Pageviews

Jumaat, 19 April 2013

Penamaan Calon: Kelahirannya untuk Islam seluruh dunia - Rasul Junjungan SAW


Menjelang hari penamaan calon esok. Menjelang hari bagi meletakkan pemimpin yang berwibawa agar dapat membawa ISLAM dan keadilan untuk manusia sejagat.

Kita sering lupa yang mana pada hari tersebut juga, ketikamana 1400 tahun yang lalu, telah diutuskan oleh Allah akan 'INSAN SUPER', yang membawa RAHMAT bagi sekalian alam. Kita saban tahun hanya merayakan kelahirannya pada TAQWIM HIJRAH sahaja.

Akan tetapi kita sering dan selalu lupa akan kelahirannya dalam kalendar MASIHI. Moga tahun-tahun yang mendatang kita sentiasa INGAT.. Selawat & salam ke atas Baginda Rasulullah Sallahu 'alaihi Wassalam.

Rabu, 10 April 2013

Menjelang PRU 13...

30 Jamadil Awal 1434..

Disaat akhir hilal Jamadil Awal 1434, SPR telah mengumumkan tarikh yang menentukan halatuju sesebuah negara, yakni tarikh penetapan mengundi. Dan hari penamaan calon telah jatuh pada 20 April 2013 bersamaan 9 Jamadil Akhir 1434.

Adakah ia kebetulan @ ianya telah dipilih agar dapat menumpang BAROKAHnya? Atau untuk menentukan calon-calon yang berwibawa agar dapat mengangkat ISLAM itu dan meletakkan akan hukum Allah di negara Malaysia yang tercinta. Sememangnya ini segalanya ini telah termaktub di Lauh Mahfuz Arasy Allah SWT. Semuanya di bawah ilmu Allah. Bersama-samalah kita berdoa agar kemenangan ISLAM akan dapat dikecapi dan dapat mengikut akan al-Quran & sunnahnya. In shaa Allah.

Tetapi..... adakah kita sedar bahawasanya pada 1400 tahun yang lalu yakni pada tanggal 20 April 571M telah lahirnya insan yg mulia. Insan KAMIL yang telah menjadi kekasih Allah SWT. Insan yang bilamana kita berselawat sekali ke atasnya, Allah akan berselewat 10x ke atas kita. Betapa mulianya INSAN tersebut. Dan betapa tingginya darjat yang telah Allah angkatkan kepadanya.

Kita sering dan kerapkali menyambut akan ulangtahun kelahiran kita dengan kalendar MASIHI.... akan tetapi adakah kita selalu atau ingat untuk menyambut kelahiran INSAN yg ISTIMEWA ini dengan Masihi? Kita, rata-rata masyarakat ISLAM di Malaysia khususnya dan amnya diseluruh dunia, hanya menyambut kelahiran Junjungan yang mulia ini dengan menggunakan taqwim HIJRAH. Adilkah kita? Sayangkah kita? Perasankah kita (atau buat2 xprasan)? Cintakah kita? Tepuklah dada, tanyalah iman kita. Adakah cukup dengan kita berselawat kepadanya tanpa kita mengenalinya dengan lebih dekat dan mendalam? "Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab & hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul (Muhammad SAW) yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan bersungguh-sungguh beriman kepadanya & menolongnya". Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui & menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui". Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) & Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu". (3:81)

Padahal kita sering mendengar nasyid yang kadang berkumandang di corong-corong radio, "Tercipta satu lembaran sejarah ditanah suci Kota Mekah. Hari yang mulia penuh sa'adah, bermulalah sebuah kisah. Malam Isnin subuh yang indah, Dua Belas Rabiul Awal yang cerah. Dua puluh April tahun Gajah, lahirlah zuriat yang Sa'adah.

Jadi... pesanan ini juga buat diri saya yang sentiasa lupa dan lalai. Moga kita sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah. Menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa peka dengan perjalanan sirah Rasulullah SAW. 

Moga kita sentiasa menjadi hambaNYA yang senantiasa taat dan patuh akan segala perintah dan larangannya. Mengikut segala hukum hakam yang telah ditentukanNYA. Moga segala amalan kebaikan dan setiap perjuangan kita untuk ISLAM mendapat REDHO dariNYA. Amiinn...

(ps: Jangan lupa keluar mengundi. Tunaikan hak kita sebagai rakyat)



Rabu, 3 April 2013

Terapi Istimewa bulan Maulidur Rasul

Sempena bulan Maulidur Rasul, menjelangnya Nisfu Sya'ban 1434. Dr.Hazil dan Master Ismi akan melakukan 'Terapi Jarak Jauh Istimewa'.

TERBUKA UNTUK SESIAPA yang mempunyai HAJAT BESAR untuk DIRI SENDIRI atau AHLI KELUARGA!! 

(Untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun 2013 ini - ikhtiar untuk mereka - sangat dialu-alukan!!)

Sekitar 90 hari menuju NISFU SYAABAN - hari istimewa di bulan istimewa (bulan syaaban bulan kecintaan baginda Rasulullah s.a.w.) - kita bakal menempuh beberapa ACARA ISTIMEWA yang menyimpan banyak RAHSIA BESAR dan ENERGI ISTIMEWA.

