
WARGA PRIHATIN)
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Selasa, 13 Mei 2014
Di kala 40an....
13 Rejab 1435.
13052014.
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini.
Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ
أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى
وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى
ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia
berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat
Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan
supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah
kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk
orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan
jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak
kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun
spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah
ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat
tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan
ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka;
telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang
positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk
bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
"Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk
berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang
kepadamu pemberi peringatan?" (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas,
Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud
dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat
tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun. Menurut Ibn
Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang
usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah
dengan bersungguh2. Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam
hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan,
membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu
dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh
pemimpin muncul secara matang pada usia ini.
Bahkan Rasulullah SAW, seperti
yang disebut oleh Ibn ‘Abbas: “Dibangkitkan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun” (HR: Al-Bukhari).
Nabi Muhammad SAW diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu
juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as. Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan-jabatan elit seperti ketua
negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat
sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah
berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto
menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill
Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun. Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa
mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling
menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang
terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama.
Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat
dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ
تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ
تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً
أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ
اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ
تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا
تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى
السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah swt akan
meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60
tahun, Allah swt akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali
(bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk
langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun,
Allah swt akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya.
Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah swt akan mengampuni
dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah swt juga
akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah swt akan
mencatatnya sebagai tawanan Allah swt di bumi." (HR: Ahmad)
Hadis
ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap
penghambaan kepada Allah swt sekaligus konsisten terhadap Islam, maka
Allah swt akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40
tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur
40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang
berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam
suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal
kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya,
maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam As-Shafie tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat.
Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.
Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang
dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali
telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku
sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk
menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku
sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka
mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang
menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah swt.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung
berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada
mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu
perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita
bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika
kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan
kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita
jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad SAW, "Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat
sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali
kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak.
Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan
mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di
akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan
menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Rabu, 7 Mei 2014
Terapi RUQYAH..
08 Rejab 1435.
07 Mei 2014.
Sesi KONSULTASI AURA & TERAPI AURA.
Bagi mengembalikan kestabilan diri anda.
Rawatan ALTERNATIF yang berlandaskan ilmu Tradisional & Islam.
TERAPI RUQYAH bagi yang mahu...
- Jika diri anda merasa kurang bersemangat.
- Jika diri sentiasa tidak sihat.
- Jika ingin mengetahui kekuatan & kelemahan diri.
- Apajua persoalan tentang masalah kesihatan, luaran & dalaman.
Dapatkan SATU sesi Konsultasi dan SATU
sesi Terapi dalam tempoh sepanjang bulan Mei atau Jun ini bersama PAKAR
AURA iaitu "Dr. Mir Hazil Azran Ramli" dengan kadar istimewa RM 99 sahaja!
Dr. Mir Hazil Azran Ramli merupakan
PAKAR AURA & HUMAN BIO-ENERGY yang amat berpengalaman sejak tahun
1999. Ramai yang telah mendapatkan khidmat konsultasi dan terapi dari
beliau. Ramai yang telah SUKSES & SIHAT setelah berjumpa dengan
beliau.
Ini bukan sembang kosong. Tempah temujanji anda segera.
>> Hari Rabu untuk KONSULTASI AURA
>> Hari Khamis untuk TERAPI AURA
Kepada yang berminat boleh smskan NAMA PENUH & HARI pilihan anda ke nombor 017-333 2349 / 017-300 2349 sekarang juga!
Label:
Rawatan
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Isnin, 5 Mei 2014
REJAB 1435 - Kisah NYA bersama hamba NYA
05 Rejab 1435.
05 Mei 2014.
(Kredit FB Mir Hazil Azran Ramli)
05 Mei 2014.
(Kredit FB Mir Hazil Azran Ramli)
REJAB bulan ke 7 taqwim Islam ini KEMBALI!!
Ia BULAN PENUH IBRAH! Penuh HIKMAH!!
REJAB bulan KISAH ISRA' MIKRAJ!!
Maha SUCI ALLAH yang menceritakannya kepada kita di dalam KITAB AGUNG
AL QURAN. Ia bukan kisah biasa.. ia KISAH YANG ALLAH CERITA!
