Pageviews

Isnin, 27 Februari 2017

KEAJAIBAN 7...


30 Jamadil Awal 1438
27 Februari 2017

Sekadar perkongsian...

Kehidupan yang kita lalui sepanjang ini tidak pernah terlepas dengan nombor / angka. Plate kereta kita, motor kita, rumah kita, no henpon kita semua tidak terlepas dengan no... waima umur kita juga. setiap tahun umur kita akan meningkat...tahun ke tahun..

Pasti ianya adalah hikmah yang Allah simpankan. Buat yang ingin mengetahui & mencari sahaja akan dapat jawapan malah dapat menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan akhir zaman yang penuh dengan fitnah....

Secara sedar @ tidak...kehidupan kita ini berkisar dengan SIFIR 7.

7 x 1 = 7
Ketika umur kita 7 tahun,  kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam kita sentiasa ingin bermain. Kita belum kenal  dosa pahala dan kita belum terlintas untuk berfikir tentang masa hadapan.

7 x 2 = 14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Sentiasa protes, bangkang & ingin pandangan & suara kita didengari. Kita banyak memberontak dan kadang2 kita degil. Kita rasa kita yang selalu betul.

7 x 3 = 21
Meningkat kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh pada zaman sekolah menengah. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang hebat2, kita berasa cemburu. Mula terasa rugi kerana membiarkan peluang masa belajar dahulu dipersiakan.

7 x 4 = 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Mencari sumber kewangan untuk membina masa depan yang lebih senang.

7 x 5 = 35
Mula untuk membina keluarga. keinginan semakin bertambah...Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya. Ingin mencapai kepuasan dalam kehidupan..Ini bukannya lagi masa untuk berehat. Saat ini saat yang genting. Kita terus berlumba untuk mengumpul harta selagi termampu.

7 x 6 = 42
Kita terpaksa akur tatkala memasuki fasa 4 series ini . Bahawa bila usia semakin meningkat, diri semakin lemah, kekuatan semakin berkurangan. Penyakit dah mula datang. tapi diri masih lagi terus bersemangat untuk mengumpul harta & mencari kepuasan dalam kehidupan.

7 x 7 = 49
Akhirnya kita mula sedar bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak lagi bermakna jika tahap kesihatan yang tidak mencapai tahap maksima. Pada masa ini penyakit semakin parah, darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain telah mula memikat kita. Masa inilah kita mula menyesali kerana terlalu sibuk dengan kerjaya & harta sehingga lupa untuk kitamenjalani kehidupan yang sihat....kena bersenam, jaga pemakanan, jaga kerehatan....

7 x 8 = 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita rasa sudah memiliki semua impian...segala yang kita kehendaki telah tercapai....akhirnya kita mula sedar sejkali lagi bahawa sekali lagi perkara yang sangat2 penting dalam kehidupan ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah besar & ada yang sudah berkahwin dan masing2 mempunyai kehidupannya sendiri. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna buat kita. Rumah hanya sekadar besar tapi kosong sunyi sepi.

7 x 9 = 63
Namun kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 6 series, kita kembali sedar bahawa kehidupan ini perlu dibekalkan dengan amal ibadat. Kerana ianya hanyalah perjalanan yang jauh & kita perlukan bekalan untuk kita bawa ke alam yang kekal abadi iaitu akhirat. Segala kemewahan dan kebendaan didunia ini tidak lagi bermakna buat kita. Jiwa sedikit demi sedikit kembali kepada fitrah.. Nak ke masjid, surau, kaki dah tak larat untuk melangkah. Diri dah mula lemah. Terbaring sahaja di rumah. Malaikat Izrail bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Kubur pula semakin melambai2 kepada kita.

Mujurlah Allah masih lagi membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon. Selagi nyawa masih dikandung badan. Bertaubatlah....Kembalilah kepada Allah & RasulNya...Berbuatlah kebaikan & istiqomah dalam perjuang ISLAM...