Lalu, untuk mereka yang memerlukan sentuhan TERAPI JARAK JAUH bagi apa juga isu penyembuhan diri atau keluarga, ia adalah tempoh terbaik untuk menjanakan energi penyembuhan dan SUKSES. 

Antaranya IKHTIAR PENYEMBUHAN untuk isu kesihatan terutamanya:

1. yang berkaitan dengan 'gangguan' atau 'lintasan' atau 'sihir' termasuk isu-isu gangguan emosi.

2. Ia juga sesuai untuk keharmonian umum sebagai usaha untuk mendapatkan ENERGI PENYEMBUHAN (SYIFA) serta 'RUQYAH' secara jarak jauh.

3. amat membantu buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar bagi tahun 2013.

4. untuk jana momentum energi AURA SUKSES 2013. Selain usaha dalam belbagai cara - terapi bio-energi ini, insyaAllah bakal memberi impak tambahan untuk aura anda.



Buat yang berhajat, TERAPI 'JJ ISTIMEWA' ini akan dilakukan pada 7 TARIKH-TARIKH ISTIMEWA. Lalu, setiap permohonan yang diterima adalah untuk 7 PUSINGAN TERAPI JARAK JAUH yang akan dititipkan untuk yang memohon pada tarikh-tarikh tersebut.

Nilai FIDYAH - RM222 

[1 FIDYAH untuk 7xTERAPI]



Sila tinggalkan sms segera ke 017-300 2349 untuk tempahan. Tarikh tutup permohonan adalah Khamis - 11 APRIL 2013.

TERHAD!!

Selasa, 2 April 2013

Kambing - Makanan sunnah

Kelebihan Daging Kambing 


Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan ke...gemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.


-sumber Pondok Habib

Isnin, 1 April 2013

Ada BERANI???

Alkisah jangan takut…

Di satu tanah lapang tiada manusia, seekor anak kerbau Limba berjumpa dengan ayahnya dan bertanya apakah yang perlu dia berhati-hati di dunia ini.

“Hanya singa anakku,” jawab ayahnya.

“Oh. Anakanda pernah dengar mengenai singa. Jika terserempak satu, anakanda akan berpaling dan lari secepat mungkin,” kata Limba.

Ayahnya tersenyum.

“Itu silap besar kebanyakan kerbau muda,” jawab ayahnya.

“Mengapa? Singa sangat menakutkan, dan mereka akan bunuh anakanda,” tanya Limba.

“Wahai anakku. Jika Limba lari, singa akan mengejar Limba dan akhirnya dapat menangkap Limba. Dan pada masa itu, mereka akan lombat di belakang Limba dan menjatuhkan Limba dan gigit di bahagian belakang leher,” jawab ayahnya.

“Apa yang anakanda boleh lakukan?” tanya Limba kembali yang kini ketakutan.

“Jika terserempak seekor singa, berdiri teguh dan pandang ke arahnya dan tunjukkan bahawa Limba tidak takut. Jika singa tidak beredar, tunjukkan tanduk tajam dan menghentak kakimu ke tanah dengan kuat. Jika itu masih tidak menjadi, bergerak ke arahnya perlahan-lahan. Jika masih tidak menjadinya, pecut ke arahnya dan pukulnya dengan segala kuasa yang ada pada Limba!” kata ayahnya.

“Itu bukanke membunuh diri. Anakanda rasanya tak berani buat begini. Jika dia serang kembali, mati anakanda!” jawab Limba.

“Lihat kelilingmu wahai anakku. Apa yang Limba lihat?” kata ayahnya.

Limba melihat keliling ke arah kumpulan kerbau di sekitarnya – ada sekitar 100 ekor kerbau dengan tanduk tajam dan bahu besar.

“Jika Limba takut, ingat kami berada di sini. Jika Limba panik dan melarikan diri dari ketakutanmu, kami tidak akan dapat menyelamatkan Limba. Jika Limba pecut ke arahnya, kami akan di belakang Limba,” kata ayahnya.

Limba mengambil nafas panjang. “Terima kasih ayah. Anakanda dah faham.”

Kita semua mempunyai ‘singa’ di dalam dunia kita.

Ada benda yang ditakuti kita di dalam kehidupan kita yang menyebabkan kita nak lari daripadanya. Apabila kita lari daripadanya, benda yang menakutkan kita akan mengejar kita dan akhirnya mengambil alih kehidupan kita. Pemikiran kita didominasi oleh ketakutan tersebut sehingga segala tindakan kita menjadi pengecut dan terlalu berhati-hati – akibatnya kita tidak dapat mencapai potensi diri yang sebenar.

Contohnya: “Saya paling takut matematik. Saya paling takut mata pelajaran Bahasa. Saya takut tukar kerajaan. Saya takut akan huru-hara bila tewas. Saya takut tak cukup duit. Saya bimbang saya tiada masa.”

Manusia takut pada benda yang tidak diketahui dan juga takut pada pelbagai jenis mainan minda. Jangan takut. Bagitahu benda yang menakutkan kita itu kita tidak takut.

Tunjukkan kehebatan kita. Tunjukkan semangat dan keberanian, dengan itu, orang-orang di tepi kita akan menyokong kita.

Apa lagi yang anda takutkan selain Allah dan perintahnya?

Senyum.
Sumber - TG DTITM