Kisah ISRA' - Allah rakamkan kisahnya pada Surah Isra' - surah ke 17
manakala
Kisah MIKRAJ - Allah rakamkan kisahnya pada Surah An Najm - surah ke 53.
-----------------------
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ
لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam
hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),
yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya
tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah
yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Israa' 17 ayat 1
Sebuah PERENUNGAN:
Nota 1:
Perkataan "ABDIHI" bermaksud "hambaNya". Dalam konteks cerita pada ayat
di atas; kata "Abd" (hamba) ini merujuk kepada Rasulullah dan kata "Hi"
(Nya) merujuk kepada Allah.
Kata "Abd" terbina dari huruf AIN
(huruf ke 18), BA (huruf ke 2) dan DAL (huruf ke 8). Jika kedudukan
huruf hijaiyyah ini dicampurkan : 18+2+8 = 28. APAKAH MAKNA 28?
Kembali menyemak Al-Quran.. surah ke 28 adalah surah "al-Qashash" yang bererti "CERITA-CERITA".
Bukankah Peristiwa ISRA' MIKRAJ itu seumpama CERITA-CERITA. Kisah
CERITA ISRA' dan CERITA MIKRAJ. Kisah cerita JIBRIL & BURAQ, Kisah
Masjidil Haram & Aqsha (yang belum ada pada masa itu), kisah
'gambaran' penghuni SYURGA & NERAKA, kisah Rasulullah SAW &
Rasul-rasul sebelumnya.. serta KISAH RASUL (abd) & ALLAH (Hi)?!
Nota 2:
Surah ke 28 - Surah Al-Qashash - memiliki 88 ayat.
Perhatikan BETUL-BETUL.. surah >> DUA LAPAN >> ayat LAPAN LAPAN.
Sekilas pandang ia seumpama ada 'SIGNAL TERSEMBUNYI' - seolah katanya :
'DUA LAPAN' itu ditulis sebagai 88.
Nota 3:
Sebelumnya kita tahu.. KISAH ISRA' MIKRAJ menemukan kita kepada 2 surah
yang menyebut akan kisah tersebut iaitu kisah Isra' pada SURAH ISRA'
(surah ke 17) ayat 1 dan kisah Mikraj pada SURAH AN-NAJM (surah ke 53)
ayat 6-18.
Jika diperhatikan ANGKA KEDUDUKAN (NAMA) SURAH-SURAH INI - surah 17 & 53.. keduanya memiliki nilai Gt 8 !!!
Iaitu surah 17 >> 1+7 = 8
dan
surah 53 >> 5+3 = 8.
Bukankah ADA DUA LAPAN yang jika ditulis bersama menjadi : 88
kebetulan?
Nota 4:
Surah Al-Israa’ - kata Al-Israa' ini dieja dengan huruf-huruf:
ALIF,
LAM-ALIF,
SIN,
RO,
ALIF &
HAMZAH
Diambil pada ayat 1 yang ada menyebut PERKATAAN ISRAA’ (maksud kata: ‘memperjalankan’).
APABILA DIPERHATIKAN >> di dalam al-Quran, perkataan ISRAA’ pada ayat 1 ini ditulis dengan susunan HURUF:
ALIF… (1),
SIN (12),
RO (10),
YA (30).
(alif maqsurah iaitu ‘ى’ – huruf ya tanpa titik).
Jika dilihat pada JENIS HURUF YANG MUNCUL dan KEDUDUKAN HURUF TERSEBUT dalam susunan huruf hijaiyah:
Kata ISRAA’ memilki nilai 1+12+10+30 = 53
(saya tetap campurkan huruf YA (30) miskipun secara nahu sebutan ia disenyapkan bunyi bacaannya).
Hasil yang diperolehi adalah 53..!!
Tatkala menyemak surah ke 53 di dalam al-Quran.. kita akan bertemu SURAH AN NAJM!!
Bukankah tadinya kita sedang bicarakan kisah ISRAA' & MIKRAJ? Dan
bukankah kisah itu ALLAH ceritakan kepada kita melalui 2 surah yang
menyebut akan kisah tersebut iaitu kisah Isra' pada SURAH ISRA' (surah
ke 17) ayat 1 dan kisah Mikraj pada SURAH AN-NAJM (surah ke 53) ayat
6-18.
Tadi dari surah 17, kemudiannya membawa kita ke surah 53!!
Nota 5:
Kata ISRAA’ memiliki nilai 53. Kata Israa’ ini diambil pada ayat 1
dalam surah Al-Israa yang merujuk kepada “MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI”.
Tatkala menyemak surah ke 53 di dalam al-Quran.. kita akan bertemu
SURAH AN NAJM!!
Kata “NAJM” membawa bermaksud “BINTANG”!!!
Tentulah PERJALANAN MALAM HARI itu dihiasi BINTANG!
kebetulan?
Nota 6:
Sebentarnya tadi kita tiba ke surah ke 53 - an Najm. Kata NAJM yang bermaksud BINTANG dieja dengan HURUF:
NUN (25),
JIM (5) &
MIM (24).
Nilai ini jika dimampatkan iaitu 25+5+24 = 54.
Sekali lagi, seperti KAEDAH TADI.. kata ISRAA dengan nilai 53 menemukan
kita dengan SURAH ke 53 iaitu surah NAJM yang bermaksud BINTANG.. ,
kali ini kata NAJM dengan nilai 54 membawa kita ke SURAH KE 54 iaitu
SURAH AL-QAMAR!!!
QAMAR bermaksud BULAN!!
Tentulah BULAN
& BINTANG & MALAM amat SINONIM!! Tentunyalah PERJALANAN ISRAA’
(diwaktu malam) baginda RASUL itu di HIASI BINTANG & BULAN!!
…apakah ini semua kebetulan…
Nota 7:
Seterusnya, jika KATA NAJM (54) menemukan kita SURAH 54 – AL-QAMAR. Perkataan QAMAR iaitu :
QAF (21),
MIM (24) &
RO (10)
memiliki jumlah: 21+24+10 = 55!!
Lalu ia membawa ‘KEMBARA’ kita ke Surah seterusnya iaitu SURAH KE 55 yakni Surah AR-RAHMAN.
dari 17 ke 53 kemudian ke 54, dan kini ke 55!
KEMBALI KE PERBINCANGAN TENTANG PERKATAAN "ABDIHI" pada ayat 1 surah
Al-Isra' di atas (nota 1). Huruf 'HA' adalah huruf ke 27 dalam susunan
huruf hijaiyyah. Lalu kehadiran huruf 'HA' (sebagai "HI" yang merujuk
kepada 'NYA' @ Allah, tadi) pada KATA "ABDIHI" menjadikan JUMLAH
PERKATAAN 'ABDIHI' sebagai: 18+2+8+27= 55.
55?!
Dan tatkala menggunakan kaedah yang sama seperti sebelumnya.. angka 55 MEMBAWA KITA BERTEMU KE SURAH AR-RAHMAN!!
kebetulan??
Nota 8:
Bukankah ISRA' & MIKRAJ itu adalah SEUMPAMA sebuah CERITA-CERITA
yang MENGHIBURKAN RASULULLAH. Seumpama TERAPI BUAT RASULULLAH S.A.W.
setelah CERITA KESEDIHAN kerana kematian Isteri & Bapa saudara
baginda. Tak kurang juga akan KISAH-KISAH SUKAR berdakwah hampir 10
TAHUN PENUH RINTANGAN di Mekah!!
Bukankah CERITA-CERITA (dalam
Isra' Mikraj) itu HADIR DARI KEKASIHI HAMBA-NYA iaitu ALLAH yang Maha
PEMURAH (Ar-Rahman) - BUKTI KASIH ALLAH dan MAHU MENGHIBURKAN KEKASIHNYA
- MUHAMMAD.
Allah lalu menjemput RasulNya ini untuk NAIK ke RABBUL-ARBAB bagi PERTEMUAN "MATA KE MATA" @ "HATI KE HATI" bertemu AR-RAHMAN.
Itulah KASIH yang MAHA KASIH.. menjadikan CERITA-CERITA ISTIMEWA untuk KEKASIHNYA.
Nota 9:
Seperkara yang MENARIK pada SURAH AR-RAHMAN yang membezakannya dengan
SELURUH 113 SURAH YANG LAIN di dalam AL-QURAN adalah: KEHADIRAN AYAT
YANG DIULANG-ULANG!!
Seumpama NOMBOR SURAH ini iaitu 55 (LIMA-LIMA) - angka sama yang diulang-ulang!!
Pada surah ini - ayat ke 13 -
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
ayat ini DIULANG-ULANG SEPANJANG SURAH INI SEBANYAK 31 KALI!!!
[KEBETULAN?? ayat 13 diulang sebanyak 31 kali]
Seolah ALLAH MENYOAL dan MENYOAL berulang-ulang kali UNTUK KITA
ULANG-ULANG LIHAT dan PERHATIKAN akan kenyataan & hakikat PERIHAL
"NIKMAT" TUHAN yang sering kita lupa SYUKURI dan SERING KITA DUSTAKAN
(akibat BUTA HATI @ HIJAB tidak melihat 'nikmat' yang diberiNya)
SEOLAH BERCAKAP DENGAN ORANG "PEKAK & BUTA".. MAHA SUCI ALLAH..
ULANG dan ULANG dan ULANG dan ULANG.. kata “Maka nikmat Tuhan kamu yang
manakah yang kamu dustakan?” berkali-kali sebanyak 31 KALI!! bukan 3
kali!!! bukan 4, bukan 5.. bukan 10 tapi 31 KALI!!!!
Nota 10:
MENARIK untuk diperhatikan, JUMLAH "ULANGAN AYAT" 31 kali pada surah Ar
Rahman ini membawa KEMBARA kita kepada SATU-SATUNYA SURAH SEPANJANG AL
QURAN YANG MEMILIKI 31 AYAT iaitu Surah Al-Insaan (MANUSIA) - surah ke
76.
Kata INSAAN digunakan dalam Al-Quran bagi merujuk kepada
MANUSIA secara TOTAL meliputi JASMANI & RUHANI. Bukan satu bahagian
sahaja seperti sekadar tubuh atau sekadar ruh.. INSAN @ MANUSIA itu
adalah GABUNGAN UNSUR FIZIK & JIWA (ROH).
Lalu,
APA MAKLUMAT INI untuk kita....??!!
apa kena mengenanya dengan TOPIK ini?
MAHA SUCI ALLAH..
Seawalnya KITA BICARA SOAL ISRA' MIKRAJ yang membawa kita ke ayat 1
surah Al-Isra' yang ada kata "ABDIHI" yakni HAMBA-NYA. Hamba tersebut
adalah Baginda Rasul - Muhammad SAW dan kata "NYA" tersebut adalah ALLAH
SWT.
Selanjutnya KITA DIFAHAMKAN dengan "CERITA-CERITA"
(Al-Qashash) yang seterusnya membawa kita ke Surah AR-RAHMAN yang
seterusnya pula menemukan kita dengan ayat 13 diulang 31 kali, yang
akhirnya menemukan kita pada SURAH AL-INSAAN..
tidakkah IANYA
SEUMPAMA SEBUAH PENERANGAN - BAHAWA 'ABD' (Muhammad SAW) itu PERGI
MENGADAP AR-RAHMAN (ALLAH) dalam peristiwa ISRA' MIKRAJ dalam FORMASI
SEORANG "INSAN" (manusia)!!
Ianya BUKAN 'mimpi".. bukan FANTASI (MINDA).. bukan IMIGINASI (minda).. bukan KHAYALAN perasaan (emosi)..
BUKAN REKAAN RASUL seperti yang difitnahkan!!
Perjalanan itu BUKAN MAINAN ALAM ROH TANPA KEHADIRAN JASAD pada SESI "ISRA' & MIKRAJ' tersebut...!!!
Lalu, bukankah AL-QURAN telah menjawab PERSOALAN-PERSOALAN
(CERITA-CERITA) KONTROVESI, SENSASIONAL, MISTIK akan peristiwa agung
ini??!!
Ramai yang INGAT, Rasul DIBERIKAN pengalaman METAFIZIK semata.. BUKAN PENGALAMAN REALISTIK!!
HAKIKATNYA.. Rasul melalui PERISTIWA ISRA' MIKRAJ itu sebagai satu SET INSAAN PENUH yakni FIZIK & ROH.
[Wallahualam....]
Nota 11:
PERISTIWA ISRA' disebut kisahnya di dalam AL-QURAN pada SURAH 17 ayat
1. Manakala kisah MIKRAJ pada SURAH 53 ayat 6-18. Kemuncak KISAH MIKRAJ
terdapat pada ayat 14 PADA KATA 'SIDRATIL MUNTAHA' yang merupakan
DESTINASI akhir peristiwa Mikraj.
Dari kedua fakta KOORDINAT
ANGKA ini kita mendapat PERTUNJUK ANGKA untuk diselidiki @ kaji; yakni
angka 1 (dari ayat 1 Surah 17 - Al Isra') dan angka 14 (dari ayat 14
surah 53 - An Najm).
Kita MAKLUM bahawa ISRA' & MIKRAJ itu
adalah DUA ACARA dalam SATU MALAM iaitu PERJALANAN MALAM dari Masjidil
Haram ke Masjidil Aqsha & perjalanan NAIK dari Masjidil Aqsha KE
SIDRATUL MUNTAHA, semuanya DALAM SATU MALAM.
Dari petunjuk angka
tadi: ISRA' - pada ayat no 1 dan MIKRAJ - pada ayat no 14, maka TATKALA
menyusun angka ini SEBARIS (seumpama perjalanan bermula dari Isra'
kemudiannya Mikraj) :
1 & 14..
tersusun SEBARIS sebagai >> 114.
Bukankah 114 itu merujuki JUMLAH SURAH AL-QURAN!
kebetulan??
Nota 12:
Angka 114 ini mengingatkan kita KEPADA JUMLAH SURAH DALAM AL-QURAN yakni SEBUAH AL-QURAN!!
Dalam konteks perbincangan ini, seolah MESEJNYA - PENJELASAN KISAH ISRA' MIKRAJ itu ada di dalam AL-QURAN!!
Bukan BUKU INSAN! Bukan cerita dari Rasul melalui kata-kata baginda (hadis).
MALAH, Rasulullah disebut juga sebagai "AL-QURAN HIDUP @ BERGERAK"...
lalu 114 = AL QURAN = MUHAMMAD.
Susunan ayat 1 & 14 dari koordinat kata ISRAA' & MIKRAJ tadinya
yang kita susun sebaris menjadi 114 ini seolah merujuki "MUHAMMAD"!
Bagindalah 'ABDIHI' yang melalui kisah ISRAA' MIKRAJ tersebut!
kebetulan?
Nota 13:
Angka 114 membawa kita ke surah 114 iaitu Suraj An-Naas yang bermaksud MANUSIA.
SURAH MANUSIA!!
Adakah KEBETULAN.. sebelumnya kita bicarakan SOAL INSAAN (dari surah ke
76) dan selanjutnya diskusi ini menemukan kita kepada surah MANUSIA;
yang kedua kata itu (INSAN & MANUSIA) adalah SINONIM.
Dalam
konteks perbincangan kita ini, ianya merujuk kepada kata "ABD" @ HAMBA
iaitu MUHAMMAD SAW sebagai WATAK UTAMA kisah Isra' Mikraj ini.
KEBETULANKAH??!!
Cuba kita bayangkan.. jika kata SIDRATUL MUNTAHA - sebagai KEMUNCAK @
DISTINASI Mikraj - bukan berada di ayat 14 ; petunjuk atau kembara kita
tentunya membawa kepada sesuatu yang lain yang kelak tidak nampak
"KESINAMBUNGANNYA" sebagai KESEIMBANGAN & KESEMPURNAAN penyusunan
AL-QURAN 114 SURAH INI.
maka.. adakah ini semua kebetulan??
Nota 14:
Selanjutnya, saya ingin membawa PERHATIAN pembaca budiman yang masih
TEKUN meneliti kajian ini terhadap JUMLAH SISIHAN & CAMPURAN angka 1
& 14 tersebut tadi.
