Pageviews

Rabu, 27 September 2017

TARIKH KEHIDUPAN ANDA...


Insan yang diberi nama Shahril Ismi b Ismail ini..sekarang berumur...

Tarikh Masihi sekarang     : 27 September 2017
Tarikh Hijrah sekarang      : 6 Muharram 1439
Birthday Masihi anda        : 13 February 1978 (Isnin)
Umur Masihi anda             : 39 tahun, 7 bulan, 14 hari
Birthday Hijrah anda         : 5 Rabiulawal 1398 (Isnin)
Umur Hijrah anda              : 40 tahun, 10 bulan, 1 hari

Ingin mengetahui umur hijrah anda??
http://basri.my/tools/tarikh-lahir-kalendar-islam

Jangan kata abang tak payung....
Kembalilah kepada FITRAH....

Khamis, 21 September 2017

HAPPY NEW YEAR 1439H

30 Dzulhijjah 1438H
21 September 2017M



SOAL: “Apakah doa akhir tahun dan awal tahun ada dalilnya?

JAWAB: “YA.... Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ (60)

Perintah berdoa dalam ayat di atas bersifat mutlak dan umum. Karena itu berdoa pada akhir tahun dan awal tahun, masuk dalam keumuman perintah ayat tersebut.”

SOAL: “ adakah dalil khusus doa akhir tahun dan awal tahun ?”

Ulama  dikiaskan doa awal waktu dan akhir tahun dengan doa pada awal bulan dan akhir bulan. Dalam kitab-kitab hadis diriwayatkan oleh imam Tarmizi

عن طلحة بن عبيد الله رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رأى الهلال قال: (اللهم أهله علينا باليمن والإيمان والسلام والإسلام ربي وربك الله) رواه الترمذي (رقم/3451)، وقال: حديث حسن
Dari Thalhah bin Ubaidillah r.a, bahawa Rasulullah SAW apabila melihat hilal (bulan pada tanggal 1, 2 dan 3), maka beliau berdoa: “Ya Allah, perlihatlah bulan ini kepada kami dengan kebahagiaan, keimanan, keselamatan dan keislaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

، أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ : " هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، آَمَنْتُ بِاللهِ الَّذِيْ خَلَقَكَ " ، ثلاث مرات ، ثم يقول : " اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ ذَهَبَ بِشَهْرِ كَذَا وَجَاءَ بِشَهْرِ كَذَا ". رواه ابو داود

Rasulullah SAW apabila melihat hilal, maka berdoa: “Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Aku beriman kepada Allah yang telah menciptakanmu.” Sebanyak tiga kali, kemudian berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi bulan ini, dan datang dengan bulan ini.” (HR. Abu Dawud [5092]).

Kredit : Nahdatul ulama Indonesia


DOA AKHIR TAHUN

Doa ini dibaca sesudah solat Asar (sebelum Maghrib)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعٰلمِيْنَ.  وَصَلىَّ اللهُ عَلىٰ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ وَ عَلىٰآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ اَللهم مَا عَمِلْتُ فِي هٰذِهِالسَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِيْ عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلِمْتَ عَلَيَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلىٰ عُقُوْ بَتِيْ وَدَعَوْ تَنِيْ إِلَى التَّوْ بَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْاءَتِيْعَلىٰ مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّيْ أَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلِيْ وَمَا عَلِمْتُ فِيْهَا مِمِّاتَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِيْ عَلَيْهِ الثَّوَابَ فَأَسْأَلُكَ اَللهم يَا كَرِيْمُ يَاذَاالْجَلاَلِ وَالْإِكْرَامِ. اَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّيْ وَلاَتَقْطَعْ رَجَائِيْ مِنْكَ يَاكَرِيْمُ وَصَلىَّ اللهُ عَلىٰ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ وَ عَلىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعٰلمِيْنَ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang aku belum bertaubat, padahal Engkau tidak meridhainya dan melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu) kepadaku, yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untukku dan Engkau telah mengajakku untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat kepada-Mu. Karena itu, aku mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepadaku. Segala apa yang telah aku kerjakan selama tahun ini berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala. Saya mohon kepada-Mu ya Allah wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan semoga berkenan menerima amalku dan semoga Engkau tidak memutuskan harapanku kepada-Mu wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kami Muhammad beserta para keluarga dan sahabatnya. dan Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam

DOA AWAL TAHUN

Doa ini dibaca sesudah solat Maghrib

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعٰلمِيْنَ. وَصَلىَّ اللهُ عَلىٰ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ وَ عَلىٰآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. اَللهم أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ الْأَوَّلُ وَ عَلىٰ فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ المُعَوَّلِ وَهٰذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ نَسْأَلُكَ اْلعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلىٰهٰذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَاْلإِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفٰى يَاذَالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَصَلىَّ اللهُ عَلىٰ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ وَ عَلىٰآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعٰلمِيْنَ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah yang abadi, dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan dan penghulu kami Muhammad beserta para keluarga dan sahabatnya. dan Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

MUSLIM YNG SUPERB!!!

30 Dzulhijjah 1438H
21 September 2017M


Bila sakit

Ikhtiar Pertama
Solat sunat 2 rakaat dan memohon kesihatan kepada Allah.
Kalau belum sembuh....

Ikhtiar kedua
Baca Al-Fatihah / Surah2 lain, tiupkan pada air minum dengan amalan tambahan :

- Jika badan panas, maka perbanyakkan membaca Selawat ( kerana Selawat sebagai penyejuk )

- Jika badan sejuk, maka banyakkan baca Ayat Kursi.

