Pageviews

Rabu, 4 April 2018

17 REJAB

17 Rejab 1439H
4 April 2018M

Credit : FB Mir Hazil Azran Ramli

17hb REJAB
17!
17 itu angka PRIMA
ia angka prima ke 7
sekarang bulan REJAB
Rejab itu bulan ke 7!
Rejab
RO-JIM-BA = REJAB!
Dalam susunan HURUF HIJAIYAH,
Huruf RO adalah huruf ke 10,
huruf JIM adalah huruf ke 5 dan
huruf BA adalah huruf ke 2.. Digabungkan;
10+5+2 = 17!!
REJAB bulan kisah ISRA' MIKRAJ - melaluinya Rasul dianugerahkan SOLAT 5 WAKTU.
5 solat itu adalah
SUBUH - 2 rakaat
ZOHOR - 4 rakaat
ASAR - 4 rakaat
MAGHRIB - 3 rakaat
ISYA' - 4 rakaat
2+4+4+3+4 = 17!!
17 = SOLAT!
Setiap RAKAAT kita MESTI baca AL-FATIHAH!
AL-FATIHAH itu surah PERTAMA.
AL-FATIHAH ada 7 AYAT!
dan ayat no 1-nya adalah BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM.
Hakikatnya ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah ini diulang-ulang baca dalam 17 rakaat pada 5 kali solat sehari semalam.
“Surah ke 1 jumlah ayat 7 dibaca 17 kali”
“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.” (Q.S. Al Hijr 15: 87).
Sebagian besar ulama menafsirkan bahawa tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah surat Al Fatihah. Hakikatnya memang benar, 7 ayat dalam surat Al Fatihah ini memang diulang-ulang baca oleh seluruh umat Islam ketika melakukan solat. Sekurang-kurangnya 17 KALI sehari semalam!
Jika SURAH 1 >> AL-FATIHAH, SURAH ke 17??
Surah ke 17 >> SURAH Al-ISRA'
Surah Al-Isra' - surah ke 17 - pada ayat 1 di SURAH ISRA' ini ALLAH sebut: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan HAMBA-NYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Al-Israa' 17:1)
Kisah ini kita kenali sebagai : PERISTIWA ISRA' MIKRAJ!!
(kerana itu surah ini dinamai Surah Isra'!!)
Dan KISAH ini BERLAKU DI BULAN REJAB!!
REJAB bulan ISRA MIKRAJ
REJAB bulan ULANGTAHUN ANUGERAH SOLAT

REJAB itu BULAN YANG DIHORMATI.
Firman Allah:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 BULAN YANG DIHORMATI. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
(At-Taubah 9:36)
MENURUT BUKU MANUAL ALLAH.. setahun ada 12 bulan dan padanya ada 4 bulan HARAAM @ yang dihormati.
APAKAH BULAN-BULAN ITU?
Rasul menerangkan:
"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: DzulQaedah, DzulHijjah dan Muharram, seterusnya bulan REJAB yang berada di antara bulan Jamadil Akhir dan Syaaban."
PETIKAN KATA-KATA RASUL dalam KHUTBAH TERAKHIR Baginda.
Lalu.. kita tahu bahawa 4 bulan itu adalah:
MUHARRAM - bulan ke 1
REJAB- bulan ke 7
DZULQAEDAH - bulan ke 11
DZULHIJJAH - bulan ke 12
MAKA.. KINI KITA SEDANG PUN BERADA di bulan YANG DIHORMATI ALLAH iaitu REJAB.
MENARIK UNTUK TAHU..
ALLAH sebut perihal BULAN YANG DIHORMATI ini BANYAK KALI di dalam Al Quran.
PERTAMA-KALI ianya disebut adalah seawal di surah AL BAQARAH pada AYAT 194!
"Bulan yang dihormati itu ialah dengan bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa."
(Al Baqarah : 194)
17 REJAB adalah HARI KE 194!! (di taqwim Islam @ Hijrah)
kebetulan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan