Pageviews

Jumaat, 28 Jun 2013

Jumaat, 21 Jun 2013

RAMADHAN kian hampir...



12 Sya'ban 1434.

Ramadhan kian hampir. Samada kita masih lagi diberikan umur yang panjang untuk bertemu Ramadhan 1434 ini atau sebaliknya.

Telah bersediakah kita? Untuk berhadapan dengan Ramadhan jika kita diberi peluang sekali lagi... Diri ini masih lagi lemah. Diri ini masih lagi tidak berubah. Banyak yang perlu diperbaiki. Baik dari segi kekuatan rohani maupun jasmani.

Ramadhan akan hadir. Ia pasti datang. Moga diri ini kembali BERSIH. In shaa Allah. Mohon doa mendoakan. Agar kita semua tidak termasuk dalam golongan yang rugi setelah Ramadhan pergi..

Rabu, 19 Jun 2013

MERENTASI PERUBAHAN MENAMPILKAN SEBUAH KELAINAN - JOM HIJRAH!!!



Sebuah PROGRAM HIBUR-DIDIK. Ianya adalah BERBEZA. Cukup ISTIMEWA. Lain dari yang lain.

Menampilkan PROGRAM MOTIVASI & MUZIKAL yang menjanakan ENERGI TRANSFORMASI HIJRAH DIRI untuk berubah atau HIJRAH kepada kehidupan yang lebih SUKSES dari sebelumnya.

Melalui bimbingan oleh MENTOR HIJRAH dan dibantu oleh MUDIR (GURU) HIJRAH; suatu PENCERAHAN untuk FIZIKAL, MINDA & EMOSI beserta dengan aktiviti aktivasi TENAGA bakal dikongsikan kepada hadirin. Malah ianya akan digarap dalam sebuah PERSEMBAHAN PENTAS ISTIMEWA bersama-sama IKON-IKON HIJRAH yang terdiri dari mereka yang telah MENCIPTA KISAH HIJRAH diri mereka sendiri.

HADIRIN akan bersama menjalani sebuah 'TRANSFORMASI HIJRAH DIRI' pada 2 sesi hebat ini..

AYUH!!
bersama kami...

MENTOR HIJRAH
Dr. Mir Hazil Azran Ramli

MUDIR HIJRAH
Ustaz AKHIL HAYY

MODERATOR HIJRAH
CikPuan WAHEEDA

serta barisan

IKON-IKON HIJRAH
IM JABAR - Juara Medan IMAM MUDA 3
IM HASSAN - Juara Medan IMAM MUDA 2
Saudara MAWI - Juara AKADEMI FANTASIA 3
Saudara MAN RajaLawak - Juara RAJALAWAK 5

pada

SABTU - 29 JUN 2013 bersamaan 20 Syaaban 1434H
Jam 3ptg - 5ptg di Dewan Marina, Lumut, Perak

dalam 2 PROGRAM 'back to back'

3 - 5pm
MEDAN IMAM MUDA @ KOMPAS HIJRAH

9 - 12pm
KONSERT HIBUR DIDIK
"MALAM MENCARI HIJRAH"

Merentasi Perubahan Menampilkan Sebuah Kelainan

HOTLINE TIKET:

019 - 5700 732
017 - 5311 074.

TEMPAH TEMPAT ANDA SEKARANG!!!!

Sempena Nisfu Sya'ban & Ramadhan - Majlis ISTIMEWA


Saat Akhir Zaman...

09 Sya'ban 1434.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”

Dari Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra berkata: “Datang kepada kami Rasulullah s.a.w. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. 

Lalu Rasulullah SAW bersabda : “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: 
“Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya al-Masih Isa Ibn Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (HR: Imam Muslim)

