Pageviews

Khamis, 30 Ogos 2012

HUWA - Dia


Ehsan dari blog www.mastershifoo.com
Ya Haqq… Ya Heyy… Ya HU….
Tiba-tiba teringat peristiwa satu petang sebelum ramadhan. Tika duduk minum-minum dengan teman sealiran yang datang berkunjung bertanya berita, tiba-tiba isteri si teman ku ini terpacul dari kalamnya bertanya sambil mata memandang tepat ke arah logo HUA pada busanaku; “Baru perasan ada HUA kat baju…Faham ke maksud sebenar HUA tu…??” sinis soalnya. Soal tak terus ku sambut dengan jawapan kerana detik hati bersuara.. “aik!! takkan baru perasan! dah berapa kali jumpa baru kali ni nak tegur”. Belumpun minda mahu menyusun kata… si isteri menambah “sama ke yang you faham tu dengan yang kami faham?” sambil matanya menjeling si suami yang dari tadi tersengih-sengih kontrol macho (takut aku terasa kut). huhhh… menyirap darah ku tiba-tiba.. sensor ku terus aktif, merasakan ada getaran tajam yang hadir menyondol aura. Ku terdiam seketika…kebinggungan. Bukan soalannya yang aku kisahkan.. sang pesoal yang buat aku terkedu. Almaklumlah.. aku ini dimata mereka budak hingusan… masih merangkak dalam arena yang lebih dulu mereka terjahi.
Minda terus teringat pesan guru: ‘Orang yang bijak dilihat dari soalnya… orang yang cerdas dilihat dari jawabnya’. Nak ku jawab ringkas… nampak macam bodoh, nak ku jawab dalam-dalam takut riak gayanya. Lalu ku ambil jalan selamat… jawabku: “Tahu dalam tidak, tidak dalam tahu”… sambil bibir mengukir senyum. Aku lihat mereka berpandangan.. ku biarkan saja apa jua yang mereka fikirkan untuk terus tafsirkan.
Hari ini aku tersenyum ingatkan peristiwa itu… benar kata dan nasihat sang ahlinya sewaktu ku kongsikan ijtihadku mahu memperjuangkan dan menghidupkan kembali ilmu HUA ini dengan caraku.. “kamu pilih jalan penuh ranjau, banyak onak dan durinya kelak… namun jika iaadalah kebenaran; berkata benarlah walapun pahit”.
Ada yang suka – ada yang tidak, ada yang mahu – ada yang tolak, ada yang sayang – ada yang murka, ada yang tercari – ada yang buta, ada yang biasa – ada yang luar biasa… semuanya harus ku telan sebab degilku yang keterlaluan. Bagi ku, biarlah DIA yang menentukannya kelak. Saban hari aku menanti signal Illahi, satu demi satu petunjukNya aku turuti.. Dia bawa ‘dia’ jauh dari satu tahap ke satu tahap… adakah ini ‘petanda’ untuk ku faham yang aku benar? Kebenarannya aku masih pasrah…..
Ingatan ku kembali pada sang guru yang aku rindu…. (AlFatihah buatmu ‘tok ayah’) dari kitab usangnya yang bertajuk Al-ta’bir Fit-Tadhki (tulisan imam alQusyairi – kalau tak silap), beliau mengupas:
“Sebutan HUA bagi sang ahli sufi adalah khabaran akan kesudahan hakiki – altahaqquq. Bagi sang zahir – ia permula bicara (ganti nama / kata) yang akan disahut dengan pengungkapannya yang lain seperti Hua Awallun. Bagi ahli thariq (sang penempuh jalan) – ia tak perlukan pembahasan dek fahamnya yang dalam hingga ke jiwanya, baik yang tersurat mahupun yang tersirat umpama keterangan yang amat lebih dari cukup diatas semua keterangan. Ini kerana ahli thariq itu amat hebat kesungguhannya mencari, mendekati Al-Haq”.
Tergiang-giang bicara guruku lagi dibibir cupingku:
“Berkata sang guru Usul dan Kalam: HUA itu terdiri dari dua huruf ‘Ha’ dan ‘Wau’. Untuk zahir kalamnya ‘Ha’ keluar dari tenggorok dalam iaitu awalnya segala bunyi suara manakala ‘Wau’ lahir dari bunyi yang di luar iaitu pada bibir, yang duduknya dihujung segala bunyi suara. Maka, HUA merupakan isyarah bahawa awal atau mulanya setiap kejadian itu tidak terlepas daripadaNya, dan tiap satunya itu bakal kembali kepadaNya. Itulah isyarat kalamullah pada firmanNya:
Hua awallu wal akhiru – Dialah yang awal dan yang akhir(Al-Hadid 57 : ayat 3)
Ceritanya lagi: seorang sufi pernah bercerita akan pengalaman bertemu seorang yang amat walah (binggung akibat sedih yang amat) keadaannya lalu bertanyakan nama orang tersebut, dijawabnya; “Hua”. Bertanya sang sufi ini lagi, “Engkau ini siapa sebenarnya?” dijawab insan walah itu lagi: “Hua”. Bertanya lagi sang sufi buat kali ketiga, “Siapakah yang engkau maksudkan dengan ‘hua’ itu?”. Dijawab oleh insan walah ini lagi..“hua”, lalu si sufi bertanya dengan lebih tegas dan keras, “Apakah yang kamu maksudkan dengan ‘hua’??!!”. Tiba-tiba si walah itu menjerit dan meninggal dunia.
Kata seorang ahli isyarah; Allah mengungkapkan makam sirrdengan firmanNya “hua” dan mengungkapkan makam hati dengan yang lain daripada pelbagai asma. Dikatakan bahawa Allah mengungkapkan kepada al-Huyyam (para pengembara) dengan firmanNya“hua”, kepada al-Muhayyimin dengan firmanNya“Allah”, kepada para ulama dengan firmanNya “Ahad” dan kepada mereka yang berakal dengan firmanNya “as-Samad” dan kepada orang awam pula dengan firmanNya “Lam yallid wa lam yulad, walam yaqullahu kufuwan Ahad”.
Wallahualam. Terima kasih guru!!
Master G

Tiada ulasan:

Catat Ulasan