Kenapa ianya hanya berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita sebagai umat Nabi Muhammad saw diberikan umur hanya sekitar ini sahaja. Jika ada yang melangkaui umur tersebut, berkemungkinan dah nyanyuk, dah terlantar sakit, dah tak mampu beribadah dengan sempurna & ianya hanyalah bonus...untuk kita sentiasa, terus memohon keampunan daripada Allah A'zza Wajalla.

Demikianlah kitaran kehidupan kita. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa & dewasa akan menjadi tua dan akhirnya akan melangkah ke usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan.

Allah berfirman :

"Demi Masa....Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian....Kecuali orang2 yang beriman & mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran...."

Perlu diingat.... Berapa ramaikah yang hanya setakat sifir 1 & setakat pertengahan sifir sahaja. Ajal maut tidak menjemput kita pada usia tua sahaja...

Jadi...buat kenalan yang mengenali diri ini & yang sudi singgah membaca blog saya ni...INGATLAH!!!

■ Hidup kita ni hanya sementara. Kejarlah akhirat sebelum kita tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. carilah bekalan didunia untuk kesenangan kita di akhirat kelak.

■ Umur yang kita kecapi hari ini adalah anugerah dari Allah semata2. Kita insan yang terpilih untuk lahir ke dunia ini dari berjuta2 sperma yang lain.  

■ Hargailah masa dengan mengingati Allah. Carilah kuliah2 @ majlis2 ilmu untuk bekalan kita dalam menjalani ibadah. Jangan jadikan ibdah kita hanya ikut2...Setiap amalan perlu degan ilmu... Walau ditangga mana pun kita sekarang, janganlah menangguhkan amal kebaikan kerana ajal  maut itu misteri buat kita. Jika ia datang, pasti tidak akan cepat @pun lewat sesaat.


Khamis, 16 Februari 2017

1438H - 2017M.. Setahun lagi

Alhamdulillah...


Telah sekian lama tidak beraksi di blog ni.. Allah masih memberikan peluang pada diri untuk bertaubat & tak dinafikan diri masih lemah untuk istiqomah.. Moga Allah sentiasa menjaga diri hamba yang semakin tua..


Tahun 2016 telah memberikan nafas baru dalam kehidupan hamba. Di amanahkan untuk mengurus tadbir Masjid Seksyen 7 Shah Alam. Perjuangan dakwah harus diteruskan. Perjalanan masih lagi jauh selagi sisa nafas masih lagi dikurniakan oleh Allah. Mungkin ianya rezeki dari anak-anak, doa isteri atau doa dari kenalan yang mengenali diri hamba..

Mohon doa dari sahabat, rakan & teman semua agar diri diberikan kekuatan dalam membangunkan rumah Allah ini.

Tanggal 13 Februari 2017 yang lalu, genaplah usia hamba 39 tahun mengikut kalendar gregorian.. Tapi jika mengikut TAQWIM HIJRAH, diri hamba telah memasuki 4 series. Jadi bagi tahun 1438H & 2017 telah bermula fasa baru bagi hamba yang baru nak meniti kehidupan dunia ini. Kadang kala diri ini tewas untuk mengabdikan diri pada Pencipta. Kadang kala diri lalai & leka dalam urusan duniawi. Allah teruskan mengetuk diri hamba agar sentiasa mengingati tujuan sebenar kehidupan ini.



Tahun 2016 juga telah memberikan keceriaan dalam kehidupan kami sekeluarga dengan kehadiran baby baru.. Disaat Nisf Sannah 29 Jamadil Akhir 1437 / 8 April 2016, hari yang penuh barakah, hari Jumaat.. Dia keluar memberikan kami kegembiraan buat kali ke3.. Muhammad Al-Fatih. Moga menjadi anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapa..

Rabu, 16 Disember 2015

CINTA Kami...CERITA Kami

5 Rabiul Awwal
1431 - 1437.

Selama 5 tahun, 9 bulan & 28 hari, bersama.

