Pageviews
Sabtu, 30 November 2013
Hotel California versi Acapella - SuperB!!
Label:
Klip Video
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Khamis, 28 November 2013
HambaNYA yang TERPILIH
MUHARRAM..
Ia bulan HARAAM - bulan yang dihormati.
Saat sesetengah kita mengejar kemahsyuran untuk dihormati dan diangkat manusia...
ALLAH mengangkat hambaNYA untuk dimasyurkan (DIHORMATI)!!
Allahyarham AHMAD AMMAR..
Anak muda ini ALLAH pilih untuk tontonkan sebuah KISAH.
Ia kisah tentang KEMULIAAN dan KETINGGIAN...
sungguh, DIA maha TINGGI sepertimana kalamNya :
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha TINGGI (dari segala sifat-sifat kekurangan).
(Al-A'laa 87:1)
lalu, DIA tinggikan hambaNya yang DIA PILIH!
(Kredit : FB Mir Hazil Azran Ramli)
Sungguh mulia perjalanan anak muda ini. Sungguh tinggi perhormatan yang diberikan Allah padanya dimuka bumi ini. Sungguh barakah perjalanannya dalam perjuangan di dunia ini.
Kita... Adakah pengakhiran kita seperti beliau? Adakah penghormatan kita oleh Allah seperti yang dikurniakan oleh Allah kepada beliau? Kita masih tidak tahu bagaimana pengakhiran kita. Kita masih belum tahu dimanakah pengakhiran kita. Kita masih belum tahu bersediakah kita ketika datangnya pengakhiran kita.
Allahu Rabbi.. Ampunilah kami semua. Ampunilah segala dosa-dosa yang telah kami lakukan ketika sengaja mahupun tidak. Matikanlah kami dengan sebaik-baik kematian. Moga kita semua ditempatkan bersama di syurga.
Label:
Bicara Diri,
Bicara Guru,
Klip Video,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Rabu, 13 November 2013
SELAMAT HARI LAHIR buat semua...
(Kredit : FB Mir Hazil Azran Ramli)
SELAMAT HARI LAHIR...
ramai yang kata.. entah ya entah tidak!
Jika YA.. maka, elok kita ucapkan...
SELAMAT HARI LAHIR "En ALAM SEMESTA"
[katanya 10 Muharram - Hari pertama Allah menciptakan alam]
TANPA ALAM.. TIADALAH “PENGHUNI ALAM SEMESTA” ini.

juga...
SELAMAT HARI LAHIR "En RAHMAT"
[katanya 10 Muharram adalah Hari Pertama Allah menurunkan RAHMAT]
TANPA RAHMAT.. TIADALAH “RAHMATAN LIL ALLAMIN”
juga tak lupa..
SELAMAT HARI LAHIR "En HUJAN"
[katanya, 10 Muharram itu Hari pertama Allah menurunkan HUJAN]
TIADA HUJAN.. TIADALAH KITARAN KEHIDUPAN ALAM
malah, ada yang kata;
10 Muharram - Allah menjadikan ‘Arasy.
lalu, ucapan SELAMAT HARI LAHIR En 'ARASY
TIADA 'ARASY.. TIADALAH LANGIT DUNIA YANG MELINDUNGI
ADA JUGA PENDAPAT;
10 Muharram - Nabi Adam a.s. dicipta.
makanya.. dengan besar JIWA..
"SELAMAT HARI LAHIR AYAHANDA "ADAM"..
TIADA ADAM… TIADALAH “KETURUNAN ADAM”… yakni MANUSIA!!!
Ada juga yang kata, 10 Muharram - Allah menjadikan Luh Mahfuz.
ada juga yang bercerita, 10 Muharram - Allah menjadikan Malaikat Jibril.
.............................. .......................
HAIBAT!! HAIBAT!!!
Tentu sahaja, semua ini BERTUJUAN untuk menggambarkan HEBATNYA hari ke 10 MUHARRAM ini..
