Pageviews

Khamis, 30 Ogos 2012

Menjelang keMERDEKAan Malaysia

Salam kemerdekaan buat semua. Menjelang kemerdekaan kita yang ke55, kembali kita untuk bermuhasabahkan diri yang serba hina ini.

Adakah kita layak bergelar MERDEKA jika diri masih lagi tidak tahu halatuju kehidupan didunia ini? Adakah kita layak MERDEKA jika dalam hati masih lagi belum cukup merasa sedih atas umat-umat yang seISLAM dan seAGAMA dengan kita ditindas, dibunuh, dihina sehina-hinanya.. Layakkah kita dipanggil MERDEKA jika diri masih belum bersih dari segala dosa-dosa yang dilakukan? Masih layakkah kita MERDEKA jika segala sistem kehidupan kita masih lagi tidak berpandukan kepada al-Quran & as-Sunnah?

Banyak lagi yang perlu kita kaji, gali, lihat & muhasabah. Setiap diri pasti akan mencari titik noktah untuk mencapai ketenangan yang abadi dalam kehidupan. Sedikit kupasan yang saya ambil dari fb Dr.Mir Hazil Azran sekadar perkongsian:

Menjelang 31 OGOS 2012... Ulangtahun MERDEKA ke 55!!

Awal tahun lalu, 01 JANUARI 2012 - Saat tengah malam 31122011 itu.. AMBANG TAHUN BARU - Langit MALAM itu adalah LANGIT 05 SAFAR 1433H. 05 SAFAR adalah TARIKH KEMERDEKAAN NEGARA!! AWAL TAHUN 2012 .... MERDEKA!! SEBULAN YANG LALU...
Tatkala MINGGU ke 2 bulan RAMADHAN - BULAN PURNAMA RAMADHAN menghiasi LANGIT DUNIA. MALAM itu.. malam 13 RAMADHAN - BULAN PENUH - malam itu MALAM 01 OGOS 2012.. HARI AWAL di BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA (ogos)!! BULAN MENGAMBANG PENUH - di AWAL BULAN OGOS!! MALAM INI.. malam 13 SYAWAL 

- MALAM AKHIR BULAN KEMERDEKAAN yang juga merupakan TARIKH KEMERDEKAAN MALAYSIA iaitu 31hb OGOS!! Malam ini BULAN sekali lagi MENGAMBANG PENUH!! YA!! Bulan KEMBALI BULAT & PENUH dalam tempoh SEBULAN iaitu AWAL OGOS 2012 dan AKHIR OGOS 2012!! 2 BULAN PURNAMA PENUH dalam SATU BULAN!!

Bukankah itu LANGKA!!

Dan ianya BERLAKU PADA 2 bulan-bulan MULIA ISLAM iaitu RAMADHAN & SYAWAL!! Ya!! Bulan PURNAMA RAMADHAN & PURNAMA SYAWAL - keduanya berlaku dalam BULAN OGOS 2012 @ BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA!! dan TAHUN ini ia adalah KEMERDEKAAN ke 55!! Angka 5 BERULANG 2 KALI!! Bukankah angka 5 itu ANGKA YANG DI TENGAH-TENGAH sedari 1 (AWAL) hingga 9 (AKHIR)?? Bukankah DI TENGAH-TENGAH (NISFU) bulan kalendar Islam - SANG BULAN akan PURNAMA PENUH - BULAT & BERCAHAYA TERANG!
Bukankah 5 itu LAKSANA posisi TENGAH yang ADIL, SELAMAT, PENUH, TERANG, INDAH dan sebagainya yang dikiaskan oleh sang bulan di langit dunia??

lalu...

HARI INI.. kita menyaksikan PURNAMA KE 2 (berulang) dalam SATU BULAN TAQWIM MASIHI - dan BULAN ITU ADALAH BULAN OGOS iaitu BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA!! MALAH.. bukankah angka LAPAN itu ada 2 BULATAN - seolah 2 BULAN yang disatukan... 
o (di atas)
o (di bawah)
bertemu @ bersatu menjadi..
8
fikirkan....
............>>>>>>>..............>>>>>>>>...........>>>>>>>......>>>>>>>>>....................

FENOMENA 2 PURNAMA dalam SATU BULAN itu bukan kisah BIASA! Bukan setiap bulan (kalendar) ada 2 BULAN PURNAMA. 

