Pageviews

Ahad, 12 Mei 2013

Buatmu.. my LOVE

Santai...

Diakhir Hilal 29 Jamadil Akhir 1434

Alkisah REJAB...

02 Rejab 1434.
REJAB 1434H sudah bermula..
Nama ReJaB terbina dari 3 huruf arab:
‘ro’ (R),
‘jim’ (J) &
‘ba’ (B).

Rejab mengimbau kembali akan kisah Isra’ Mikraj – kisah:
R: RASUL &
J : JIBRIL naik
B : BURAQ… (R-J-B)

REJAB BULAN ISRA’ & MIKRAJ. Peristiwa ISRA’ mengingatkan kita akan KISAH ISRAA’ iaitu PERJALANAN MALAM HARI RASUL bersama JIBRIL menaiki BURAQ dari MASJIDIL HARAM ke MASJID AQSA .

Manakala Peristiwa MIKRAJ mengingatkan kita akan kisah RASUL NAIK KE LANGIT LAPISAN DEMI LAPISAN SEHINGGA KE SIDRATUL MUNTAHA serta cerita IJAZAH SOLAT. Allah sebut kisah-kisah ini di SURAH AL-ISRA’ ayat 1 serta di SURAH AN NAJM ayat 6-18.

---------------------------
RAHSIA NUMEROLOGI
---------------------------
(sambungan..part 3)

KISAH 7:

Sebelumnya kita berbincang perihal ISRAA’.. yang menemukan kita pada SURAH NAJM.. Perhalusi PERJALAN ISRA’ & MIKRAJ BAGINDA RASUL seperti yang di catat DALAM AL-QURAN..

Peristiwa Isra’ Rasul di CERITAKAN PADA SURAH AL-ISRAA’ (surah ke 17) AYAT 1.. manakala KISAH “MIKRAJ” diceritakan PADA SURAH AN NAJM ayat 6 – 18 !!! Kisah ‘Sidratul Muntaha’ & rupa Jibril yang asli.

Pada NOTA yang lalu, kita kaji kata ISRAA' (53) dan menemukan kita Surah 53 - An-NAJM. Selepas itu, kata kaji NAJM (54) menemukan kita SURAH 54 – AL-QAMAR. Sesudahnya kita kaji kata QAMAR yang membawa ‘KEMBARA’ kita ke SURAH KE 55 yakni Surah AL-RAHMAN!!!

53 --> 54 --> 55!

PERLU DIINGAT.. KISAH "ISRAA'" & "MIKRAJ" - keduanya juga telah kita JUMPA semasa kajian ini iaitu kisah ISRAA' di surah 17 dan kisah MIKRAJ di surah 54.

Tuan-tuan pembaca nota FB yang dirahmati Illahi…

Melalui Surah 53: NAJM (BINTANG), Surah 54: QAMAR (BULAN) dan Surah 55: AR RAHMAN (Yang Maha Pemurah).. ada sepekara lagi yang mahu saya per’tonton’kan:

Surah 53 ada 62 ayat,
** Surah 54 ada 55 ayat
Surah 55 ada 78 ayat.

Jika diperhatikan **SURAH KE 54 memilki 55 ayat.. yang kebetulan nilai nama 'QAMAR' itu sendiri adalah sama iaitu:

QAF (21),
MIM (24) &
RO (10)
memiliki jumlah: 21+24+10 = 55!!

Angka 55 ini UNIK!! Ia adalah angka serupa berulang!! Sama seperti 11, 22, 33, 44, 55.. dan seterusnya. Ia ANGKA SAMA BERULANG ke 5 dalam susunan angka-angka berulang.

SEBELUMNYA kita telah bincang soal angka 5 - JUMLAH SOLAT sehari semalam - sesuai dengan kisah ISRA' & MIKRAJ yang menceritakan tentang 'hadiah' solat dari ALLAH.

Lalu, seterusnya saya SEMAK ke tiga-tiga SURAH ini pada AYAT 55 masing-masingnya….

Surah 53 ayat 55 :
“Maka terhadap NIKMAT Tuhanmu yang manakah kamu ragu-ragu?”

