Pageviews

Ahad, 20 April 2014

Tahun GAJAH.... Dulunya...

20 Jamadil Akhir 1435.
20 April 2014.

Dia insan MULIA. Hadirnya Dia menjadi rahmat buat kita semua. Dia akan memberi syafaat kepada kita kelak ketika kita semua dibangkitkan di Padang Mahsyar nanti.

Kita selalu menyambut ulangtahun kelahiran kita di saat bulan masihi tiba. Tetapi kita sering lupa untuk menyambut ulangtahun kelahiran insan yang amat DIKASIHI oleh RABB. Kita sering diperdaya dengan dakyah-dakyah dari luar hingga kita alpa akan APRIL ini juga bulan MAWLID.


Isnin, 7 April 2014

Maafkanlah kerna tidak SEMPURNA

07 Jamadil Akhir 1435
07 April 2014.

Iman sentiasa turun naik. Iman kita bak kulit bawang. Nipisnya ya amat. Kadang-kadang kita lalai, leka & alpa dengan urusan dunia. Kadang-kadang kita beribadah seperti akan mati keesokannya.

Termasuklah diri ini, terlalu lemah dalam iman...Moga diberikan kekuatan dariNYA untuk kita sentiasa kuat dalam meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNYA.


Selasa, 1 April 2014

ISTIMEWA - Bulan Mawlidur Rasul

01 Jamadil Akhir 1435.
01 April 2014.

Bulan Rasul kembali lagi. Penuh acara gilang gemilang. Ianya cukup ISTIMEWA bagi yang peka, bagi yang ambil tahu, bagi yang kesah.. Ia bulan RASUL. Ia bulan BARAKAH.. Masih ingatkah kita akan alunan nasyid "20 April Tahun Gajah, lahirlah zuriat yang Sa'adah".

Ia bulan BARAKAH.. Ia bulan ENERGY.. Bagi yang kelapangan untuk menimba ilmu, ayuh kita penuhi workshop-workshop tersebut:


Sabtu, 29 Mac 2014

Berilah keBAHAGIAan...


~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di dalam sebuah taman. 

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.. 

Mereka kelihatan sebagai kawan yang sangat akrab walaupun dengan perbezaan usia yang sangat zahir. 
Inilah keistimewaan seorang Murabbi yang ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yang usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusulkan cadangan:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang dan pasti terkejut. Ayuh kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he he”

Murabbi yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, kan tidak elok untuk kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamu kan seorang yang senang dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang itu? Sekarang saya cadangkan supaya kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya dan kemudian kita saksikan bagaimana respon tukang kebun tersebut?"

Anak murid itu terpegun dengan usulan gurunya itu, lalu bersetuju dan segera berjalan dan memasukkan sejumlah wang ke dalam kasut tersebut. 

Kemudian mereka pun bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping di dalamnya!! 

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir-hampir pucat melihat wang yang lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya. 

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. Mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya keseorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis.

Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki) 

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku. Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-apa pun makanan hari ini. Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteriku dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah. 

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihatnya. Dengan tidak semena-mena air matanya berlinang dipipinya tanpa dapat dibendung lagi.

Guru yang bijak terus bersuara: 

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Murid itu segera menjawab:

“Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang baru ku faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendoakan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja. 

Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku! Semoga bermanfa'at.

(kredit FB Pj Pahang)

Khamis, 13 Mac 2014

Akhlak insan MULIA

11 Jamadil Awal 1435.

Allahu Rabbi. Semalam tidak berkesempatan mendengar kuliah Maghrib dari Murobbi Al Habib Ali Zaenal Abidin di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam.

Kuliahnya telah bermula semalam dan akan berterusan setiap Selasa minggu ke2 dan ke4. Moga Allah dapat memberikan keizinan kepada kita semua untuk menghadiri majlis beliau kelak. Mohon doa mendoakan.


(Credit by FB Putra Shah)
Sedikit catatan Kuliah Maghrib Al Habib Ali Zaenal Abidin malam tadi bertajuk Akhlak RASULULLAH SAW.


1- Jika kita ingin ikut seperti akhlak RASULULLAH SAW, kita kena biasakan diri kita berbuat baik dan selalu meminta maaf supaya amalan itu terbiasa didalam diri kita walaupun dipaksa.

2- Bagaimana nak ikut akhlak RASULULLAH SAW, kita kenalah mendalami sifat dan akhlak Baginda SAW.

3- Kita memuliakan dan mengagungkan RASULULLAH SAW dan ada sesetengah orang mengatakan kita terlalu mendewa-dewakan Baginda SAW. Kalau mereka berada di zaman sahabat tak tahulah apa yang akan mereka katakan kepada para sahabat.

4- Sahabat cukup segan dan hormat kepada RASULULLAH SAW. Jika mereka hendak berjumpa Baginda SAW, mereka akan bersedekah dahulu dan meminta izin untuk bertemu Baginda SAW.

5- RASULULLAH SAW sentiasa senyum bila berada di rumah, tidak nampak garang dan selalunya tegas.
 
6- Jika RASULULLAH SAW gelak hanya menampakkan gigi gerahamnya sahaja dan Baginda SAW lebih banyak tersenyum dari gelak.

7- RASULULLAH SAW suka membantu membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas, menjahit pakaian,  kasut dan selipar. Baginda SAW memang amat mahir dalam bidang jahit menjahit.

8- Ketika azan dilaungkan, RASULULLAH SAW seperti tidak kenal isteri-isteri dan sahabat-sahabat Baginda SAW. Baginda SAW akan terus bergegas untuk menunaikan solat.

9- RASULULLAH SAW tidak sombong dan tidak menunjuk dirinya hebat. Contohnya bila ada orang memanggil Ya RASULULLAH, Baginda SAW akan berpaling dengan bahunya sekali tanda Baginda SAW menghormati kepada semua orang.

10- Walaupun pada zaman RASULULLAH SAW sudah berlalu tetapi akhlak Baginda SAW tidak sesekali akan hilang.

11- Anas Ibni Malik telah berkhidmat dengan RASULULLAH SAW lebih kurang 10 tahun beliau tidak pernah di marahi oleh Baginda SAW.

12- Jika kita tidak mampu untuk mengikuti semua akhlak RASULULLAH SAW, janganlah kita tinggalkan semua pula. Buatlah sekadar kemampuan kita dan azam untuk mengikut akhlak Baginda SAW.

13- Apa yang telah berlaku hari ini seperti kehilangan MH370, sepatutnya kita mengambil iktibar. Sesungguhnya kita semua tidak dapat lari dari ketentuan dan rancangan Allah.

Soalan     : Bagaimana reaksi kita terhadap orang yang menghina RASULULLAH SAW?

Jawapan  : Tunjukkanlah akhlak RASULULLAH SAW kepada orang yang telah menghina Baginda SAW. Hindarkanlah diri kita daripada memaki orang yang telah menghina Baginda SAW. Balaslah dengan akhlak yg terpuji dan terbaik. Sesungguhnya mereka tidak tahu dan hidayah itu hanyalah milik Allah. Mungkin dengan akhlak kita itu membuatkan mereka tertarik dengan ISLAM.

p/s : Semoga kita semua dapat memperbaiki akhlak kita supaya menjadi lebih baik dan yang penting dapat mengikuti akhlak yang telah dibawa oleh RASULULLAH SAW. Moga kita menjadi hamba yang soleh, yang sentiasa berpegang kepada Al-Quran & As-Sunnah SAW.

Isnin, 10 Mac 2014

SABAR lah...


09 Jamadil Awal 1435.

Kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. 

Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?"

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: ‘Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku."

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya."

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya."

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku."

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."

-"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan apa adanya pada si isteri. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'Halim'. 'Halim' maknanya ialah "sabar", tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik.." ~ Imam Al Ghazali