Tatkala kita CAMPURKAN kedua angka 1 & 14 ini iaitu:
1+14 = 15
angka 15 membawa kita ke Surah Al-Hijr yang memiliki 99 ayat.
PERHATIKAN SATU LAGI KEBETULAN INI..
Surah 15: 99 ayat >> 15 + 99 = 114 !!!
Dan tadinya kita maklum Surah 114 adalah Surah AN-NAAS (MANUSIA)
masih kebetulan?
Nota 15:
Tatkala kita SISIHKAN pula kedua angka ini iaitu:
14 - 1 = 13
angka 13 membawa kita ke Surah Ar-Ra'ad (GURUH/PETIR).
Kata Ar-Ra'ad mempunyai erti yang hampir sama dengan kata "BARQUN" yang kata dasarnya adalah "BURAQ".
Dalam perbincangan perihal ISRA' & MIKRAJ ini, kita maklum bahawa
KEMBARA RASUL adalah bersama Jibril dan menaiki BURAQ yang kepantasannya
seumpama PETIR (ar-Ra'ad)..
suatu lagi kebetulankah??!!
Perhatikan kembali..
AN-NAAS (MANUSIA) &
AR-RA'AD (GURUH/PETIR)..
SEKALI LAGI.. fakta ini seolah menceritakan HAKIKAT BAHAWA - Muhammad
SAW PERGI MENGADAP AR-RAHMAN (ALLAH) dalam peristiwa ISRA' MIKRAJ dalam
FORMASI SEORANG INSAN @ MANUSIA melalui PERJALANAN SEPANTAS KILAT!!
ianya BUKAN MIMPI baginda.. bukan juga FANTASI.. bukan IMIGINASI..
bukan KHAYALAN perasaan.. BUKAN MAINAN ATAU REKAAN.. BUKAN KEMBARA ALAM
ROH TANPA JASAD...!!!
Nota 16:
ASAS DISKUSI ini adalah untuk
MEMPERLIHATKAN KEHEBATAN ATURAN & SUSUNAN serta KESEIMBANGAN dalam
KEMUKJIZATAN AL-QURAN. Manakala dalam konteks ISRA' MIKRAJ pula..
diskusi ini MAHU MEMARTABATKAN SYARIAT SOLAT dengan meneliti sirah yang
berkaitan PERINTAH SOLAT kepada kita.
Nota diskusi ini dimulai
dengan mengambil PETIKAN AYAT 1 Surah Al-Isra' seperti di atas. Awal
diskusi ini memberi tumpuan kepada kata "ABDIHI" pada ayat tersebut.
Hanya melalui satu perkataan ini sahaja.. kembara kita telah membongkar
beberapa FAKTA (yang kepada sesetengah SKEPTIK adalah KEBETULAN) menarik
dan membuktikan KEMUKJIZATAN AL-QURAN dan Peristiwa ISRA' MIKRAJ itu
sendiri.
Kini, saya ingin membawa perhatian kita kepada KATA
AL-HARAM dan AL-AQSHA sebagai DUA LOKASI UTAMA perjalanan ISRA' yang
disebut dalam surah ini.
Kata Al-Haram di EJA dengan: ٱلۡحَرَامِ .
Sepertimana sebelumnya, nilai-nilai huruf hijaiyyah bagi huruf-hurufnya dicampurkan iaitu:
ٱلۡ - huruf ke 31
حَ - huruf ke 6
رَ - huruf ke 10
ا - huruf ke 1
مِ - huruf ke 24
Total >> 31+6+10+1+24 = 72.
Manakala Kata Al-Aqsha di EJA dengan: ٱلۡأَقۡصَا .
Sepertimana di atas, nilai huruf-huruf adalah:
ا - huruf ke 1
لۡأَ - huruf ke 28 (lam aliff)
قۡ - huruf ke 21
صَ - huruf ke 14
ا - huruf ke 1
Total >> 1+28+21+14+1= 65
DARI FAKTA DI ATAS... AL-HARAM @ NILAI 72 manakala AL-AQSHA @ Nilai 65.