Hingga saja, ada yang mengatakan AYAT 1 & 2 pada SURAH AL-FAJR (89) yang bermaksud:
"DEMI FAJAR, dan malam yang SEPULUH (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)"
juga merujuk kepada 10 MUHARRAM.. (miskipun ada pendapat ianya adalah 10 Dzulhijjah / malam akhir ramadhan)
[KATA"DEMI" adalah KALAM "SUMPAH".. dan ayat di atas adalah antara beberapa ayat-ayat yang ALLAH BERSUMPAH!!]
itulah KEHEBATAN ASYURA..
.............................. .............................. .............................
manakala, DALAM BEBERAPA CATATAN perihal KISAH & SEJARAH; katanya: pada hari ASYURA berlaku beberapa PERISTIWA hebat:
>> Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
>> Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
>> Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
>> Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
>> Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
>> Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
>> Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
>> Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
>> Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
>> Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
>> Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
>> Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
>> Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
((Sumber kitab I’anah at-Thalibin)
Hari ke 10 ini SEMUT berpuasa…
hari ini binatang buas pun berpuasa…
.............................. .............................. .....
Sejauhmana kesahihan kaitan peristiwa dengan hari ASYURA sukar untuk dipastikan. Pun, yang utama adalah HARI ASYURA sering dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa penting dan hebat!!
SEJARAH MENCERITAKAN KISAH..
manusia menghayati sejarah untuk belajar teladan dan sempadan yang ada. Ketamadunan manusia berkembang dan membina EMPAYAR-EMPAYAR kegemilangan dan kejatuhannya. Padanya ada cerita PAHIT-MANIS untuk dipertontonkan buat BEKAL PENGAJARAN generasi selepasnya.
hari ini KISAH "SEPULUH" itu bakal TIBA LAGI... pun, lagaknya kita si "MUSLIM PERKASA yang kebal dan sudah rasa LEGA" ini; masih sedang alpa dan merasa 'HARI 10' itu SAMA SAHAJA seperti hari-hari di bulan NOVEMBER!!
TERBAEEKK... memang terbaek!!!!
SELAMAT HARI LAHIR "En RAHMAT"
[katanya 10 Muharram adalah Hari Pertama Allah menurunkan RAHMAT]
TANPA RAHMAT.. TIADALAH “RAHMATAN LIL ALLAMIN”
juga tak lupa..
SELAMAT HARI LAHIR "En HUJAN"
[katanya, 10 Muharram itu Hari pertama Allah menurunkan HUJAN]
TIADA HUJAN.. TIADALAH KITARAN KEHIDUPAN ALAM
malah, ada yang kata;
10 Muharram - Allah menjadikan ‘Arasy.
lalu, ucapan SELAMAT HARI LAHIR En 'ARASY
TIADA 'ARASY.. TIADALAH LANGIT DUNIA YANG MELINDUNGI
ADA JUGA PENDAPAT;
10 Muharram - Nabi Adam a.s. dicipta.
makanya.. dengan besar JIWA..
"SELAMAT HARI LAHIR AYAHANDA "ADAM"..
TIADA ADAM… TIADALAH “KETURUNAN ADAM”… yakni MANUSIA!!!
Ada juga yang kata, 10 Muharram - Allah menjadikan Luh Mahfuz.
ada juga yang bercerita, 10 Muharram - Allah menjadikan Malaikat Jibril.
..............................
HAIBAT!! HAIBAT!!!
Tentu sahaja, semua ini BERTUJUAN untuk menggambarkan HEBATNYA hari ke 10 MUHARRAM ini..
Hingga saja, ada yang mengatakan AYAT 1 & 2 pada SURAH AL-FAJR (89) yang bermaksud:
"DEMI FAJAR, dan malam yang SEPULUH (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)"
juga merujuk kepada 10 MUHARRAM.. (miskipun ada pendapat ianya adalah 10 Dzulhijjah / malam akhir ramadhan)
[KATA"DEMI" adalah KALAM "SUMPAH".. dan ayat di atas adalah antara beberapa ayat-ayat yang ALLAH BERSUMPAH!!]
itulah KEHEBATAN ASYURA..