Cinta tercipta. Kasih terjalin. Terima kasih Allah atas anugerah yang tidak terhingga ini.
Hadirnya menjadi penyeri serta pelengkap buat diri ini.

Terima kasih sayang. Sudi menemani diri ini hingga akhir nyawa. Moga ikatan yang terbina, terus utuh hingga ke Syurga.

Kasih & sayang kembali buat Yang Maha Memberi KASIH, CINTA & SAYANG. Moga Allah mengurniakan buat kita Mawaddah & Rahmah NYA.

Doaku sentiasa mengiringi keluarga kita. Agar sentiasa mendapat rahmat dari NYA.

Agar terus diberikan kekuatan untuk mengharungi sisa-sisa hidup ini.

Cinta & Cerita.

Selamat UlangTahun Perkahwinan yg ke 6 sayang.

Salam Rabiul Awwal di Bulan Maulid.
Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad.




                                                                                   

Rabu, 5 Ogos 2015

DOA & ZIKIR

Doa Menyembuhkan Rasa Sakit.

Ketika seorang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang rasa sakit, Sufyan bin Uyainah, salah seorang perawi hadits ini mempraktiskan dengan meletakkan jari telunjuk ke tanah, kemudian mengangkatnya kembali lalu, Rasulullah SAW melantunkan doa ini :-

Terjemahannya: "Dengan menyebut nama Allah, debu tanah kami & air liur kami semoga bisa menyembuhkan saudara kami yang sakit dengan izin Allah".

(Imam Nawawi(2009:265) Kitab Al Azkar; The Complete Book of Zikir, Arkanleema)


Jaga HATI...

20 Syawal 1436
5 Ogos 2015

Kisah lalu....

Saat nisfu Ramadhan. Sedar tak sedar, Ramadhan sudah berada difasa yg ke2. Fasa maghfirahNYA. Malah sudah dipertengahan Ramadhan. Berbaki 14 @ 15hari lagi Ramadhan 1436 bakal meninggalkan kita.

Adakah Ramadhan tahun ini dapat membawa diri ini bertambah ketaqwaan kepada Allah. Bertambah keimanan & istiqomah dalam melakukan ibadah kepadanya. Ya Allah... Hamba mu ini terlalu lemah lagi hina. Berilah kekuatan untuk diri ini terus berjuang untuk menjadi abdi kepadamu.

Peringatan ini khusus buat diri juga. Moga ianya menjadi cahaya buat hati kita dalam menjaga setiap ibadah kita.

Habibana Munzir bin Fuad Almusawa Alaihi Rahmatullah:

-- Jangan Merasa Aman dan Berputus Asa Atas Ketetapan Allah--

Seraya bersabda diriwayatkan di dalam Shahih Al Bukhari :

… إِنَّ أَحَدَكُمْ يَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِحَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجنةِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ يَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجنة حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا

Hadirin hadirat..

Rasul SAW bersabda diriwayatkan dalam Shahih Al Bukhari :
“ Ada diantara kalian – tidak semuanya- beramal dengan amal-amal jahat dan hina, perbuatan penduduk ahli neraka, hingga jarak antara dia dan neraka hanya seperti satu hasta saja, namun Allah menghendakinya berbeza maka Allah memberinya hidayah kemudian ia beramal dengan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalam syurga. ---- Dan sungguh ada di antara kalian yang beramal dengan amal ahli syurga hingga jarak antara dia dan syurga hanya satu hasta saja, namun didahului oleh ketentuan Allah maka ia pun berubah dan di cabut hidayahnya kemudian ia beramal dengan amal ahli neraka, maka masuklah ia ke neraka." wa'iya zubillah

Hadirin hadirat…

Penerangan hadits ini sangatlah panjang , insyaAllah saya ringkaskan dulu penjabaran maknanya. Dijelaskan oleh Hujjatul Islam Al Imam Ibn Hajar Al ‘Asqalani di dalam Fathul Baari Bisyarh Shahih Al Bukhari dan lainnya, bahwa hadits ini adalah tahziiran
(peringatan), wa tabsyiiran (khabar gembira), wa rajaaan (pengharapan ) untuk orang - orang muslim iaitu agar :

orang - orang yang banyak beramal pahala tidak sombong, jangan menyombongkan dirinya:

“aku sudah beramal banyak”…apa si fulan itu pezina! si fulan itu pemabuk! si fulan itu berbuat mungkar!, aku siang dan malam di dalam kemuliaan..hati-hati Allah bisa mencabut hidayah kita dengan getaran hati kita.

Sebaliknya jangan berputus asa bagi mereka yang banyak berbuat dosa, bisa saja Allah SWT melihat kebaikan di hatinya kemudian Allah memberikan hidayah, sepanjang umur dia banyak dosa di akhirnya Allah memberi hidayah, beramal dengan amalan ahli syurga masuklah ia ke syurga.

Jadi ringkasnya adalah orang yang banyak beribadah jangan sombong, dan orang yang banyak bermaksiat jangan putus asa dari kasih sayangNya.

Betapa indahnya ucapan-ucapan Sayyidina Muhammad SAW, beruntung mereka yang banyak beribadah agar semakin luhur dan beruntung mereka yang dalam kehinaan dosa agar tidak putus asa dari rahmat Allah SWT, sempurna tuntunan Sayyidina Muhammad SAW.

Wallahu'alam

Allahumma Sholli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa Shobihi wasalim....

Rabu, 1 Julai 2015

Ulang siar... Agar diri sentiasa beringat..

Assalamualaikum…
HARI INI SABTU 13hb FEBUARI 2010. Hari ini HARI AKHIR ditahun 4706 bagi KALENDAR CINA. Tahun LEMBU akan beralih ke TAHUN HARIMAU pada LEWAT MALAM INI.
ESOK TAHUN BARU CINA..
Esok juga adalah HARI AKHIR bagi bulan SAFAR 1431. Bulan BARU kalendar HIJRAH pun bermula. RABIUL AWAL 1431 bakal memulakan kitaran harinya.
HARI INI 13hb FEBUARI 2010.. Hari ini hari ULANGTAHUN KELAHIRAN ke 32 Master ISMI. Doa saya semoga beliau semakin ‘hadir’ dan segala keindahan juga hadir mewarnai kehidupannya. Seminggu lagi, Master Ismi akan bernikah hatta zaman bujangnya akan berakhir. Saya doakan kebahagiaan dan kemakmuran untuk beliau dan isteri.
Bulan OGOS 2009, Master Ismi dan bakal isteri ada meminta pandangan dan pendapat saya untuk menetapkan TARIKH PERKAHWINAN beliau. Tentunya saya terima permohonan beliau sebagai sebuah amanah untuk mencari TARIKH yang TERBAIK untuk majlis istimewa bagi beliau dan bakal isteri. Makanya, tentulah juga saya perlu meneliti, mengkaji dan ikhtiarkan suatu cadangan tarikh yang secara falak dan hisabnya mampu membawa 1001 kebaikkan (insyaAllah) kepada mereka berdua.
Setelah bermunajat dan memohon pertunjuk Illahi, saya mendapat ‘ilham’ tarikh yang dirasakan sesuai. Lalu saya mula mengkaji dari beberapa aspek menurut logik, numerologi dan hukum alami. Saya kongsikan pandangan dan hasil kajian tersebut. Alhamdulillah, Master Ismi ‘suka’ dan panjangkan usul tersebut kepada kedua belah keluarganya. Kemudian, saya dimaklumkan bahawa usul tersebut diterima dengan hati terbuka.Walaupun saat ini majlis belum berlangsung, saya mendoakan, berharap dan bertawakkal agar segala yang dirancang berjalan lancar dan dirahmati Illahi.
Saya paparkan di sini beberapa sudut pandangan akan mengapa tarikh-tarikh tersebut dicadangkan dahulu. Tujuan saya paparkan adalah atas dasar:
  1. Berkongsi ilmu
  2. Memberi panduan dan contoh kepada yang mendalami ILMU NOMBOR bagaimana mahu aplikasikan ilmu ini untuk mencari tarikh yang baik untuk apa juga majlis yang mahu dibuat.
  3. Memberi IDEA bagaimana mahu memanfaatkan lagi ILMU NOMBOR dalam berbagai sudut aplikasi yang lain, selain mengkaji tarikh lahir.