Surah 54 ayat 55 :
“di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa”

Surah ke 55 ayat 55 :
“Maka NIKMAT Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

Bila diperhatikan ADA "ULANGAN" kata yang ditemui.. perkataan NIKMAT hadir di 2 posisi iaitu AYAT 55 surah 53 & 55!!!

KEBETULAN??

ayat 55 pada surah 53 & 55 memiliki MAKSUD (ARAH TUJU) yang hampir SAMA??!!!

Berkata SOAL NIKMAT!!!

Bukankah itu laksana "KLU" dari ALLAH..

Dari kisah ISRAA' ke kisah BINTANG dan BULAN, lalu tiba ke RAHMAN (PENGASIH@PEMURAH) yang membawa kita ke titik NIKMAT..

kebetulan...
atau segala kajian ini sia-sia..??

Subhanallah….

(mataku tidak mampu menakung air yang kian melimpah..)

MALAH...

MAHA SUCI ALLAH terus 'berbicara' buat yang mahu FAHAM..

Pada SURAH AR RAHMAN (YANG MAHA PEMURAH) ini...

Allah ULANG dan ULANG dan ULANG dan ULANG..

kata

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

itu tadi, berkali-kali..

YA!!!

AYAT KE 55 itu ada TERBENTANG BERULANG-ULANG KALI.. pada 31 KEDUDUKAN yang berbeza sepanjang SURAH YANG SAMA.

SETIAP SATUNYA SAMA!! Tiada HURUF yang berbeza.. BUNYINYA SAMA.. NADANYA SAMA..!!

ALLAH ULANG..

"MAKA, NIKMAT TUHAN KAMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN???"

di 31 LOKASI.. iaitu di:
ayat-ayat 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75 dan 77.

ADAKAH AYAT YANG DIULANG-ULANG SEBEGINI BANYAK di dalam SATU SURAH sepanjang AL-QURAN??!!

TIADA!!!

HANYA DI SURAH AR-RAHMANN ini!!!

MASIH BUTA??!!

PERLU DIULANG BICARA?? Ulang-ulang dan ulang..?

Allah ulang ayat itu 31 KALI tuan-tuan.. 31 kali!! bukan 3 kali!!! bukan 4, bukan 5.. bukan 10 tapi 31 KALI!!!!

BUKANKAH TERLALU BANYAK NIKMAT TUHAN yang SERING KITA DUSTAKAN akibat KEJAHILAN dan KELALAIAN kita..??

Hingga NIKMAT itu JADI HIJAB untuk kita nampak JALAN "TUHAN"??

Allahurabbi...

malah...

SEKADAR menambah buat yang diri BEBAL..

31 KALI itu laksana JUMLAH hari dalam 'SEBULAN'..

Jika ADA BULAN.. mesti ada 'klu' TAHUNNYA...?!

31 KEDUDUKAN itu, jika diJUMLAHkan..:

16 +18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433!

ya... 1433

saat ini..
sedari PERTAMA KALI HIJRAH RASUL ke MADINAH tahun 1H..
sudah 1433 TAHUN berlalu!!

ya... 1433 tahun sudah berlalu bagi TAQWIM ISLAM!!

Pesan SURAH ke 55 ini menjadi AMAT BESAR ertinya untuk dihayati kini apatah lagi saat ini adalah bulan REJAB.. dimana kajian kita bermula dengan kata huruf yang membina REJAB!

Wallahuallam..

Segalanya ini adalah sekadar satu kajian saya yang fakir.. mungkin ada yang setuju akannya. Mungkin juga ada yang tidak menerima pandangan dan kaedah kajian ini… saya pasrah dan redha.


(sumber: FB Mir Hazil Azran Ramli)

REJAB kembali...1434


Rejab datang lagi. Kali ini di tahun 1434 yang penuh dengan acara-acara & fenomena PANAS. Pada purnama Jamadil Akhir tanggal 25 April 2013 yang lalu kita dihidangkan dengan Gerhana Bulan. 2 minggu selepasnya tanggal 10 Mei, berlakunya Gerhana Matahari. Dan menjelang purnama Rejab pada 24 Mei nanti, akan berlakunya sekali lagi fenomena Gerhana Bulan.

Berkali-kali Allah memberikan kita peringatan untuk kita sentiasa bermuhasabah serta merenung akan kejadian diri ini. Peristiwa Gerhana Bulan yang akan berlaku pada bulan Rejab ini adalah yang terakhir ianya berlaku pada bulan HARAM (yakni Muharam & Rejab). Kita akan menunggu lagi 21 tahun lagi untuk bertemu dengan fenomena yang penuh dengan hikmahnya.

Rejab adalah bermakna kebesaran atau kemuliaan yang membawa maksud bulan yang dibesarkan dan dimuliakan. Kita pernah dengar hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Rejab itu bulan Allah, Sya'ban itu adalah bulanku dan Ramadhan itu untuk ummatku". Bulan Rejab juga adalah diantara bulan-bulan HARAM dan masyarakat jahiliah telah memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Rasulullah SAW mengekalkan nama ini serta menjadikan ianya bulan untuk kita saling menghormati, berkasih sayang dan telah berlakunya peristiwa besar kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa 'Isra' Mikraj'.

Rejab juga dalam Taqwim Hijrah adalah jatuh oada bulan 7. Tujuh seperti yang kita sedia maklum ianya penuh dengan miracle. 

Kata guru: "Tujuh adalah umpama ada keajaiban (magik), nombor 7 mengatasi signafikan nombor-nombor yang lain dalam pelbagai aspek kehidupan, mitos, fakta, kepercayaan, agama, sistem bio-energi, alam dan lain-lain. Ada RAHSIA yang tersembunyi, ada kaitian yang belum habis diterokai untuk diulas segala perihaknya. Mustahl buat saya menyenaraikan segala RAHSIA tersebut, namunberikut adalah sekadar renungan dan pemerhatian kita semua tentang RAHSIA 7.

1. PENCIPTAAN ALAM

Teori astro fizik barat menyatakan alam ini terbentuk dari satu letupan MAHA hebat yang membawa kekosongan kepada kewujudan ALAM. Ia dinamakan Teori ‘BIG BANG’. Menurut teori ini, ALAM terbentuk kira-kira 14 (7X2) billion tahun yang lalu. Menariknya di sini, nama ‘big bang’ yang diilhamkan oleh Yang Maha Merancang pada saintis yang menemui teori ini mempunyai 7 huruf (B.I.G.B.A.N.G).

[Pun begitu,teori ini tidak relevan untuk muslim.]

2. PERKEMBANGAN ALAM

Menurut teori-teori yang hebat diperdebatkan pada sekitar tahun 70an ini, ALAM ini berkembang dari satu titik dalam pergerakkan yang sama dan begitu terancang, yang setiap satu cakerawalanya bergerak dalam laluan-laluan atau orbit yang tersendiri. Menariknya fakta ini telahpun diterangkan di dalam AlQuran yang diturunkan pada abad yang ke 7, kira-kira 1400 (7X200) tahun yang lalu di dalam surah AD-DHARIYAT ayat 7 yang bermaksud:

‘Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya’.

3. RAHSIA ‘LANGIT’

Di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 32 yang bermaksud:

‘Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (Kekuasaan Kami) yang ada padanya’.

Menariknya fakta ini, surah Al-Anbiya’ adalah surah ke 21 yang mengandungi 112 ayat. Melalui teori kod metamatik/numerology, jika dijumlahkan nombor-nombor ini hasilnya adalah 7:

= surah 21 jumlah ayat 112

= 2+1+1+1+2 = 7

dan, antara kandungan surah ini adalah kisah-kisah (disebut perkataan ‘kisah’) 7 Nabi Allah iaitu:

Nabi Allah Ibrahim a.s.
Nabi Allah Nuh a.s.
Nabi Allah Daud a.s.
Nabi Allah Sulaiman a.s.
Nabi Allah Ayub a.s.
Nabi Allah Yunus a.s.
Nabi Allah Zakaria a.s.

4. ‘BUMBUNG YANG DILINDUNGI’

Menurut sains astronomi pula ‘langit sebagai bumbung’ dari surah di atas bolehlah dikaitkan sebagai ‘atmosfera’ yang bertindak sebagai perisai kepada bumi, antara fungsinya:

menapis objek-objek meteor dari jatuh ke bumi.
Menapis pancaran-pancaran cahaya atau gelombang yang tidak sesuai dan merbahaya.
Mengekalkan suhu bumi dan mengelakkan suhu angkasa yang tertalu sejuk.
Hanya membenarkan pancaran gelombang yang berguna atau bermanfaat iaitu:

Gelombang Sinar-X
Gelombang Ultra Ungu jarak jauh
Gelombang Ultra Ungu jarak dekat
Gelombang spektrum cahaya yang boleh dilihat (visible light) yang mengandungi 7 warna iaitu ungu/violet, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.
Gelombang Infra Merah jarak jauh
Gelombang Infra Merah jarak dekat
Gelombang Radio

Langit sebagai bumbung dalam ayat ini diperjelaskan lagi sifatnya didalam surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud:

‘Dialah (ALLAH) yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikanNya 7 langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu’.

Juga dalam surah Al-Fussilat ayat 12:

‘Maka Dia ,menjadikannya 7 langit dalam dua hari dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’.

Menariknya, menurut fakta sainstifik yang ditemui pada abad yang ke 20; terdapat 7 lapisan langit yang meliputi bumi, dari lapisan yang terawal sejauh 7 batu hinggalah lapisan yang teratas/tinggi sejauh 700 batu. Lapisan-lapisan tersebut adalah:

Exosfera – 7 batu
Ipnosfera
Termosfera
Mesosfera
Ozonosfera
Stratosfera
Troposfera – 700 batu

5. LANGIT YANG KEMBALI (KITAR)

Antara tugasan langit yang lain unik adalah sebagai lapisan yang memantulkan semula, iaitu:

Troposfera – wap air naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
Ozonosfera – cahaya ultra ungu naik dari bumi dan turun semula ke bumi pada lapisan ini.
Ionosfera – gelombang radio naik dan dipantul turun semula ke bumi, membolehkan frekuensi radio berfungsi.

Anggaran saintis mendapati 16,000,000 ton/sesaat air menyejat dari permukaan bumi dan jumlah tersebut adalah sama dengan jumlah 513 trillion ton hujan yang turun semula selama setahun.

6. BUMI

Jika dihitung dari planet pluto (yang paling jauh dari sistem solar matahari), bumi merupakan planet yang ke 7 yang dekat pada matahari. Ia merupakan satu-satunya planet yang unik yang memiliki keajaiban tersendiri yang merupakan satu-satunya planet yang mempunyai dan sesuai untuk kehidupan.

Bumi mempunyai 7 benua iait

Afrika
Amerika Selatan
Amerika Utara
Antartika
Asia
Eropah
Ocenia

Jumlah ini merupakan daratan yang berjumlah 30% yang terpisah oleh lautan-lautan yang secara puratanya 70% dari keseluruhan keluasan bumi. Menariknya, perkataan ‘Lautan dan Daratan’ telah disebut di dalam Al-Quran berulang-ulang kali pada jumlah 32:13. Jika dijumlahkan 32+13=45, maka peratusan laut adalah 32/45 X 100 = 71.11111111 atau 70 peratus manakala peratusan daratan adalah 13/45 X 100 = 28.88888889 atau 30 peratus.

7 lautan utama yang terdapat di bumi:

Lautan Artik
Lautan Antartik
Lautan Pasifik – Utara
Lautan Pasifik – Selatan
Lautan Atlantik – Utara
Lautan Atlantik – Selatan
Lautan Hindi

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan fakta ini benar, begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.

Manakala elemen-elemen yang kita sedia maklum dimiliki oleh bumi adalah dari 7 unsur yang berbeza-beza iaitu:

Tanah
Angin (gas)
Api
Air
Kayu
Batu (gem)
Logam

Menariknya tatkala manusia mengkaji ciri-ciri kejadian elemen logam, adalah didapati bahawa sumber pembentukkan logam tidak terhasil oleh apa yang ada pada planet bumi, ia adalah batu meteor di angkasa lepas yang jatuh ke bumi. Umpama untuk melengkapkan Rahsia 7, elemen ini diturunkan dari langit untuk manfaat manusia. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran pada surah Al-Hadiid ayat 25 yang bermaksud:

‘Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan). Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan belbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa’.

Surah ini dinamakan Al-Hadiid (besi), diambil dari perkataan ‘Al-Hadiid’ yang terdapat pada ayat 25 dalam surah ini. Sekali lagi, menurut teori metamatik/numerology : 2+5 = 7.

7 jenis logam :

Plumbum
Timah
Besi
Tembaga
Merkuri (raksa)
Perak
Emas

Suatu keajaiban apabila meneliti kejadian alam yang dilengkapi dengan urutan sistem yang membenarkan kehidupan manusia, iaitu:

Matahari,
Bulan,
Bintang,
Langit (yang mempunyai 7 lapisan),
Bumi (planet yang ke 7 hampir ke matahari),
Lautan (7 lautan utama)
Daratan (yang merangkumi 7 benua).

Kehidupan di bumi wujud daripada ‘kerak’ bumi, satu bahagian yang mempunyai 7 lapisan. Kedalaman kerak bumi adalah 6,370km (kod metamatik: 6+3+7+0=16, 1+6=7).

7. 7 HARI DALAM SEMINGGU

Peredaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24jam menghasilkan kejadian siang & malam. Bumi mengelilingi matahari pada orbitnya dalam masa 365.25 hari melalui 4 perubahan musim iaitu musim panas, dingin, luruh dan bunga. Dalam Al-Quran perkataan HARI di ulang sebanyak 365 kali manakala perkataan BULAN diulang sebanyak 12 kali. Ini secara puratanya menjadikan bilangan hari dalam sebulan menjadi 30. Satu lagi fakta menyatakan bahawa BULAN mengambil masa 29.53 hari untuk melengkapkan pusingan pada paksinya dan melalui 4 peringkat bentuk iaitu bulan sabit, separuh penuh (2 kali) dan bulan penuh. Maka, penetapan 7 hari dalam seminggu adalah dengan mengambil kira fakta peredaran bumi dan bulan iaitu:

Bumi: 365 hari /12 bulan

= 30 hari / 4 musim

= 7.61 hari

Bulan: 29.53 hari / 4 bentuk bulan

= 7.39 hari

7 hari dalam seminggu:

Ahad
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu

Dari fakta ini juga kita mendapati secara kasar jumlah minggu dalam setahun (365 hari) adalah 52 minggu (5 + 2 = 7).

Satu lagi kaitan unik yang saya temui adalah dari Kitab Ad-Durr an-Nadhin karya Al-Yafi yang menyebut bahawa; di dalam Ummul Quran (surah al-Fatihah) yang mengadungi 7 ayat, terdapat semua huruf-huruf (arab) KECUALI 7 huruf iaitu fa , jim, shin, tha, thaw, kha dan zay.

Al-Yafi berkata: setiap huruf ini mewakili 7 hari dalam seminggu, malah setiap satunya memiliki penghulunya (malaikat) yang tersendiri yang mempunyai nama gelaran masing-masing iaitu:

‘Kha’ untuk hari Ahad

dan penghulunya adalah Malaikat Rawfa’il

Nama khasnya: Khabir

‘Shin’ untuk hari Isnin

dan penghulunya adalah Malaikat Jibr’il

Nama khasnya: Shakir

‘Zay’ untuk hari Selasa

dan penghulunya adalah Malaikat Samsama’il

Nama khasnya: Zaki

‘thaw’ untuk hari Rabu

dan penghulunya adalah Malaikat Mika’il

Nama khasnya: Tahir

‘Tha’ untuk hari Khamis

dan penghulunya adalah Malaikat Sirfaya’il

Nama khasnya: Thabit

‘Jim’ untuk hari Jumaat

dan penghulunya adalah Malaikat ‘Anya’il

Nama khasnya: Jabbar

‘Fa’ untuk hari Sabtu

dan penghulunya adalah Malaikat ‘Azra’il

Nama khasnya: Fatir.

