Telah sekian lama tidak beraksi di blog ni.. Allah masih memberikan peluang pada diri untuk bertaubat & tak dinafikan diri masih lemah untuk istiqomah.. Moga Allah sentiasa menjaga diri hamba yang semakin tua..
Tahun 2016 telah memberikan nafas baru dalam kehidupan hamba. Di amanahkan untuk mengurus tadbir Masjid Seksyen 7 Shah Alam. Perjuangan dakwah harus diteruskan. Perjalanan masih lagi jauh selagi sisa nafas masih lagi dikurniakan oleh Allah. Mungkin ianya rezeki dari anak-anak, doa isteri atau doa dari kenalan yang mengenali diri hamba..
Mohon doa dari sahabat, rakan & teman semua agar diri diberikan kekuatan dalam membangunkan rumah Allah ini.
Tanggal 13 Februari 2017 yang lalu, genaplah usia hamba 39 tahun mengikut kalendar gregorian.. Tapi jika mengikut TAQWIM HIJRAH, diri hamba telah memasuki 4 series. Jadi bagi tahun 1438H & 2017 telah bermula fasa baru bagi hamba yang baru nak meniti kehidupan dunia ini. Kadang kala diri ini tewas untuk mengabdikan diri pada Pencipta. Kadang kala diri lalai & leka dalam urusan duniawi. Allah teruskan mengetuk diri hamba agar sentiasa mengingati tujuan sebenar kehidupan ini.
Tahun 2016 juga telah memberikan keceriaan dalam kehidupan kami sekeluarga dengan kehadiran baby baru.. Disaat Nisf Sannah 29 Jamadil Akhir 1437 / 8 April 2016, hari yang penuh barakah, hari Jumaat.. Dia keluar memberikan kami kegembiraan buat kali ke3.. Muhammad Al-Fatih. Moga menjadi anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapa..

Alhamdulillah...
BalasPadamBlog merupakan medium yang suatu ketika dahulu sekitar 2003-2004 adalah sangat popular. Namun, ianya masih digunakan oleh manusia dalam menyampaikan mesej dan maklumat.
Tahniah MI, teruskan menulis.. Dengan menulis, fikiran dan ilmu dapat disampaikan.. Allahuakbar.
-Nandre
Terima kasih Nandre atas sokongan & doa.. InshaAllah. Akan cuba istiqomah dalam penulisan di Blog ni..
BalasPadam