KAJIAN NUMEROLOGY : TARIKH PERKAHWINAN Master ISMI & Hilda

TARIKH LAHIR MASIHI ISMI : 13 02 1978 Hari lahir : ISNIN (2)
13           02           19           78           =             31 @ 4
4              2              1              6
6              7
4
UMUR PADA 13/02/2010 = 32 @ 5
TARIKH LAHIR HIJRIAH ISMI: 05 R/AWAL (03) 1398
05           03           13           98           =             29 @ 11 @ 2
5              3              4              8
8              3
2
UMUR PADA 05/03/1431 = 33 @ 6
Tarikh lahir masihi Hilda : 03 03 1981 Hari lahir : SELASA (3)
03           03           19           81           =             25 @ 7
3              3              1              9
6              1
7
UMUR PADA 03/03/2009 = 28 @ 1
Tarikh lahir hijrah Hilda : 26 R/AKHIR (04) 1401
26           04           14           01           =             18 @ 9
8              4              5              1
3              6
9
UMUR PADA 26/04/1430 = 29 @ 11 @ 2

CADANGAN TARIKH :

MAJLIS AKAD NIKAH : 18-02-2010 (KHAMIS)

MAJLIS KENDURI KAHWIN (P): 20-02-2010 (SABTU)

MAJLIS KENDURI KAHWIN (L): 21-02-2010 (AHAD)

Analisis:
  • 18-02-2010 = 14 @ 5 (earth).  Elemen yang ISMI KAWAL.
  • 5 (earth) elemen yg KAWAL HILDA. Tarikh nikah dapat mengawal YING : TERBAIK!
  • 5 (earth) adalah elemen yang TIADA dalam NUMEROLOGY ISMI & HILDA. Maka, PERLU CARI no 5 (earth) untuk melengkapkan kehadiran semua elemen.
  • 5 adalah nilai akhir UMUR MASIHI ISMI pada 2010 iaitu 32 tahun (3+2=5)
  • NAMA ISMI memiliki nilai Gt  9+1+4+9 = 23 @ 5
  • 18hb Feb 2010 adalah 5 HARI SELEPAS HARI KELAHIRAN ISMI iaitu pada 13hb Feb 2010.
  • KHAMIS ADALAH HARI KE LIMA dalam seminggu.
  • 5 umpama RUKUN ISLAM! Rukun UTAMA & Mutlak. 5 juga JUMLAH SOLAT. 5 juga RUKUN UMRAH dan 5 juga rukun NIKAH.
  • 5 angka tengah antara 1 hingga 9. Ia SELAMAT, STABIL & SALAM.
  • Secara hisab (insyaAllah secara ruqyah juga), 18-02-2010 adalah bersamaan 05 R/AWAL 1431. MALAM KE 5 untuk bulan MULIA bulan RABIUL AWAL.
  • 05-03-1431 adalah HARI JADI HIJRIAH ISMI!
  • Pada malam tersebut, 05-03-1431 UMUR HIJRIAH ISMI adalah 33 tahun. 33 @ 6. Siangnya umur 32 @ 5 dan malamnya sudah beralih 33 @ 6. Nombor 5&6!! Juga jika dilihat umur masihi = 5 & umur hijrah = 6. Dan 6 umpama RUKUN IMAN & RUKUN HAJI.
  • 5 adalah NOMBOR MINDA SEPARA SEDAR ISMI bagi tarikh lahir Masihi. 6 adalah NOMBOR MINDA SEPARA SEDAR ISMI bagi tarikh lahir hijrah.
  • Jam 12malam 18-02-2010 tarikh beralih ke 19-02-2010 (jumaat). JUMAAT HARI KE 6. Jumlah rakaat solat hari jumaat adalah 15 (solat jumaat 2 rakaat). 1+5 = 6.
  • 19hb simbolik RAHSIA 19 – BASMALLAH & HUWA AWAL (1) & HUWA AKHIR (9). 19-02-2010 = 15 @ 6.
  • PADA 19hb Feb 2010 berlaku NOMBOR CERMIN bagi 2010 iaitu : 1 2 : 2 1 @ 3 : 3 (umur Ismi & tarikh lahir HILDA 3hb Mac)
  • Angka 6 (metal) = WANG & KELUARGA. 2 unsur yang UTAMA dalam PERKAHWINAN. Angka ini muncul sebagai NOMBOR DESTINASI (NOMBOR AKHIR) BILA TARIKH LAHIR ISMI & HILDA DIGABUNGKAN. MENARIKNYA NOMBOR AKHIR INI (6) muncul untuk gabungan TARIKH LAHIR HIJRIAH Ismi & Hilda.
  • Malah, TARIKH PERNIKAHAN 18-02-2010 @ 05-03-1431; kedua-duanya berakhir dengan ANGKA 6 sebagai NOMBOR DESTINASI (NOMBOR AKHIR).
  • 6 adalah NOMBOR MINDA SEPARA SEDAR GABUNGAN ISMI & HILDA bagi tarikh lahir MASIHI & HIJRAH. Rajah Pyramick GABUNGAN TARIKH ISMI & HILDA:
7              5              2              6
3              8
2
{nombor minda: 7+6+2 = 15 @ 6}
Tarikh hijrah:
4              7              9              9
2              9
2
{nombor minda: 4+9+2 = 15 @ 6}
  • NOMBOR ELEMEN 2 muncul bagi MASIHI & HIJRAH. Fakta 2 & 2 umpama TARIKH KENDURI 20hb 2.
  • 05 R/AWAL 1431 @ 05-03-1431 = 17 @ 8. Angka 17 adalah JUMLAH RAKAAT SOLAT. 8 ADALAH ANGKA LENGKAP (TIDAK PUTUS).
  • KHAMIS 18-02-2010 = 14 @ 5 bersamaan  05-03-1431 = 17 @ 8. MAKA, 5 + 8 = 13 @ 4 >>> ELEMEN ISMI. HARI PERNIKAHAN = ELEMEN ISMI.
  • SABTU 20-02-2010 = 7 bersamaan 06-03-1431 = 18 @ 9. MAKA 7 + 9 = 16 @ 7 >>> elemen HILDA. HARI KENDURI PERKAHWINAN (PERSANDINGAN) = ELEMEN HILDA.
  • SABTU HARI KE 7 dalam seminggu. SABTU 20-02-2010 juga nilai Gt-nya 7.  Nama HILDA memiliki nilai Gt : 8+9+3+4+1 = 25 @ 7. (Hari PERTUNANGAN yang lalu iaitu 15-08-2009 juga memiliki nilai Gt 7).
  • SABTU 06-03-1431, sebelah malamnya masuk hari ke 7 di bulan R/Awal.
  • 06-03-1431 = 18 @ 9. TARIKH KELAHIRAN HILDA dalam calendar HIJRAH adalah 26-04-1401 = 18 @ 9.
  • TAHUN 2010 untuk ISMI adalah TAHUN 9 (13-02-2010 = 9) begitu juga untuk HILDA (03-03-2010 = 9).
  • 06-03-1431 secara PETA PYRAMICK dilakar seperti berikut:
06           03           14           31
6              3              5              4
9              9
9
[KEHADIRAN ANGKA 9 : 9 : 9!! juga NOMBOR SAYAP KIRI & KANAN = 9 malah NOMBOR DESTINASI JUGA 9]
  • TARIKH LAHIR HIJRAH HILDA  :
26           04           14           01
8              4              5              1
3              6
9
[perhatikan ANGKA-ANGKA DALAM KOTAK 4 – 5 dan 3 – 6 MUNCUL SECARA TERBALIK DALAM KEDUDUKAN SEBARIS, PADA FAKTA  di atas iaitu 6 – 3 & 5 – 4]
  • AHAD hari PERTAMA dalam seminggu. AHAD 21-02-2010 = 8 bersamaan 07-03-1431 = 19 @ 1. Maka 8 + 1 = 9. HARI KENDURI MENYAMBUT (RUMAH ISMI) = 9 KEMBALI ELEMEN ISMI.  AHAD = 1 tarikh HIJRAH + MASIHI = 9. RAHSIA 19!!
  • 1 adalah NOMBOR MINDA SEPARA SEDAR HILDA bagi tarikh lahir masihi. 9 adalah NOMBOR MINDA SEPARA SEDAR HILDA bagi tarikh lahir hijrah.
  • Tarikh Pernikahan ISMI & HILDA secara HIJRAH adalah di antara TARIKH KELAHIRAN HIJRAH masing-masing. Maka, mudah nak ingat setiap tahun. Tarikh ini juga adalah 7 HARI SEBELUM MAULIDUL RASUL iaitu 12 R/awal setiap tahun Hijrah. Maka, setiap tahun, tarikh-tarikh penting ini bolehlah diraikan berturut-turut iaitu:
  1. Hari lahir Ismi & Hari Ulangtahun PERKAHWINAN =  05hb R/Awal
  2. Hari MAULIDUL RASUL  = 12hb R/Awal
  3. Hari lahir Hilda = 26hb R/Akhir
  4. MALAH, Tarikh Pernikahan ISMI & HILDA secara MASIHI adalah di antara TARIKH KELAHIRAN MASIHI masing-masing. SEKALI LAGI,  mudah nak ingat setiap tahun. Maka, setiap tahun, tarikh-tarikh penting ini bolehlah diraikan berturut-turut iaitu:
    1. Hari lahir Ismi = 13HB FEB
    2. HARI KEKASIH (hahaha!!!) = 14hb FEB
    3. Hari Ulangtahun PERKAHWINAN (nikah) = 18hb FEB
    4. Hari ulangtahun KENDURI PERSANDINGAN = 20hb FEB
    5. Hari kelahiran PN SUE (hahaha!!!) = 20hb FEB
    6. Hari lahir Hilda = 03hb MAC
Tarikh 18-02-2010
18           02           20           10
9              2              2              1
2              3
5
ANGKA 2 – 3 – 5, Rujukan dari Surah 23 AYAT 5 :
“dan orang yang memelihara kemaluannya” – Surah AL-MU’MINUN : 5
Allah berfirman dalam surah ini “Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan & perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang memelihara kemaluannya”. (ayat 1-5)
(surah ini adalah permulaan  JUZ 18, sama macam tarikh 18hb)
Tarikh Hijrah: 05 r/awal 1431
    05           03           14           31
    5              3              5              4
    8              9
    8
    Manakala ANGKA 8 -9 – 8, rujukan dari surah 89 ayat 8 :
    “yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain”
    SEKIAN. FAKTA- FAKTA UNTUK TARIKH PERNIKAHAN ISMI & HILDA. Ianya sekadar sebuah pandangan untuk dikongsikan atas dasar ILMU, bukan bertujuan untuk mendedahkan ‘HAL PERIBADI’ Master Ismi & Hilda. Walaupun hasil setiap konsultasi itu sebenarnya SULIT & RAHSIA, namun paparan ini mungkin JADI PANDUAN ATAU MANUAL berguna untuk mereka yang PANDAI DAN MAHU MENGHARGAI ILMU.
    Wallahualam….
    DOA BUAT MASTER ISMI & HILDA..
    amin…