Pageviews

Rabu, 7 November 2012

1434H... Ianya semakin hampir.

22 DzulQaedah 1433.

Kini Dzulqaedah sudah hampir ke penghujungnya. Selesai sudah ibadah haji bagi mereka-mereka yang dijemput olehNYA untuk ke Baitullah. Moga mereka mendapat haji yang mabrur & diampunkan dosa-dosa kita semua.

Kita kian menuju ke penghujung tahun 1433H. Masih sedarkah kita? Yang diri masih lagi di takuk yang lama. Masih lagi tidak berubah. Tidak nampak akan halatuju akan kehidupan yang masih lagi panjang (jika umur masih lagi panjang)

Diri masih lagi tidak HIJRAH.. Diri masih lagi membatu.. Jumud.. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:  

“Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah.” - (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

Firman Allah Taala dalam surah al-Anfal ayat ke 74:

“Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia”.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Tidak ada hijrah selepas Fathul (pembukaan) kota Makkah, melainkan hijrah dengan jihad & niat." - (Hadis riwayat al-Bukhari)

Berubahlah, ber HIJRAH lah dari yang baik kepada yang lebih baik. Moga dengan kehadiran tahun baru HIJRAH ini dapat memangkinkan kita menjadi hamba yang lebih menghayati akan perjalanan hijrah itu sendiri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan