Pageviews

Khamis, 24 September 2020

TEMPAT MAKAN Yg PADU di MUAR

 6 SAFAR 1442H
24 Sept 2020M

TEMPAT MAKAN PILIHAN TERBAIK DI MUAR 2018

1) MOHAMED LONG CHINESE MUSLIM FOOD
Menu pilihan : Ketam masak telur masin, udang petai, ikan siakap masak kom hong
Waktu operasi : Setiap hari 6.00 petang - 11.00 malam (Jumaat tutup)
Alamat : No.1, Jalan Temenggong Ahmad, 84000 Muar
No. telefon : 019-6895554 / 019-7737708

2) BURGER D'RAJE
Menu pilihan : Burger bakar XL, chicken chop
Waktu operasi : Setiap hari 6.00 petang - 12.00 malam (Isnin tutup)
Alamat : Pos 64, Kampung Parit Raja, Jalan Temenggong Ahmad, Muar
No. telefon : 017-6262841

3) FARIS KITCHEN
Menu pilihan : Char kuey teow, nasi lemak sotong gergasi, roti john cheese sekapal
Waktu operasi : Setiap hari 6.00 petang - 12.00 malam (Selasa tutup)
Alamat : Jalan Mulia 2, Taman Sungai Abong Mulia, Jalan Kampung Sungai Abong Darat, Muar
No. telefon : 016-6607056

4) CENDOL DE RAJA
Menu pilihan : Cendol durian special, durian shake special
Waktu operasi : Setiap hari 12.00 tengahari - 6.00 petang (Cuti isnin)
Alamat : No.141 Jalan Meriam, 84000 Muar
No. telefon : 010-3606330

5) ZIE RESEPI
Menu pilihan : Mee bandung udang galah, nasi goreng udang galah
Waktu operasi : Setiap hari 2.00 petang - 9.00 malam (Isnin tutup)
Alamat : KM 60, Jalan Muar-Labis, 84030 Bukit Kepong, Muar
No. telefon : 012-7933497 / 017-7237342

6) SALMAN MURTABAK
Menu pilihan : Murtabak, laksa Johor, mee rebus
Waktu operasi : Setiap hari 4.00 petang - 10.00 malam (Isnin tutup)
Alamat : Parit Perupok, Jalan Abdul Rahman, Muar
No. telefon : 017-6272657

7)  OYSTER SHELL OUT
Menu pilihan : Shell out
Waktu operasi :  Setiap hari 6.30 petang - 11.30 malam (Isnin & selasa tutup)
Alamat : No.73, Lorong Haji Omar, Parit Tiram, Muar
No. telefon : 017-3267644

8 ) BARYANI CORNER
Menu pilihan : Nasi beriani
Waktu operasi : Setiap hari 9.30 pagi - 4.30 petang (Jumaat tutup)
Alamat : Simpang 3, Parit Bakar Darat, Jalan Dato' Haji Kosai, Muar
No. telefon : 017-6349195 / 012-7137893

9) BAN SATE MUAR
Menu pilihan : Sate, mee rebus
Waktu operasi : Setiap hari 8.00 pagi - 1.00 tengahari (Rabu tutup)
Alamat : G18 Kompleks Hentian Maharani, Jalan Persiaran Maharani, Muar
No. telefon : 013-3030900

10) MUTIARA MUAR BBQ STEAMBOAT
Menu pilihan : Steamboat
Waktu operasi : Setiap hari 6.00 petang - 12 malam
Alamat : Bangunan MARA, Jalan Maharani, Muar
No. telefon : 012-3403045

11) SAI KEE 434 CAFE
Menu pilihan : Kopi
Waktu operasi : Setiap hari 8.00 pagi - 5.30 petang
Alamat : 121, Jalan Maharani, Muar
No. telefon : 06-9513046

12) HARARU SUSHI

Menu pilihan : Sushi, spicy miso ramen, teishoku
Waktu operasi : 11.30 pagi - 9.30 malam (Sabtu - khamis), 3.00 petang - 11 malam (Jumaat)
Alamat : No.39, Jalan Perniagaan Jaya 3, Pusat Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh, Muar
No. telefon : 017-3805851

13) MUAR PATIN TEMPOYAK
Menu pilihan : Patin tempoyak, patin pais, talapia pais
Waktu operasi : Setiap hari 11.30 pagi - 4.30 petang (Jumaat tutup)
Alamat : J30, Jalan Kampung Tengah, 84000 Muar
No. telefon : 018-9167415

14) DAPUR GRILL FAIRUZ
Menu pilihan : Deep fried chicken chop, grilled lamb shoulder, set combo
Waktu operasi : Setiap hari 6.00 petang - 12 malam (Isnin tutup)
Alamat : No.13 Jalan Bijaya 2, Taman Desa Bijaya, Jalan Temenggong Ahmad, Muar
No. telefon : 011-17091733

15) ASAM PEDAS JJ
Menu pilihan : Aneka ikan asam pedas
Waktu operasi : Setiap hari 11.00 pagi - 4.00 petang
Alamat : 45, Jalan Joned, Muar
No. telefon : 06-9510300 / 017-8821065
Tambah Lagi Sekiranya Ada Yang Best2...

Kredit Anak-anak Muar

Rabu, 23 September 2020

RENUNGAN buat Diri

5 SAFAR 1442H
23 Sept 2020M

Tidak ada "orang baik" yang tidak punya masa lalu. Tidak ada pula "orang jahat" yang tidak punya masa depan. Setiap orang memiliki kesempatan yang sama untuk berubah menjadi lebih baik. Bagaimanapun masa lalunya dahulu, sekelam apapun lingkungannya dahulu, dan seburuk apapun perangainya di masa lampau.

Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena, seseorang yang "hampir membunuh Rasul" pun, kini berbaring di sebelah makam beliau. : Umar bin Khattab

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Karena seseorang yang pernah "berperang melawan agama Allah" pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah : Khalid bin Walid

Jangan memandang seseorang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas Fir'aun berada di neraka. Sedangkan terompah Bilal bin Rabah terdengar di Syurga.

Intinya, jangan memandang remeh seseorang karena masa lalu dan lingkungannya. Karena bunga teratai tetap mekar cantik, meski tinggal di air yang kotor. Maka, untuk menjadi hebat, yang diperlukan adalah kuatnya tekad.

Tidak perlu pusingkan masa lalu. Tidak perlu malu dengan tempat asal kita. Jika kita mau, kita bisa menjadi laksana bunga teratai yang tinggal di air yang kotor, namun tetap mekar mengkagumkan.

Berubah dan bangkit, jauh lebih indah dari pada diam dan hanya bermimpi tanpa melakukan tindakan apapun.

INGATLAH!!!

Jika semua yang kita kehendaki terus kita miliki, dari mana kita belajar Ikhlas?

Jika semua yang kita impikan segera terwujud, dari mana kita belajar Sabar?

Jika setiap do’a kita terus dikabulkan, bagaimana kita dapat belajar Ikhtiar?

Seseorang yang dekat dengan Allah, bukan berarti tidak ada air mata. Seseorang yang tekun berdo’a, bukan berarti tidak ada masa-masa sulit di hidupnya.

Biarlah Sang Penyelenggara Hidup yang berdaulat sepenuhnya atas kita. Karena hanya Dia-lah yang tahu waktu dan kondisi yang tepat untuk memberikan yang Terbaik untuk kita.

Tetap SEMANGAT. Tetap SABAR. Tetap IKHLAS. Tetap SYUKUR. Karena kita sedang kuliah di Universiti Kehidupan.

Di mana, jika di sekolah formal atau kampus-kampus pada umumnya, kita mendapatkan pelajaran dahulu baru kemudian diuji, maka di dalam Universiti Kehidupan, kita diberi ujian dahulu, baru kemudian mendapatkan pelajaran.

Kerana di sanalah letak istimewanya Universiti Kehidupan. Maka dari itu, sangat diperlukan Semangat, Kesabaran, Keikhlasan dan ungkapan Syukur yang harus dilakukan secara Istiqomah / Terus-menerus.

Orang yang Hebat, TIDAK dihasilkan melalui Kemudahan, Kesenangan, dan Kenyamanan. Mereka dibentuk melalui KESUKARAN, TENTANGAN dan bahkan AIR MATA.

GANTUNGKAN SEPENUHNYA HIDUP KITA HANYA KEPADA ALLAH SWT

MATI DALAM KERETA??

5 SAFAR 1442H
23 Sept 2020M

Sedikit perkongsian...
Mg ada hikmahnya...

Keadaan kereta bila kita tidur dalam nya ketika kereta dihidupkan...

 (1) Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.

(2) Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta,oksigen makin berkurang.

(3)Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% shj,kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, x bangun & tidak keluar dr kereta,maka kita akan collapse atau tidak sedarkn diri.

(4) Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa x sedarkn diri tu kita masih bernafas & apabila mencapai 10%, oksigen sudah x dpt dihantar ke otak & sistem tubuh tidak dpt berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian.

(5) Apabila kereta bergerak ok shj kerana semasa kereta bergerak,oksigen akan masuk ke dlm kereta melalui enjin bkn hanya oksigen yg sama circulate.

(6) Jika nak rehat mcm tu mmg boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.

(7) Ketika jln sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yg masuk ke dlm kereta adalah kurang.Itu adalah tanda yg kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas,x salah buka aircond & buka tingkap sedikit.

(8) Karbon monoksida dr ekzos bukanlah penyebab kematian kerana karbon monoksida dr kenderaan adalah selamat dihidu & dilepaskn oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Utk menyebabkn kematian, karbon monoksida ada certain ppm  which is much higher than limit yg kenderaan lepaskan.

*Please pass this info to others-famili & kwn2 sbb kita di Malaysia ni lack of knowledge mgenainya. Jika tidak, pasti kita akan ambil langkah keselamatan awal.
C&P

Selasa, 22 September 2020

INFINITI

 4 SAFAR 1442H
22 Sept 2020M

• FINITE Vs. INFINITE •

Rahsia Yang Mutlak dan Yang Terhad....
Luaskan rezekimu, 
Dengan menyedari bahawa dirimu adalah bahagian dari Allah yang Maha Kaya.
Kau tidak harus kaya, tidak pula mesti kaya, dan tidak perlu mahu kaya. Kerana aslinya dirimu memang sudah kaya.

Tinggal kau kenali dan SEDARI hubunganmu dengan Allah Yang Maha Kaya.
Jika di level rohanimu sudah kaya, perlahan-lahan status kekayaan itu akan turun dan keluar ke alam fizikalmu.
Buang status miskin dari rohani mu, kerana itu bukan dirimu, itu hanya anggapanmu tentang dirimu, seperti seorang raja yang menganggap dirinya sebagai pengemis hanya kerana dia menyamar jadi pengemis.

Dirimu adalah bahagian dari Dia.....
Jika dia Maha Wujud dan Meliputi Segalanya, maka dirimu juga tanpa kecuali adalah berada dalam liputan wujudNya. Dengan itu kau bahagian dari Dia.

Mustahil dirimu lain dari Dia, kerana jika engkau lain, maka telah ada dua wujud. Ini sangat bertentangan prinsip keEsaanNya. Wajib hanya ada satu wujud, iaitu wujud Dia. Dengan itu, engkau adalah bahagian kecil dari diriNya.

Air laut yang setitis sama masinnya dengan air selautan yang luas. Bezanya hanya pada kadar wujud.
Seperti dirimu, apa yang ada pada Dia harus ada juga pada dirimu. Bezanya hanya pada kadar wujud. Dia wujud mutlak, menyelimuti dirimu yang wujud terhad.
Maka, jika Allah Maha Kaya, dirimu yang bahagian kecil dari Dia adalah wajib kaya.
Kau hanya lupa, ketika dirimu tersarung di jasad tanah ini.
Aktifkan frekuensi kekayaan semulajadi pada dirimu dengan selalu zikir.........

Ya Allah Ya Ghaniyyu.......
Ya Allah Ya Ghaniyyu.......
Ya Allah Ya Ghaniyyu.......
Ya Allah Ya Ghaniyyu.......
Ya Allah Ya Ghaniyyu.......
Ya Allah Ya Ghaniyyu.......

Sehari, seminggu, sebulan, setahun...... Sabar dan istiqamah, waktunya pasti tiba.
Sabar itu pengakhirannya pasti indah.
Silakan share. Its free.
 
Salam cinta dari dasar hati.
... Love no Limit ...

Rabu, 9 September 2020

Amalan Salafus Soleh

21 MUHARAM 1442H
9 September 2020M

Amalan Doa dan Dzikir yg di ijazahkan oleh Guru Besar Alhabib Umar Bin Hafidz 

Doa/Dzikir agar diamalkan setiap hari:‎1
يافتاح يارزاق ياكافي يامغني

Ya Fattah ya Rozzaq ya Kaafiy ya Mugniy. 

(dibaca 100x selepas solat Subuh) 

Artinya:
(Wahai Dzat yg maha membuka, Wahai Dzat yg maha memberi rizqi, 
Wahai Dzat yg maha mencukupi, 
Wahai Dzat yg maha memberi kekayaan.)‎2
 لااله الا الله الملك الحق المبين

Laa ilaha illallah almalikul haqqul mubiin 

(dibaca 100x selepas solat Duhur) 

Artinya:
(Tiada Tuhan selain Allah Dzat yg maha Benar dan maha Nyata kebenarannya)

 رب اشرح لي صدري ويسر لي امري

Robbisyroh liy sodriy  wayassir liy amriy. 

(dibaca 100x selepas solat Ashar/Magrib)

Artinya:
(Tuhanku..Lapangkanlah dadaku dan dan beri aku hambamu kemudahan dalam segala urusannku)

Itu semua masing2 di baca 100x setiap hari.

HABIB UMAR BIN HAFIDZ:

Saya ijazahkan kepada kamu semua agar mencari ilmu yang bermanfaat & mulia & mengamalkan ilmu yang di dapat & bersungguh-sungguh mengajarkan ilmu itu kepada ahli keluarga & anak-anak & berdzikir kepada ALLAH SWT & selalu hadir di majelis-majelis ilmu & saling menasehati satu sama lain & berbagi amalan agar supaya mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Saya ijazahkan kepada kalian semua untuk membaca :

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ. ١٠٠x

LA ILAHA ILLALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN 100x

Fadhilah :
- Melancarkan Rezeki
- Merubah Sifat Manusia
- Tenang Dari Bingung Di Alam Kubur
- Dibuka Pintu Surga
- Selamat Siksa Kubur
- Akan Datang Segala Kemudahan Didunia.
- Setiap Membaca Maka ALLAH SWT
menjadikan Malaikat Bertasbih Buatnya Kepada Allah.

Semoga bermanfaat.#QOBILTU 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم اجمعين 💚.
يا نبي سلام عليك...

Selasa, 8 September 2020

SUNNAH yang jarang dibuat

20 MUHARAM 1442H
8 September 2020M

Kenapa nabi Mengibas debu dari tempat tidur

Informasi Sunnah Rasul SAW yang sangat berharga..

Hikmah di sebalik mengibas debu di cadar & tilam sebelum tidur.

Mengapa kita harus mengibas cadar & tilam kita?

Ini adalah apa yang kita akan ungkapkan dan di sinilah tentangan ilmiah dan kesimpulan oleh para ilmuwan Barat:

Ketika seseorang tidur beberapa sel-sel mati dan jatuh ke atas cadar. Setiap kali kita bangun ia akan akan tertinggal di atas cadar & tilam. Sel-sel mati ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan hampir tidak dapat dihilangkan.

Jika jumlah sel-sel mati bertambah, maka ia dengan mudah meresap kembali ke dalam tubuh, dan boleh menyebabkan penyakit serius.

Saintis Barat pernah cuba untuk menghilangkan sel-sel mati tersebut menggunakan pelbagai cecair pembunuh kuman seperti Dettol dan sebagainya, tetapi gagal.

Sesetengah ilmuwan mengatakan, ia mencuba mengibas debu 3 kali seperti yang dinyatakan di dalam Hadis dan terkejut  apabila mendapati bahawa semua sel-sel mati tersebut hilang !!

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah ﷺ bersabda: "Barangsiapa pergi ke tempat tidur, ia harus mengibas debu di cadar tidurnya tiga kali, kerana dia tidak tahu apa yang ditinggalkan" (Hadis riwayat Bukhari no. 6320, Muslim 2714)

Kebanyakan orang berfikir itu adalah cara menghilangkan serangga kecil tapi ramai yang tidak tahu bahawa kebaikannya jauh lebih besar daripada itu.