..............................
manakala, DALAM BEBERAPA CATATAN perihal KISAH & SEJARAH; katanya: pada hari ASYURA berlaku beberapa PERISTIWA hebat:
>> Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
>> Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
>> Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
>> Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
>> Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
>> Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
>> Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
>> Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
>> Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
>> Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
>> Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
>> Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
>> Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
((Sumber kitab I’anah at-Thalibin)
Hari ke 10 ini SEMUT berpuasa…
hari ini binatang buas pun berpuasa…
..............................
Sejauhmana kesahihan kaitan peristiwa dengan hari ASYURA sukar untuk dipastikan. Pun, yang utama adalah HARI ASYURA sering dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa penting dan hebat!!
SEJARAH MENCERITAKAN KISAH..
manusia menghayati sejarah untuk belajar teladan dan sempadan yang ada. Ketamadunan manusia berkembang dan membina EMPAYAR-EMPAYAR kegemilangan dan kejatuhannya. Padanya ada cerita PAHIT-MANIS untuk dipertontonkan buat BEKAL PENGAJARAN generasi selepasnya.
hari ini KISAH "SEPULUH" itu bakal TIBA LAGI... pun, lagaknya kita si "MUSLIM PERKASA yang kebal dan sudah rasa LEGA" ini; masih sedang alpa dan merasa 'HARI 10' itu SAMA SAHAJA seperti hari-hari di bulan NOVEMBER!!
TERBAEEKK... memang terbaek!!!!
Label:
Bicara Guru,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Buat RENUNGAN....
Alkisah kain untuk ustaz.
Bahari sudah seminggu tidak call ustaz Ismail. Jarang Bahari bersikap
demikian. Biasanya dalam seminggu sekurang-kurangnya pun ada sms ataupun
whatsapp.
Minggu ini sunyi. Ustaz Ismail berasa pelik, tapi terus bersangka baik mungkin Bahari sibuk.
3 minggu berlalu, masih tiada sebarang berita daripada Bahari, anak murid kesayangannya.
Kali terakhir sekali, ustaz Ismail berjumpa dengan Bahari tiga minggu lalu
selepas Bahari pulang dari luar negara. Diberinya satu kain yang cantik kepada ustaz Ismail untuk dibuat jubah.
Ustaz Ismail cuba sms Bahari. SMSnya tidak dibalas. Mungkin Bahari betul-betul sibuk.
Selepas itu Ustaz Ismail bergegas ke masjid untuk solat Maghrib.
Dijumpanya pakcik Hamdi yang sudah berusia 85 tahun. Pakcik Hamdi
memakai jubahnya yang baru, jubah yang dibuat daripada kain yang
dihadiahkan Bahari.
“Kalau anak murid saya tahu kain yang dia
beri saya sudah menjadi jubah cantik untuk pakcik, mesti dia sangat
gembira. Pahalanya sudah dipanjangkan,” kata ustaz Ismail pada pakcik
Hamdi.
6 minggu berlalu tanpa sebarang berita dari Bahari.
Ustaz Ismail menjadi sangat bimbang kerana jarang Bahari bersikap
seperti itu. Ustaz Ismail bergegas memandu kereta seorang diri 10 jam ke
arah selatan mencari Bahari di rumahnya.
Bahari terkejut melihat ustaz Ismail berdiri di depan rumah lalu menjemputnya masuk.
“Mengapa lama tak cari pakcik?” tanya ustaz Ismail. “Call dan SMS tak
jawab. Anta ditimpa kemalangan ke atau apa? Ke keluarga ada masalah? Ke
ada masalah duit?”
Pertanyaan ustaz Ismail menyebabkan Bahari terharu kerana ustaznya cukup mengambil berat pasalnya.