- Jika sakit yang nampak, maka bacakan Surah Al-Fatihah sambil mengusap-usap dibahagian yang sakit.

- Jika sakit yang tak nampak, maka banyakkan bacaan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas ( Sebagai penolak sihir )
Inilah Ruqyah untuk diri sendiri.
Tapi kalau belum sihat juga, lakukan ikhtiar ketiga.

Ikhtiar ketiga
Bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan dan dijadikan jalan penyembuh sakit.
Kalau tidak sembuh juga....

Ikhtiar ke-empat
Memperbanyak Istighfar untuk bertaubat. Sebab Nabi SAW beritahu, bahawa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa-dosa.
Kalau belum sembuh juga...

Ikhtiar ke-lima
Minum Madu dan Habbatussauda.
Kalau belum sembuh lagi..

Ikhtiar ke-enam
Mengambil makanan herbal seperti bawang putih, buah tin, zaitun.
Jika belum sembuh...

Ikhtiar ke-tujuh
Pergi ke Doktor yang Soleh.

Insyaa Allah akan diberi kesembuhan dari Allah..
Percayalah....penyakit yang datang itu sebagai penghapus dosa dan meninggikan darjat disisi Allah...

Rabu, 20 September 2017

DAURAH @masjid seksyen 7, Shah Alam


DAURAH PENGAJIAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH @Masjid Seksyen 7!!

KITAB : AYYUHAL WALAD bersama Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir AL-AZHARIY
📆: 22 SEPTEMBER 2017 (JUMAAT)
🕌: Dewan Solat Utama Masjid Seksyen 7
🕰: 9.00 pagi - 12.30 tgh, 2.30ptg - 5.00 ptg.
Yuran : RM20 termasuk Kitab dan Makan

Sila hubungi : Ustaz Zulhelmi:0132702549 / Pejabat MS7:03-55247756 untuk pendaftaran dan tempahan kitab

Tarikh akhir pendaftaran 21 September 2017 (Khamis)

KULIAH MAGHRIB


 
Jemputan kuliah Maghrib khas Maal Hijrah bertajuk “Jom Hijrah” oleh Dr Hazil Azran Ramli, Pakar Bio Energy, Pengasas Taqwim Hijrah

Tarikh: 24 September, 2017 / Ahad
Masa: Selepas Solat Maghrib
Lokasi: Surau Al-Ikhwan

Bersama-sama kita berkongsi ilmu mengenai 'Transformasi Hijrah Diri' serta mengimarahkan taman2 Syurga.

Dapatkan Takwim Hijrah 1439h dengan harga RM 15.00 sahaja
Jamuan disediakan.

TEMASYA 1439H - NEW YEAR!!!

28 Dzulhijjah 1438H
19 September 2017M

Saat menjelangnya AWAL MUHARAM 1439H... Adakah diri kita masih ditakuk lama? Bersediakah kita untuk berhirah?? Bak nasyid yang selalu dilagukan bila tiba waktunya...

"1 Muharam detik permulaan....perkiraan tahun ISLAM hijrah...
Perpindahan Nabi dan umat ISLAM...dari kota Mekah ke kota Madinah"....

Namun disaat ini...lebih dekat hirahnya kita...adalah hijrah diri...Menjadikan diri lebih baik atau bertambah baik dari sebelumnya...Hirah diri agar lebih tahu akan bulan-bulan ISLAM yang termaktub dalam kitab Al-Quran...Yang kita sedia maklum.. dalam surah At-Taubah...Allah ada menceritakan akan bulan-bulan Islam... Bukan Allah cerita akan bulan masihi yang selalu kita ikutkan waima dalam menyambut 'BIRTHDAY'...

Bila tiba 12 Rabiul Awwal...kita kecoh dengan bulan kelahiran Rasulullah SAW...tapi kita sendiri??? Adakah kita menyambut juga kelahiran kita dalam HIJRI???!! Tepuk dada tanya IMAN...
Ayuh...!!! Disaat 1439H yang semakin hampir...bersama kita HIJRAHkan diri kita ke arah HIJRAH yang sebenar...

1 Rumah 1 TAQWIM...!!  

Ahad, 10 September 2017

SAYANG hingga SYURGA...

18 DZULHIJJAH 1438H
10 September 2017M
BARAKAH ANAK SULUNG PEREMPUAN. "Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah سبحانه وتعالى Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah ‎ﷺ bersabda, "Diberkati oleh Allah سبحانه وتعالى yang anak pertamanya, anak sulungnya itu ialah perempuan." Dapat Doa Khusus dari Rasulullah ‎ﷺ. Kerana itu Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم, kalau mereka sudah kahwin, mereka memohon kepada Allah سبحانه وتعالى, "Ya Allah, berikanlah anak aku yang pertama perempuan." Kenapa Para Salafus Solehin doa macam itu? Kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah ‎ﷺ. Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah سبحانه وتعالى nak memuliakan apa yang mereka hina. Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir sahaja anak lelaki, Allah سبحانه وتعالى berfirman kepadanya, "Keluarlah dan mudah-mudahan kamu tolong ayahmu." Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah سبحانه وتعالى berfirman kepadanya, "Keluarlah dan Aku yang menolong ayahmu." اللهم صل على سيدنا محمد. Inilah barakah anak sulung perempuan." [Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Salim Al-Jahaf حفظه الله تعالى] Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya' instagram | telegram : @kalam_ulama

Ya Allah...Jadikanlah anakku anak yang solehah. Berikanlah dia bahagia dunia & akhirat. Selamat ulangtahun yang ke-8 sayangku...