Hal ini sangat menyedihkan apabila kebanyakan daripada kita mengabaikan ajaran Rasulullah ﷺ.

Sama-samalah kita sebarkannya, biar seluruh dunia tahu bahawa segala  perintah Allah SWT adalah untuk kepentingan dan kebaikan manusia.

 سبحان الله...


Isnin, 7 September 2020

PENJUAL TAUHU

19 MUHARAM 1442H
7 September 2020M

Ada seorang penjual tauhu yg setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai  ke pasar, ia perlu naik kenderaan awam.


Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui pematang sawah.


Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Tuhan agar dagangannya habis dijual


Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.


Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah... 

Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan shj untung, modal pun habis.


Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan  seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.


Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.


Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban ! Hanya dia satu2nya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhu nya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi utk berniaga pd hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yg sdh rosak dan kemek.


Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik  telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yg anehnya peternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur krn ia hanya utk  dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis krn tauhunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..


PENGAJARAN...

Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Tuhan dengan sesuatu yg jauh lebih baik daripada yg diminta.

Allah Maha Mengetahui keperluan  kita, dibandingkan diri kita sendiri.

Karena itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali mengeluh, apalagi mengutuk! 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu 

padahal ia amat buruk bagimu. 

Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.

“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”

*Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan Allah

Sabtu, 5 September 2020

Amalan Yg Boleh di amalkan untuk meraih Syurga Allah

 17 MUHARAM 1442H
5 September 2020

Pertama :

Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.


Kedua :

Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...


Ketiga :

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.'dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka


Keempat :

Jaga solat duha, kerana kunci rezeki terletak pada solat duha.Yakinlah, manfaat solat duha sangat dasyat dalam mengundang rezeki...


Kelima :

Jaga sedekah setiap hari.Kalau boleh amalkan sedekah subuh kerana disana Malaikat sedang menanti untuk doakan orng yng bersedekah subuh. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda. Teman setia yng sedang menunggu kita di mahsyar nanti adalah sedekah..


Keenam 

Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang sentiasa berwuduk. Kata Imam Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa dalam solat walau ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Yaa Allah”.


Ketujuh :

Amalkan istighfar setiap saat. Kerana dengan istighfar Allah akan ampun dosa kita walaupun dosa kita sebesar dunia ini Allah akan ampun Hati yng penuh dng dosa akan menyebabkan nor hidayah Allah tidak akan menembusi hati yng disaluti najis dosa. Jadi basuhlah hati kita dng istighfar pasti nur hidayah Allah akan terus memancar masuk kelubuk hati kalian jadi apabila Nur hidayah masuk maka banyaklah pertolongan akan memandu kalian ke jalan syurga.


Kelapan

Berjalan ke majlis majlis ilmu dan zikir kerana disana malaikat sedang menanti untuk doakan mereka yng berada dalam majlis ilmu dan zikir dan janjikan jalan ke syurga bagi mereka yang berjalan kemajlis ilmu dan zikir maka rebutlah peluang keemasan ini jangan sampai terlepas.


Kesembilan

Memberi makan kepada manusia atau binatang. Kerana Nabi Ibrahim Khalillullah tidak akan makan kecuali bersama tetamu nya di sepanjang hidupnya


Jumaat, 4 September 2020

PETUA Daun Pandan

16 MUHARAM 1442H
4 September 2020M

DAUN PANDAN BANYAK KHASIAT UNTUK KESIHATAN 

Sangat beruntung ler sape-sape yang tanam daun pandan ni kat umah. Banyak sbenarnye kegunaan daun pandan ni yang ramai lagi tak tau kan.

Biasa daun pandan ni kita gunakan untuk masak je. Rupe nye untuk sihat pun boleh guna daun pandan ni. Meh Nik kongsi khasiat die.

