Pageviews

Khamis, 25 Julai 2013

MATI itu PASTI...

Bersediakah kita... Bila mana Malaikatul Maut menjemput kita.. Dimana kah kita? Apakah yang sedang kita lakukan? Sentiasa lah bersedia kerana IA tiba tanpa dijangka.

Firman Allah :
Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfa`atan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan (nya) (10:49)


Rabu, 24 Julai 2013

Hanya seteguk amalan...


"JENAZAH DISOLATKAN OLEH 70 RIBU PARA MALAIKAT"

Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.
Pada suatu pagi Rasulullah SAW bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik r.a. melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasanya.

Tak lama kemudian Rasulullah SAW dihampiri oleh Malaikat Jibril.

Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril : "Wahai Jibril, kenapa matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?"

"Ya Rasulullah, matahari ini nampak redup karena terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya." jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : "Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?"

"Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat." jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : "Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?"

Kemudian Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan selawat kepada salah seorang dari umatmu."

"Siapakah dia, wahai Jibril?" tanya Rasulullah SAW.

"Dialah Muawiyah...!!!" jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW bertanya lagi : "Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang sangat luar biasa ini?"

Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surat Al-Ikhlas."

Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : "Dari itulah Allah SWT mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan selawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut."

SubhanAllah..
Walhamdulillah..
Wala ilaha illallah..
Wallahu akbar.

Rasulullah SAW bersabda : ''Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur'an dalam semalam?" Mereka menjawab, "Bagaimana mungkin kami bisa membaca sepertiga Al-Qur'an?" Lalu Nabi SAW bersabda, "Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al-Qur'an.'' (H.R. Muslim no. 1922)

Ramadhan Ya Kareem...

The ORIGINAL Ruti Canai

15 Ramadhan 1434..

Ramadhan sudah sampai ke pertengahan. Adakah diri kita masih lagi di takuk lama? Bertambahkah amalan ibadah kita atau semakin berkurangan? Muhasabah diri. Selamat berbuka puasa.


Selasa, 23 Julai 2013

Peringatan buat diri...

14 Ramadhan 1434.

Buat diriku yang sentiasa LALAI & LUPA. Mohon isteriku yang tersayang agar sentiasa mengingati, menasihati, menegur diri ini supaya menjadi Abi yang terbaik buat anak-anak kita.. Terima kasih sayang


Ahad, 21 Julai 2013

Husnu Dzon..


12 Ramadhan 1434..
Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun
Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi.
Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.

Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.

Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…

Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”

Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?”

“YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.

Duduk tepi anak-ayah ini adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak.

“Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka.

Kemudian, anak pakcik itu menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan saya… Abon tengok.”

Pakcik menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil tersenyum gembira.

Pasangan suami isteri itu tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan….

“Pakcik, mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…”

Pakcik tua itu menoleh dan menjawab…

“Sudah. Kami dari hospital ini nak balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”

Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….

Wahai anakku,
Engkau sudah tentu pernah merasai apa yang dirasakan oleh pasangan suami isteri di atas. Pernah tak kamu terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan satu di depan dan satu di belakang?

Hikmahnya, wahai anak kesayanganku, ialah apa yang dipandang mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah. Oleh itu, jangan sesekali engkau mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Kamu harus sedar ia hanya sebahagian sahaja. Sebahagian lagi engkau perlu menggunakan mata hati untuk melihatnya. Tapi bukan dengan menggunakan hatimu yang bersangka buruk tapi hatimu yang bersedia bersangka baik kepada apa yang dilihat.

Wahai anakku,
Jangan anggap engkau tahu segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana Allah kurniakan mata kamu dengan kemampuan melihat apa yang minda nak lihat. Jika minda engkau penuh dengan sangka buruk, maka mata kamu yang memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya. Ingatlah pesanan aku, wahai anakku, sesuatu situasi ataupun pandangan mata engkau adalah neutral. Minda kamu yang menafsirnya baik dan buruk. Yang engkau dapat melihat tidak semestinya betul, yang kamu tak dapat lihat tak semestinya silap.

Wahai anakku,
Sekiranya engkau mendapati cerita aku ini bermanfaat, kongsilah dengan sahabat-sahabatmu. Sekurang-kurangnya engkau telah menjadi pembaca yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Senyum.
(sumber FB Dato' Tuan Ibrahim b Tuan Man (Official)

Sabtu, 20 Julai 2013

Peringatan buat diri...

Fasa kedua Ramadhan al-Mubarak. 11 Ramadhan 1434.
Jahil tentang agama.. Jahil dalam hukum.. Ilmu itu wajib dituntut hingga akhir hayat.