Isnin, 10 Jun 2013

Sya'ban hadir lagi

Sya'ban 1434 telah hadir. Alhamdulillah, syukur atas keizinanNYA, selagi lagi diri ini dapat bersua kembali dengan Sya'ban 1434. Hadirnya dengan bersama zuriat yang kedua. Penuh dengan cahaya kegembiraan. Hadirnya Sya'ban dengan hadirnya An-Nisaa Humayra. Setelah Rejab 1434 berlalu pergi. Setelah peristiwa anugerah solat telah berlangsung. Kini tiba pula saat pertukaran buku amalan. Setelah 222 hari berlalu bermula dari Muharam 1434, pelbagai rencam, asaam garam kehidupan telah kita lalui.
Ada suka ada duka. Ada sedih ada gembira. Ada dosa ada pahala. Ada kebaikan ada kejahatan. Ada kerajinan ada kemalasan. Semua telah kita lalui tanpa sedar @ sedar. Setiap perlakuan kita telah dicatit oleh Malaikat Raqib & Atid tanpa sedikit pun ketinggalan. Baik perkara maksiat mahupun kebaikan. Samada buku disebelah kanan penuh @ yang kiri berat dengan timbangan. Kita sendiri yang perlu muhasabah kembali, apa yang telah kita lalui sepanjang tahun ini. masih belum terlambat untuk kita memohon keampunan kepada Yang Empunya Dunia. Masih belum terlambat selagi roh tidak berada di halkum. Masih belum terlambat selagi matahari tidak terbit dari barat.
Mohonlah keampunan. Banyakkan beristighfar. Selalulah berselawat. Moga dengan amalan kita yang sedikit ini tetapi istiqomah  dapat membantu kita dijauhkan dari api Neraka Allah. Jika dapat, perbanyakkan berpuasa pada bulan yang penuh keberkatan ini. Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Rejab itu adalah bulan Allah. Sya'ban itu adalah bulanku & Ramadhan itu adalah bulan umatku" (HR: Imam Bukhari & Muslim) 
Diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid, bahawa dia bertanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah, aku tidak melihatmu berpuasa pada bulan-bulan yang lain seperti kamu berpuasa pada bulan Sya'ban. "Baginda menjawab: "Itu adalah bulan yang diabaikan oleh kebanyakkan orang, kerana bulan ini terletak antara Rejab dan Ramadhan. Dan itu adalah bulan dimana perbuatan & amalan manusia akan diangkat Tuhan semesta alam. Dan aku berasa senang bahawa amalku diangkat ketika aku berpuasa." (HR: Imam An-Nasaai)

Selain itu, Rasulullah SAW turut berpuasa pada setiap hari isnin dan khamis pada setiap minggu dan dalam beberapa hadis yang lain, Rasulullah SAW telah ditanya oleh Zaid Bin Usamah tentang rahsia yang terkandung dalam kedua-dua hari tersebut. Baginda menjawab: "Itu adalah dua hari yang diajukan padanya amal-amal kepada Tuhan Sekalian Alam dan aku berasa senang jika amalku diajukan ketika aku berpuasa." (HR: Imam Abu Daud)

Ada pepatah yang berbunyi: Perumpamaan bulan Rejab itu umpama waktu keluarnya daun. Bulan Sya'ban itu umpama keluarnya bunga dan bulan Ramadhan itu umpama buahnya.

Sesetengah ulama' menyatakan bahawa bulan Rejab itu adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada dosa. Manakala bulan Sya'ban adalah untuk memperbaiki diri dari maksiat dan bulan Ramadhan adalah masa untuk menyucikan hati & jiwa.

Hadirnya Sya'ban ini mengingatkan diri agar lebih memperbanyakkan amal. Mengingatkan diri untuk meningkatkan keimanan, menambahkan ketaqwaan, menyemarakkan jiwa kepada Ilahi. In shaa Allah. Mohon doa mendoakan agar diri kita tergolong didalam rahmat Allah.

Rabu, 5 Jun 2013

Al-kisah Isra' wal Mikraj

27 REJAB mengimbau kisah ISRA' MIKRAJ.

Ia kisah AGUNG!! Ia kisah UNTUK DIKENANG SEPANJANG HAYAT.. ia bukan hanya semata SUATU KISAH SEJARAH, ia kisah PEDOMAN dan PERINGATAN..

ianya perihal 2 KISAH UTAMA iaitu;

'KISAH ISRA' & KISAH MIKRAJ'

Kisah Isra’ & Mikraj menyaksikan kepada kita banyak KEAJAIBAN, selain ia merupakan PENGALAMAN RASUL BERTEMU JIBRIL DALAM RUPA ASALNYA BUAT KALI KEDUA, peristiwa ini juga menyaksikan kisah perjalanan ISRA' Rasul pergi dan balik antara 2 MASJID yakni Masjidil AL HARAM di Mekah dengan Masjidil AL-AQSA di Palestin dalam masa semalaman.

2 MASJID ini di sebut pada SURAH ISRA' ayat 1 yang bermaksud;

'Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

(Al-Israa' 17:1)

Menarik untuk diperhatikan, SEPANJANG AL-QURAN.. kata yang merujuki 'MASJID AL-HARAAM' muncul sebanyak 16 KALI manakala kata yang merujuki 'MASJID AL-AQSA' hanya muncul 1 KALI!!

16 + 1 = 17!!