Kita sebelumnya MAKLUM bahawa kita membicarakan LOKASI ISRA' antara DUA
MASJID iaitu AL-HARAM (72) ke AL-AQSHA (65).
laksana sebuah PERJALANAN..
susunan 72 ke 65 (susunan menurun) akan terlihat sebegini:
MULA [72] > 71 > 70 > 69 > 68 > 67 > 66 > [65] AKHIR.
(ada 8 tapak angka)
SEKIRANYA DICAMPURKAN ANGKA-ANGKA DI ANTARA TITIK MULA & AKHIR (6 tapak angka) iaitu:
71+70+69+68+67+66 = 411.
BUKANKAH ANGKA 411 itu umpama CERMIN KEPADA angka 114 (seperti yang telah disebutkan tadi)??!!
Bukankah surah 114 adalah surah An-Naas yang bererti MANUSIA, yang pada
konteks diskusi ini seolah menceritakan 'MANUSIA' itu (Rasulullah saw)
telah ISRAA' dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha.
DARI FAKTA DI
ATAS.. jarak antara kedua masjid tersebut secara kiraan nilai huruf
melalui namanya adalah 72 & 65. Dan bila direntangkan urutan menurun
- jaraknya adalah berjumlah 411 yang jika diterbalikkan angkanya
menjadi 114!!!
KEBETULAN ??!!
NOTA KE 17 (akhir):
Hari ini 01 REJAB 1435H. Rejab sudah bermula. Rejab adalah BULAN HARAAM
(yang dihormati) ke 2 dalam Kalendar Hijrah (ada 4 semuanya - Muharram,
Rejab, Dzul Qaedah & DzulHijjah). Rejab bulan yang ISTIMEWA!
Nama ReJaB terbina dari 3 huruf arab:
‘ro’ (R),
‘jim’ (J) &
‘ba’ (B).
Rejab mengimbau kembali akan kisah Isra’ Mikraj – kisah:
R: RASUL &
J : JIBRIL naik
B : BURAQ… (R-J-B)
REJAB BULAN ISRA’ & MIKRAJ. Peristiwa ISRA’ mengingatkan kita akan
KISAH ISRAA’ iaitu PERJALANAN MALAM HARI RASUL bersama JIBRIL menaiki
BURAQ dari MASJIDIL HARAM ke MASJID AQSA .
Manakala Peristiwa
MIKRAJ mengingatkan kita akan kisah RASUL NAIK KE LANGIT LAPISAN DEMI
LAPISAN SEHINGGA KE SIDRATUL MUNTAHA serta cerita IJAZAH SOLAT. Allah
sebut kisah-kisah ini di SURAH AL-ISRA’ ayat 1 serta di SURAH AN NAJM
ayat 6-18.
REJAB.. Pada susunan HURUF HIJAIYAH,
Huruf RO adalah huruf ke 10,
huruf JIM adalah huruf ke 5 dan
huruf BA adalah huruf ke 2..
Digabungkan; 10+5+2 = 17!!
Solat sehari-semalam 5 waktu terbina dengan 17 rakaatnya dan surah
al-Isra’ ADALAH SURAH KE 17, malah peristiwa ini dikatakan berlaku pada
bulan REJAB yang juga memiliki nilai eja 17!!!
Kebetulan…?
Tidak!!
Ia adalah kesempurnaan SUSUNAN dari Yang maha Pengatur.
Wallahualam!
[Disclaimer: Saya FAKIR bukan mahu memandai-mandai menafsir - namun,
termanggu melihat KEBESARAN ILLAHI melalui INDAHNYA SUSUNAN atas SEGALA
SESUATU.
Yang terang dan yang tersembunyi
Firman Allah:
"Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang
tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat
Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi
ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang
maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut
kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam
hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa
yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari
Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak
ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan
Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya
dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu
datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran
dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Allahuakbar!!!
* "Allahu Rabbi....
Ampunilah dosaku ini. Perbaikilah amalanku ini. Berkatilah diriku di dalam bulan Rejab & bulan Sya'ban dan sampaikanlah ku di bulan Ramadhan."
Label:
Bicara Guru
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)