Khasiat daun pandan ;

1. Menurunkan darah tinggi..(rebus dan minum airnye).

2. Mengubati Lemah Saraf..(rebus dan minum airnye).

3. Masukkan daun pandan dalam masakan boleh elakkan makanan cepat basi..

4. Buang angin dalam badan..(rebus dan minum airnye).

5. Amalan minum air rebusan daun pandan boleh matikan kuman dalam darah..

6. Meringankan sakit kepala .

7. Mengatasi masalah sembelit..(rebus dan minum airnye).

8. Menyembuhkan insomnia..(rebus dan minum airnye).

9. Mencantikkan kulit / awet muda..(rebus dan minum airnye).

10. Akar daun pandan direbus elok untuk ibu dalam pantang amalkan selama 40hari untuk mengecutkan peranakkan..

11. Melembutkan daging dan wangikan masakan..

12. Menghilangkan bau busuk dalam peti dan kreta..


Simple je nak guna, hanya guna daun pandan je dah tak perlu campur bahan-bahan lain. MasyaAllah mudah nye nak sihat.😉👍

Info yang menarik dan simple untuk diamalkan.

Khamis, 3 September 2020

Cetusan TAHUN BARU 1442H... Mohon doa dari semua...

 15 MUHARAM 1442H
3 September 2020M

Assalammualaikum wbt...
Aduh... dh terlalu lama berhenti menulis & menge'post' / meng'share' apa pun dlm group ni.. InshaAllah tahun 1442H ni aka tahun baru HIJRAH ni, nk cuba istiqomah balik utk hidupkan blog ni..
Walopun bukan ada peminat @ 4lower pun.. Syok sendiri jer ni... utk ingatan pada diri yg sentiasa jahil ni.. Mg apa yg di post kan menjadi pedoman pd diri dlm perjalanan bertemu dgn NYA.. InsyaAllah..

Ni nk share kisah abah & anak gadisnya..


Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya.Anaknya buka pintu.Belum tidur.


Abah : " Buat apa je belum tidur lagi ?"


Anak : " Tengah ... ( sambil menunjukkan fonnya )


Abah mengangguk faham.Tengah berinternet.

Abah : " Abah nak cakap sikit boleh ?"


Anak tidak mengangguk,tidak menggeleng.Tadah telinga.


Abah : " Sekarang kamu umur 20 tahun,kan ?"


Anaknya mengangguk.


Abah : " Baiklah,dengar baik-baik ni.Abah bukan nak berleter.Cuma nak ajak kamu berfikir.Dalam sehari,ada 24 jam.Ini kira-kira umum abah.Tak exact pun.Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja.Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas.Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan.Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll,update dan melayan kawan-kawan.Tolak campur makan,tidur,letih semua,barulah sedar,kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskah al-Quran yang berada di atas almari.Nampak berhabuk sikit.Anaknya berkerut kening.


Abah : " Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya,kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok al-Quran?"


Anak : " Tapi, abah ... baca sekejap, mengantuk."


Abah : " Baiklah.Kurangkan lagi.Jadi sejam."


Anak : " Sejam ? Lamanya.Seraklah tekak nak baca sampai sejam."


Abah : " Baiklah.Setengah jam."


Anak : " 15 minit bolehlah."


Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.


Abah : " Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup,kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu,tolak solat 5 waktu,sangat-sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk al-Quran tu."


Anak : " Tak faham."


Abah : " Kerja cari rezeki,bergantung pada al-Quran.Belajar,perlu al-Quran.Jodoh,perlu pada al-Quran.Berjaya,perlu al-Quran.Akarnya pada al-Quran."


Anak  : " Hm ... "


Abah : " Rosak akarnya,jangan harap batang,dahan,ranting,daun dan buahnya akan baik.Misalnya,kamu minat soal jodoh sekarang.Andai kamu seorang yang cinta kepada al-Quran,insya Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta al-Quran.Yang baik-baik.Jika kamu jenis tak pentingkan al-Quran,kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu.Kata nak jodoh yang baik-baik.Orang baik,orang yang utamakan al-Quran."


Anak : " Adoilah."


Abah : " 15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat al-Quran.Setahun dapat 365 ayat.20 tahun lagi dapat ? Dah boleh jadi hafizah."


Anak : " Kenapa abah cakap ni semua ?"


Abah : " Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni.

Dulu abah jahil tak kejar al-Quran.Abah tak nak anak abah ikut jejak langkah yang sama."


Anak gadisnya sebak.Peluk abahnya.Minta maaf.Sungguhlah.Lelaki selain abah sendiri hanya mampu berkata-kata manis,berjanji setia.

Namun, abah berkata-kata untuk melihat anaknya di syurga.Insya Allah


Moga bermanfaat.