[Seandainya kita gugurkan kata MASJID dan hanya mencari kata "AL-HARAAM" atau "HARAAM", kita akan menemui 17 lokasi ayat manakala kata "AL-AQSA" atau "AQSA" tetap pada 1 lokasi ayat yakni pada surah 17 ayat 1]


Pada kisah ISRA' mahupun MIKRAJ banyak KISAH-KISAH AJAIB!!

'CERITA-CERITA' akan PERJALANAN HEBAT ini menguji MINDA untuk dimengertikan kerana kemustahilan untuk berlaku kisah PERJALANAN yang sedemikian jauh dalam TEMPOH SEMALAMAN bagi seorang MANUSIA (INSAN) apatah lagi untuk memahami kisah-kisah lainnya sepanjang 2 DESTINASI tersebut. Namun, ia TIDAK MUSTAHIL kerana 'sang hambaNYA' yang tersebut itu adalah BAGINDA RASULULLAH yang dikurniakan KEISTIMEWAAN dan KEMULIAAN untuk menempuhi kisah ISRA' tersebut.

Itu belum lagi untuk memahami 'CERITA-CERITA' perihal MIKRAJ dan segala perihalnya.

KISAH ISRA' ini ada CATATAN PERINGATAN untuk MINDA MUSLIM akan 2 lokasi UTAMA.. iaitu LOKASI BERANGKAT iaitu MASJID AL-HARAAM dan LOKASI KETIBAAN iaitu MASJID AL-AQSA. 2 MASJID ini ADALAH "KIBLAT" muslim. Malah 2 MASJID ini menjadi 'TEMPAT SUCI UTAMA' yang ALLAH LIMPAHKAN RAHMAT untuk sesiapa yang mengunjunginya.

Masjidil HARAAM - TEMPAT SUCI MUSLIM ini amat AKRAB dengan MINDA MUSLIM. Setiap hari - 5 KALI SEHARI SEMALAM - si muslim MENGHADAPKAN WAJAH & 'JIWA RAGANYA' ke ARAH 'KIBLAT' di mana lokasi MASJID SUCI ini berada. Saban TAHUN - saat EID ADHA - MINDA MUSLIM bakal DIBAWA KEMBALI ke KEMBARA HAJI di LOKASI SUCI ini. Dan menjadi IMPIAN & ACARA WAJIB setiap MUSLIM untuk membawa dirinya secara ZAHIR ke lokasi agung ini untuk menyempurnakan RUKUN ISLAM yang ke 5 yakni IBADAH HAJI!

Masjidil HARAAM - lokasi di mana KAABAH berada menjadi KIBLAT setiap MUSLIM. Malah, FAKTA SAINS kini menemui kenyataan bahawa KAABAH @ MASJID HARAAM merupakan TITIK 'PUSAT' BAGI BUMI!!

ISRA' membawa kita KEMBALI KE KIBLAT ini.. membawa kita ke lokasi di mana 'KEMBARA PERJALANAN MALAM' tersebut bermula!!

dan...

KISAH yang berlaku 2 TAHUN SEBELUM HIJRAH baginda RASULULLAH KE MADINAH ini membawa kita ke MASJIDIL AQSA..

MASJID AQSA dikenali juga dengan sebutan "Al-Haram Asy-Syarif" yang bermaksud "tanah suci yang mulia".

Ia dianggap sebagai tempat suci ketiga oleh umat Islam selepas Masjidil Haraam dan Masjidil Nabi di Madinah.

Di sinilah kisah Rasul Muhammad S.A.W. diangkat ke Sidratul Muntaha bagi KEMBARA MIKRAJ setelah kembara ISRA' dari Masjid Al-Haraam di Mekkah.

Malah, kitab-kitab hadis menjelaskan bahawa umat Islam berkiblat ke arah Masjid Al-Aqsa (Baitul Maqdis) hingga 17 bulan setelah hijrah ke Madinah SEBELUM mendapat perintah mengubah arah kiblat ke KAABAH di Masjidil al-Haraam.


KISAH MASJID AL-AQSA di sebut di surah ISRA' ayat 1 di atas...


KINI... MASJID ITU MASIH DI SITU...
KINI ... KAWASAN MASJID ITU 'DIJAJAH'..

BUMI ITU DIPIJAK OLEH MUSUH ALLAH...

dan kita di sini..

SIKITPUN TAK KESAH!!!

setiap TAHUN.. 27 REJAB itu adalah hari ISRA' MIKRAJ.. padanya ada kisah 2 MASJID.. padanya ada PESAN AMANAH supaya kita AMBIL PEDULI dan AMBIL KESAH!!!

SETIAP TAHUN... AQSA terus di TERJAH!!


(sumber- FB Mir Hazil Azran Ramli)