FENOMENA ini dinamakan "BULAN BIRU"!!

FENOMENA “BULAN BIRU” (blue moon) - Bulan biru bukanlah menunjukkan keadaan bulan yang berwarna biru tetapi istilah ini diberikan bagi bulan purnama yang jarang berlaku yakni ‘masa kemunculannya’ dalam sesuatu masa. Kebanyakan tahun akan mempunyai dua belas kali fenomena bulan penuh @ purnama yang berlaku lebih kurang sekali sebulan.
1 bulan 1 purnama - itulah LAZIMNYA!

Namun kita maklum bahawa terdapat berbezaan jumlah hari bagi kalendar masihi (365 hari) dan kalendar lunar (354 hari), iaitu bagi setiap tahun kalendar Masihi terdapat 12 kitaran bulan dan lebih 11 hari. Apabila hari yang lebih itu dikumpul, maka setiap dua atau tiga tahun sekali akan mempunyai tambahan bulan mengambang (setiap 2.72 tahun) dan keadaan ini dinamakan “BULAN BIRU”.

Terdapat banyak TAFSIRAN yang berbeza tentang BULAN BIRU. Dan ada 3 TAFSIRAN yang UTAMA iaitu:

1. Dalam separuh kedua abad ke 20, takrifan biasa bagi bulan biru merupakan bulan purnama yang kedua muncul dalam tempoh sebulan iaitu 30 hari.

2. Dahulunya, golongan petani mentakrifkan bulan biru sebagai bulan penuh @ purnama tambahan yang muncul dalam satu MUSIM (setahun ada 4 musim). Satu musim ditakrifkan sebagai tiga bulan purnama. Jika musim itu mempunyai empat bulan purnama, maka bulan purnama yang ketiga dinamakan bulan biru.

3. Pendapat yang mengatakan bulan purnama yang ke 13 muncul dalam satu tahun kalendar masihi.

LALU, dari tafsiran-tafsiran ini.. 

APA YANG BERLAKU DI BULAN OGOS TAHUN 2012 INI ADALAH:

Bulan OGOS 2012 ini dimulai dengan PURNAMA BULAN KALI KE 8 iaitu PURNAMA RAMADHAN. Dalam tempoh 30 HARI.. bulan yang PURNAMA itu menyusut dan berakhir. Bulan BARU pun muncul - ANAK BULAN @ HILAL SYAWAL menjelma. Peredaran dari satu tahap ke tahap seterusnya iaitu dari SABIT ke SEPARUH lalu kini kian PENUH semula.

LALU... 31 OGOS ini (malam ini dan esok) bulan SEKALI LAGI PURNAMA!! Dan ianya MASIH DALAM SATU BULAN KALENDAR MASIHI iaitu OGOS! KERANA ITULAH ianya dinamai 'BULAN BIRU'!!

OGOS - BULAN BIRU!!

maha suci ALLAH meletakkan ATURAN MAHA HEBAT ini untuk MUSLIM MALAYSIA nikmati dan HARGAI!! BUKANKAH ia PETUNJUK ALLAH!! Namun, jika kita tak ambil PEDULI akan ATURAN ALAM (falaq) ini.. maka ianya PETUNJUK YANG SIA-SIA! 55 (angka berulang sama) dengan PETUNJUK SURAH AR-RAHMAN yang padanya ada 31 KALI ayat yang SAMA BERULANG-ULANG!! 55 TAHUN MERDEKA.. 31hb OGOS.. semua itu 'KISAH untuk KITA'!! Kisah UNTUK MUSLIM MALAYSIA khasnya!! Agar kita mendapat GAMBARAN dan TERUS MEMBERI PERINGATAN!!

Malah..

ALLAH MAHA PEMURAH.. hadiahkan ANTARA 2 PURNAMA ITU dengan HADIAH BESAR untuk MUSLIM MALAYSIA HAYATI!!

ANTARA 2 PURNAMA di bulan KEMERDEKAAN MALAYSIA ini - ALLAH anugerahkan... EIDUL FITRI!! [KEMBALI ke FITRAH DIRI]

SEPANJANG 55 TAHUN MERDEKA... ini adalah KALI PERTAMA 31 OGOS TEPAT PADA BULAN PURNAMA SYAWAL - BULAN EID FITRI!!!

sekadar BERKONGSI KISAH.. tahun 2011 ALLAH telah beri KEAJAIBAN untuk kita FIKIRKAN.