Terdapat beberapa lagi kod metamatik perihal Rahsia 7 yang terdapat di dalam Al-Quran antaranya:

Jumlah perkataan AL-DUNYA disebut 115 kali (1+1+5=7) manakala AL-AKHIRAH juga disebut 115 kali (1+1+5=7).
Jumlah perkataan AL-MALAIKAH diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7) manakala AL-SYAYATEEN diulang 88 kali (8+8=16, 1+6=7).
Perkataan LIDAH diulang 25 kali (2+5=7) manakala SUMPAH juga 25 kali (2+5=7)" -Mir Hazil Azran

Khamis, 9 Mei 2013

Acara Panas!!!

Disaat hilal Jamadil Akhir 1434 berlalu pergi, pelbagai acara sedang berlangsung. Sebelumnya dengan PRU13, kemudian BLACKOUT!!! Dan mungkin ramai yang kurang perasan akan hadirnya fenomena Gerhana Matahari (Annular) esok.

Hadirnya memberitahu kepada semua bahawa, hebatnya kekuasaan Yang Maha Kuasa. Hadirnya memberitahu bahawa, alam ini sedang berbicara. Hadirnya memberitahu bahawa, segalanya ada RAHSIA atau HIKMAH yang tersembunyi. Dan lebih POWER..hadirnya pada hari Jumaat, penghulu bagi segala hari dan di akhir hilal Jamadil Awal. Pasti ianya bukan sekadar gerhana yang biasa-biasa. Pasti ada yang SUPERB!!! 

Kita sering lalai & lupa (termasuk diri ini). Apakah tanda-tanda yang telah diberitakan kepada kita ini? Adakah ianya hanya sekadar ceritera dan akan berlalu begitu saja? Jadi untuk persiapannya nanti, sedikit tatacara atau acara yang boleh kita lakukan sempena peristiwa gerhana tersebut. Ini adalah sebahagian dari apa yang kita boleh lakukan dan yang dianjurkan dalam ISLAM. Antaranya ialah solat gerhana. Solat gerhana adalah sunat-sunat muakkad bagi seseorang Muslim itu.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksudnya : "Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah".

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksudnya : Dari Abu Mas'ud Al Ansari, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua di antara tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah. Kedua-duanya digunakan oleh Allah untuk menakutkan para hambaNYA. dan tidaklah dengan keduanya menyebabkan kematian seseorang manusia. Kerana itulah, apabila kalian melihat akan kejadian itu, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah hingga hilang akan hal yang menakutkan itu".

Khaifiatnya :

Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

                                    أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Maksudnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala".

Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan :

                                  أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Maksudnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala".

Solat gerhana boleh dilakukan dimana-mana. Di rumah atau musolla. Lebih afdhal adalah di tempat yang dilakukan sembahyang jumaat yakni masjid. Boleh ditunaikan secara berjemaah atau seorang diri. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2rakaat seperti sunat-sunat biasa. Cuma afdhalnya ia dilakukan dengan 2 kali ruku' dan 2 kali iktidal. 

Contoh: Selepas membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama (bacaan nyaring ketika gerhana bulan dan perlahan pada gerhana matahari). Rukuk dan membaca tasbih sebanyak 100 kali (jika mampu). Qiam semula kemudian membaca Fatihah dan surah. Rukuk dan membaca tasbih sebanyak 90 kali (jika mampu). Iktidal dan sujud. Dalam sujud juga disunatkan membaca tasbih (sama bilangan seperti ruku').
Rakaat kedua juga seperti rakaat yang pertama cuma bilangan tasbih padanya adalah 70 kali dan seberapa yang mampu.

Beramallah dengan istiqomah. Kerana dengan ilmu yang sedikit tetapi amalan yang berterusan lebih baik dan mulia dri ilmu yang banyak tapi amalannya tiada. Moga kita tergolong didalam golongan yang sentiasa mengamalkan ilmu yang bermanfaat. Agar bertambah iman dan ketaqwaan kita.

Selasa, 7 Mei 2013

MUDAH @ KALAH



Tiada jalan mudah untuk ke syurga Allah. Syurga Allah itu mahal harganya. Bagi 'mereka' yang cekal imannya, utuh taqwanya pasti ganjarannya bahagia. Itu janji Allah. Pasti!!! Rahmat Allah itu Maha Luas.