Namun Bahari malu menyatakan hal sebenar. Setelah didesak beberapa kali oleh ustaz Ismail…
“Maaf ustaz. Ana sebenarnya marah melihat ustaz tak sayang benda yang
diberi ana. Ana susah payah membeli kain yang baik untuk ustaz dari luar
negara, ustaz berikan pada pakcik tua. Ana terluka hati dengan tindakan
itu,” jelas Bahari.
“Wahai anakku, mengapa anta fikir begitu?
Pakcik cuma tidak mahu kain itu dibazirkan kerana pakcik dah ada banyak
jubah. Disebabkan pakcik sangat sayang pada kain itu, pakcik dermakan
pada pakcik Hamdi, orang yang pakcik paling hormati di kampung.
Cuba kamu fikir jikalau Bahari datang lain kali, kain itu sudah berdebu
tidak digunakan, sudah tentu Bahari rasa lagi terkilan kerana pakcik
tak jaga kain itu.
Wahai anakku, ingatlah apabila kamu memberi
sesuatu, kamu mesti membuatnya atas dasar mengumpul pahala. Orang yang
menerima benda itu, kamu kena terima mereka boleh berbuat apa sahaja.
Jika mereka gunakan untuk kebaikan, pahala itu akan dipanjangkan kepada kamu,” terang ustaz Ismail kepada Bahari.
Mendengar penjelasan ustaz Ismail, Bahari terus memeluk ustaz Ismail dan memohon maaf.
Semenjak hari itu, hubungan mereka bukan sahaja pulih malah bertambah erat.
Senyum cc: Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Label:
Bicara Guru,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Selasa, 12 November 2013
Lebih MEGA dari MAHARAJA LAWAK MEGA
08 MUHARRAM 1435H
2 hari lagi - "ASYURA"..
ia hari ke 10.
Begitu pantas peredaran masa, kini 10 Muharram 1435H kian tiba.
Buat yang menunggu kehadiran Asyura.. hadir Asyura penuh makna...
Asyura singgah lagi mengisi kerinduan perpisahan yang panjang. Sang
perindu bakal menempiaskan dendam rindunya. Lagunya penuh kesyukuran
kerana terus diberi peluang. Melodinya penuh keasyikan.. rentaknya penuh
kecanduan spiritual!
“Wahai jiwa-jiwa yang tenang… bergumbiralah…”
tempik dan ronta jiwa sang perindu asyura. Hari ini kekasihnya pulang ke pangkuan.
Menjelang MALAM-MALAM menuju TIBANYA 10 MUHARRAM ditahun 1435H - pasrah untuk tahu ANDAI kita ini adalah Sang Perindu itu..?
Pasrah untuk tahu dan menerima hakikat bahawa apakah kita masih punya rindu itu?
PASRAH UNTUK TAHU.. apakah kita masih punya PEKA itu..??
KERINDUAN & KEASYIKAN SPIRITUAL yang ROH & JIWA-nya bukan
diprovokasikan oleh keinginan zahiriah.. apatah lagi tercetus dari
status COPY-PASTE teman di FB yang SHARE perihal ASYURA - lalu,
tiba-tiba kita pun jadi 'perindu' asyura.
RINDU ASYURA hadir
kerana meniti perjalanan hari demi hari dari satu titik ke satu titik
yang tiap satunya punya DESTINASI yang tiba atau berulang tiba.
JUMAAT ke JUMAAT
Ramadhan ke Ramadhan..
Eidfitri ke Eidfitri..
Wukuf ke Wukuf..dan sebagainya..
ia rasa BATINIAH yang mencari DAMAI; mencari TUHAN-NYA.
Hari ini, pasrah untuk TAHU ANDAI KITA MASIH BERADA PADA KOORDINAT-NYA
dan KIBLAT-NYA dan meniti PERJALANAN itu agar kita hayati detik TIBA ke
satu TITIK DESTINASI ke satu titik DESTINASI sepanjang kembara tahunan
kita ini.
Kata sang GURU di blognya; “jujurlah kepada diri
sendiri. Ia bukan untuk Dia, Allah tidak memerlukan apa-apa daripada
kita. Jujurlah kepada diri kita, apakah yang kita kehendaki?”.
GEMA rindu Asyura ini SUNYI sambutannya...
10 Muharram @ ASYURA tidak lagi MAKMUR & MABRUR seperti suatu masa
dahulu KERANA kita TIDAK LAGI PEKA AKAN “RASA” KEHADIRANNYA.
ROH-nya kian pudar dan hilang.. USAHA menghidupkannya biarpun giat, pun
responnya tidak sesubur MAHARAJALAWAK MEGA musim baru yang BAKAL BERMULA
saat detik HARI ASYURA tahun ini.
[tahun lalu pun begitu... saat 01 MUHARRAM (maal hijrah).. dan saat ASYURA - acara mega lawak giler ni 'DITAWARKAN' ke minda]
MUNGKIN BERBETULAN - detik HARI ASYURA kelak dipilih sebagai HARI KEPUTUSAN UPSR dimaklumkan.
Mungkin nak AMBIL BERKAT!!
[bersangka baik]
atau MUNGKIN.. HANTAM SAJALAH...
sekali lagi..!!
sama macam.. detik MAAL HIJRAH - 04hb NOVEMBER 2013 lalu - buat PILIHANRAYA KECIL Sg Limau..
[hentam sahajalah.. sapa nak marah... sapa nak kesah!!]
hari ini.. yang kita lebih KESAH adalah KISAH SYIAH!
sedangkan hakikatnya.. ramai yang tak fasih hal akidah!
kita makin jauh…
MENANGKAH KITA??
SUKSESKAH KITA???!!!
saat ini MAAL HIJRAH masih membara.. ditambah PERISA dengan MUKJIZAT
ASYURA yang penuh HIKMAH... sewajarnya inilah SAATNYA KITA BERPESTA..
MAJLIS ILMU..
MAJLIS IBADAH..
MAJLIS SEDEKAH JARIAH..
MAJLIS WALIMATUL URUS..
dan sebagainya..
kata Abu Qatadah al-Ansari r.a.; Rasulullah s.a.w. telah ditanya tentang puasa 'Asyura` lalu jawab Baginda:
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan
yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa)
setahun yang lepas"
(Hadis diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi)
Ibnu `Abbas r.a. menyatakan :
"Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa pada suatu hari
kerana ingin mengejar keutamaannya selain hari ini (Asyura') dan tidak
pada suatu bulan selain bulan ini (maksudnya: Ramadhan)."
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)
Malah Sabda Rasulullah s.a.w. :
“ Puasa yang paling afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa di
bulan ALLAH yang diharamkan (Muharram). Solat yang paling afdhal selepas
solat fardu ialah solat malam ”.
(Hadis riwayat Muslim)
سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ
الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى
جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ
رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ
"Telah ditanya Rasulullah s.a.w.. Apakah solat yang paling utama
selepas solat wajib? Baginda s.a.w. bersabda: Solat di jauh malam.
Baginda s.a.w ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa
Ramadan? Baginda s.a.w. bersabda: Puasa di bulan ALLAH yang kamu panggil
Muharram".
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
Dalam hadis yang lain diriwayatkan bahawa :
"Ia adalah hari dimana kapal Nuh `alaihis salam mendarat di atas gunung
“Judi” lalu Nuh `alaihis salam berpuasa pada hari itu sebagai tanda
kesyukuran"
(Hadis ini diriwayatkan Imam Ahmad - [hadis dhaif])
ASYURO..
10..
9
8
7
6
5
4
3
2
1
demi MASA... manusia masih dalam kealpaan..
(kredit : FB Mir Hazil Azran Ramli)
Label:
Bicara Guru,
Tausiah,
Tazkirah
Location: Shah Alam, Selangor, Malaysia
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)