TAHUN 2011 @ 1432H merupakan TAHUN KE 55 kemerdekaan MALAYSIA bersandarkan TAQWIM HIJRIAH!! Lalu, pada tahun 1432H itu - EIDUL FITRI - sebagai HARI AGUNG umat ISLAM, ALLAH letakkannya TEPAT dengan HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA iaitu 31 OGOS 2011!! SEJAK 54 TAHUN MERDEKA.. ITULAH kali PERTAMA - HARI KEMERDEKAAN bertindih RAPAT dengan EIDUL FITRI!!!

Jika kita RASA ia BIASA...

KETAHUILAH...

Kisah sebegini (untuk tepat 31 OGOS = 01 atau 02 SYAWAL) HANYA berlaku 163 TAHUN LALU (kita belumpun MERDEKA) dan akan berulang sekitar 67 tahun lagi!! (kita belum tentu masih HIDUP)

YA!!
Ia LANGKA!! Jarang BERLAKU!!
2011 - 31 OGOS - MERDEKA & EIDUL FITRI di sambut BERSAMA!! PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP!!

2012 - 31 OGOS - MERDEKA & EIDUL FITRI - MASIH di sambut BERSAMA dan KALI ini SAAT "BULAN BIRU" SYAWAL!!

Adakah ia KEBETULAN YANG BIASA??!!

PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP!!

semoga ada sesuatu untuk kita semua… semoga EIDUL FITRI ini menjadi ISTIMEWA kerana HIKMAH YANG TERSIRAT amatlah ISTIMEWA!! MESEJ dariNya berterusan.. LIHATLAH PESAN-PESAN dari ALAM...

"NIKMAT MANAKAH YANG MAHU KAU DUSTAKAN??"

SALAM KEMERDEKAAN buat semua..

Akhlak Rasulullah saw


Suatu hari Rasulullah saw didatangi seorang wanita kafir. Ketika itu Baginda saw bersama beberapa orang sahabat Baginda sedang duduk bersama. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda saw.

Rupa bentuk buah limau itu sungguh cantik, bulat & siapa yang melihat pasti akan terliur. Baginda saw menerimanya hadiah tersebut dengan senuyman gembira. Baginda mengupas lalu memakan limau tersebut seulas demi seulas. Lepas habis sebiji, dikupas lagi sebiji & begitulah seterusnya hingga habis buah-buah limau tersebut.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

“Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.

Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [al-Ahzab 33:21]

HUWA - Dia


Ehsan dari blog www.mastershifoo.com
Ya Haqq… Ya Heyy… Ya HU….
Tiba-tiba teringat peristiwa satu petang sebelum ramadhan. Tika duduk minum-minum dengan teman sealiran yang datang berkunjung bertanya berita, tiba-tiba isteri si teman ku ini terpacul dari kalamnya bertanya sambil mata memandang tepat ke arah logo HUA pada busanaku; “Baru perasan ada HUA kat baju…Faham ke maksud sebenar HUA tu…??” sinis soalnya. Soal tak terus ku sambut dengan jawapan kerana detik hati bersuara.. “aik!! takkan baru perasan! dah berapa kali jumpa baru kali ni nak tegur”. Belumpun minda mahu menyusun kata… si isteri menambah “sama ke yang you faham tu dengan yang kami faham?” sambil matanya menjeling si suami yang dari tadi tersengih-sengih kontrol macho (takut aku terasa kut). huhhh… menyirap darah ku tiba-tiba.. sensor ku terus aktif, merasakan ada getaran tajam yang hadir menyondol aura. Ku terdiam seketika…kebinggungan. Bukan soalannya yang aku kisahkan.. sang pesoal yang buat aku terkedu. Almaklumlah.. aku ini dimata mereka budak hingusan… masih merangkak dalam arena yang lebih dulu mereka terjahi.
Minda terus teringat pesan guru: ‘Orang yang bijak dilihat dari soalnya… orang yang cerdas dilihat dari jawabnya’. Nak ku jawab ringkas… nampak macam bodoh, nak ku jawab dalam-dalam takut riak gayanya. Lalu ku ambil jalan selamat… jawabku: “Tahu dalam tidak, tidak dalam tahu”… sambil bibir mengukir senyum. Aku lihat mereka berpandangan.. ku biarkan saja apa jua yang mereka fikirkan untuk terus tafsirkan.
Hari ini aku tersenyum ingatkan peristiwa itu… benar kata dan nasihat sang ahlinya sewaktu ku kongsikan ijtihadku mahu memperjuangkan dan menghidupkan kembali ilmu HUA ini dengan caraku.. “kamu pilih jalan penuh ranjau, banyak onak dan durinya kelak… namun jika iaadalah kebenaran; berkata benarlah walapun pahit”.
Ada yang suka – ada yang tidak, ada yang mahu – ada yang tolak, ada yang sayang – ada yang murka, ada yang tercari – ada yang buta, ada yang biasa – ada yang luar biasa… semuanya harus ku telan sebab degilku yang keterlaluan. Bagi ku, biarlah DIA yang menentukannya kelak. Saban hari aku menanti signal Illahi, satu demi satu petunjukNya aku turuti.. Dia bawa ‘dia’ jauh dari satu tahap ke satu tahap… adakah ini ‘petanda’ untuk ku faham yang aku benar? Kebenarannya aku masih pasrah…..
Ingatan ku kembali pada sang guru yang aku rindu…. (AlFatihah buatmu ‘tok ayah’) dari kitab usangnya yang bertajuk Al-ta’bir Fit-Tadhki (tulisan imam alQusyairi – kalau tak silap), beliau mengupas:
“Sebutan HUA bagi sang ahli sufi adalah khabaran akan kesudahan hakiki – altahaqquq. Bagi sang zahir – ia permula bicara (ganti nama / kata) yang akan disahut dengan pengungkapannya yang lain seperti Hua Awallun. Bagi ahli thariq (sang penempuh jalan) – ia tak perlukan pembahasan dek fahamnya yang dalam hingga ke jiwanya, baik yang tersurat mahupun yang tersirat umpama keterangan yang amat lebih dari cukup diatas semua keterangan. Ini kerana ahli thariq itu amat hebat kesungguhannya mencari, mendekati Al-Haq”.
Tergiang-giang bicara guruku lagi dibibir cupingku:
“Berkata sang guru Usul dan Kalam: HUA itu terdiri dari dua huruf ‘Ha’ dan ‘Wau’. Untuk zahir kalamnya ‘Ha’ keluar dari tenggorok dalam iaitu awalnya segala bunyi suara manakala ‘Wau’ lahir dari bunyi yang di luar iaitu pada bibir, yang duduknya dihujung segala bunyi suara. Maka, HUA merupakan isyarah bahawa awal atau mulanya setiap kejadian itu tidak terlepas daripadaNya, dan tiap satunya itu bakal kembali kepadaNya. Itulah isyarat kalamullah pada firmanNya:
Hua awallu wal akhiru – Dialah yang awal dan yang akhir(Al-Hadid 57 : ayat 3)
Ceritanya lagi: seorang sufi pernah bercerita akan pengalaman bertemu seorang yang amat walah (binggung akibat sedih yang amat) keadaannya lalu bertanyakan nama orang tersebut, dijawabnya; “Hua”. Bertanya sang sufi ini lagi, “Engkau ini siapa sebenarnya?” dijawab insan walah itu lagi: “Hua”. Bertanya lagi sang sufi buat kali ketiga, “Siapakah yang engkau maksudkan dengan ‘hua’ itu?”. Dijawab oleh insan walah ini lagi..“hua”, lalu si sufi bertanya dengan lebih tegas dan keras, “Apakah yang kamu maksudkan dengan ‘hua’??!!”. Tiba-tiba si walah itu menjerit dan meninggal dunia.
Kata seorang ahli isyarah; Allah mengungkapkan makam sirrdengan firmanNya “hua” dan mengungkapkan makam hati dengan yang lain daripada pelbagai asma. Dikatakan bahawa Allah mengungkapkan kepada al-Huyyam (para pengembara) dengan firmanNya“hua”, kepada al-Muhayyimin dengan firmanNya“Allah”, kepada para ulama dengan firmanNya “Ahad” dan kepada mereka yang berakal dengan firmanNya “as-Samad” dan kepada orang awam pula dengan firmanNya “Lam yallid wa lam yulad, walam yaqullahu kufuwan Ahad”.
Wallahualam. Terima kasih guru!!
Master G